Wednesday, 10 July 2013

Awak Tetap Suami Saya ~ Bab 1 ~




No papa! Jangan buat Ely macam ni, pa,” bahu Nur Elysha terhinjut-hinjut menahan tangisan.Tangannya memegang erat kaki ayah tirinya itu.Arwah mama yang selalu membelanya setiap kali ayah tirinya membuat keputusan yang  akan mempengaruhi masa depannya, sudah 2 tahun meninggalkan dirinya berseorangan menghadapi hari-hari gelapnya.
   “Assalamualaikum,” suara garau seorang lelaki di hadapan pintu mengejutkan kami berdua.
   “Pergi masuk bilik! Sekarang!!” tengking ayah tirinya.Elysha yang terkejut dengan tengkingan itu kaku.Ayah tirinya merentap kakinya sebelum menolak bahu Elysha dan menyuruhnya naik ke bilik.
*****
 Razif menanggalkan kasutnya lalu mengambil tempat di sofa yang terletak di ruang tamu rumah teres berkembar itu.Dia memerhatikan gambar-gambar yang tergantung pada dinding rumah itu.Cantik, getus hatinya.
     “Anak ini siapa ya?” Encik Daud, ayah tiri Elysha memulakan bicara.
     “Saya datang ini untuk meminang anak pakcik, Nur Elysha.” Jawab Razif Iqram tenang.
     “Pakcik minta maaf tapi anak pakcik belum boleh kahwin.Dia masih muda,” Encik Daud senyum sinis pada Razif.Razif meletakkan sekeping  sampul surat yang tebal di atas meja jati itu.Encik Daud mengambilnya lalu meninjau isi sampul itu.
      “RM 30 000.00,” ujar Razif perlahan.Encik Daud menganggukkan kepalanya.
      “Tarikhnya?” Encik Daud menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya.
      “2 minggu lagi, 16 Februari,” Razif melihat sekeliling, masih  mengamati gambar-gambar yang digantung pada dinding rumah itu.
       “Baiklah, pakcik akan buat apa yang …”
       “Eh, pakcik tak perlu susah-susah, keluarga saya dah aturkan semuanya,” Razif pantas memotong ayat orang tua itu.Encik Daud mengangkat sebelah keningnya.Dia tersenyum sinis.
*****
        “Ely tak nak kahwin!!” Elysha menjerit ke arah ayah tirinya.
        “Kau nak ke tak, bukan urusan aku.Kau kena kahwin juga malam esok, kau faham??!” jerkah Encik Daud.
         “Papa tak ada hak nak paksa Ely kahwin!” tangannya menggigil-gigil menahan marah.
         “Sejak bila aku tak ada hak atas diri kau tu? Dari kau kecik sampailah dah besar panjang ini, siapa yang besarkan kau??? Aku kan??!” Encik Daud menjerkah lagi.Elysha menikus.
        “T..tapi, Ely tak akan kahwin dengan lelaki entah siapa-siapa tu!” Elysha menegaskan suaranya.
 Pang !
         Merah pipi Elysha ditampar oleh ayah tirinya.
        “Kalau kau nak rasa lagi tangan aku naik atas pipi kau itu, kau bersuara lagi,” Encik Daud meninggalkan dirinya menangis seorang diri di dalam biliknya itu.Bibirnya yang pecah dilap dengan jarinya.
       Pedih.Sakit.Perit. Elysha tenggelam dalam tangisannya.Tangannya mencapai sekeping gambar dirinya bersama dengan arwah mamanya ketika mereka bercuti di Cameron Highland 5 tahun yang lepas.Selepas kematian mamanya, tiada lagi orang yang berani membelanya.Semuanya meninggalkan dia dengan ayah tirinya yang kejam dan baran itu.
       “Mama, Ely tak nak kahwin.Ely baru habis SPM Khamis lepas ma.Ely tak nak kahwin !!!” tangannya melempar semua bantal di atas katilnya ke arah pintu biliknya.Dia teresak-esak lagi.
*****
        “Aku terima nikahnya  Nur Elysha binti Mohd Kamil dengan mas kahwinnya RM 500  tunai.”
        Tangan Elysha sejuk.Sudah tiada lagi airmata yang boleh megalir pada saat itu.Dia redha dengan segala yang berlaku.Bibirnya yang lebam akibat ditampar oleh ayah tirinya tempoh hari ditutup dengan make-up.Dia tunduk merenung lantai.
       “Nak, salam tangan suami itu,” seorang wanita yang sudah berusia menyentuh bahu Elysha lembut.Elysha menyambut tangan suaminya lalu mengucupnya.Saat itu, airmatanya menitis satu persatu.Suaminya memegang dagunya lalu mengesat air mata yang menitis dengan jari-jarinya.
       “Saya akan bawa awak jauh dari ayah tiri awak,” Elysha terkejut namun turut berasa gembira.Hatinya sebak kerana dia sedar bahawa dia kini sudah bebas daripada cengkaman ayah tirinya. Suaminya mencium ubun-ubunnya lama.Pipi Elysha sudah berubah merah.
      “Saya tak akan biarkan dia sentuh awak lagi,” suaminya membisikkan sesuatu lalu menyentuh lebam di bibirnya.Elysha merintih sakit.Dia menepis tangan suaminya perlahan.
*****
      “Saya nak ucap terima kasih kerana awak sudi selamatkan saya daripada ayah tiri saya,” Elysha duduk di sebelah suaminya lalu ingin mencapai tangan lelaki itu.
      “Saya akan bawa awak jauh tinggal bersama saya di Melaka.Saya tak akan bernarkan dia bawa awak kembali ke sini, ke Kedah ini,” Razif bangun lalu keluar dari bilik.Elysha terpandangkan sepucuk surat berwarna merah jambu lalu dia pun membacanya.Dia menggigil ketika membaca surat itu.

      Elysha menggenggam surat itu kuat.Dia terkejut membaca isi surat itu.Kini, dia pasti bahawa tidak akan ada seorang pun yang akan membantunya dengan ikhlas.

      Saya kahwin dengan awak bukan kerana saya yang inginkannya.Saya harap awak faham.Oh , sebelum saya lupa, Kak Hana kirim salam.Dia tak berkesempatan untuk hadir pada majlis kita sebab dia sedang sarat mengandung.Menunggu hari saja untuk bersalin.
Sincerely,
Razif Iqram .
         Air matanya mengalir lagi.Walau apapun, dia tetap bersyukur kerana Razif telah berjaya membawanya keluar dari kepompong ayah tirinya.
*****
        “Inilah rumah baru kita,” Razif membawa masuk bagasi Elysha lalu terus naik ke bilik atas.
         Elysha memerhatikan dekorasi rumah itu.Dinding ruang tamu itu ditampal dengan english style  wallpaper manakala dinding di dapur berwarna merah jambu dan ungu lembut.Meja makan dan meja di ruang tamu berwarna putih susu.Almari televisyen pula berwarna krim dan dihiaskan dengan gambar-gambar suaminya.Album gambar juda turut disusun di dalam laci almari itu.Sofa pula berwarna hitam dan putih.Cantik! getus hati Elysha.
        “Ely, ini bilik awak.Mari sini,” Razif memanggilnya dari atas.Elysha terus berjalan ke arahnya.Wow! hati Elysha berkata perlahan.Dinding biliknya ditampal dengan conventional floral wallpaper yang sangat menambat hatinya.Katilnya pula berwarna biru lembut.
       “Awak, cantiknya bilik ini,” Elysha berkata sambil tangannya merayap ke meja solek yang berwarna biru lembut.Razif tersenyum kecil.
       “Saya pun tidur kat bilik ni, awak tak kisah kan?”
      “Ehh?” Elysha terkejut. Matanya bulat memandang suami yang baru dinikahinya semalam.Razif tergelak kecil.Dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya.Dia berjalan ke arah Elysha perlahan-lahan.Elysha terundur sedikit.Dia tersenyum manis.Elysha menggigit bibir bawahnya.Dia tertunduk.Razif menolaknya ke arah dinding lalu membisikkan sesuatu di telinganya.
       “Boleh ke tak?” bisik Razif.Elysha mengangguk laju.Mukanya merah diperlakukan seperti itu.Razif memandang tepat dalam anak mata Elysha.Dia memegang dagu Elysha lalu mencium kedua-dua pipinya.Razif tergelak kecik melihat pipi Elysha yang merah itu lalu berjalan keluar bilik.
         Elysha memegang dadanya.Dup dap dup dap ! Jantungnya berdegup kencang.Dia terus berlari ke tandas lalu membasuh mukanya.
*****
       Lagu Young Love ,C-clown  kedengaran di seluruh master bedroom itu.Berlari Elysha mendapatkan telefonnya itu.
       “Hello,Assalamualaikum. Kak Hana! Lamanya tak dengar khabar, akak sihat?” Elysha senyum sampai ke telinga apabila mendengar suara kakak angkatnya merangkap kakak iparnya.
      “Akak sihat, alhamdulillah.Ely sihat? Macam mana sekarang? Okay? Adik akak ada buli Ely tak? Hehe,” Elysha tergelak kecil mendengar soalan kakak iparnya.
      “Alhamdulillah kak, Ely sihat.Baby akak macam mana? Sihat?” dia tersenyum sendirian apabila membayangkan betapa comelnya bayi kak Hana.Pasti comel seperti ummi dan abahnya.
       “Sihat semuanya.Akak dapat baby boy pula kali ini, hihi.Alhamdulillah.Dah sepasang anak akak. Ely nak tau tak muka dia macam mana?? Ely pergi tengok muka suami Ely itu lama-lama lepastu, hah, macam itulah muka baby akak,” Elysha turut tergelak apabila mendengar kak Hana gelak.
       “Haha, okay lah kak.Ely nak masak.Perut dah berbunyi dah ini,”
       “Ha, yelah.Masak sedap-sedap tau! Buat adik akak itu buncit sikit.Jaga makan sangat dia itu,” Elysha tersenyum lalu meminta diri sekali lagi.
****
      Elysha menghidangkan lauk-lauk kampung yang sememangnya menjadi kemaran dirinya sejak kecil lagi.Dia turut menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.
      “Awak, jom makan.” Elysha memegang bahu Razif lembut.Razif menutup televisyen lalu mereka berjalan beriringan ke dapur.
      “Awak masak semua ini?” Razif mengambil tempatnya di hadapan Elysha.Elysha mengaggukkan kepalanya lalu menyendukkan kuah ayam masak lemak cili api ke dalam pinggan Razif.
      “Terima kasih,” mereka berdua makan dengan seleranya.
      “Awak, biar saya yang basuh pinggan itu.Awak pergilah tengok tv kat depan,” Elysha memegang lengan suaminya.Razif tersenyum melihat isterinya mencuci pinggan.Dia menyandarkan tubuhnya di kabinet dapur dan terus merenung Elysha membasuh pinggan.
      “Kenapa awak pandang saya macam tu?” Elysha bertanya perlahan.Dia menggigit bibir bawahnya.
      “Mana ada saya pandang awak.Jangan nak perasan,” dia menjelirkan lidahnya.
       “Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Elysha berpusing menghadap suaminya.Razif membelai rambut Elysha yang terjuntai di dahinya.Razif tersenyum kecil.
     “Apa dia?” Razif memberi respon.
       “Umur awak berapa ye?” Elysha mengeringkan tangannya menggunakan sehelai sapu tangan.
       “Sepuluh tahun tua dari awak,” Razif  metakkan tangannya ke dalam poketnya.
       “Awak kerja apa?”
       “Arkitek.Okay, now my turn. Awak 17 kan?”
       “Yup.”
       “Ada niat nak sambung belajar? Overseas or malaysia?”
       “Saya tak pernah ada niat nak sambung belajar sebab saya tau rancangan ayah tiri saya dulu.But for now, honestly saya cakap, kalau awak izinkan saya pergi sambung belajar, saya akan ikut cakap awak,” Elysha menghadiahkan Razif  senyuman manisnya.
        “Comellah dia ini,” Razif mencubit pipi kanan Elysha kuat.
        “Aduh, lepaslah awak!” Razif tergelak kecil.
        “Sakit ke? Meh sini, meh sini,” Razif mengusap perlahan pipi Elysha sebelum mengucup pipi gebu isterinya.Elysha menampar lengan Razif perlahan lalu tersenyum malu.










No comments:

Post a Comment

Drop what you wanna say peeps - XOXO