Saturday, 13 July 2013

Awak Tetap Suami Saya ~ bab 2 ~


~ Bab 2 ~
      
        “Assalamualaikum!” berlari-lari anak Elysha ke pintu hadapan untuk menyambut tetamunya.
      “Waalaikumussalam, eh mama. Jemput masuk, ma.” Elysha menyalami tangan ibu mertuanya, Puan Faizah.Puan Faizah mengusap ubun-ubun menantunya seraya tersenyum manis.
      “Menantu ibu sihat?” Elysha mengangguk.
      “Alhamdulillah,ma.Mama sihat?” Puan Faizah mengangguk pula.Dia berjalan ke arah sofa di ruang tamu dan menghidupkan suis tv.Dia memilih channel astro yang disukainya.
       “Ely buat air sekejap ya, ma,” Puan Faizah hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.Tudung di kepala dicabut lalu  diletakkan di atas sofa.
        “Suami kamu mana Ely?” mama menjerit dari ruang tamu.Elysha kembali ke ruang tamu bersama air untuknya dan ibu mertuanya.
        “Erk, dia pergi office sekejap ma, lunch nanti baliklah dia,” Elysha menghidangkan beberapa keping biskut coklat untuk mereka berdua.Dia pun mengambil tempat disebelah ibu mertuanya.
        “Pergi kerja? Kamu berdua kan baru saja nikah kelmarin? Dah masuk kerja pula budak bertuah ni,” Elysha hanya tersenyum mendengar keluhan Puan Faizah.
       “Tak apalah ma, abang Razif pergi sekejap saja katanya,” Puan Faizah menggelengkan kepalanya.
       “Kalau kamu ada apa-apa yang tak cukup kat rumah ni, kamu bagitahu Razif atau mama yer,” Puan Faizah mengusap tangan menantunya.
       “Eh apa pula mama cakap macam itu.Rumah ini dah cukup semuanya ma.”
        “Kalau macam itu tak apalah tapi kalau barang-barang harian kamu habis, jangan malu pula nak minta kat Razif itu,” Ely tergelak kecil.
         “Yelah mama.Mama lunch kat sini ke? Ely nak masak ini,”
         “Boleh juga.Boleh mama rasa air tangan menantu mama ni,” Puan Faizah tersengih.Dia menepuk-nepuk paha Elysha.Elysha tergelak halus.  
*****
            “Assalamualaikum,” suara Razif memberi salam dari luar rumah disambut oleh Puan Faizah dan Elysha serentak.
            “Ely ke depan sekejap eh ma,” Puan Faizah mengangguk sambil tangannya memotong tauhu-tauhu untuk dibuat rojak.
           Elysha menyambut suaminya di muka pintu.Razif yang sedang membuka kasutnya berhenti seketika.Dia merenung wajah isterinya dalam-dalam.
            “Bukakan stokin saya boleh?” Razif tersengih.
           “Erkk, stokin awak busuk tak? Hihih” Elysha tergelak halus.Dia berjalan mendekati suaminya lalu menyangkung di hadapannya.
             “Hello, I hari-hari tukar stokin okay.” Razif menggoyangkan kakinya.Elysha menangkap kaki Razif lalu menepuknya perlahan.Dia tergelak kecil.
             “Okay, okay.Mari sini, saya bukakan,” Elysha mencabut stokin suaminya.
             “Okay, now let’s go to the kitchen,” Razif menarik tangan Elysha ke dapur.
             “Sedapnya bau!” Razif mengambil tempat di sebelah mamanya.Dia menghulurkan tangan kepada mamanya.Puan Faizah menyambut salam lalu mengusap kepala anak lelakinya itu.
             “Pergi basuh tangan dulu,Zif,” Puan Faizah berkata seraya mencubit peha Razif apabila tangan Razif ingin mencapai sekeping tauhu.Razif tersengih sahaja lalu bergerak ke sinki untuk membasuh tangan.
            ‘Manjanya juga dia ni,’ getus hati Elysha.Bibirnya mengukir senyuman.Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan-pingan untuk mereka bertiga.
******
            “Jom kita tengok tv,” Razif menarik tangan Elysha ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersamanya.
           “Cerita apa?”
          “8 Jam,”
          “Tak naklah, tak best,” Elysha menjuihkan bibirnya.
         “Bini-biniku gangster?”
         “Tak nak juga,”
           “Haa, Sekali Lagi?”
          “Asal semua cerita kat rumah awak ni hero dia Shaheizy Sam? Okaylah, okaylah kita tengok Sekali Lagi,” Elysha terus mengambil bekas CD dari tangan Razif lalu membeleknya perlahan-lahan.
Pap!
          Razif menutup bekas CD itu lalu meletakkannya di atas meja.Dia meletakkan kepalanya di atas riba Elysha.Elysha tergelak lucu.
          “Kenapa gelak?” Razif mencubit pipi gebu Elysha.
          “Bangunlah awak, gelilah.” Elysha menolak kepala Razif.Razif menyandarkan dirinya pada sofa.Dia memasamkan wajahnya.
          “Yelah, yelah.Baring sini,”Elysha menepuk-nepuk pahanya.Dia serba salah apabila melihat wajah masam suaminya.Razif tersengih lalu baring semula di atas riba isterinya.
           Satu jam kemudian, Elysha terdengar dengkuran halus Razif.Dia tersenyum kecil lalu menutup suis televisyen.
           “Awak, awak, bangun.Tidur kat bilik lah,”  Elysha menggoyangkan bahu Razif.
            “Angkat,” lemah sahaja suara Razif.
           “Mana boleh, awak berat sangatlah,”
            “Awak naiklah dulu, nanti saya naik sendiri,”Razif berkata perlahan.Dia bangun daripada riba Elysha. Dia menggosok kedua-dua matanya.
           “Yelah, saya naik dulu,” Elysha berjalan menaiki tangga.Tiba-tiba dia rasa dirinya seperti melayang-layang.
          “Awak lepaslah!!” Elysha menjerit ketakutan.Razif tergelak besar.Terserlah lesung pipit pada pipi kanannya.
           “Kalau tak nak?” Razif membetulkan pegangannya.Gusar juga dia kalau-kalau isterinya terjatuh.Elysha berpaut pada leher suaminya.
           “Sa..sa..saya tarik awak jatuh ke bawah,” Elysha memandang ke bawah.
           “Dah tak payah nak tarik ke bawah, dah sampai bilik dah pun,” Razif tersengih lalu meletakkan Elysha ke atas katil dan dia terus ke suis lampu untuk memadamkan suis.Elysha terus menarik selimut menutupi mukanya.Tidak sampai 5 minit, dia sudah selamat sampai ke alam mimpinya.
******
           “Awak nak makan dulu tak?” Elysha menjerit ke arah tangga.
          “Sekejap, saya turun ni,” Razif berlari ke bawah dengan tali leher di tangan.Dia tersengih melihat Elysha yang sedang menuang air ke dalam cawan.
           “Pakaikan,” Razif menunjukkan tali lehernya kepada Elysha.
           “Tak retilah,” Elysha tidak menghiraukan suaminya,Dia ke mesin basuh untuk memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin.
            “Alah, please.” Razif menarik tangan isterinya.Elysha terus menghadap suaminya.
            “Saya memang tak reti, okay?Tadi awak kata awak dah lambat nak ke office, so awak ikat sendiri, makan n then pergi kerja okay?” Elysha memimpin Razif ke meja makan dan menghulurnya secawan air teh o panas kepadanya.
            “Hermm, yelah puan,” Razif menyenduk nasi goreng untuknya dan  Elysha.Dia menarik tangan Elysha lalu disuruhnya makan sekali bersamanya.Elysha akur dengan permintaan suaminya.
******
             Elysha membuka e-mailnya.Dia terpandangkan nama email kak Hana.Dia pelik, sudah agak lama kak Hana berhenti mengirimkannya email.Elysha membuka email itu.Matanya bulat tatkala membaca email itu.
           Assalamualaikum,
       Elysha macam mana hari ini? Sihat ? Akak sekeluarga sihat. Mama macam mana? Sihat tak?
      Ely, akak minta maaf kalau Ely tak bahagia dengan perkahwinan Ely.Kalau Ely nak tahu, akak tak pernah paksa Razif kahwin dengan Ely.Dia sendiri yang rela hati mahu mengahwini Ely.
        Elysha pelik.Dia tertanya-tanya apa maksud ayat kak Hana.Matanya melirik ke bawah pula.Menyambung ayat yang seterusnya.
      Ely, akak tahu Ely mesti keliru dengan ayat akak.Akak nak Ely bahagia tapi akak tak tahu bila ajal akak jadi akak nak mohon maaf kalau perkahwinan Ely ini tak membahagiakan Ely.Akak tahu Ely mesti kelirukan? Tapi suatu hari nanti, Ely akan faham apa yang akak cuba beritahu Ely.
      P/s : Kalau apa-apa terjadi pada akak dan suami, akak amanahkan Ely untuk jaga kedua-dua anak akak, Daniya dan Darwisy. :)
       Elysha terkedu membaca ayat terakhir yang ditulis oleh kak Hana.Dia tidak faham.Tangannya menggigil membalas email kakak iparnya.
            Waalaikumussalam kak, Alahmdulillah Ely dengan semua sihat di sini.Ely gembira mendegar  yang akak sekeluarga sihat sentiasa.
       Akak, Ely memang tak faham apa yang akak maksudkan secara keseluruhannya.Tapi yelah, bak kata akak, suatu hari nanti Ely akan faham juga jadi Ely akan nantikan hari itu.
        Akak, Ely sayangkan akak.Akak janganlah tinggalkan Ely.Kalau apa-apa jadi kat akak, siapa lagi yang nak kisahkan Ely? Ely tak pasti dengan abang Razif.Tapi Ely akan terima amanah akak.Ely akan anggap anak akak macam anak Ely sendiri.Ely janji akak.
       P/s : Akak jaga kesihatan dan keselamatan akak.Kan lebih elok kalau akak mencegah.Ely berdoa supaya akak selamat dunia dan akhirat kak.Jangan tinggalkan Ely ye kak.

              Elysha menekan butang ‘send’ lalu menekan butang sign out.Dia terus ke ruang tamu untuk mengemas rumah.Hatinya risau dengan kenyataan kak Hana.Berbagai persoalan mula terbit di mindanya.Elysha melepaskan keluhan yang berat.

No comments:

Post a Comment

Drop what you wanna say peeps - XOXO