“Hello, Assalamualaikum! Ya Allah,
Razif. Dah berjuta kali mama call baru nak angkat? Kamu kat mana ni?” Suara
petir Puan Faizah bergema.
“Adoii. Sakit telinga orang lah ma,”
“Sakit telinga? Mama punya sakit
jari ini kamu tak fikir? Kamu kat mana ni?”
“Dekat Perak.Orang ada kerja
sikit kat sini.”
“Dah berapa lama?” Razif mengerutkan
dahinya. ‘Aik, tak pernah-pernah orang tua ni siasat aku punya kerja.Asal tiba-tiba pula ni?’ Getus
hatinya.
“Baru dua hari.Awat heboh sangat ni mama?”
“Baru dua hari? Habis berapa lama
lagi kamu stay sana?”
“Seminggu lah paling sekejap
pun.Mama ni, macam tak biasa je orang kalau outstation.Mama rindu eh?”
“Tak adanya aku nak rindukan kamu
nak oii.Ini, bini kamu dah pengsan masa mama sampai…”
“Pengsan?!!”
“Ha’ah lah. Pengsan.Sebab itulah
mama call kamu dari semalam tapi asyik voice mail je,” Puan Faizah mengeluh.
“Handphone tak ada battery semalam,”
Razif terdiam.
“Kamu nak balik ke tunggu habis
kerja baru balik?” Razif memandang ke arah pintu yang terbuka.Hairi, tuan punya
rumah menaikkan kedua-dua keningnya. ‘Asal?’ Bibirnya membentuk.Razif
menggerakkan bibirnya pula. ‘Sabar jap,’
“Razif ?”
“Ah? Ye ma, orang balik lepas habis
kerja nanti.Dia dah sedar belum?”
“Penting lagi ke kerja kamu daripada
isteri ni?” Puan Faizah menggelengkan
kepalanya.
“Orang bukan tak nak balik ma, Melaka
dengan Perak bukan dekat.Lagipun, ni projek besar ma,”
“Hah, iyalah.Nanti pandai la mama
pujuk isteri kamu tu.Kalau kerja kamu dah siap, balik cepat-cepat.Faham?”
“Hmm.Ma, orang minta diri dulu eh.Nak
pergi toilet,”
“Iyalah.Assalamualaikum,” Razif terus mematikan perbualan mereka.Dia
memandang sahabatnya yang sedang bermain dengan remote control.
“Tipu mama?” Hairi bersuara setelah
lima minit mereka sunyi.
“Aku bukan sengaja.Kalau aku tak tipu,
apa aku nak jawab kalau mama tanya?” Hairi menggelengkan kepalanya.
“Aku bukan tak nak bagi kau duduk sini
tapi kalau kau dah mula tipu mama, aku rasalah baik kau balik.Karang tak
pasal-pasal aku kena tanggung dosa kau tipu mama pula, eeii, tak nak aku,”
Razif memandang rakannya tidak percaya.
“Weh bro! Aku susahkan kau ke selama
aku tinggal dengan kau?”
“Kau tak ada susahkan aku pun.Tapi kau
ada tanggungjawab Zif, aku tak nak kau abaikan.Tu mama kau call, mesti ada kena
mengena dengan wife kau, right? Lagipun dah dekat seminggu kau tinggal
sini.Entah apa yang dah jadi kat wife kau sekarang ni,” Razif terdiam.Dia
menarik nafas dalam-dalam.
“Mama kata dia pengsan,”
“What??!! Lepastu kau masih kata kau nak
stay sini..Ehem, ‘Perak’ sampai habis kerja? Lagi lima hari? Agak-agaklah
weh.Sampai budak itu pengsan pun kau tak peduli? Otak kau tu ada wayar short
ke?” Hairi geram.
“Aku tak ada mood lah nak tengok muka
budak itu.Kalau aku tengok je muka dia, aku macam ternampak-nampak je dia
tampar muka Suezana hari itu,”
“Weh Zif, bukan salah dia masa dia
tampar Ex kau itu.Salah kau! Kau bawa dia shopping then you left her alone
while you walked happily with your Ex.Siapa tak bengang weh?”
“Tapi tak payahlah sampai nak tampar
orang tak tentu pasal.Grr,”
“Kalau aku jadi dia, aku tampar Sue,
tumbuk kau.Hah, fair and square bro,” Hairi tergelak.
“Tak lawak bro,” Razif menolak bahu
Hairi geram.
“Kalau kau minta opinion aku kan, aku
memang berpihak pada wife kau itu 100% ! Aku tabik spring atas keberanian
dia.Alah Zif, she’s still a child. Budak remaja kalau jealous habislah kau.I
think she’s trying to be mature.If not, she’ll call you like crazy till u
answer her calls, I think so..” Hairi
terdiam apabila melihat wajah tegang Razif.
“Aku balik sat.Lantaklah mama nak kata
apa pun,” Hairi tersengih.
“Yeahh, that’s my boy.” Hairi tersengih
lagi.Razif menunjukkan penumbuk sulungnya kepada rakannya itu.
*****
“Ma..Mama… Ely nak air,” Puan Faizah
menghulurkan air.Tangannya leka membelai rambut menantu kesayangannya.
“Sayang, dah berapa lama sayang tak
makan? Doktor kata tekanan darah sayang rendah, perut masuk angin.Kenapa ini?
Razif ada buat hal ke?” Puan Faizah memegang dagu Elysha.Elysha menggelengkan
kepalanya.
“Ely Cuma tak ada seleralah ma.Abang
Razif okay je.Buat hal apanya ma?” Elysha tergelak halus.Dia menelan air
liurnya.Perit tekaknya akibat kurang minum air.
“Tak ada apalah,”
“Mama, hari ini berapa haribulan?”
“13 sayang,”
‘Dah dua hari aku pengsan? Ya Allah,’
“Hey, kenapa ini? Sabar ye sayang,
Razif balik juga nanti.Katanya dia outstation seminggu saja.Dalam lima hari
lagi, sampai lah suami kamu itu,” Elysha terdiam.
“Ma, Ely nak tidur sekejap,” Puan
Faizah menganggukkan kepalanya.Dia pun keluar dari bilik tidur Elysha.
Nada dering telefonnya membingitkan
telinga Elysha yang sedang lena diulit mimpi. Elysha menekan butang ‘Accept’.
“Hello, Assalamualaikum.Siapa ini?”
Lemah sungguh suaranya ketika itu.
“Waalaikumussalam.Sya, sayang kenapa
ni? Sya tak sihat ke?”
“Erk, ni Abang Fiq ? Syafiq Izwan?”
Elysha terdengar suara orang sedang tergelak halus.Dia kenal tawa itu.
“Ya Allah! Abang Fiq! Sya rindu abang
sangat-sangat.Abang sihat? Abang dekat mana sekarang? Abang kerja apa? Mana
abang hilang masa itu?”
“Hahaha, Ya Allah sayang.Abang kena
jawab yang mana dulu ek? Banyak sangat soalannya.Yang abang dengar dengan jelas
kan sayang, Sya rindu abang sangat-sangat.Haaa, yang itu je jelas,” Elysha
tergelak.
“Jahatlah abang ni.Okay-okay, abang
sihat?”
“Macam ini baru abang boleh
jawab.Sayang, abang tak sihat.Sakit abang ni kronik sangat-sangat tau!”
“Abang jangan buat Sya risau bang,”
Suara Elysha berubah.
“Sakit tau! Bertahun abang tahan sakit
ni,”
“Abang sakit apa?”
“Sakit menahan rindu abang dekat Mrs. Teddy
ni! Hehehe,” Elysha turut tergelak.Dia rindu dengan panggilan Mrs. Teddy itu.
“Bukan dia seorang je yang sakit.Orang
sini pun,” Elysha bermain dengan hujung rambutnya.Dia terlupa sebentar yang dia
sudah bersuami.
“Sha sakit? Okay, Sha jangan risau.Abang
ada penawarnya.Sha tunggu ye!” Selang beberapa saat, panggilan itu mati serta
merta.
“Hello…hello! Abang?” Elysha
menggelengkan kepalanya.Dia kenal sangat dengan perangai Syafiq.
Elysha teringat kenangan-kenangannya
bersama Syafiq Izwan.Jarak umur mereka yang sebanyak 4 tahun sedikit sebanyak
melahirkan kemesraan antara mereka berdua. Dia mengaku jarak umur antara
dirinya dengan Razif yang jauh juga boleh memberi kemesraan namun sikap dingin
Razif mengikis perasaan Elysha.
******
Razif duduk di sebelah Elysha yang sedang
lena diulit mimpi.Dia meraup wajahnya.
Wajah pucat Elysha yang sedang tersenyum dipandang sepi.Saat tangannya mahu
mengusap kepala isterinya, Elysha menggerakkan tubuhnya dan meggosokkan
kedua-dua matanya.
“Ehh, awak.Bila awak balik?” Tangan Elysha menolak telefonnya
ke bawah bantal.Dia menghulurkan tangan kepada Razif.
“Saya baru sampai tadi.Kenapa boleh
pengsan? Dah tak ada stok makanan kan? Kenapa tak bagi tahu saya?”
“Saya call tapi selalu voice mail.What can
I do? Hurmm?” Elysha bangun dari katil.Dia menuju ke bilik air.Pintu bilik air
ditutup rapat.Tangannya di bawa ke dada. Dup Dap Dup Dap. ‘Kenapa ini?! Hishh,
tak sukalah. Elysha! Razif is not yours! His heart was stole by a better woman
okay?’ Elysha mengetuk kepalanya berkali-kali.
“Saya ganggu kerja awak ke?” Elysha
bersuara perlahan apabila melihat Razif sedang menutup matanya sambil bersandar
pada kepala katil.Razif menggelengkan kepala.Dia melambaikan tangannya lalu
menepuk bantal yang berada di sebelahnya.Elysha hanya menurut.
“Hurm, Elysha.I’m sorry for my behaviour
last few days.I’m really, really sorry.I
‘m really mean it,” Razif mengambil kedua-dua tangan Elysha.Dia mengucup
perlahan tangan gebu itu.
“Awak… saya tak ambil hati pun.Cu..Cuma
saya..tak ada apalah,” Elysha meletakkan kepalanya di atas bantal.Razif turut
baring di sebelahnya.Elysha yang baring membelakangkan dirinya ditepuk perlahan.
“Tak elok tidur membelakangkan
suami.Come,” Razif menarik bahu Elysha.Elysha terdiam.Bibir bawahnya diketap.
“Awak, is she very very important to
you?” Razif memandang Elysha lama.Elysha mengangkat wajahnya apabila Razif sepi
tanpa jawapan.Tidak
disangka bahawa Razif sedang merenung dirinya.
“Hey dear, siapa yang awak maksudkan?”
Razif pura-pura tak tahu.Dia memegang dahu Elysha, memaksa Elysha untuk terus
memandang wajah Razif.
“Siapa-siapa sajalah,” Elysha putus
asa.Dia menarik nafas lalu melepaskan keluhan yang berat. ‘Lantak dialah nak
buat apa pun.Dia berhak kalau nak pasang satu lagikan?’ rintih hatinya
sayu.Elysha memejamkan matanya rapat.
“I’m sorry but she’s my heart.I can’t
live without her.For the time being, I’ll be by your side till you get your
health back,” Razif berbisik di telinganya.
‘Sampai aku sihat saja? Then, I’d rather
be sick like this till my last breath! Huh!’ Air mata Elysha mengalir.Dia diam
tidak berkutik akhirnya dia pun tiba di alam mimpinya.
******
“Mama…mama? Mama kat mana?” Elysha
terjerit-jerit memanggil mamanya.
“Hishh,apa yang bising-bising ni?” Razif
turun dari tangga.
“Mama mana? Orang nak cakap dengan
mama,”
“Mama dah balik semalam.Lepas mama
nampak je saya, terus dia kata dia ada hal dengan papa.Itu yang dia terus
balik,” Elysha mencebikkan bibirnya.Dia terus berjalan ke dapur untuk
menyiapkan sarapan.
“Awak dah sihat ke?” Elysha terus
teringatkan bisikan Razif malam tadi.
“Kalau saya dah sihat awak nak pergi
lagi ke?” Elysha bersuara perlahan.Razif terdiam.Dia kaku.
“Apa yang awak merepek ni?” Razif buat
tidak tahu.
“Tak ada apalah.Awak nak makan apa?
Roti je atau nak saya gorengkan nasi? Ada nasi dalam rice cooker tu,”
“Roti pun cukup,”
“Awak tak kerja? Semalam awak balik
dari mana? Perak ke?”
“Hermm…” Razif buat tak tahu.Elysha
mengetap bibir geram. ‘Eeee, mamat ni.Aku ni cakap dengan tunggul ke?’
“Saya nak keluar dengan kawan boleh?”
“Awak itu dah sihat ke?”
“Bolehlah saya ni merehatkan otak kalau
berjalan kat luar.Tension lah duduk seorang kat rumah.Akak Sal tak ada.Pergi KL
ambil anak saudara dia.Saya kat sini tak ada kawan nak chit-chat tau! Eshh,”
“Lorhh, asal emo sangat?” Elysha
geram.Dia menggigit roti di tangannya kuat.Razif mengangkat keningnya.Deringan
telefon bimbit Razif membuatkan Razif bangun lalu menjawab panggilan itu di
luar.Elysha bangun dari meja makan itu lalu memulakan aktiviti paginya.
******
“Elysha!!” Jeritan Razif dari bilik
atas memeranjatkan Elysha.
“Kenapa itu awak?” Elysha bangun lalu
naik ke atas.
“Siap sekarang.Kita keluar, pergi
pantai Pengkalan balak,” Elysha mengerutkan keningnya.
“Lah pasal itu je ke? Ingatkan apa yang
penting sangat tadi.Amboi..Asal jauh sangat? Pantai Klebang je tak boleh ke?”
“Nak ikut ke tak? Kalau tak saya
bawa..”
“Saya siap sekarang,” Elysha berlari ke
almari lalu segera membawa bajunya ke tandas.Razif tersengih.Dia menyemburkan
minyak wangi Style,Dashing kegemarannya.
“Yeahhh, dah sampai!” Elysha menjerit
girang apabila ternampak laut yang biru.Bibirnya mengukir senyuman manis.Razif
keluar meninggalkan Elysha seorang diri di dalam kereta.Dia membeli pisang
goreng dan Coconut Milk Shake lalu duduk di atas sebuah buaian di bawah sebatang
pokok yang lebat daunnya.Elysha mencebikkan bibirnya.Saat dia mahu membuka
pintu, Razif menekan butang lock dari luar.
Elysha mengetuk cermin kereta sekuat
hatinya.Dia menjerit geram.Huh! Elysha menghempaskan beg di tangannya.Dia
memuncungkan bibirnya yang kemerah-merahan.Razif geli hati melihat perlakuan
keanak-anakan isterinya itu.Dia menekan butang unlock semula dan membukakan
pintu buat si isteri.
“Asal awak buka? Biar sajalah saya mati dalam
kereta ini seorang-seorang,” Elysha memeluk tubuh.
“Kalau saya biar awak mati, nanti saya
kena masuk penjara pula.Dera menantu kesayangan mama? Memang nahas saya.Haha!”
“Hah, memang awak tak fikir pasal
saya.Awak fikir pasal perasaan awak je and akibat yang bakal awak dapat je
kan?!” Elysha berjalan keluar.Dia sengaja
melanggar bahu suaminya.
“Hey, I’m kidding okay? Don’t take it
serious,” Razif menarik pergelangan tangannya.
“I’m not a child anymore.Sikit-sikit
sentap okay? I’m eighteen now!” Razif pandang muka Elysha tidak percaya. ‘Aku
kahwin dengan dia baru dua bulan or today is her born day?’
“Today is your birthday?” Razif berdiri
betul-betul di hadapan Elysha.Jarak mereka yang dekat membuatkan jantung Elysha
berdegup kencang.Pipi Elysha merona merah.Dia sendiri terlupa hari lahirnya
sampailah Abang Fiq yang wish pagi-pagi buta tadi.
“Awak tak tahu?” Perlahan suara Elysha.
“I’m sorry.Seriously, I’m truly sorry.
Anyway, Happy birthday my wife! May Allah bless you for the rest of your life
and live happily ever after!” Semangat Razif memberi ucapan. Dia mencubit
hidung Elysha kuat.Elysha mengaduh.Razif turut mengucup kedua-dua pipi
Elysha.Elysha termalu sendiri.
‘Awak, saya harap Allah akan panjangkan
jodoh kita sampai hujung nyawa saya.I don’t want other else,’ rintih hati
Elysha.Walaubagaimana pun, Elysha tetap mengukirkan senyuman buat suaminya.
“Thank you husband,” Elysha memaut
lengan Razif.Razif turut menghadiahkan senyuman manis buat isterinya. ‘Biarlah
dia bahagia pada hari yang istimewanya ini,’ bisik hati Razif.
Mereka berjalan di gigi air sambil
berpegangan tangan.Sesekali tangan Razif menyuapkan pisang goreng ke dalam
mulut Elysha.Elysha tersenyum manis pada hari itu. Dia tidak pernah menyambut
hari lahirnya se ‘sweet’ ini semenjak arwah mamanya pergi. Even Abang Fiq pun
hanya akan hadiahkannya buku atau teddy bear setiap tahun.Iyalah, mahu
menyambut lebih-lebih pun, ketika itu
mereka masih bergelar pelajar sekolah.
Elysha tersenyum lebar apabila Razif
memaut pinggang rampingnya seraya membisikkan keramat ‘Happy Birthday Pretty!’
Elysha mengucup pipi Razif sebelum berlari ke buaian tempat mereka berteduh
tadi.Razif tergelak kecil.
No comments:
Post a Comment
Drop what you wanna say peeps - XOXO