Finally found the heroin :) Enjoy! |
“Assalamualaikum,
mama…mama? Mama kat mana?” Razif melangkah masuk ke dalam rumah
mamanya.Tangannya mengheret dua buah bagasi ke dalam rumah.
Rumah mama yang baru ini sungguh
cantik rekaannya.Rumah yang terletak berdekatan dengan sawah padi dan rekaan
rumah kampung Kedah sungguh menarik hati Elysha yang tidak pernah menetap di
kampung.Dia melihat sekeliling rumah.Tanpa dia sedar, seorang gadis sedang
memerhatikan perbuatannya.Gadis yang kelihatan sebaya dengannya itu tersenyum
lebar apabila mereka bertentangan mata.Tudung hitam dikepalanya lembut ditiup
angin.Dia berjalan mendekati Elysha.
“Assalamualaikum..Ini kak Elysha kan?
Saya Reez, Nurul Syareez. Adik abang Razif,” Reez tersenyum mesra.Dia menyalami
tangan kakak iparnya.
“Waalaikumussalam.Hai, Reez.Ini baru
first time kita jumpa kan? Masa majlis hari itu, macam tak nampak je,” Elysha
berasa sedikit canggung untuk membiasakan dirinya akak.
“Kak Elysha..Boleh Reez panggil akak?
Umur kita macam sebaya sebab itu Reez tanya,”
Reez tersengih.Dia ini memang jenis yang mesra alam.Campaklah kemana
sahaja pun, pasti dia boleh hidup.
“Umur saya baru masuk 18.Reez?”
“OMG! Seriously? Alamak, apa kita nak
buat ini? Reez tahun ini dah masuk 23 tau! Ayoo, apa kita nak panggil ini?
Abang Zif!! Mana abang ini?” Reez menarik tangan Elysha ke dalam
rumah.Terkial-kial Elysha membuka kasutnya.
“Abang! Apa Reez nak buat ini? Reez
lagi tua dari akak ipar Reez? OMG! Apa abang dah buat? Abang kan dah janji tak
nak kahwin dengan girl yang lagi muda dari Reez?” Reez termengah-mengah.Elysha
tergelak.
“Hey Reez, lama abang tak jumpa adik
abang ini.Reez sihat?” Razif mengusap kepala adiknya.Reez mengetap bibirnya
geram.
“Reez memang tengah cakap dengan pasu
ini kan ma?” Mama gelak geli hati melihat telatah adik-beradik itu.Elysha
mengambil tempat di sebelah mama.
“Yelah-yelah.Abang dengar.Reez ni,
huru-hara macam kena kejar hantu.Buat orang cemas je.Rupanya soalan ni yang dia
nak tanya.Haihh budak ini..Kenapa abang kahwin dengan Elysha yang lagi muda
dari Reez? Sebab jodoh abang dengan dialah.Apalah Reez ni…Ahh, lagi satu, sebab
abang nak suruh Reez itu sedar yang Reez itu dah tua dah.Kena kahwin
cepat-cepat.Abang dengar Mamat yang duduk kat hujung kampung sana itu memang
dah lama nak memperisterikan Reez,”
“Mamat? Mamat mana pula bang? Tak
pernah dengar pun,” Reez terkebil-kebil.
“Mamat yang kerja kat lombong
itu..Reez tak kenal?” Razif tergelak terbahak-bahak.Reez menjeling tajam
abangnya itu.Tangannya laju mencubit pinggang lelaki itu.Elysha turut tergelak
lucu.
“Mama, Ely nak kena paggil Reez apa?
Reez je or akak or what?” Reez terus mengalihkan pandangannya.Dia tersengih.
“Macam ini, macam ini.Kamu berdua
biasakan diri nama masing-masing je.Nanti anak kamu tetap panggil Reez ni
maksu,” Mama tersenyum.Reez tersengih-sengih.Dia memeluk lengan mama.
“Eh mama ini..Lain topik pula mama
masukkan,” Elysha tersenyum malu.Razif mengambil tempat di sebelah Elysha.Dia mengambil
cawan Elysha namun cepat-cepat Elysha mengambil semula cawannya.Dia memberikan
cawan yang lain kepada suaminya.
“Mama cakap benda yang betul.Mana
tahu perut awak itu dah berisi,”
“Tak adalah mama,” Elysha membuang
pandangannya ke luar rumah.Dia begitu terpikat dengan pemandangan sawah padi.Razif
memegang tangannya.Elysha mengukirkan
senyuman.
“Ma, kitorang masuk bilik dulu
yer.Penat lah drive,”
“Ely, jom jalan-jalan kat
sawah.Best!” Elysha terus membulatkan matanya.Dia tersenyum gembira.
“Jom!” sahut Elysha gembira.
“Sayang…Temankan,” Razif menarik
pergelangan tangan isterinya.Elysha menarik tangannya lalu menggelengkan
kepala.
“Tak nak.Ely nak tengok sawah.Awak
masuklah bilik, tidur.Ely nak jalan.Bye!” Elysha berlari mengikut langkah adik
iparnya.
“Ma, apalah menantu mama ni.Reez lagi
penting daripada laki dia? Hish budak ini,” Razif menggelengkan kepalanya.
“Biarlah dia.Budak itu baru sampai
sini kamu nak kurung dia dalam bilik.Dia itu mesti suka sangat kat sawah.Itu
yang gembira tersangat itu,” Mama bangun lalu bergerak ke dapur.Mahu
menyediakan minum petang.Razif mencebikkan bibirnya.Suara gelak tawa Elysha dan
adiknya hanya dibiarkan.Dia terlampau penat untuk bersama dengan mereka berdua.
******
Elysha berjalan di atas batas sawah dengan berhati-hati.Dia ingin
mengejar langkah Reez namun dia takut dia terjatuh ke dalam air.Reez
tersengih-sengih melihat kakak iparnya yang ketakutan.
“Ceh, tadi semangat sangat nak ke
sawah.Ini dah sampai, dia takut pula dah,” Reez tergelak-gelak di pondok yang
terletak hanya beberapa langkah sahaja dari Elysha.
“Eh Reez ini jahat lah.Orang tak
pernah ke sawah memanglah excited nak ke bendang.Tapi orang tetap takut dengan pacat
ke apa entah nama dia, tau!” Elysha duduk di sebelah Reez.Dia pelik dengan
pemakaian Reez.Selalunya anak orang kaya tak pakai baju-baju kampung macam baju
kurung kedah kan? Tapi Reez ini macam dah biasa sangat je dengan kampung.Elysha
terus memerhatikan Reez.Angin sepoi-sepoi bahasa mendinginkan tubuhnya.Tudung
mereka berdua berterbangan mengikut angin.
“Ely, kita beraku-kau je eh? Tak
selesalah nak biasakan diri nama ini,” Reez tersengih.Tangannya memintal hujung
tudungnya.
“Orang okay je,” Elysha mengalihkan
pandangannya ke sawah padi yang sedang menguning.
“Kau orang mana Ely? Ahh, mesti kau
pelik tengok aku berpakaian macam ni kan? Kalau nak bandingkan aku dengan abang
Razif, memang macam langit dengan bumi.Yelah mana taknya, orang yang mendidik
kitorang pun berbeza,”
“Maksudnya? Aku tak fahamlah,” Elysha
duduk bersila.
“Macam ini, dulu masa aku baby lagi,
mama dah hantar aku dekat rumah mak ngah.Mak ngah tak boleh hamil so, mama
dengan baik hatinya bagi aku dekat mak ngah.Mak ngah itu kakak mama tapi
perangai memang jauh berbeza.Mak ngah ini macam kasar sikit tapi hakikatnya dia
baik.Mama pula.. erm.. tak tahulah nak describe macam mana sebab aku tak rapat
dengan mama sangat.Mulut mama memang baik dan sopan sentiasa.Mak ngah pula
kalau bercakap, kasar memanjang.Sebab itulah aku ini kasar sikit.Belajar pun
tak berapa nak pandai…Tak macam kak Hana dengan Abang Razif,” Reez terdiam
sebentar.
“Reez, walaupun kau cakap macam itu,
aku rasa kau dengan Abang Razif itu okay je.Nampak rapat je,”
“Aku ini bukan nak kata apa tapi
disebabkan aku ini seorang je dalam hidup mak ngah, aku tak diizinkan langsung
nak keluar, tak balik rumah langsung.Even, camping sekolah pun aku tak dapat
join.Mak ngah macam tamak..Aku..Aku tak suka.Dia kongkong hidup aku.Aku mula
rapat dengan Abang Razif pun dalam, 9 tahun lepas.Masa itu abang Razif baru
habis SPM so dia tinggal sini dengan kitorang.Masa itulah aku baru berbual-bual
lama dengan dia.Aku tak pernah pun tidur kat rumah mama yang kat Melaka itu.Mak
ngah tak pernah izinkan aku duduk lama dengan diorang pun.Entah-entah, kahwin
pun aku tak boleh,” Reez mengesat air matanya.Elysha mengusap tangannya
perlahan.
“Reez, mak ngah buat macam itu sebab
dia sayangkan kau.Kau tak boleh kata dia macam itu,”
“Ely, aku tak pernah bagi tahu
sesiapa pun dalam dunia ini berkenaan hal ini selain kau.Aku tahu mak ngah
sayang aku tapi, dia tak boleh kongkong life aku.Aku berhak hidup macam orang
lain.Mama sayang anak-anak dia juga tapi mama tak pernah kongkong hidup abang
Razif and kak Hana.Tengoklah, diorang boleh buat keputusan diorang sendiri tapi
aku? Aku tak boleh, Ely..Sekali pun aku
tak boleh…” Reez menangis teresak-esak juga akhirnya.
“Menangislah Reez, kalau itu yang
boleh hilangkan rasa beban kau,” Elysha menarik Reez ke dalam pelukan.
“Ely, beruntung abang Razif dapat
kau.Baik, sopan, cantik and a good listener too! Huishh, complete semuanya,”
Reez tersenyum pahit.
“Reez, so..kau belajar setakat mana?
Takkan mama tak pujuk mak ngah supaya bagi kau sambung belajar?”
“Aku sambung belajar? Result pun
hampeh! Memang taklah weh,”
“Tak percayalah…Kau tipu eh?” Elysha
menaikkan sebelah keningnya.
“Aku tipu? Mana ada, memang betul apa
aku kata ini… Aku malas nak struggle masa SPM dulu sebab aku tahu, kalau aku
study bagai nak rak tapi at last, kat kampung ni juga aku kena duduk.Dari aku
form 3 lagi mak ngah kata aku tak boleh sambung belajar.Dia tak nak aku
tinggalkan dia nanti so..Hermm,”
“So, sekarang kau kerja? Kau dah 5
tahun habis SPM kan?” Reez tersengih.
“Memanglah.Aku ini dari dulu lagi free
sentiasa.Kalau nak kerja, aku kerjalah.Kerja kat sawah ni.Ini tanah arwah
tok.Mak ngah dapat 1 per 3 so aku lah yang usahakan.Mama punya mama upah
orang.Kalau tak nak kerja, aku duduk kat rumah tu ha.Mak ngah dah dekat 4 tahun
tak ada kaki, so aku jaga dia kat rumah,”
“Mak ngah kenapa?”
“Kencing manis,”
“Ohh..Kau tidur mana malam ini?
Sini or rumah mak ngah?” Elysha melunjurkan kakinya ke hadapan.
“Mak ngah lah..Memang taklah aku
tidur sini malam ini.Mahu tak masuk rumah sebulan aku.Pak ngah itu berganda
garangnya tau!” Reez membuntangkan matanya.
“Serius? Takkanlah..Dahlah esok,
abang Razif kata nak ke rumah mak ngah..” Elysha mengetap bibirnya.Reez di
sebelah sudah tergelak-gelak.
“Tak payahlah nak buat muka cute
hang kat sini.Pak ngah tak garanglah.Dia baik cuma tegas sikitlah.Alah..bekas
tentera, memang tegaslah.Dia dengan mak ngah sama je keras kepalanya tapi
alhamdulillah diorang tetap anggap aku macam anak kandung diorang tu,” Reez
tersenyum manis.
“Elysha!! Bukan main lama lagi dating
dengan makcik seorang ni..Abang pun dia lupa?” Razif menggelengkan kepalanya.Dia
pentas berjalan ke arah mereka berdua.
“Eh, abang bukan nak tidur ke?”
Elysha membetulkan posisi dirinya.
“Mana abang nak tidur, isteri abang
ni kat luar,” Razif tersengih.Dia duduk di sebelah Elysha.Reez sudah
tersengih.Matanya menjeling pasangan suami isteri itu.Tiba-tiba dia berdiri.
“Kira! Tunggu aku.” Reez lekas
berlari ke kawannya, Akira.Akira pun terus mengayuh basikalnya pergi dari
situ.Reez memegang bahu sahabatnya lalu tersenyum kecil.
“Weh, nak ke mana?!” Elysha sedikit
menjerit.
“Nak balik rumah Kira.Bye…Selamat
dating,” Reez melambaikan tangannya.
“Weh, duduk diamlah.Kang jatuh,” Akira
menstabilkan kedudukan basikalnya.
******
“Best tak duduk sini?” Razif
meletakkan kepalanya di riba Elysha.
“Apa yang tak best duduk kat sawah?
Mestilah best.Angin sejuk je,” Elysha tersenyum gembira.
“Jom jalan-jalan,” Razif terus bangun
lalu menarik tangan Elysha turun dari bangsal.
“Aduh, sabarlah awak..sakitlah,” Elysha
menepuk punggungnya lalu segera membetulkan seliparnya yang tercabut.
“Sorry..tapi cepatlah,”
“Ye..ye,” Elysha menarik lengan
suaminya.Razif tersenyum,Mereka berjalan perlahan-lahan.
“Cantiknya..”
“Cakap Subhanallah, Ely” Razif
tersenyum.Elysha tersengih.Dia mengucapkannya dalam hati.Tangan mereka bergerak
seiring dengan kaki yang melangkah.
“Mak..mak,” seorang budak kecil menarik
belakang baju Elysha.Elysha yang terkejut terdiam seketika.Razif tergelak
melihat mukanya tatkala itu.Dia menepuk bahu Elysha perlahan.Kepala Elysha
tergeleng sedikit.
“Ye dik? Kenapa ni?” Razif menyangkung
di hadapan kanak-kanak yang berumur 4 tahun itu.Pipinya tembam dan gebu.Elysha
memegang pipinya.Dia mengusap pipi itu lembut.
“Mak..Alaa..mak mana? Kita tak
nampak.Tadi mak ada,” Budak itu mengesat air matanya.Mukanya sedikit merah.
“Mak adik pakai baju apa?”
“Tak tahu…mak kata mak ada urusan..kita
nak mak,” Dia mula teresak-esak.Elysha mendukung budak itu.Dia mengusap kepala
kanak-kanak itu perlahan.
“Sayang, jom balik. Rumah dekat mana?”
budak kecil itu menggelengkan kepalanya.Elysha mencium pipinya.Dia sedikit pun
tidak kekok.Razif sedikit tersentuh melihat sifat penyayang Elysha.Dia terus
merenung Elysha yang sedang leka melayan anak kecil itu.
“Janganlah nangis.Tak comel dah ni..Jom
ikut akak jalan-jalan dulu nak? Lepas itu, kita cari mak.Janganlah nangis.Kan
akak ada? Abang ni pun ada.Nak jalan tak?” Budak itu menganggukkan
kepalanya.Elysha tersenyum.Dia mengucup lagi pipi budak itu.
“Nama sayang siapa? Boleh akak tahu?”
Elysha berjalan meninggalkan Razif.Razif menarik tangan Elysha.Elysha sedikit
terundur.
“Aduhh, apa ni awak?” Elysha mengetap
bibirnya.Razif menghulurkan tangannya.
“Nak apa?”
“Biar abang yang dukung dia..Come
sayang,” Razif mengambil budak kecil itu dari pelukan Elysha.Elysha tersenyum.
“Nama sayang siapa?”
“Nama kita…Didi..Nama penuh kita tak
tahu,” Razif tergelak kecil apabila Didi menggaru kepalanya.
“Comellah Didi ni,” Elysha mencubit
pipi gebu Didi.Tangan kiri Razif memeluk pinggang Elysha perlahan-lahan.Dia
membisikkan sesuatu.
“Anak kita pun mesti comel macam
ni.Sabar ye sayang,” Matanya dikenyitkan.Merah pipi Elisya dibuatnya.Elysha
tergelak kecil untuk menutup rasa malunya.
“Didi!! Ya Allah, mana kamu pergi??
Kenapa boleh sampai sini? Kan mak kata duduk kat pondok itu diam-diam..Mak pergi
letak baby dekat rumah,” Tiba-tiba seorang wanita datang merampas Didi daripada
Razif.Mereka berdua terkejut dengan kehadiran wanita itu.
“Awak ni siapa? Macam mana Didi boleh
ada kat sini?” Razif menarik Elysha dekat dengannya.Elysha terdiam.Dia mengetap
bibirnya.Wajah wanita ini sungguh menakutkan dirinya.Dia sendiri tidak tahu
mengapa.
“Macam ni puan..Anak puan, Didi
sangkakan isteri saya ni puan.Yelah, baju puan dengan isteri saya ini pun lebih
kurang sama warnanya.Jadi kami ingat mahu hantar dia pulang tapi dia tidak tahu
rumah di mana.Kami pun bawalah dia bersiar-siar sekejap,” Razif tenang memberi
jawapan.
“Terima kasih la ye dik.Akak minta
maaflah kalau akak terkasar sangat tadi.Sebenarnya risau juga akak kalau ada
apa-apa jadi kat Didi,” Wanita itu mengukirkan senyuman tawar.
“Erkk, takpelah kak.Kami faham,” Elysha
bersuara perlahan.Wanita itu tadi mengusap kepala Didi.
“Didi, lain kali dengar cakap mak ye?
Jangan lari macam itu je, tahu?” Elysha mencium pipinya Didi sekali lagi.Mereka
pun meminta diri kerana hari pun sudah senja.Tangan Razif masih elok melekat di
pinggang Elysha.Mereka berdua selesa begitu.
*********
“Zif, mari makan,” Mama menarik
tangan Razif untuk duduk semeja dengan mereka.Razif yang masih leka dengan
telefonnya hanya menurut langkah mama.Elysha menyendukkan nasi untuk semua.
“Bismillah…” Razif membaca doa
makan.Elysha menyendukkan lauk untuknya kemudian barulah dia mengambil lauknya
sendiri.Razif tersenyum.Mama memerhatikan anak menantunya.
“Elysha, kamu punya result keluar
bila eh?” Mama memulakan bicara.
“Aduh mama..Apa punya soalan la tu,”
Elysha mengetap bibir.
“Mama ni, nanti-nanti lah
tanya…Tengah makan ni,” Razif membela isterinya.
“Mama bukannya tanya bila nak
mengandung ke apa..mama tanya result SPM keluar bila? Haishh budak berdua ni,”
Tersedak-sedak Elysha apabila mendengar perkataan mengandung. ‘Tadi anak dia
cakap pasal baby, sekarang mak pula? Mampuss,’ desis hatinya.Razif segera
menghulurkan air.
“Thanks..rasa-rasanya result keluar
hujung bulan 3.Kot lah ma .. Hihi,” Elysha tersengih.Mama menggelengkan
kepalanya.
“Boleh kot-kot pula ye? Dah makan,”
Mereka kembali menikmati makan malam itu.
“Mama masuk dalam dululah ye..Sekarang ni
mama cepat penat, kamu berdua buatlah apa yang patut ye,” Mama masuk ke dalam
bilik.Elysha yang sedang menonton tv hanya menganggukkan kepalanya.Razif masih
tekun membelek surat khabar.
“Sayang,” Razif tiba-tiba melompat di
sebelah Elysha.
“Mak!!” Razif terus menekup
mulutnya.
“Shhh” Elysha tersengih.
“Abang ni dah kenapa? Terkejut
oranglah,”
“Memanglah orang, takkan monyet pula
kan?” Razif tersengih.Elysha mencubit lengan Razif kuat.
“Aduhh, sakitlah” Razif mengusap
tangannya.
“Padan muka,” Elysha menjelirkan
lidahnya.
“Cerita apa ni?” Elysha menyorokkan
remote tv di bawah kusyen.Dia buat tak tahu sahaja apabila suaminya meminta
remote tv.
“Cerita I hear your voice.Kenapa?”
“Cerita apa itu? Hishh, best sangat
ke?” Razif menarik tubuh Elysha dekat dengannya.
“Tak best pun.Abang pergilah masuk
sana, sibuklah,” Elysha menolak bahu Razif.Razif menarik semula bahu Elysha.
“Kalau tak best, tutup tv tu, jom
masuk tidur.Abang penat,”
“Abang masuklah dulu.Nanti Ely
masuk.Goodnight,” Razif bangun lalu dia terus menutup suis tv dan berdiri di
depan Elysha.Tangannya memegang kedua-dua tangan Elysha.Elysha tercengang.
“Abang!! Eishh, kenapa tutup suis
tu? Orang tengah tengok tv lah,” Elysha mengetap bibirnya geram.Dia
memperlahankan suara.
“Teman abang tidur, dah jom,” Elysha
menarik tangannya lalu masuk ke bilik.Razif tergelak kecil.Dia mengejar langkah
isterinya.Tangannya mengunci pintu bilik mereka.
“Sayang…sorrylah.Siapa suruh sayang
degil? Tak nak dengar cakap abang,”
“Dahlah awak, tepi sana,” Elysha
membentangkan selimut untuknya.Razif baring di sebelah Elysha.
“Sayang,” Tangan Razif melingkari pinggangnya.Elysha terdiam.Razif
menarik bahu Elysha supaya baring menghadapnya.Elysha hanya menurut.Dia hanya
memandang dada Razif.
“Hey, senyum lah sikit..tengok abang
lagi syok dari tengok mamat tadi kan?” Razif memegang dagu Elysha.Dia tersenyum
manis.Elysha tergelak halus.
“Kalau tengok dia lagi syok? Abang nak
buat apa?” Razif membuntangkan matanya.Dia menggeletek pinggang Elysha.Elysha
tergelak kegelian.Razif tersenyum gembira melihat tawa isterinya.
“Sayang…” Razif menaikkan sebelah
keningnya.Razif tersenyum penuh makna.Elysha membulatkan matanya.
******
“Elysha..fikir apa tu?” Razif membuka
tali lehernya.Butang baju kemejanya dibuka satu persatu.Dia merebahkan dirinya
di sebelah Elysha.Elysha yang sedang termenung di atas katil memandang
suaminya.
“Teringat kat Didi..Abang nak makan
ke? Ely pergi panaskan lauk,”
“Lah, ingatkan tak sihat ke..Nantilah
panaskan, duduk sini dulu diam-diam.Ely nak pergi jumpa Didi tak? Dah sebulan
kita balik sini, baru hari ni rindu dia? Kalau nak abang bawa Ely balik
kampung,”
“Eh tak naklah balik kampung sebab
nak jumpa Didi je, lagipun budak itu nanti bukan ingat kita pun bang,” Elysha
bermain dengan hujung rambutnya.
“Kalau nak balik kampung pun, abang
kan tengah busy..Mana lah sempat,” Elysha menyambung.
“A’ah lah..Abang baru je dapat
tender baru.Kena siapkan yang itu pula,” Razif mengurut dahinya.Elysha mengeluh
perlahan.Dia memejamkan matanya.Tidak tahu mengapa, dia berasa sungguh letih
petang itu.
“Ely tak sihat ke? Pucat je muka?”
Razif berpeling melihat wajah isterinya.Elysha tersenyum.
“Tak ada apalah bang..Semalam tak
cukup tidur.Sibuk habiskan movie korea,” Elysha tersengih.Razif menggelengkan
kepalanya.
“Tulah..abang kan dah kata jangan
tunggu abang balik..Abang tengah sibuk, so tidur awal ye?”
“Ye cik suami,” Razif mencubit hidung
Elysha kuat.Elysha pantas menepis tangan suaminya.Dia menggosok hidung kuat.
“Sakitlah,” Elysha bangun.
“Orang nak ke dapur, bye-bye”
“Byee,” Razif tersenyum.Matanya
perlahan-lahan tertutup.Dia akhirnya tiba di alam mimpi.
******
“Hello, abang nak apa call Ely
malam-malam ni?” Elysha menjawab panggilan itu perlahan.
“Lah, dah tak boleh ke? Ely I have a
good news for you!” Elysha mengetap bibirnya.Dia khuatir jika suaminya
tersedar.Pintu bilik air dikunci perlahan.
“What’s that?” Elysha bersuara
perlahan.Dia mengeluh.
“Ely mengeluh macam tak nak layan
abang je.Ely nak tahu ke tak ni?” Syafiq kedengaran sedikit kecewa.Elysha serba
salah.
“No..I mean, dah lewat malam lah bang
Fiq.Ely mengantuk,” Elysha beralasan.
“Sorry sebab ganggu Ely malam-malam
ni but I can’t control myself! I’m so happy! Akhirnya, papa Ely terima juga
pinangan abang! Dia call abang semalam!” Elysha terpana.
“Ber..bertunang? Itu maksud abang?”
Elysha tergagap.
“Yes honey! Kita dah bertunang! Nanti
lepas 3 bulan, kita kahwin? Okay? Ely? Ely? Are you there?” Elysha
senyap.Matanya berpinar.Akhirnya dia jatuh terjelepok.Syafiq khuatir.
‘She’s too happy? Sampai tak dengar
apa yang aku cakap?’ Syafiq tersenyum gembira.
tanda tanya...dgn siapa syafiq bertunang..suspen di situ
ReplyDelete