~Bab 4~
Air mata Elysha mengalir laju.Dia
teresak-esak di dalam teksi yang dinaikinya.Pakcik teksi itu memandangnya
pelik.Dia jatuh kasihan pada gadis comel itu.
“Nak, kenapa menangis ni? Ada masalah
apa-apa ke?” Elysha hanya menangis dan terus menangis malah tangisannya makin
kuat kedengaran.Pakcik teksi itu serba salah dan makin risau jadinya.
“Pakcik berhenti kat depan itu
jelah,” Elysha bersuara perlahan.Suaranya serak, matanya sembap.Pipinya pula
merah-merah.
“Eh, tak bolehlah macam tu.Sekarang
dah pukul 10.30 malam tau.Bahaya kat luar itu,” Pakcik teksi itu teruskan
pemanduannya.Elysha terdiam.Dia memandang ke luar tingkap.Hatinya
pilu.Perlahan-lahan airmatanya tumpah semula.Dia memegang dadanya yang
sakit.Air mata dikesat kasar tetapi semakin dikesat, semakin laju air matanya
tumpah.
“Nak, dah sampai,” Elysha
terkejut.Dia memandang muka pakcik itu kosong.Matanya yang sembap dan keadaan
dirinya yang tidak terurus menambahkan lagi rasa simpati lelaki tua itu.Dia
membukakan pintu untuk Elysha lalu menyuruh anak gadis itu masuk ke dalam
rumah.Elysha cuba mencari duit tetapi pakcik itu menggelengkan kepalanya lalu
menyuruh dia masuk ke dalam rumah segera.Pakcik itu meletakkan beg-beg pakaian
yang dibelinya sebentar tadi di dalam kawasan rumahnya.
“T..Terima kasih, pakcik.”
Elysha mengunci pintu rumahnya.Dia
melempar semua beg-beg yang dipegangnya.Bantal-bantal sofa semuanya dicampak
merata-rata.Air matanya sudah kering.Dia penat.Dia kemudiannya baring di atas
sofa.Matanya yang berat terkatup perlahan-lahan.Tudungnya masih tersarung kemas
di kepalanya.
Tidak lama kemudian, Razif Iqram
melangkah masuk ke dalam rumahnya.Suis lampu dipetik.Dia terkejut tatkala
melihat beg-beg pakaian isterinya berselerak di atas lantai.Dia mengutip
bantal-bantal yang turut bersepah.Hatinya mendongkol marah.Dia mengumpul
bantal-bantal tersebut di sebuah tempat.
Razif mencangkung di hadapan Elysha.Dia
melepaskan keluhan yang berat.Dia merenung Elysha.Matanya jatuh pada bibir
Elysha yang pucat.Jari telunjuknya menari-nari di bibir Elysha.Matanya yang
sembap dikucup perlahan.Dia menjadi tenang semula.
Perasaan Razif berdolak-dalik.Dia
yang salah atau isterinya? Razif mengeluh lagi.Razif menepuk bahu isterinya
perlahan.Dia tidak mahu isterinya terjaga.Bibir Razif hinggap di pipi
Elysha.Tiba-tiba, air mata Elysha mengalir.Dia mengomel perlahan.Razif terkejut
namun tangannya pantas menyeka air mata Elysha.Tangannya membuka tudung Elysha
dengan perlahan dan lembut.Dia membetulkan postur badan Elysha lalu naik ke
bilik tidur sendirian.Dia membiarkan Elysha di bawah.Dia perlu bersendirian.
******
Elysha terdengar bunyi enjin kereta.Dia terpisat-pisat.Matanya pedih.Dia
bangun namun dirinya terasa seperti terapung di udara.Kepalanya berdenyut.Dia
pelik.Razif pergi kerja ke? Dia mengerling jam di dinding, ‘baru pukul 6.30,
aihhh, pening akulah.’ Getus Elysha.
Elysha berjalan naik ke bilik.Dia
membersihkan diri lalu segera menunaikan solat Subuh.Dia termenung di ruang
balkoni bilik itu.Sudah sejam dia termenung.Perutnya mula berkeroncong.Dia
berjalan perlahan-lahan.Setiap langkah diselangi dengan keluhan.Pesan mamanya
yang mengatakan tidak baik mengeluh diketepikan dahulu buat masa
sekarang.Hatinya gelisah namun tiada seorang pun yang mampu menenagkannya.Dia
tidak mahu mengadu pada ibu mertuanya kerana dia tidak sanggup melihat ibu mertuanya
risau.
Roti bakar yang disapu dengan peanut
butter digigit tanpa selera.Mindanya sering memainkan pita rakaman
semalam.Tangan seorang wanita yang cantik, moden dan ayu sedang memeluk lengan
suaminya.Memang, memang dia tidak cinta akan suaminya tapi, siapa yang sanggup
melihat suami sendiri curang dihadapan biji matanya?! Elysha mendengus
perlahan.Air matanya mula bergenang.
Dia terkenangkan arwah mamanya yang
kecewa melihat ayah tirinya bersama dengan ramai wanita lain.Setiap detik
mamanya akan menangis.Mungkin mama fikir dia tidak pernah ternampak mama menangis
tetapi mama silap besar.Setiap kali mama menangis, setiap kali itulah dia kena
pukul dengan ayah tirinya kerana bertanya soalan berkenaan tangisan mama.Air
matanya mengalir laju.Roti diletakkan di atas piring lalu dia memanjat tangga
ke bilik.
****
Sudah seminggu hal itu berlalu namun,
Elysha masih lagi dibayangi peristiwa hitam itu.Elysha menguatkan semangat
dirinya namun tidak semudah yang disangka.Dia kecewa yang teramat.Mindanya
tersekat.Dia tidak mampu memikirkan hal lain.
Kaki Elysha berhenti di hadapan sebuah bilik
yang sentiasa tertutup rapat.Bilik yang tertulis ‘No Entry’ . Bilik yang turut membuatkan
suaminya menangis pada malam sehari sebelum mereka pergi ke JJ.Elysha kaku di
hadapan bilik itu.Tangannnya menari pada tombol pintu bilik itu.Satu gambaran
tiba-tiba muncul di kepalanya.
***Flashback***
Elysha memerhatikan Razif yang baru
sahaja melangkah keluar dari bilik tidur mereka.Dia duduk lalu menyelubungi
dirinya di dalam selimut yang tebal itu.Dia terfikir, kenapa suaminya
teragak-agak mahu memberitahu siapa gerangan manusia yang sedang berbual
dengannya dalam telefon.
Elysha bangun lalu mengekori
suaminya.Razif masuk ke dalam sebuah bilik yang ditulis ‘No Entry’ .Dia
bersyukur kerana suaminya hanya merapatkan pintu itu dan dia masih
berkesempatan untuk menyiasat suaminya itu.Elysha berdebar-debar.
Razif membuka suis komputernya.Wallpaper
komputernya menyentak tangkai hati Elysha.Seorang wanita sedang memeluk lengan
seorang lelaki iaitu suaminya di depan sebuah bangunan yang menyerupai sebuah
istana.Elysha terus memerhatikan suaminya yang sedang leka menatap wallpaper
itu.
Razif mengambil sebuah album berwarna
merah dan mengusap kulit album itu dengan penuh kasih.Elysha kaku tatkala dia
terlihat suaminya menangis. ‘Dia menangis? Biar betul.Impossible! No, no ..this
is seriously impossible!’ getus hati Elysha.Kepalanya digeleng berkali-kali.
Dia terus berlari masuk ke bilik.Siapa
perempuan itu? Persoalan yang belum pasti dapat dirungkai olehnya.Elysha
menutup mukanya dengan selimut.Dia menangis lagi.Dia tidak tahu sejak bila dia
jadi cengeng sebegini. ‘Stop menangis Ely! Stopp!!’ berkali-kali dia menyuruh
dirinya berhenti namun semakin dia mahu berhenti semakin sesak dadanya.
*******
Siapa perempuan itu? Dia pasti bilik ini ada jawapannya.Elysha membuka
pintu itu perlahan-lahan.Kakinya lemah.Dinding-dinding bilik dipenuhi dengan
gambar suaminya dari kecil sehinggalah dewasa.Beberapa frame gambar menarik
perhatian Elysha.Gambar Razif bersama dengan perempuan itu! Sebuah frame yang
di atas meja itu membuatkan Elysha menagis teresak-esak.Gambar mama
menyarungkan cincin kepada perempuan itu! Razif meletakkan nota di belakang
gambar.Elysha membaca nota itu dan air matanya semakin laju mengalir bagai
hujan yang tidak turun seminggu!
Elysha terduduk.Nota di tangannya dibaca
sekali lagi.
‘Pertunangan antara Razif dan Suezana, si
pencuri hati.Semoga pertunangan kita kekal hingga ke jinjang pelamin dan
seterusnya hingga hujung nyawa.Abang sayang Sue forever, till my last breath.
~LOVE~’
‘Till my last breath konon! Huhh.Dah tu,
asal pula lah kau kahwin dengan aku??!! Urghh, buat sakit hati aku je. Tak
guna!’ Elysha bengang dan cemburu! Kalau ikutkan hati, memang nak ditumbuk
sahaja muka dua-dua merpati sejoli itu.Tapi yelah, ikut hati, mati, ikut rasa pula binasa.Dia menarik nafas
dalam-dalam.Satu..dua..tiga! Huhh!!Elysha bangun lalu turun ke bawah.Keadaan
bilik itu disusun semula ke bentuk asal.Elysha mahu menyibukkan dirinya.
Remote control TV dicampaknya ke atas
sofa.Rancangan kegemarannya tiada pada hari ini.Dia menyembamkan mukanya ke
sofa.Elysha termenung.Dia bangun lalu membawa kedua-dua lututnya ke dada.
Bosan! Jerit hati Elysha.
Ada laki macam tak ada laki! Urghh!!
Elysha menumbuk bantal yang digenggamnya.
Dia pergi ke dapur lalu mengambil sehelai
kain buruk dan sebaldi air sabun.Dia pergi ke ruang tamu semula dan mulakan
misinya.
Lap almari. Dah! Lap sofa. Dah! Mop
lantai? Belum..Dai melepaskan keluhan.Elysha pergi ke dapur semula lalu
mengambil mop dan dia pun mop lantai seluruh ruang tamu termasuk
dapur.Kemudian, dia berehat sebentar sementara menunggu lantai kering.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul
12.13. ‘Belum masaklah,’ getus hati Elysha.Dia menguap.Tangannya memicit bahu
kiri dan kanannya.Dia memandang ke arah tingkap dan teringat yang dia masih
belum membersihkan tingkap.Elysha segera menyiapkan tugasnya.Dia melepaskan
keluhan yang berat setelah selesai membersihkan rumahnya.Terasa bagai dia
menetap di rumah yang baru dan perghh…rumah itu seperti bersinar-sinar.Hehehe.
Matanya jatuh pada bunga ros merah yang
ditanam di keliling rumah itu.Perlahan-lahan dia menyarungkan tudung dan keluar
ke laman rumah.Dia duduk bersila di sebelah pasu itu.Tangannya membelai kelopak
bunga mawar yang sedang mekar itu.Hidungnya menghidu bau mawar yang sungguh
harum itu.
Setiap hembusan nafas bagaikan membawa
pergi segala beban yang terletak pada bahunya.Elysha menjadi tenang dan
gembira.
“Assalamualaikum, dik buat apa tu?”
“Eh, kak Sal.Tak adalah.Ely tengah bau-bau
je bunga ni.Wangi pula tiba-tiba,” Elysha tersengih.
“Apa yang wangi sangat bunganya?” Kak Sal
merenung wajah Elysha dalam-dalam.
“Kenapa akak pandang macam tu?”
“Kenapa mata lebam tu? Tak sihat?”
“Ehh, tak adalah.Saya dah lama tidur
lambat.Malam-malam baca novel kak,” Elysha tersengih bak kerang busuk.
“Eh, tak baik macam tu.Tengok kan dah
buruk muka kalau mata macam panda dah.Jaga-jaga, nanti suami cari yang lain,”
Elysha sentap.Dia memandang mata Kak Sal.
“Maksud akak?”
“Tak adalah.Akak bukan nak kata apa, tapi
akak dah lama kahwin dan akak pernah rasa diduakan,” suara Kak Sal berubah.
“Cerita;ah akak,” Muka kak Sal sedikit
berubah. Elysha serba salah.
“Kalau akak tak nak cerita tak
apalah.Jangan paksa diri,” Elysha memandang kakinya.
“Tak apa.Akak okay.Nak dengar tak?Mari
duduk dekat sana.Sakit kaki akak mencangkung lama-lama,” Elysha memandang ke
tempat yang ditunjuk oleh Kak Sal.Dia menggeleng.
“Tak apalah kak, saya takut karang suami
saya balik saya tengah borak-borak dengan akak dekat pondok sana pula.Kita
story-story dekat sini jelah eh?” Elysha tersengih.Dia malas mahu berjalan ke
sana.
“Hah, kalau macam itu tak apalah.Kat
mana-mana pun boleh bercerita.Iya dak?” Kak Sal tersenyum.
“Sambung kak,” Elysha teruja.
“Nak sambung apanya, cerita belum start
lagi,” Elysha tergelak.
“Okay kak.Story-story,”
“3 tahun lepas, akak baru pindah
sini.Ikut suami.Dia kena transfer untuk office cawangan baru.Akak pun teruja
lah dapat pergi ke negeri orang.Kalau tak, dekat Perak itu jelah yang akak
duduk.Tak ke mana,” Elysha terdiam. ‘Perak?’
“Perak area mana kak?”
“Ipoh, kenapa?”
“Oh, tak ada apa.Sambung-sambung,”
“Anak buah akak duduk dengan akak masa
itu.Tahun ni rasanya dia dah 24 tahun.Masa akak pindah dulu dia tengah nak
STPM.Akak takut juga kalau dia tak selesa belajar dekat sini.So, akak tanya
pendapat dia, nak pindah or stay? Lagipun dia dah besar kan, tapi dia kata dia
nak balik dekat parents dia.Akak terkejut juga time tu, parents dia dah lama
hilang.Mana dia jumpa parents nya pun akak tak tau.Dia ambil keputusan ke rumah
parents dia di Victoria,Australia and sambung study dekat sana.Akak berat hati
lah juga tapi dah dia nak balik ke parents dia, akak nak buat macam mana?”
“Erkk. Akak, dia ada kena mengena ke
dengan kecurangan suami akak dulu?”
Kak Sal tersenyum.
“Kena mengena? Akak tak pasti tapi yang
akak pasti akak kemurungan selepas sebulan
tak jumpa dia.Masa itu pula suami akak tengah struggle nak naikkan syarikat
baru.Akak sunyi dekat rumah ni seorang diri.Biasanya dia yang akan teman akak
setiap hari.Bayangkanlah, dari umur dia 3 tahun akak dah jaga dia, tiba-tiba
dia hilang dari pandangan akak untuk jangka masa yang lama.Akak banyak
menangis.Akak tak masak, tak kemas rumah. Akak tak..” Air mata Kak Sal
bergenang,
“Akak, akak okay tak?” Kak Sal
menganggukkan kepalanya.
“Suami akak mula balik lewat lepas apa
yang terjadi.Katanya, dia tak selera nak balik rumah dengan keadaan diri akak
yang comot, kusut.Rumah pula macam tongkang pecah.Dapur macam setahun tak basuh
pinggan.Akak jadi makin sedih lepas akak tahu yang ada perempuan lain dah
berdiri di belakang suami akak masa akak tengah kusut. Dia yang banyak
meluangkan masa dengan suami akak,”
“Lepas itu akak buat apa? Erkk, akak tak
ada anak?”
“Anak akak meninggal masa umur dia
setahun dan doktor sahkan yang akak dah tak boleh hamil.Sebabkan itulah adik
akak serahkan anaknya kepada akak dan menghilangkan dirinya.Selepas akak tahu
je yang suami akak ada perempuan lain, akak mula sedar.Tak guna akak kenangkan
anak buah akak itu kalau itu yang buatkan suami akak berpaling pada yang
lain.Akak mula berubah, akak kemas rumah, make-up dan menghiaskan diri untuk
suami akak.Akak hanya cakap suatu perkara je ketika suami akak mahu keluar
berjumpa perempuan itu, akak cakap ‘ Kalau abang nak saya, tinggalkan dia.Kalau
abang nak dia, tinggalkan saya’.Akak terluka tapi sehari selepas itu, suami
akak kata perempuan itu dah berpindah ke cawangan lain dan suami akak gunakan
dia untuk menyedarkan akak dari kemurungan akak.Akak sedih tapi dalam masa yang
sama akak terharu kerana suami akak masih memilih akak,” Kak Sal memegang
pergelangan tangan Elysha yang mula mengalirkan air matanya.
“Ely minta maaf kalau Ely buat akak
sedih.By the way, thank you akak sebab sanggup ceritakan pengalaman akak menghadapi
kisah-kisah macam ni,” Elysha mengesat
air matanya.
“Sama-sama.Akak nak Ely gunakan akal
logik Ely bila suami Ely ada masalah nanti.Jangan turutkan hati sangat.Nanti
kita yang merana,”Kak Sal menepuk-nepuk bahu Elysha perlahan.
“Okay akak, tq!”Elysha senang hati
kerana dia dapat belajar sesuatu dari jirannya.Dia berazam untuk menjadi lebih
matang dan memahami.
Bunyi enjin kereta suaminya
memeranjatkan dia dan kak Sal. ‘Dah seminggu menghilang, baru balik?’ sisi
jahatnya mengomel. ‘Kau ni Ely.Ingat , guna akal logik! Jangan ikut perasaan!’
sisi baiknya pula mengomel.Nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Saya masuk dululah kak ye,”
“Dah masak? Sorry kalau akak ambil masa
Ely bercerita tadi,”
“Eh, jangan risaulah akak.Semuanya dah
ready,” Elysha senyum pahit sebelum menggigit bibir bawahnya.
‘Mampus aku! Aku tak masak apa pun.’
Elysha berlari anak ke kereta suaminya.
“Awak, awak nak makan? Saya masakkan, tak
sampai setengah jam ek,” Elysha menghulurkan tangannya kepada suaminya.
Razif menutup pintu kereta lalu berjalan melepasi
Elysha.Elysha kecut perut melihat wajah bengis Razif.
Elysha membuntuti Razif ke dalam
rumah.Kakinya menghala ke dapur.Dia segera mengeluarkan bahan-bahan lauk asam
pedas dan mula menumis.Sedang dirinya leka memasak, jarum jam sudah menunjukkan
pukul dua setengah.Sudah satu jam dia memasak.Lauk semua siap dihidang.Dia
berjalan ke ruang tamu untuk memanggil suaminya.
Bunyi enjin kereta yang baru sahaja meninggalkan
perkarangan rumah menyentak tangkai hati Elysha.Dia jatuh terduduk.Air matanya
mengalir laju.Selera makannya automatik hilang.Bahunya terhinjut-hinjut menahan
esak.
Lagu C-Clown, ringtone handphone Elysha kedengaran
di seluruh rumah.Elysha mengesat air matanya.Dia cuba menahan esak.Nombor asing
yang terpapar pada telefon bimbitnya
dipandang sepi.Dia membiarkan panggilan itu berlalu.
Sekali lagi, nombor yang sama
menelefonnya.Elysha menjawab panggilan itu lemah.
“Hello, Assalamualaikum.Siapa ini?” Air
matanya masih lagi mengalir.Dia cuba untuk tidak menangis.
“Elysha! Ini abang lah! Abang Fiq!” suara
ceria di hujung sana membuatkan Elysha terpaku.Matanya gelap.Dia tidak sedar
apa yang berlaku tetapi yang dia dengar, nama abang Fiq.
No comments:
Post a Comment
Drop what you wanna say peeps - XOXO