Thursday, 21 November 2013

Awak Tetap Suami Saya ~Bab 9~

    “Papa? Kita kat mana ni? Papa nak bawa Elysha ke mana?” Elysha memecahkan kesunyian malam.
    “Papa kata tutup mulut kan? Banyak tanya pula, orang kata diam, diam!” Suara papa sedikit menengking.Badan Elysha terhinjut sedikit. Dia gerun dengan papanya.
    “Tapi pa, mama kata tak elok gadis keluar malam-malam,” Elysha tetap bersuara.Papanya mendengus kuat.Stereng kereta dihentak kuat. Elysha mengetap bibirnya kuat.
    “Mak kau dah seminggu mati! Kau faham tak?! Semak lah perempuan ni!” Papanya menjerit lantang. Badan Elysha menggigil menahan tangis. Dia takut. Mama, Sya takut! Tolong Sya ma, tolong.. Elysha merintih dalam jatinya.
    “Papa, jangan cakap mama macam tu..” Elysha mula menangis. Papanya pula tergelak sinis di tempat duduk pemandu. Mata Elysha memerhati tempat yang baru sahaja mereka lalui. Belakang kedai? Papa nak buat apa? Ramainya akak seksi kat sini? Apa ni? Elysha mula terasa lain macam. Muka papanya dijeling sekilas. Bajunya pula ditelek semula.
    Sehelai t-shirt tanpa lengan bersama jeans tiga suku. Pakaian yang tidak pernah dia pakai jika keluar dari rumah. Arahan papanya bagaikan diulang semula.
     “Kau pakai baju ni! Kalau kau tak pakai, kau siap!” Arahan papanya sebelum mereka keluar sebentar tadi dimainkan semula. Elysha menggenggam kedua-dua tangannya.
    “Pa, kita buat apa kat sini? Elysha takut pa,” Papanya menjelingnya lalu tergelak sinis. Dia memberhentikan kereta.
    “Ikut aku cepat! Keluar!” Pintu kereta dihempas kuat. Elysha melangkah keluar dengan penuh ketakutan.
    “Jalanlah.Itu pun aku nak kena suruh?” Bisik papanya sambil menggenggam lengan Elysha. Elysha mengaduh perlahan.
    “Sakit pa,” Elysha cuba melepaskan genggaman namun malang baginya kerana tenaga seorang gadis mana sama dengan tenaga genggaman seorang lelaki dewasa seperti papanya.
    “Diam!” Papanya sedikit menjerit pada telinganya. Elysha menahan sakit. Matanya melilau melihat sekeliling. Lelaki-lelaki bersama dengan perempuan-perempuan seksi atau lebih senang dipanggil pelacur itu memenuhi lorong yang kotor dan gelap itu. Skirt pendek, baju tanpa lengan, dada yang terdedah menakutkan Elysha. Rambutnya lembut ditiup angin. Selalunya, dia akan menutup aurat jika melangkah sahaja keluar dari rumah. Dia berasa sungguh kekok apabila lelaki ajnabinya melihat auratnya. Dia menundukkan kepala sambil berjalan. Hatinya terasa bersalah sangat kerana mendedahkan auratnya.
    Tiba-tiba, dirinya ditolak kepada seorang lelaki cina, yang berbadan besar dan tegap. Kakinya menggigil ketakutan melihat bengisnya wajah lelaki cina itu.
    “Berapa harga ini budak bos?” Suara papa menampar gegendang telinga Elysha.
    “Oh, ini budak gua boleh kasi lu itu RM30 000,” Tangannya membelai rambut dan pipi mulus Elysha. Elysha menepis tangan lelaki tua itu. Air matanya meleleh. Dia menahan esakan.
    “Bos, kasi up sikit lah. Ini budak masih fresh. Masih dara ma..Lu boleh kasi try,” Papa Elysha cuba berunding. Ya Allah, kau bantulah aku ya Allah, aku takut. Seru Elysha.
    “Bolehlah, bolehlah. Gua kasi lu RM50 000..Amacam? Boleh gua try dulu,” Tangan lelaki tua itu mula merayap pada pinggang dan dada Elysha. Elysha sedaya upaya menepis tangan lelaki tua itu. Taknak! Aku muda lagi ya Allah. Jangan..Jangan lah orang tua! Takut..Ma, Elysha takut. Elysha menangis disitu. Papanya tergelak sinis melihat keadaan anak tirinya itu.
    “Alahh amoi, kasi gua rasa sikit lah..Jangan ini macam. Gua kasi bapa kau duit, lu kasi gua body you lah amoi,” Elysha rasa hendak pengsan sahaja disitu. Lututnya menggigil ketakutan. Matanya gelap. Jangan pengsan Elysha! Jangan! Nanti tak pasal-pasal hilang dara, Sya. Elysha mengingatkan dirinya. Dia cuba memandang papanya meminta belas kasihan. Lelaki cina itu pula memandang tubuh Elysya dengan penuh nafsu.
    “Pa..tolong Elysha pa. Jangan buat Elysha macam ni,” Elysha melutut di hadapan ayah tirinya.Air matanya merembes keluar.Esakannya mula kedengaran. Lelaki tua itu meramas rambutnya. Dia memandang papa Elysha tajam.
    “Hey, Lu kasi angkat ini amoi, balik! Gua nak you kasi dia sini balik lagi 2 tahun. Masa itu nanti dia sudah 17 tahun, baru mantap badan dia..Sekarang you kasi bawa ini amoi balik! 2 tahun lagi, gua up RM70 000. Now, lu chow!” Lelaki cina tua itu menghalau mereka berdua. Papa Elysha tersenyum sinis.
    “RM70 000 eh bos.Okay, gua chow dulu,” Tangannya mengheret Elysha pergi. Kaki Elysha yang lembik terheret sepanjang jalan. Darah yang meleleh tidak dipedulikannya. Elysha mengaduh perlahan. Dia melihat luka di kakinya. Sakit..Getus hati Elysha perlahan.
   Wanita-wanita disitu melihatnya dengan rasa simpati yang melangit. Mungkin itulah mereka 2-3 tahun dahulu. Dijual oleh ahli keluarga sendiri ditempat syaitan ini. Hati mereka merintih kasihan melihat gadis yang berumur 15 tahun itu.
    “Masuk sekarang, masuk!” Pang! Bunyi pintu terhempas memeranjatkan Elysha. Dia masuk ke dalam kereta lalu saat matanya terpandangkan luka dikakinya yang dipenuhi darah, dia pitam.
    “Elysha? Elysha? Kenapa ini?” Bahu Elysha ditolak lembut. Air mata Elysha pula disapu lembut. Kening Elysha yang berkerut-kerut itu seperti menahan sakit yang teramat. Sekali lagi bahu Elysha ditolak lembut. Razif mengusap lembut rambut Elysha. Tangannya mengusap-usap kepala Elysha. Mahu memberi ketenangan. Dahi Elysha dicium lama. Elysha mengaduh perlahan.
    “Sakit….Sakit…” Tangannya seperti mengusap kakinya. Razif hanya memerhati. Dia kemudiannya membasahkan tangannya lalu mengusap wajah Elysha dengan tangan yang basah. Elysha yang terkejut terus terbangun. Air matanya masih lagi mengalir seperti paip air. Saat terpandangkan wajah Si Suami, Elysha mula teresak-esak.Razif menarik tubuh Elysha ke dalam pelukannya. Pinggang Elysha ditarik mendekati tubuhnya. Belakang Elysha diusap penuh kasih.
    “Abang..Isya takut…Takut sangat. Jangan..Jangan tinggalkan Isya abang..Jangan..” Elysha merayu. Tangannya memeluk erat tubuh Razif.
    “Shhhh, abang tak akan tinggalkan sayang. Kenapa cakap macam ini? Dah-dah, tak nak nangis-nangis lagi,” Razif menolak tubuh Elysha lalu mengesat air mata yang masih jatuh membasahi pipi mulus isterinya. Hidung Elysha merah. Begitu juga dengan pipinya. Tangan Razif mengusap lembut pipi Elysha.
    “Mimpi apa tadi sampai takut sangat ni? Kongsi dengan abang ye sayang?” Elysha menggelengkan kepalanya. Razif tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah isterinya yang sungguh manja itu.
    “The worst mimpi ever abang,” Elysha membalas perlahan. Tangannya mengesat air mata yang masih bergenang di tubir matanya.
    “Sayang, share with me please. Mana tau abang boleh tolong hilangkan takut sayang itu?” Razif masih memujuk. Mata Elysha yang penuh dengan ketakutan merenung wajah Razif yang penuh kasih itu. Dia menarik nafas panjang.
    “Isya mimpi masa Isya hampir di..di..jual oleh papa. Dijual di tempat pelacur kat lorong itu, harga diri Isya RM70 000 je abang? Isya boleh dijual beli je abang…Murahnya Isya kan?” Razif terdiam. Tangannya mengenggam erat tangan isterinya. Matanya mula tepat memandang ke dalam mata Elysha.
    “Siapa kata sayang? Sayang, bagi abang, sayanglah insan termahal dalam hidup abang, jangan cakap macam ini please?” Razif memujuk. Elysha tersenyum kecil. Dia tahu suaminya itu hanya berkata sebegitu hanya untuk memujuk dirinya. Sedikit pun kata-kata itu tidak menyentuh hatinya. Hatinya seperti sudah tidak mampu mempercayai kata-kata manis suaminya.Razif ikhlas berkata sebegitu kerana dia yakin dia sudah mula mencintai isterinya yang kecil molek ini.Namun apakan daya, hati tidak boleh dibaca dan ditebak sesuka hati.
    “Abang, Isya nak tidur. Temankan  boleh?”Sayu sahaja suaranya tika itu. Razif menganggukkan kepalanya. Selama ini memang abang tidur sini kan sayang? Desis hati Razif di dalam hati. Tangannya meramas rambut Elysha lembut. Jam menunjukkan sudah pukul 3.50 minit pagi. Razif memejamkan matanya. Razif memeluk Elysha semakin erat. Elysha tersneyum kecil. Dia terasa lebih selamat di dalam pelukan suaminya yang tersayang.
    Papa Elysha akan tuntut sesuatu ke daripada aku? Aku bayar mas kahwin haritu baru RM30 000…Dia nak jual Isya RM70 000… Did something wrong with him? Jual anak sendiri? Gila ke? Razif mengetap giginya geram. Dia melepaskan keluhan berat. Pipi Elysha dibelai. Satu ciuman hinggap dipipinya. Razif tersenyum melihat isterinya yang sedang tidur itu.
*******
    “Abang, hari ini abang tak boleh cuti eh? Kan hari ini hari Ahad?” Elysha berkata perlahan. Tangannya ligat menyediakan french toast buat suami tercinta. Razif memeluk pinggang Elysha erat.
    “Sorry honey, abang kena bincang dengan team pasal projek baru ini. Sayang tahu kan ini kerja abang?” Dagunya dijatuhkan di atas bahu Elysha. Elysha tersenyum manis sambil menutup api gas. Tangannya membawa pinggan ke meja. Pelukan di pinggang dilepaskan. Razif duduk di hadapan Elysha. Elysha tersenyum manis sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan Razif.
    “Tak apalah abang. Saja je Isya tanya. Sebenarnya..abang tau tak keputusan SPM Isya dah keluar?” Razif yang sedang menghirup kopi panas Elysha tersedak. Elysha kalut. Dia terus mengusap belakang Razif dari tempat duduknya. Razif menelan liurnya apabila dada Elysha benar-benar dihadapannya. Dia berdehem perlahan. Elysha baru tersedar apa yang sedang dilakukannya. Dia mengetap bibir malu. Pipinya bertukar merah.
    “Hee…” Elysha hanya mampu tersengih. Razif tergelak kecil.Kepalanya digaru perlahan.
    “Sorry Isya..Abang tak tahu pun bila result sayang keluar..Bulan ini abang sibuk sangatkan? Projek kat office abang, lepas satu, satu lagi datang yang,” Razif cuba menjelaskan keadaan dirinya.
    “Abang, it’s okay. Isya faham tanggungjawab abang kat office itu.Isya tak jauh hati pun. Rezeki abang, takkan abang nak tolak pula projek itu kan?” Elysha cuba memahami karier suaminya sebagai ketua arkitek di ViRa Design Company itu. Lagipun, dia juga berbangga mempunyai suami yang komited terhadap kerjanya.
    “So sayang, result sayang dah keluar bila?” Dengan perasaan bersalah, Razif menyoal. Elysha tersenyum manis.
    “Selasa lepas,” Tenang sahaja Elysha menjawab. Mulutnya pula sibuk mengunyah french toast itu.Razif mencapai tangan Elysha yang berada di atas meja. Razif mengoyak senyuman manis.
    “Sorry again sayang? Sayang dah tahu keputusan? Online?” Elysha menggeleng perlahan. Matanya tepat memandang Razif.
    “It’s okaylah abang. Isya maafkan abang. Isya okay.. Ermm, tak tengok online pun.Tak syok lah tengok online bang. Tak ada feel. Hehe.. Kertas slip Isya ada kat kawan Isya..Isya ingat nak jumpa dia harini dengan abang. Kalau abang kerja, tak apalah. Isya pergi sendiri. Boleh bang?”
    “Isya…Abang nak ikut. Tapi, wait,” Razif mencapai telefonnya lalu menjawab segera. Elysha menyambung suapan.
    “Isya sayang, sorry again.Abang ingat nak batalkan meeting itu tapi Din call abang kata ada problem kat projek. I need to go now. Sorry again ya sayang,” Razif beriya-iya memegang tangan Elysha. Elysha tergelak perlahan. Dia mengusap pipi Razif lembut. Dia menganggukkan kepalanya.
    “Abang, Isya pergi jumpa kawan Isya sendiri je boleh? Abang pergi kerja okay? Malam ini kita dinner together, abang belanja! Hihi,” Razif tergelak kecil mendengar cadangan isterinya. Lega melihat wajah tenang suaminya. Elysha menolak tangan Razif.
    “Dahlah abang..Kata projek ada problem.Abang pergilah dulu eh,” Tangan Razif dikucup lembut. Dahi Elysha pula dikucup Razif lama.
    “Isya nak jumpa dia kat mana?”
    “Kat AEON..Boleh bang?” Razif menganggukkan kepala.Kini, Elysha sudah pun memperoleh lesen memandu kereta. Kereta pun sudah sedia untuk isterinya. Kereta perodua Myvi merah jambu yang dibelinya dua minggu lalu khas buat si isteri.
    “Nah sayang. Buat belanja,” Razif menghulurkan sejumlah wang.
    “Terima kasih abang,” Elysha tersenyum manis. Ketika dia ingin menutup pintu, Razif tiba-tiba menghalang pintu lalu, Cup!  Bibir Razif mencium bibir Elysha sekejap. Erkk. Elysha terpana. Razif tersenyum manis. Dia mengenyitkan matanya. Elysha tersenyum malu. Bibirnya diketap.

    “Bye sayang, wait for me for dinner,” Razif melambaikan tangannya. Hati Elysha berbunga riang.

3 comments:

  1. Sentiasa menanti sambungannya....hehehehh

    ReplyDelete
  2. Best . Btw , tahniah tau walaupun adik masih di usia muda , adik berjaya menulis crite yang best (Y) Congrats :)

    ReplyDelete

Drop what you wanna say peeps - XOXO