Saturday, 10 October 2020

CERPEN : GELAP

 


Diam. Sunyi. Kelam. Aku duduk di sudut bilik sambal memeluk lutut, tangan aku genggam sekuatnya. Sinaran mentari tidak langsung menerangi bilik yang kudiami ini, langsir gelap menutupi tingkap bilik. Air mata hangat menitis perlahan-lahan membasahi pipi dan esakan mula kedengaran. Kenapa hidupku diuji begini ya Tuhan? Aku semakin lemah, dugaan yang berat ini seakan menelan segala kudrat yang sedaya upaya aku kutip sejak semalam.

~ ~ ~ ~

Ariana, seorang gadis pendiam, pelajar di sebuah universiti swasta dalam bidang perakaunan. Aku mempunyai seorang kawan baik, Aiman, pelajar bidang lukisan seni bina (architecture) yang aku kenal sejak berumur 16 tahun. 6 tahun perkenalan kami menguatkan lagi ikatan persahabatan kami berdua. Aku tidak mahu lebih cukuplah dia sebagai teman dunia dan akhirat kerana dia seorang lelaki yang amat baik, penyabar dan bertimbang rasa.  Dia juga tidak mempunyai ramai kawan di Malaysia kerana kebanyakan kawan rapatnya sudah pun melanjutkan pelajaran di luar negara jadi akulah satu-satunya tempat dia meluahkan isi hati dan segala penat Lelah bergelar seorang dewasa.

Aku jeling jam ditangan, sudah setengah jam aku menunggu Aiman di café Starbucks ini. Aiman kulihat sedang berlari anak ke arahku sambal tersengih busuk. Aku hirup perlahan Ice Caramel Latte sambil melihat telefon. Aiman meletakkan bukunya di atas meja, airnya yang telah aku pesan disedut laju.

“Weh sorry tadi lecturer tahan tak bagi keluar,” Aiman menarik nafas panjang. Aku buat tidak tahu dengan alasannya. Aiman gelak melihat muka aku yang malas melayannya.

“Tak payah la marah weh bukan aku sengaja lambat. Plus, aku lewat setengah jam je ni,” Aiman sengih lagi. Aku betulkan dudukku, telefon aku simpan dalam beg tangan. Laptop aku buka dan tujukan ke arahnya.

“Tolong aku checkkan akaun ni, peninglah kenapa susah nak imbang,” Aku buat muka simpati. Aiman angguk lalu mengambil laptop. Tangannya laju sahaja menilik segala yang terpampang. Aku senyum melihat ketekunannya. Aiman  mengambil jurusan perakaunan sebagai subjek elektif dan dia memang top scorer sewaktu di sekolah dahulu jadi aku sering meminta tolong dia bab akaun ini.

“Dah, ni kau silap satu part je terus lari lah akaun kau. Tidur lagi ke dalam kelas ni?” Aku buat muka. Aiman menggelengkan kepala.

“Aiman, aku ingat minggu ni aku balik johor lah. Mak aku nak kahwin jumaat ni.” Aku tenung muka Aiman untuk melihat reaksinya. Aiman tersedak, “Kahwin?!?” Aku gelak, iya reaksi ini yang aku nantikan.

“Haah kahwin, dia kata edah dia dah habis. So, dia nak kahwin.” Aku diam, tenung tangan sendiri. Aiman mengeluh.

“Diorang berdua baru cerai kan? Ayah kau kata apa?”

“Aku taktau lah man. Aku penat nak fikir perasaan diorang dah, dulu aku berusaha pujuk diorang untuk berbaik, apa aku dapat? Makian weh, diorang cakap aku selfish. Apa lagi mampu aku buat? Adik aku dua orang lelaki itu memang tak ambil endah dah,” Kami penat. Aku pegang kepala yang berdenyut. Mata aku mula berair.

“Dah la Ari, mungkin betul jodoh diorang sampai tahap itu saja. Sekarang ayah kau kat mana?” Aiman merenung aku penuh simpati.

“Ayah aku? Sekarang dekat Australia, dia kata dia tak sanggup duduk kat Malaysia lepas apa yang berlaku. Dia kata walau apa pun berlaku, aku kena kuat.” Aku tunduk sambal mengesat air mata. Aiman hulurkan sehelai tisu.

“Kau tak pelik kenapa diorang berdua cerai? Aku dah lama nak tanya,”

“Aku tahu mak akua da lelaki lain, dah dua tahun man. Lelaki mana yang tahan selama dua tahun, dia ditipu hidup-hidup. Ayah aku dia sakit man, tapi dia tak nak kami tahu. He had liver cancer man.”

“Ya allah, so siapa jaga dia Ari?”

“Maksu aku dengan husband dia yang stay in Australia tekad bawa ayah aku pindah sana, supaya dia tenang. Aku nak ikut man, aku nak jaga ayah aku tapi ayah aku amanahkan aku untuk jaga mak dan adik-adik aku.Diorang taktau ayah aku sakit man, aku je yang tahu.”

“Sabar Ari, Allah uji kau sebab kau kuat. Dah, jangan nangis. Aku hantar kau balik ye?”

‘Aiman, tolonglah sentiasa berada di sisi aku, sebab kau punca kekuatan aku man’ Aku menarik nafas Panjang.

~ ~ ~ ~

Jumaat. Hari yang mulia, mak telah selamat bernikah dengan lelaki yang disimpan selama 2 tahun. Adikku, Irman dan Ilham masing-masing keluar selepas majlis meninggalkan aku Bersama mak dan ayah tiri kami. Lelaki itu sebaya mak, rakan kerjanya. Tinggi, kurus, dan berkulit gelap sedikit. Aku tilik wajahnya, kenapa mak jatuh hati padanya? Apa silap ayah? Di mana kurangnya ayah? Ayah, kurus, tinggi, kulitnya sawo matang, matanya bundar dan tutur katanya sentiasa lembut penuh kasih sayang. Tidak pernah sekali ayah meninggi suara pada mak. Aku mengeluh lembut. Perlahan aku bangun mahu naik ke bilik. Tanganku tiba-tiba ditarik perlahan, aku terpana.

“Nak pergi mana? Duduk lah borak dengan papa, ni papa nak kenalkan anak papa, Kimi” Aku Tarik tangan aku perlahan.

“Jangan pegang saya, saya tak suka.” Aku Tarik tanganku. Kimi, anak lelakinya sebaya aku, tergelak melihat aku seperti marah kepada papanya. Kimi bangun lalu berdiri di hadapanku.

“Aku Kimi, sebaya kau. Jangan nak perasan, aku pun tak nak jadi adik beradik kau. Perempuan cantik macam kau, sesuai atas katil aku je” Dia berbisik di tepi telingaku. Aku terpana. Aku pandang matanya, galak dia melihatku. Aku lari naik ke bilik dan berkurung di dalam bilik.

Jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Ak uterus bangun untuk solat subuh. Rumah senyap sunyi, aku melihat telefon bimbitku, ade dua mesej baharu dari Ilham, adikku yang berumur 18 tahun.

Aku tak balik rumah, aku dah hantar Irman balik asrama. Aku duduk dengan Pak andak mulai dari harini. Aku tak sambung belajar pun takpe kak, aku boleh tolong Pak andak jaga warung dia. Kau jaga diri kak, aku tak mampu serumah dengan lelaki perampas tu. Aku mintak maaf kak, aku terpaksa tinggalkan kau untuk jaga mak. – Ilham

Aku terduduk. Ya Allah, apa perlu aku buat? Aku juga tak kuat. Aku juga tak boleh terima semua yang berlaku harini ya tuhan.

Selepas solat, aku duduk berteleku di atas sejadah, mengaji dan terus mengaji. Ya, mak muda lagi, umur mak baru cecah 46 tahun ini, jadi dia masih ligat berkerja dan berseronok. Suami barunya pula merupakan seorang pemilik agensi pelancongan, tak silap perkenalan mereka bermula selepas mak ke Italy bersama ayah dua tahun lepas. Aku benci dia Ya Allah, kenapa dia perlu wujud dan musnahkan keluarga kecil kami. Apa dalam fikiran mak? Selama dua tahun, kami tidak pernah tahu hubungan mereka sehingga lah ayah terjumpa mereka di sebuah restoran, berpegangan tangan. Semenjak itu, dalam seminggu sahaja semuanya jatuh musnah sebuah perkahwinan yang berusia 23 tahun.

~ ~ ~ ~

Aku mula lapar. Aku ke dapur untuk masak, rumah yang sunyi buat aku terfikir, di mana semua orang? Aku buka peti ais, keluarkan isi ayam untuk memasak nasi goreng buat sarapan. Sehelai nota yg terselit pada pintu peti ais aku tatap.

Mak pergi honeymoon sebulan, jaga rumah. Kimi akan teman kamu di rumah, jangan macam-macam. Kau buat hal siap kau- Mak

Aku terdiam. Telefon! Aku perlu bagi tahu Aiman! Aku tak selamat Ya Allah!! Saat aku berpaling, aku terlanggar seseorang. Tinggi, kepala aku terhantuk pada dadanya. Tangannya menarik aku rapat ke tubuhnya. Aku terkedu, apa yang berlaku?

“Morning baby, what are doing here?” Suara lelaki baru bangun tidur! Kimi ke? Aku dongak, ya itu Kimi! Aku cuba menolak tubuhnya jauh dariku. Dia gelak kecil.

“Kau tak boleh lari dari aku. Sepanjang malam aku tunggu saat ni Ariana. Sekarang kita berdua je dalam rumah ni, kau dan aku. Taka da sorang pon boleh halang aku.” Aku mula ketakutan, apa dia nak buat ni?! Tangan aku mencubit pinganggnya sekuat mungkin, namun Tindakan aku silap. Aku mula menjerit apabila dia tiba-tiba mengangkat tubuhku.

“Lepaskan aku!! Lepas lah jantan tak guna!!!” Aku menjerit sekuat hati, mengharapkan orang dengar suara aku namun aku lupa, rumah ini, teratak yang ayah bina jauh dari rumah lain, mengharapkan privasi buat kami sekeluarga, tiada siapa, tiada seorang pun yang mampu mendengar jeritanku.

Kimi mencampak aku di atas katil. Aku mula menendangnya sekuat hati. Dia tergelak lalu menghempap tubuhku. Dan aku pitam selepas menangis cuba melawan kudrat seorang lelaki.

~ ~ ~ ~

Seminggu, cukup seminggu aku dilayan seperti pelacur. Kunci rumah semua aku tidak tahu di mana. Telefon bimbitku, lesap tanpa aku tahu dimana kewujudannya. Aku takut ya tuhan. Tolong hantarkan aku bantuan ya allah. Kain telekungku basah lagi buat kali yang aku juga tidak tahu keberapa kali. Aku kunci pintu bilik namun dia tetap mampu masuk. Rumah ku ibarat penjara, aku tidak lagi mampu menahan semua ini. Makan? Aku lebih rela mati namun setiap apa yang aku ingkar pasti lebih teruk aku dikerjakan. Aku tidak kuat ya Allah.

“Sayang, mari makan.” Kimi masuk ke dalam bilik Bersama satu pinggan nasi ayam. Aku diam membatu. Apabila dia mendekatiku, aku semakin kebelakang. Aku takut, aku penat. Kimi semakin mendekat.

“Baik kau makan sebelum aku layan kau lagi teruk daripada ni perempuan,” Tangannya mula menyentuh mukaku. Air mata yang sudah kering kembali menitis membasahi pipi.

“Stop please, saya tak kuat. Saya merayu pada awak,” Aku takut, namun dia kisah apa? Dia hanyalah seekor binatang yang hidup berlandaskan nafsu serakah! Dia gelak sambil merenungku, tangannya mengambil sudu lalu menyuapkan nasi ke mulutku.

“Makan!” Aku akur. Aku lemah ya Allah.

Sebulan, genap sebulan aku dilayan seeprti pelacur. Aku pegang kepala yang semakin berat, air mata aku sudah kering. Tiada lagi yang mampu aku tangiskan. Hidup aku musnah. Aiman, ya allah kenapa kau tak pernah cari aku? Kenapa Aiman!!

Aku terkilan. Aku kecewa. Di mana ahli keluargaku, sahabat baik di saat aku betul-betul terdesak memerlukan mereka. Tiada siapa yang sedar denga napa yang menimpa aku selama sebulan. Perlahan aku bangun dari atas lantai yang sejuk. Harini aku nekad, walau apa yang berlaku, mati atau hidup, aku perlu keluar dari neraka dunia ini. Bilik yang gelap aku tidak hiraukan. Aku pegang tubuhku. Jijik! Aku masuk ke bilik air dan mandi namun aku masih jijik. Aku memandang kosong tingkap bilik air. Sekarang dah jam berapa? Aku ambil wudhu dan segera menunaikan solat subuh. Pelik. Tiada orang dalam bilik. Lelaki itu dah hilang.

Aku turun ke bawah perlahan-lahan. Kunci rumah!! Aku Nampak kunci rumah ditinggalkan dihadapan pintu. Kereta jantan tak guna tu sudah tiada. Telefon bimbit aku juga berada di hadapan rumah. Aku segera kaluar dan ambil semua hartaku. Beg duit dan telefon yang mati.

Aku segera masuk ke dalam dan mengemas barang-barangku. Telefon aku hidupkan, tiada mesej dan tiada missed calls. Aku buka whatspp, nama aiman aku cari. Ade satu mesej dari aiman,

Kau okay tak? Kenapa aku call tak jawab? Haritu aku call Abang tiri kau kata korang pindah satu family ke paris? Kenapa kau tak post apa-apa kat story IG? Kau kata kawan aku, kenapa tak bagitau apa-apa Ari? – Aiman, sebulan yang lalu.

Ya Allah, hati aku luluh. Aku cuba hubungi Aiman, berpuluh kali namun tidak Berjaya. Aku periksa dan betullah sangkaan aku, lelaki durjana itu block nombor Aiman dan semua yang aku simpan dalam telefon bimbit.

Aku ambil semua barang yang penting, kunci kereta aku capai dan aku terus memandu jauh dari rumah. Sedar tak sedar, aku tiba di rumah Aiman. Iya, di Ipoh, Perak. Aku turun dari kereta, terus memberi salam. Ibu Aiman muncul di hadapan pintu rumah, lembut, ayu dan penuh kasih sayang. Aku terus jatuh terjelopok. Tidak mampu berkata apa.

~ ~ ~ ~

“Ari, kau okay ke? Kenapa tiba-tiba kau ade depan rumah aku ni?” Aiman duduk di tepi katil, melihat aku dengan penuh simpati. Aku diam, memandang wajahnya. Aku rindu. Ya, aku rindu wajah sahabatku, wajah yang menjadi punca kekuatanku.

“Ari, aku ade berita nak bagitau kau, aku cuba call kau berates kali tapi tak dapat Ari. Ayah kau.. Maksu kau ade telefon aku bagitau, dua minggu lepas, ayah kau dah meninggal, dia dah taka da Ari,” Aku terkedu. Apa yang berlaku?

“Aiman, apa yang kau cuba bagitau aku ni?”

“Aku cuba hubungi kau tapi tak dapat. Aku rasa maksu kau dapat contact aku sebab ingat tak aku pernah ambil nombor telefon ayah kau in case ade urgency, so aku call nombor dia bila aku tak dapat hubungi kau. Maksu kau yang jawab, tapi dia pun tak dapat hubungi satu family kau Ari. Dia fikir korang dah buang ayah kau dari hidup kau semua,”

“Adik-adik aku? Diorang tau ke Aiman?” Aiman menggeleng. Aku terkedu dan perlahan-lahan aku mula teresak-esak. Aku terfikirkan Irman, yang masih bersekolah.

“Aiman, kita carik Irman dulu ya. Bawakkan aku pergi sekolah adik aku man,” Aiman mengangguk laju.

~ ~ ~ ~

Seminggu selepas aku melarikan diri, kini aku menetap di rumah ibu Aiman, Ibu melayani aku dengan penuh kasih sayang. Namun, apa yang berlaku masih menjadi tanda tanya pada mereka tapi tidak pernah sekali pun mereka bangkitkan pada aku. Aku masih lagi duduk dalam bilik yang gelap, menanti cahaya baru muncul dalam hidupku. Mak? Aku sudah buang dia jauh dari hidupku kerana dia telah membuang kami adik-beradik dari hidupnya. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya terus menetap di Singapura Bersama suaminya. Aku benci dia! Dia langsung tidak ambil endah dengan kami adik-beradik. Ilham dan Pak Andak yang menguruskan semua berkaitan adik, Irman yang sibuk menghadapi peperiksaan SPM. Aku pula? Seorang kakak dan anak yang tidak berguna. Aku lebih rela mati.

Aku termenung lama, memikirkan keadaan aku. Aku tahu, aku bukan gadis lagi. Aku bersiap ala kadar dan terus menapak keluar.

“Ari nak pergi mana? Nak ibu teman?” Ibu menarik tangan aku lembut. Aku menggeleng laju.

“Ari pergi cari barang kejap ye ibu? Ibu jangan risau dekat-dekat aje,” Aku cuba senyum pada ibu, tidak mahu menambah kerisauannya lagi.

“Hati-hati ya sayang,” Aku mengangguk pada ibu.

Sampai di sebuah klinik, aku terus mendaftar untuk bertemu doktor. Aku risau, khuatir dan takut apa yang aku bayangkan bakal terjadi.

“Tahniah puan, kandungan puan kini cecah 3 minggu dan sihat kandungannya,” Doktor yang manis dihadapanku tersenyum ceria. Aku terkedu namun aku buat seperti biasa. Aku terus meninggalkan klinik tanpa menunggu lebih lanjut. Aku memandu tanpa arah tuju dan berhenti di hadapan sebuah tasik. Aku hubungi Aiman. Aku nekad mahu memberitahunya dan pergi jauh dari sini. Anak ini, kandungan ini, aku takkan hukum dia tapi aku sendiri tak kuat untuk hadapi dugaan sekuat ini.

Aiman tiba, dia duduk di sebelah aku. Aku dongak memandang langit yang cerah. Senyum. Kenapa hidup aku tak secerah cuaca hari ini ya tuhan?

Dia memandang aku lama.

“Ari, you have to tell me now. What is happening?”

“Sebulan man. Sebulan aku dilayan macam pelacur dalam rumah sendiri. Aku dikurung, diseksa, diperkosa man. Aku tak pergi mana-mana man. Aku ada dalam rumah sendiri tapi dilayan macam pelacur!!” Aku mula menangis. Aiman terkedu.

“Anak jantan tak guna itu sama je macam bapak dia, Man. Dia rosakkan aku setiap hari. Aku takde tenaga lagi Aiman, aku tak kuat.” Aiman meraup mukanya.

“Sekarang aku menadung Man,dalam perut aku ni ade anak dia Man? Bagitahu akua pa perlu aku buat?” Aku teresak-esak menangis.

Aiman berdiri sambil mengucap perlahan, mundar mandir di hadapanku.

“Kita kahwin?” Aiman duduk dihadapanku, melamar.

“Bukan salah kau man. Aku tak nak rosakkan hidup kau!” Aku membentak. Aiman tidak salah! KEnapa perlu menghukum diri?!

“Kau kawan baik aku Ari, aku tak dapat selamatkan kau, aku perlu lindungi kau kali ini Ari. Aku sayang kau!” Aiman memujukku. Aku geleng.

“Bukan ini sebab aku beritahu kau Aiman. Aku taknak berahsia dengan kau jadi aku berterus terang dengan kau. Sekarang, izinkan aku, pergi jauh dari sini, lahirkan dan besarkan bayi ni ya man?”

Aiman terkedu. Dia memandang aku dalam.

“Kau nak tinggalkan aku Ari? Kenapa kau tak izinkan aku lindung kau Ari? Kau kata kau satu-satunya punca kekuatan kau?!” Aiman kecewa mendengar keputusanku.

“Kita muda lagi man. Kau muda lagi, kau ade cita-cita man. Capai cita-cita kau, sebab aku tak mampu man. Jadi berjaya, ade kehidupan yang stabil, kalau betul kau nak tolong aku,” Aku kesat air mata.

“Bagi aku masa dan ruang untuk aku terima ketentuan hidup aku Man. Aku akan pulang dengan kekuatan yang baru ya,” Aku senyum padanya, seikhlas dan semanis yang mungkin.

~ ~ ~ ~

5 tahun kemudian

Aku tiba di hadapan rumah Aiman. Baju kurung cotton lembut aku betulkan, pintu penumpang aku buka, turunnya seorang kanak-kanak lelaki berbaju melayu tersenyum manis.

“Iman Firdaus, mana songkok mummy suruh pakai tadi?” Aku segera mengambil songkok yang terjatuh di dalam kereta.

“Eh dah sampai pun cucu opah. Mari masuk, Allah rindunyaa dekat cucu opah ni,” Ibu terus memeluk Iman yang tergelak riang. Aku berjalan merapati ibu, ibu yang sentiasa menghubungiku bertanyakn khabar sejak 5 tahun yang lalu, yang sentiasa memberi kekuatan dari jauh.

“Ibu, terima kasih sudi bagi kami beraya di sini,” Aku memeluk ibu kuat, menahan tangis yang sudah lama aku pendam.

“Rindu betul ibu dekat anak ibu yang sorang ni, mari masuk dalam,” Ibu memimpin kami berdua masuk ke dalam rumah.

“Haa, anak perempuan ibu dah sampai, mana abang aiman kamu?” Aku terdiam, tersedar akan kewujudan Aiman yg segak dalam baju melayu berona biru lembut, sama sepertiku. Aiman, aku pergi jauh darinya kerana aku tidak mahu menjadi dia mangsa nasib malangku. Aku pergi jauh dengan harapan aku dapat membuang segala rasa sayang dan kasih terhadapnya namun usahaku 5 tahun sia-sia apabila aku berhadpaan dengannya.

“Anak daddy ke yang comel ni?” Aiman menarik Iman dari penganganku lalu memeluk Iman kemas. Dia mengucup pipi kanak-kanak lelaki itu seperti seorang bapa yang sebenar.

“Iman, daddy dah lama nak jumpa Iman, tapi mummy tak bagi so daddy selalu tengok gambar Iman dekat telefon opah. Comel betul anak daddy ni, sebijik muka mummy dia!” Aiman menggeletek Iman sehinggakan terkekek-kekek Iman dibuatnya. Aku terus berlalu ke dapur, mahu menolong ibu apa yang patut.

Iman tidak pernah berjumpa Aiman, namun kemesraan mereka mebuatkan aku sayu. Aku sedih dan terharu melihat hubungan mereka berdua, jauh di sudut hati betapa aku inginkan seorang ayah untuk anakku namun dengan kekotoran masa laluku, aku tidak layak untuk mana-mana lelaki.

“Saya nak cakap dengan awak, ikut saya kejap,” Aiman menarik hujung baju kurungku. Aku diam dan hanya menurut tanpa banyak kata.

“5 tahun awak buang saya Ari, awak tinggalkan saya tanpa sebarang berita. Dua tahun baru awak hubungi ibu Ari, kalua ibu tak bagitau saya, sampai bila awak nak menghilang?” Aiman merenung aku tajam.

“Saya tak kuat Aiman. Saya lari jauh agar awak dapat teruskan hidup dan capai cita-cita untuk awak Bahagia Aiman,” Aku menggenggam erat kedua tanganku.

“Awak pentingkan diri. Saya dah janji saya nak lindungi awak dan anak awak Ari,” Aiman mengeluh lembut.

“Saya mampu jaga awak dan Iman Firdaus, kita nikah ye?” Aiman hulurkan sekotak cincin.

Aku terkedu dengan lamarannya. Kenapa ya Allah dengan ringan tangan aku menyambut kotak cincin tersebut. Kau tak layak Ari!! Kau tak layak untuk lelaki sebaik Aiman!

“Saya tak boleh terima awak Aiman, saya terlalu kotor untuk awak!” Aku menggenggam kotak cincin tersebut. Berat hatiku namun aku mahukan sebuah kehidupan seperti orang lain juga.

“Mummy, Iman nak daddy. Iman suka daddy.” Iman memegang tanganku lembut. Aku terdiam, menunduk dan memandang Iman.

“Iman tak happy ke dengan mummy?”

“Iman suka mummy dengan daddy. Iman nak mummy happy sebab Iman punya friends semua ade mummy and daddy tapi iman ade mummy sorang je” Iman mengeluh perlahan. Aku mengesat air mata yang menitis di pipi. Allahu, aku lupa betapa pentingnya seorang bapa kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Aiman melutut di hadapan kami berdua.

“Come to me Iman. Iman masuk ya dengan opah? Thank you support daddy hehe,” Aiman mengusap lembut kepala Iman.

“Awak, saya setuju ya? Tapi janji awak akan terima saya seadanya, lupakan kisah silam saya, jangan pernah awak ungkit apa yang pernah berlaku ye?” Aku pandang mata Aiman, raut pandangan dan wajah yang lembut sentiasa menjadi punca kekuatanku.

“Alhamdulillah, insyaAllah, kita sama-sama jaga hubungan kita sehingga ke Jannah ya sayang?” Aiman tersenyum gembira.

Ya Allah, aku berdoa kepadamu agar ini merupakan pengakhiran yang gembira buatku.

Aku tersenyum manis padanya.


-nfkam-