Sunday, 3 November 2013

Awak tetap Suami saya ! Bab 7



       
        “Elysha! Abang cakap ni dengar ke tak?” Razif menepuk bahu Elysha.Elysha tersentak.Dia berdehem.
         “Sorrylah abang.Ely tak dengar.Abang cakap apa tadi?” Elysha menuang air teh’o ke dalam cawan suaminya.Nasi goreng disendukkan ke dalam pinggan suaminya.
         “Ely ini kenapa? Senyap je dari tadi.Lepas itu, abang cakap tak dengar.Ely sihat ke tak ni?” Razif meletakkan tangannya ke dahi Elysha. ‘Tak panas pula,’ Desis hati Razif.
         “Nothing..Just, nothing” Elysha bengun lalu bergerak ke sinki.Tangannya dibasuh.Dia duduk semula di hadapan suaminya di meja makan.
         “Makan bang, Ely tak ada apa.I’m okay,” Elysha tersenyum tawar.Razif melepaskan keluhan.Dia menggeleng kepalanya perlahan.
        “Ely, kalau Ely ada masalah, Ely storylah kat abang.I’m a good listener you know?” Elysha tersenyum.
         “Yeah, I know it but seriously, I don’t have any problem.Don’t worry ya?” Elysha mencapai tangan suaminya yang berada di atas meja.Dia mengusap lembut tangan suaminya itu.Razif tersenyum kecil.
         “Abang, tengah hari ini launck kat mana? Nak Ely masak tak?” Elysha menyambung suapannya.
         “Sorry Ely.I think abang ada meeting time luch itu.Almaklumlah, abang dengan grup abang kena siapkan projek ini dalam bulan ni juga.Sorry ye,” Elysha masih tersenyum tawar.
         “Dinner macam mana? Abang balik lambat lagi ke malam ni?”
         “Tak tau lagilah.InsyaAllah, abang balik awal,” Razif tersenyum.Namun dia lekas-lekas menghabiskan nasi goreng yang masih berbaki di dalam pinggannya.Elysha bangun untuk membasuh pinggan mereka.
          “Take care ye abang.Baik-baik drive..” Elysha menghulurkan tangan kepada suaminya.Razif menyambut salam isterinya lalu mengucup ubun-ubun Elysha lama. Pipi Elysha memerah.Dia berdehem perlahan.Razif tersentak.
          “Abang kata nak cepatkan? Bye,” Elysha menolak tubuh Razif perlahan lalu membetulkan kedudukan tali leher suaminya yang sedikit senget. Razif menganggukkan kepalanya.
           “Assalamualaikum sayang,” Elysha menjawab dalam hatinya lalu melambai ke arah  kereta suaminya yang bergerak meninggalkan perkarangan rumah.Dia mengunci pagar rumah lalu bergerak ke dapur.Tangannya ligat membuat kerja rumah sehingga tidak sedar hari sudah siang.
            “Aduh laparlah pula,” Elysha mengusap perutnya.Tangannya yang sedang memegang batang mop terasa kebas pula.Dia segera menyiapkan tugasnya yang satu itu.Selepas itu, dia ke dapur untuk mengisi perut.
            Nasi goreng pagi tadi yang masih berbaki dipanaskan di dalam kuali.Telur dadar degoreng untuk membuka selera.
            Elysha memerhatikan makanan di hadapannya.Dia mengetap bibir.Satu keluhan dilepaskan.Air matanya tiba-tiba bergenang.Dia teringatkan arwah mamanya.
           “Ma, Ely nak makan dengan mama.Ely rindu mama sangat-sangat.Ely..Ely sunyi,” Air matanya jatuh juga akhirnya.Dia cuba menahan esakan namun semuanya sia-sia.Hatinya dihimpit sebuah perasaan yang dia sendiri tidak dapat mengenal pasti.Hatinya sakit.Sakit menahan rindu pada arwah mamanya, rindu pada sebuah belaian dan kasih sayang serta rindu pada keprihatinan yang sering dia dambakan.Air mata dikesat.Semakin dikesat, semakin laju pula air matanya menitis.Kepalanya diletakkan di atas meja.Nasi goreng ditolak ke hadapan.
            “Sayang mama…bangun nak.Kenapa menangis ini? Kan mama ada dengan Ely, kenapa nak sedih-sedih? Dah lama anak mama tak macam ni..Kenapa ini? Elysha? Manja mama ini kenapa? Anak mama yang kuat , tabah dan penyabar itu mana? Sejak bila sayang jadi cengeng ini?” Elysha mengangkat kepalanya.Air matanya diseka laju.
            “Mama? Mamakan? Mama, Ely rindu mama sangat-sangat! Mama jangan pergi eh? Jangan tau! Ely nak mama.Tak nak orang lain.Mama je..Janganlah tinggalkan Ely mama.Kalau mama tak ada, siapa nak sayang Ely? Siapa ma?” Elysha menangis teresak-esak.Tangan mamanya membelai kepalanya lembut.Terasa seperti ubun-ubunnya dikucup, Elysha mendongak.Wajah mamanya ditatap lembut.
            “Ye sayang, ni mama.Elysha, mamakan dah ajar.Ajal maut di tangan Tuhan.Mama tak boleh buat apa sayang.Yang penting sekarang ini, mama nak Elysha kuat hadapi cabaran dan dugaan hidup, nak.Mama tak boleh tolong Ely.Tapi Ely boleh tolong mama.Ely tolong jangan buat mama susah hati ye sayang? Jangan meratapi pemergian mama sayang. Sakit nak! Mama sakit! Tolong ye sayang? Sayang kena kuat, macam masa Ely kecil-kecil dulu.Suka sakat orang, selalu gelak, senyum pun manis..Elysha kena kembali macam dulu kalau nak tolong mama.Boleh ye nak?” Mama memeluk Elysha erat.Elysha membalas pelukan mamanya.Kepalanya diusap.
              “Mama..Elysha nak kembali macam itu ma.Tapi Ely tak mampu.Ely nak bergurau dengan siapa ma? Hidup Ely kini sunyi, gelap ma.Ely tak nampak siapa-siapa pun ma.Tapi kan mama, mama tau tak? Ely dah kahwin.Ely dah ada suami tapi…Ely macam tak nampak kebahagiaan itu ma.Mana dia pergi ma? Kenapa tinggalkan Ely kat sini seorang diri tanpa kebahagiaan itu ma? Ely terseksa ma..Sakit sangat ma,” Elysha menepuk dadanya berkali-kali.Air mata mamanya menitis melihat kesengsaraan anaknya.Mamanya menepuk bahu Elysha.
               “Sayang, sayang kena usaha untuk dapatkan kebahagiaan itu nak.Kebahagiaan itu takkan datang bergolek nak.Sayang kena usaha. Mama percaya suami Ely boleh bawa kebahagiaan itu nak.Cuma, sabar.Itu yang anak mama ini perlukan.Banyakkan memohon doa pada Allah nak.Usaha itu penting. Kalau Ely nak rasa kebahagiaan itu sayang, Ely kena mulakan langkah pertama.Jangan mengharapkan seseorang akan datang buat semuanya pada Ely. You need to do it. You must, honey.I love you,” Mama mengucup pipi Elysha lalu mula menghilang.Elysha terpana.Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.
               “Mama? Mama? Mama mana? Mama!!!” Elysha jatuh terduduk.Dia menangis teresak-esak.Kepalanya berat.Muka mamanya.Itulah yang Elysha nampak sebelum matanya terpejam rapat.
*******
             “Uhh..Sakitnya kepala Ya Allah,” Elysha memegang kepalanya.Dia memegang kaki meja disebelahnya.Dia cuba berdiri dan alhamdulillah, kakinya masih kuat untuk berdiri. Langi di luar sudah pun gelap.Elysha memandang jam yang tergantung pada dinding dapur.Jam sudahpun menunjukkan pukul 12 malam.Elysha terbatuk perlahan.Dia terhuyung-hayang.Elysha hampir terjatuh namun dia sempat berpaut pada dinding.Dia mengucapkan syukur.
             “Dia tak balik lagi ke?” Elysha duduk sebentar di atas sofa.Tangannya memicit kepalanya.Dadanya sakit.Elysha bangun perlahan-lahan lalu naik ke biliknya.Dia membasuh mukanya lalu terus menunaikan solat Isyak.
             “Ya Allah, kau lindungilah suamiku dari bahaya di luar sana.Kau peliharalah dia dari kecelakaan di luar sana, Ya Allah.Ya Allah ya Tuhanku, kau sejahterakanlah hidupku dan suamiku.Kau lindungilah tubuh ibuku dari seksaan api neraka mu ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin,” Elysha meraup kedua-dua tangannya ke muka.Air matanya menitis apabila mengenangkan nasihat dari mamanya. ‘Terima kasih mama, terima kasih ya Allah,’
*******
          “Abang? Abang? Ya Allah, dia tak balik lagi ke? Dah pukul 6 pagi ni, takkanlah tak sampai lagi?” Elysha menurut dadanya perlahan.Dia beristighfar.Bantal suaminya dipandang sepi.Dia segera mandi lalu menunaikan solat Subuh.Dia berdoa dengan khusyuk dan penuh tawakkal.
          Elysha berjalan turun tanggan dengan penuh hati-hati.Kepalanya yang masih terasa beratnya membuatkan matanya sedikit berpinar.
         “Abang? Abang ke itu?” Elysha mendekati tubuh seorang lelaki yang sedang baring di atas sofa di ruang tamu itu.
         “Abang? Ya Allah abang, kenapa tidur kat sini?Abang..abang bangun bang.Dah Subuh ni,” Elysha menepuk bahu suaminya lembut.Tiba-tiba dia terpegang sesuatu yang licin dan berminyak. ‘Apa ni?’ Getus hati Elysha.Suis lampu dipetik.Dia mendekati suaminya semula.
         “L.Li..Lipstick ke ni?” Tangannya mengesat kotoran yang berwarna merah pudar itu di tepi leher suaminya.Perlahan-lahan bahu suaminya ditepuk.Dia cuba mengawal riak wajahnya.Razif membuka matanya.Apabila dia ternampak wajah Elysha di hadapannya, dia segera bangun.
          “Bangun bang, solat,” Elysha terus mengangkat punggungnya dari situ.Dia terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan.Razif pula hanya bangun lalu ke bilik tanpa suara.
           “Apa yang berlaku tadi itu ya Allah?” Elysha memegang dadanya.Sakit yang dia rasakan.
           “Ely…” Razif berdiri di belakang Elysha.Elysha menarik nafas dalam-dalam sebelum berpaling menghadap suaminya.
           “Ye bang?” Elysha tersenyum manis.Tangannya membetulkan lipatan kolar suaminya.Tali leher pula dibetulkan kedudukannya.Dia menepuk debu-debu yang melekat pada baju suaminya.Hati Razif tersentuh melihat perbuatan isterinya yang ayu memakai baju kurung pada pagi ini.
           “Kenapa pakai baju kurung ni sayang? Ada nak ke mana-mana ke?” Elysha tergelak kecil.
           “Kenapa bang? Tak cantikkah? Tak ada kemana pun.Saja nak pakai kat rumah.Rindu pula nak pakai baju kurung,” Razif tersenyum.Tangannya membelai wajah Elysha.Rambut Elysha yang jatuh atas dahi diselak ke belakang.Dahi Elysha dikucupnya.Elysha memejamkan matanya.Tenang seketika hatinya.
             “Cantik sayang.Cantik sangat.Terpukau abang tengok,” Razif tersenyum.Elysha memeluk pinggang suaminya.
             “Abang..Abang okay? Abang sihat? Kenapa abang tak naik ke bilik malam tadi? Pukul berapa abang sampai rumah semalam?” Elysha memandang tepat ke dalam mata suaminya.Razif berdehem sebentar.Matanya sengaja dilarikan.
            “Abang penat sangat semalam.Baru habis discussion pukul 1 pagi.Lepas itu, kawan abang ajak minum-minum kat mamak depan office abang.Itu yang balik lambat.Sorry ye sayang?” Razif memegang dagu Elysha.Jarak wajah mereka yang tersangat dekat membuatkan pipi Elysha merah.Kebas sekejap pipinya.Razif tersenyum melihat isterinya malu.Dia mencubit pipi itu kuat.
           “Auch,” Elysha mengusap pipinya.Dia tahu suaminya beralasan.Dia sendiri malas mahu memanjangkan hal itu walau hatinya meronta-ronta mahukan penjelasan yang sebenar-benarnya.
           “Sayang nak masak apa ini?” Razif berdiri di sebelah Elysha yang sedang menumis.
           “Kuey teow goreng? Suka tak?” Razif tersenyum lalu menganggukkan kepala.Elysha tersenyum riang.
            “Abang, kalau abang ada masalah kat office, storylah kat Ely.Yelah, mana tau Ely boleh tolong, kan?” Razif menganggukkan kepalanya.
            “Eh, abang ni dengar ke tak?” Elysha mencubit pinggang suaminya.
            “Aduhh, sakitlah sayang oiii.Eishh, abang dengarlah.Ely tak nampak ke abang angguk tadi?” Elysha mencebikkan bibirnya.
            “Ely memang nampak kepala abang tu dalam kuali ni kan?” Razif tersengih.
             “Mana boleh abang masuk dalam tu, panaslah.Ely ni kejam kan dengan abang?” Elysha mengangkat bahunya. ‘Kalau nak kira kekejaman tukan bang, abang jauh lagi kejam bang..’ Hati Elysha merintih kesedihan.
            “Dah siap.Ambilkan mangkuk itu bang,” Razif hanya patuh.Elysha membancuh air manakala Razif menghidangkan pinggan dan kuey teow.
           “Abang..Kenapa harini abang mandi macam sepat sangat je?” Elysha meletakkan jag air di atas meja.
            “Tak boleh eh?” Razif tersengih.Elysha menggelengkan kepalanya.
            “Tak boleh.Sebab abang nampak pelik.Hihihi,” Elysha tergelak.Razif geram.Dia menggeletek pinggang Elysha.Elysha tergelak-gelak kerana kegelian.
             “Abang…Ely nak keluar ke bandar sekejap nanti boleh tak bang?” Razif menaikkan kedua-dua keningnya.
              “Abang dah agak dah sayang ni.Pakai macam ni mesti nak keluar kan? Pergilah sayang.Tapi baik-baik tau kat bandar itu.Bahaya,” Elysha tersenyum manis.Dia menganggukkan kepalanya.
              “Thanks abang,”
              “Suka dia eh,” Elysha anggukkan kepalanya.Dia tesenyum gembira.
              “Okaylah sayang, abang gerak dululah,”
              “Eh, tu ada lagikan.Kenapa tak habiskan?” Razif mengetap bibirnya.
             “Sorry sayang, I need to go now.Kalau sesak nanti, lambat pula abang sampai,” Elysha menganggukkan kepalanya.
             “Takpelah.Salam,” Elysha menghulurkan tangannya.Dia tersenyum tawar.
             “Sayang nak keluar nanti kan? Nah, eh nanti naik teksi ke?” Razif menghulurkan sejumlah wang kepada Elysha.Elysha menganggukkan kepalanya.
             “A’ah bang.Terima kasih,” Elysha senyum lagi.
             “Abang pergi dulu,” Razif segera menyarungkan kasutnya dengan pantas.Elysha hanya melihat dari pintu rumah.Dia tersenyum lalu melambai suaminya.
*******
             Setiap kedai yang dilintasinya hanya dipandang sepi. ‘Haihh, window shopping bosan, duduk rumah jangan katalah, bosan yang teramat,’ Elysha mengeluh perlahan.Kakinya melangkah ke dalam sebuah kedai minyak wangi.Setiap botol dipegang dan diteleknya.Satu jam lagi.Jam di tangan dipandang sekilas.Telefonnya berdering.
             “Helo, Assalamualaikum,” Elysha menjawab panggilan tersebut.
              “Waalaikumussalam, Elysha! Sayang kat mana tu? Kenapa abang cari kat sekolah tak ada pun?” Suara Abang Fiq benar-benar membuat jantungnya luruh.
              “Ehem..Buat apa abang pergi sekolah Ely? Herm?” Elysha meletakkan botol minyak wangi yang dipegangnya.
              “Nak jumpa sayanglah, kan hari ini result SPM keluar.Sayang tak pergi sekolah ke?” Elysha mengeluh.
              “Nope.Ely tak pergi.Nanti-nanti lah Ely pergi ambil result tu.Ely semak guna internet je.Abang baliklah.Tak perlu nak duduk sana seorang diri.Buat penat je,” Elysha berjalan ke arah sebuah kedai makan.Perutnya sudah mula berkeroncong.
               “It’s okay honey.Abang ambilkan eh sayang punya sijil semua itu.Abang kan tunang Ely.” Hampir terjelepok Elysha tatkala mendengar perkataan ‘tunang’ itu.Nasib baik dia sempat berpaut pada sebuah kerusi berhampirannya.Dia menarik nafas yang panjang.
                “Abang, jangan susahkan dirilah.Ely tak suka abang susah-susah demi Ely.Abang Fiq tak perlu ambilkan.Okay? Nanti Ely ambillah.”
                “Ely ni macam tak suka je dengan abang.Ely dah ada orang lain ke? Takpelah Ely, abang ambil dulu, nanti abang bagi dekat papa Ely eh?”
                “Abang jangan! Ehem..Abang kalau nak ambilkan, abang ambil lepas itu abang simpankan.Boleh ? Nanti kita jumpa, Ely ambil result tu dekat abang.Ye abang?” Syafiq tersenyum.
               “Baik sayang. Okaylah, abang pergi dulu lah ye? Take care sayang,”
               “Ermm, Assalamualaikum,” Elysha terus mematikan panggilan.Dia mengurut dadanya perlahan.
               ‘Abang Razif tak ingat ke aku ambil result hari ini? Abang Fiq juga yang ingat.Hermm…Abang Razif sibuk dengan projek tulah, Ely! Jangan kacau dia okay? Nanti dia temankanlah kau ambil result tu and time itulah kau kena bagitau abang Fiq yang kau dah bernikah! Okay?’ Elysha menarik nafas lega.Dia tersenyum senang.
               “Razif pleasee,” Elysha tersentak apabila mendengar nama itu.Dia berpaling mencari empunya suara itu.
               “Let’s sit there,” Kali ini Elysha pasti.Itu suara suaminya.Dia berpusing daripada menghadap suaminya.Perlahan-lahan dia memusingkan kepala.Dia memerhatikan telatah dua insan yang sedang berkepit itu.Hatinya bagai dihiris dengan pisau belati.Pedih.Sakit.
               Elysha mengambil tempat di sebuah meja untuk memerhatikan suaminya.Dia mahu tahu apa yang mereka lakukan.Dia tidak akan sesekali melarikan diri lagi. Tidak!
*******
                “Sue, boleh tak you lepaskan tangan I?” Razif cuba menarik tangannya.Dia rimas.
                “You..Mana boleh.I sayang you.Sebab tulah nak pegang tangan you.I tak boleh lepaskan tangan you,sekejap pun tak boleh,” Razif mengeluh.Dia menjeling tajam ke arah wanita disebelahnya itu.Kolot! Jerit hatinya. Suezana hanya buat-buat tak nampak dengan jelingannya itu.
                 “I ikut you datang juga lunch dekat sini sebab I..”
                 “Sebab you miss me! Kan? Alah, you ni, janganlah malu-malu.Semalam kita baru je jumpa kan? Btw, I miss you too,” Suezana meletakkan kepalanya di atas bahu Razif.
                 “Sue, please.Behave yourself!” Suara Razif sedikit tegas.Suezana memuncungkan bibirnya.Air matanya mula bergenang.
                “Sampai hati you kan? You memang betul dah tak sayang I kan? Takpe, kalau you nak I pergi, I pergi.You jangan menyesal!” Suezana bangun dari kerusinya.Razif serba salah.Dia paling pantang melihat Suezana menangis.Dia menarik semula lengan Suezana.Dia tahu susah dia mahu menerangkan tentang status dirinya kepada wanita ini jika wanita ini sudah mula merajuk dan menjauhkan diri.Dia khuatir sekiranya suatu hari nanti, wanita ini akan tiba lagi untuk menuntut dirinya daripada Elysha.
                “Okay-okay.I’m sorry.Sit here please,” Razif menepuk kerusi disebelahnya.Suezana tersenyum.Dia duduk di atas kerusi itu.Tangannya memegang erat pergelangan tangan Razif.
                 Dari jauh,Elysha mengetap bibirnya geram.Geram hatinya melihat Razif memujuk bekas tunangnya itu. ‘Biar jelah perempuan itu blah.Nampak sangat kau sayang kat dia kan? Erghh … Sakitnya hati!’ Elysha menahan air matanya daripada terjatuh.Dia terus berlalu dari situ. Seleranya hilang begitu sahaja apabila melihat kemesraan mereka berdua.
                Razif berpaling.Dia seperti melihat kelibat isterinya.Namun dia menyedapkan hatinya sendiri dengan beranggapan bahawa isterinya berada di rumah. Suezana memegang pipi Razif.Tangannya membelai-belai pipi itu. Razif mengeluh. Dia menepis tangan Suezana.
               “You ini kenapa? Dahlah you tak bagi I panggil you abang, now you tak bagi I sentuh you pula? Dulu okay je? Why? Now you dah kahwin? Hmm? Dah ada wife ke sampai I tak boleh nak pegang-pegang you lagi?” Suezana mengetap bibirnya.
               “Sue, you faham tak? I tak nak ada relationship lagi dengan you.Kita kan dah lama putus? Kenapa you susah sangat nak faham?” Suara Razif lembut sahaja mengungkapkan kata-kata itu.
             “Tak ! I tak faham. You, I tak nampak pun sebab-sebab yang kita perlu putus. I still sayangkan you  and you still sayangkan I. So what? Apa lagi? Apa lagi yang you nak?” Suezana membuntangkan matanya.
            “ I memang sayangkan you.Tapi sayang itu dah tak sama dengan sayang masa kita bercinta 3-4 tahun lepas. I sayangkan you hanya sebagai sahabat. Berapa kali I nak kena ulang? Kita dah bincang benda ni banyak kali Sue,” Razif menyisip teh’o panasnya.
“Kenapa? Sebab apa yang I buat pada you dulu? Kalau betullah, kenapa masa first day kita jumpa haritu, you tak tinggalkan I je? Kenapa you masih boleh terima I at that time? Tapi kenapa dah berbulan kita get back, baru you cakap you dah tak sayang I? Sebab you dah ada betina lain kan?!” Dada Suezana berombak.Razif terpana.
“You jaga sikit mulut you eh? Jangan biadap sangat,” Muka Razif merah menahan marah.
 “Razif.I nak you jujur dengan I. You ada perempuan lain kan? Siapa perempuan itu? Shit,” Suasana tegang.Nasib baiklah pada waktu itu, mereka memilih tempat yang sedikit tersorok.Sekurang-kurangnya tidak adalah orang yang memerhati drama sebabak mereka berdua ini.
 “Memang I ada perempuan lain.Sebab I’m married! You tak ada hak nak panggil dia betina sebab dia jauh lebih baik daripada you! And one more thing, she’s way better than you in everything! You are nothing to compare with her!” Razif terus berlalu meninggalkan Suezana bersendirian di situ. Suezana terpana.
  Air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipi. Kini dia tahu perasaan Razif tatkala dirinya pergi dari Malaysia untuk lelaki lain yang langsung tidak menghargai dirinya di sana. Kini dia pula ditinggalkan terkapai-kapai kerana seorang wanita yang berjaya merawat hati Razif yang dilukakan oleh dirinya.
Suezana jatuh terduduk.Dia hanya melihat kelibat Razif yang semakin menjauh.Esakan mula kedengaran.
“Miss?” Seorang lelaki datang menegur.

2 comments:

Drop what you wanna say peeps - XOXO