~ bab 3~
“Awak, awak, bangun.Kita jemaah Subuh ye?”
Elysha mengusap-usap tangan Razif yang masih lena.Razif bergerak sedikit.Elysha
menepuk bahu Razif.Razif membuka matanya sedikit.Dia mengusap kedua-dua
matanya.Elysha yang sedar Razif telah sedar bangun ingin ke tandas namun Razif
memegang erat pergelangan tangannya sehinggakan dia terduduk di atas peha
Razif.Elysha cuba hendak bangun tetap Razif memeluk erat pinggangnya.
“Awak, dah pukul 6.15 tau.Jomlah
solat,” Elysha cuba merenggangkan pelukan Razif.Razif meletakkan kepalanya di
atas bahu Elysha.Dia mengucup lembut leher Elysha.Razif membisikkan sesuatu di
telinganya.Muka Elysha terus membahang.Dia menjeling Razif lalu suaminya pun tergelak halus.Dia terus mengangkat ke bilik mandi.Elysha tergelak
kecil apabila Razif menggeletek pinggangnya.
“Awak keluarlah dulu, saya mandi dulu
ek,” Elysha cuba menolak Razif keluar dari bilik mandi.Razif tergelak kecil.
“Yalah little girl,” Razif keluar juga dari bilik mandi tetapi setelah
mencubit dan mengucup kedua-dua pipi isterinya.Elysha lega.Dia tersenyum lebar
apabila hubungan mereka suami isteri, Alhamdulillah berjalan lancar.Dia
mengucapkan syukur dalam hati.
******
“Awak tak kerja ke harini?” Elysha
mengambil sehelai baju lalu disidainya di atas ampaian .Razif berdiri di pintu
pagar memerhatikan pergerakan isterinya.
“Hari ini kan Ahad, cutilah,” Razif
kemudian duduk mencangkung setelah penat berdiri.Dia memegang telefon bimbitnya
lalu menaip sesuatu.Dia tersengih-sengih.Elysha pelik namun dia hanya buat
tidak endah sahaja.
“Awak, kita keluar boleh tak harini?
Saya bosanlah, dah dua minggu saya terperap je kat rumah ni,” Elysha
mencangkung di hadapan suaminya.Bakul yang sudah kosong diletakkan di
sisinya.Razif mengangkat kepalanya lalu kembali menaip.Elysha menggigit
bibirnya.
“Awaaakk,” Elysha memegang lengan
sasa suaminya.
“Nak pergi mana? Hmm?” Razif
mencubit pipi Elysha kuat.Elysha mengusap pipinya yang kesakitan lalu mengomel
perlahan.Razif hanya memandang wajah isterinya tanpa perasaan.Dia mencubit pipi
Elysha lagi.
“Awak! Sakitlah,” Elysha menampar
perlahan lengan Razif.Razif hanya tersengih lalu berjalan ke ruang tamu.Elysha
membuntuti suaminya.Razif masih lagi berbalas mesej bersama temannya.Elysha
sedikit terasa dengan perlakuan suaminya.Dia mengambil tempat di sebelah Razif.
“Mesej dengan siapa itu?” Elysha menyoal
Razif teragak-agak.
“Kawan,” ringkas sahaja jawapan
yang diberi oleh Razif.
“Okay,” Elysha bangun dan
berura-ura ingin naik ke bilik.
“Hei, kenapa ni?” Razif menarik tangan Elysha.
“Tak ada apalah,” Elysha menarik
perlahan lengannya dari genggaman Razif.
“Hei dear, what’s wrong? Huh? I’m
just having a small chit-chat with my old friend,” Razif memandang tepat ke
dalam mata Elysha.Mata Elysha mula berkaca-kaca.Perasaannya berbaur-baur.
“Ya Allah, hei, don’t cry.I’m sorry
okay?” Razif mengesat air mata Elysha yang mula jatuh perlahan-lahan.Elysha
menepis tangan Razif lalu berjalan naik ke bilik.Razif hanya membiarkan
isterinya bersendirian.Dia tidak tahu cara apa lagi yang boleh memujuk
isterinya itu.Dia kembali duduk ke sofa.Dia mengeluh perlahan.Otaknya ligat
memikirkan cara untuk memujuk Elysha semula.
Elysha menangis di dalam bilik.Dia
terasa dirinya dipinggirkan dan dalam masa yang sama dia rasa seperti Razif
hanya menganggapnya sebagai seorang adik yang manja dan hanya tahu
menyusahkan.Dia sendiri bingung kenapa tanggapan itu yang muncul di mindanya
saat Razif mula menjauhkan dirinya sebentar tadi.
“Elysha, buka pintu ini,” Razif
mengetuk pintu bilik mereka.Sudah satu jam Elysha terperap di dalam bilik
sampaikan naik risau Razif.Razif pun mengambil kunci spare untuk buka pintu
bilik mereka.
Razif berjalan ke arah sekujur
badan yang sedang terbaring di atas katil.Selimut membaluti sebahagian tubuhnya.Razif mengusap
wajah isterinya yang sembab.Kesan air mata masih jelas kelihatan malah bantal
yang menjadi alas kepalanya juga masih basah.Razif mengeluh perlahan.
Razif meninggalkan Elysha lalu masuk
ke bilik komputernya.Dia menekan suis lampu dan kipas.Sebuah album berwarna merah
hati menarik perhatiannya.Terukir nama Razif dan Suezana.Razif mengusap kulit
album itu perlahan-lahan.Dia menyelak sehelai demi sehelai dan akhirnya air
mata lelakinya tumpah jua.
Razif menutup kembali album yang penuh
dengan kenangan, janji dan cinta itu.Jauh di sudut hatinya, Razif masih lagi
mengharapkan Suezana untuk menjadi suri hatinya dan teman hidupnya sampai
hujung nyawa.Namun, amanah kakak kesayangannya tidak boleh dipandang ringan,
Razif cuba memadam angan-angannya untuk
bersama dengan Suezana, gadis yang ceria, sopan dan lemah lembut.Dia melepaskan
keluhan berat.
******
“Elysha, siap eh.Kita keluar sekejap
lagi,” Razif duduk di sebelah Elysha yang sedang menonton televisyen.Elysha diam tidak berkutik.Dia mengembungkan pipinya
lalu menukar siaran tv sebanyak sepuluh kali sebelum menekan suis off.
“Nak pergi mana?” Elysha bangun lalu
pergi ke dapur untuk mengambil air masak.Dia mengambil semangkuk ais krim lalu
duduk di meja makan.Razif mengambil sudu lalu duduk di hadapan Elysha.
“Pergi JJ, tengok wayang nak?” Razif
mengambil sedikit ais krim Elysha.Elysha
menolak mangkuk itu kepada Razif.Dia bangun lalu menuju ke bilik.Riak mukanya
selamba.Razif mengeluh perlahan. ‘Apa aku nak buat ni?’ Getus hati Razif.
“Jomlah,” Elysha tiba-tiba memegang
bahu Razif.Dia sudah siap menukar pakaian.Midi dress pink digabungkan dengan
bawal ungu menyerlahkan kejelitaan Elysha.Dia menyarung sehelai cardigan ungu
di luar.Razif terpaku melihat isterinya.Tiba-tiba dia tergelak.
“Awak gelak tu kenapa?” Elysha
memasamkan mukanya.
“Tadi ingatkan orang tu tak nak ikut,
at last, siap jugakan?”
“Awak nak saya ikut ke tak nak?”
“Haha, awak nak ikut ke tak nak?”
“Awak pergi seorang,”
“Elysha the little pink girl,
hey..listen here.We’re going to cinema and I’m going to treat you for our
dinner and a romantic film.So, are you going or not? Or else, I’m gonna hang
with any other girl out there,” Razif memegang dagu Elysha.
“Just do what you want,” Elysha
malas mahu melayan.Dia terus membuka pintu kereta dan menghidupkan engine
kereta.Dia duduk di tempat memandu.
“Elysha, let me drive.Awak itu tak
ada lesen,” Elysha bergerak ke tempat duduk penumpang.Dia mengembungkan
pipinya.Sepanjang perjalanan, kereta mereka diselubungi suara radio sahaja.Elysha
memandang ke arah jalan raya.Razif pula terus fokus pada jalan raya di hadapan.
“Awak, saya tak nak tengok wayang,”
suara yang perlahan itu memecah kesunyian.Razif memandang Elysha.
“Apa dia awak?” Razif memandang
Elysha dari ekor matanya.
“Saya tak nak tengok wayang, saya tak
suka tempat gelap.Nanti pening,”
“Kalau pening nanti saya picitkan
kepala awak itu,” Razif tersenyum.
“Pleaselah awak, saya tak
sukalah.Dahlah gelap, sejuk lagi.Eee, tak suka,” Elysha memandang Razif penuh simpati.
“Okay, kita tak payah pergi
cinema.Kita dinner and then shopping for you, okay ?” Razif mengusap tangan
Elysha.Elysha mengangguk laju.Dia mengucup pipi Razif buat kali
pertamanya.Merah terus kedua-dua pipinya.Razif tergelak.
“Amboi, happy ye?” Razif tersenyum
kerana dia telah berjaya membuat isterinya yang muram dari pagi lagi, tersenyum
manis.Bibirnya mengalunkan lagu-lagu yang berkumandang di radio.
******
Elysha jalan lebih pantas dari
Razif.Razif sudah penat mengejar isterinya itu.Dia pun duduk di atas sebuah
bangku setelah menyuruh Elysha berjalan tanpanya.Dia hanya memandang Elysha
yang sudah 100 meter jauh darinya.Dia tersenyum melihat kegembiraan Elysha
walaupun dia tahu Elysha agak kecewa apabila dia tidak mahu menemaninya terus
meronda satu shopping complex ni.
“Assalamualaikum, sayang!” suara
seorang perempuan menyapa telinga Razif.Razif terkedu.
“S..Sue,” akhirnya terlafaz juga
nama bekas tunangnya itu.Suezana tergelak halus.Suaranya yang halus, lembut dan
juga menggoda itu membuatkan Razif terpana.Sudah lama dia tidak mendengar gelak
tawa bekas tunangnya.
“Hai, abang ni, lama tak jumpa Sue
sampai tergagap yer,” Suezana memeluk lengan Razif.Razif hanya membiarkan.Dia
terlupa sebentar dengan isterinya.Razif tersenyum manis.Dia membisikkan sesuatu
di telinga Suezana.
“Abang baru je teringatkan Sue
petang tadi.”
“Haha, dah jodoh kot abang.Kita jumpa kat
sini,”Suezana ingin membuka plastik yang berada di tangan Razif namun Razif
pantad menghalang.
“Apa itu bang? Sejak bila abang
minat shopping alone ni?” Suezana pelik.
“Barang private abang, hehe.” Razif
tersengih.Suezana tergelak lagi.Dia sungguh gembira apabila dapat berjumpa
kekasih hatinya setelah sekian lama terpisah.
“Jom jalan abang, temankan Sue.”
Suezana menarik lengan Razif.Razif hanya menurut sahaja.Dia juga berasa gembira
apabila dapat berjumpa dengan bekas tunangnya dan juga merangkap cinta hatinya.
Telefon yang berdering langsung tidak
dihiraukannya.Dia sibuk melayan kerenah Suezana membeli-belah.Elysha sudah
tidak senang hati.Sudah satu jam dia mencari suaminya, tetapi masih belum
bertemu.Matanya berkaca.Tiba-tiba dia terfikir yang Razif sengaja
meninggalkannya sendirian di shopping complex yang besar ini kerana sudah malas
mahu melayan kerenahnya.Lututnya menggigil.Elysha ketakutan.Dia keseorangan.
Elysha melangkah longlai ke arah
kedai minyak wangi.Satu-satunya kedai yang berjaya menenangkan dirinya sejak
dia berumur 13 tahun.Apabila dia berjalan keluar bersama rakan-rakannya ataupun
arwah mamanya, dia pasti akan singgah di kedai minyak wangi dan akan duduk di
dalamnya untuk berjam-jam lamanya.
Sappp!
Hati Elysha bagai disiat-siat dengan
pisau belati.Dua merpati sejoli yang sedang seronok berpegang tangan sedang
elok bediri di hadapannya.Beg plastik yang dipegangnya jatuh ke lantai.Seorang
wanita yang sedang elok memeluk lengan Razif ditenungnya.Airmatanya jatuh satu
persatu.Tangannya menggigil menahan rasa.Muka Razif dilihatnya pucat.Kepala
Elysha pusing.Wanita itu membantunya mengangkat plastik-plastiknya yang
jatuh.Dia menghulurkan plastik itu kepada Elysha.Elysha menepis tangan wanita
itu.
Suezana pelik. ‘Kenapa dengan budak ni?
Tak ada angin, tak ada ribut, mengangis tiba-tiba’ getus hatinya.
“Dik,
kenapa ni? Akak minta maaf sebab terlanggar adik tadi,” Suezana berkata
perlahan.Dia gerun juga tengok budak ini tenung je dia macam nak makan.Hishh,
siapa tak seram.Suezana tidak pula perasan muka pucat Razif.Dia semakin
menguatkan pelukannya.
Pangg!
Pipi Suezana ditampar.Air mata Elysha semakin
laju.Pelukan di tangan Razif masih belum dilepaskan.Elysha kecewa dan
cemburu.Razif bagai tidak sedar dengan kehadirannya di hadapan.Razif
terkedu.Matanya membuntang.
Suezana memegang pipinya.Matanya bulat
memandang budak kecil itu.Elysha mengutip barang-barangnya lalu terus berlari
dari situ.Dia menangis teresak-esak.Hatinya sakit! Pedih! Kecewa!
Suezana masih lagi terkedu.Budak kecil
itu menamparnya hanya sebab dia terlanggar bahu sedikit je? ‘Tanpa suara,
tiba-tiba nak lempang orang? Eh, kalau aku tampar dia baru tahu’ hati Suezana
menahan marah.Razif disebelah di jelingnya.Bukan nak tolong, huh!
“Sue, Sue okay?” suara Razif sedikit
menggigil.Dia terlupa dengan kewujudan isterinya di shopping complex itu.Dia
bengang dengan tindakan Elysha.Mata Suezana berair.Dia bagaikan mahu mengungkap
kata ‘Sakit’ pada Razif.Razif mengusap pipi Suezana.Merah sungguh pipinya yang
gebu itu.Hati Razif mendongkol marah.
“Abang kenal dia ke?” Suezana menyoal
Razif perlahan.Razif menggelengkan kepalanya.
“Dia itu tak betul kot? Salah orang
maybe,” Razif berbohong.Suezana menganggukkan kepalanya.Dia mengesat air mata
yang mula bergenang di tubir matanya.First day jumpa bekas tunang,kena tampar
pula tiba-tiba.Suezana menyimpan dendam dalam hati. ‘Kalau aku jumpa kau lagi,
kau tunggulah nasib kau.’ Suezana tersenyum sinis.Razif masih bengang, dia campak sahaja plastik baju
Elysha ke dalam tong sampah.Suezana memandang Razif pelik.Dia memaut lengan
Razif kembali.
No comments:
Post a Comment
Drop what you wanna say peeps - XOXO