“Assalamualaikum.” Razif menapak
masuk ke dalam rumah.Lampu rumah semuanya bernyala.Razif pelik.Jarum jam
menunjukkan pukul 8 malam. ‘Tak pernah-pernah dia buka semua lampu.Biasa bukan
main jimat.’ Razif tersengih.Dia berjalan ke dapur.
“Assalamualaikum sayang,” Razif
memeluk pinggang Elysha.Elysha yang sedang termenung langsung tidak bergerak.
Air paip pula terus mengalir.Elysha hanya meletakkan tangannya di dalam air
yang sedang memenuhi sinki. Razif pelik.
“Elysha? Hello?? Buat apa ni?” Razif
terus menutup paip air.Tangannya yang basah diraupkan ke muka Elysha. Ketika
tangannya menyentuh pipi Elysha, air mata Elysha jatuh membasahi pipi. Razif
terpana. Elysha pula jatuh terduduk namun sempat disambut oleh Razif. Elysha
teresak-esak di dalam pelukan Razif.
“Elysha? Kenapa ini? Abang tak faham
lah,” Razif menepuk belakang badan Elysha perlahan-lahan.Elysha mengesat air
matanya.Kepalanya disandarkan pada dada Razif.
“Tak ada apa-apalah.Entahlah,
kebelakangan ini Ely macam ada rasa tak sedap hati. It just like, you want to
leave me..one day,” Suara Elysha mengendur.Razif terpana. Hatinya tidak keruan
mendengar ayat itu.
“Tak ada apalah itu sayang.Tak perlu
kisahkan lah,” Elysha mengeluh perlahan.
“Dahlah abang.Sorry baju basah,”
Dada Razif ditolak segera.Dia pasti Razif takkan dapat faham akan dirinya.Dia
mula rasakan perbezaan umur mereka memberikan sebuah jurang yang besar kepada
mereka. Dia juga sedar bahawa Razif terlalu matang untuk melayan perasaan dang
keinginannya sebagai seorang remaja.
“It’s okay.Now dah better?” Razif
bangun lalu mengambil segelas air masak.Dia meneguknya perlahan-lahan.
“Hmm,” Elysha hanya menyambung
membasuh pinggan.Razif berjalan ke arah Elysha.Dia mengeluh perlahan.Tangannya
diletakkan di atas bahu isterinya.
“Macam tak puas menangis lagi je?”
Razif meletakkab kepalanya di atas bahu Elysha.Pipinya menyentuh pipi
Elysha.Elysha menggelengkan kepala.Dia menolak perlahan badan Razif yang
terlalu hampir dengannya.
“Abang tepilah.Ely nak berjalan
pun susah,” Razif mengundur.Dia tersenyum.Dia tahu Elysha malu dengannya.
“Abang naik dululah.Nak
mandi.Berlengas badan,” Elysha mengangguk lemah.Dia masih terfikirkan adegan
romantis suaminya bersama dengan Suezana sebentar tadi.Hatinya tidak boleh
terima layanan suaminya yang dirasakan sama dengan layanan yang Suezana
peroleh. Kesan gincu beberapa hari lalu membuatkan hatinya bertambah terluka.
Elysha termenung sejenak. Deringan tekefon bimbitnya mematikan lamunan.
“Pap…papa? Dia nak apa?” Tangan
Elysha terketar-ketar mahu menjawab panggilan itu.
“He..Helo..” Elysha memulakan
bicara.Dia terdengar ketawa sinis di hujung talian.
“Weh perempuan..Aku nak bagitahu
kau sesuatu ni.Haa, sekarang aman tak hidup kau kahwin dengan mamat kaya tu?
Ohh, suka sangat lah kau sampai tak pernah jenguk aku sejak kau kahwin dulu?
Hah?!” Jerkah papanya.
“Papa..Sorry..Ely tak bermaksud
macam tu, papa nak apa c..call Ely?” Elysha sedikit tergagap.Dia ketakutan. Dia
memerhati sekeliling. Dia melepaskan keluhan lega apabila suaminya masih di
dalam bilik di atas.
“Aku tak boleh call kau ke?
Hahaha.. Yelah orang dah bersuami.Kacang lupakan kulit betul kau eh!” Jerkah
lelaki tua itu lagi.Elysha menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Papa..May I ask you something?
Ermm..”
“Huh, kau nak tahu apa? Oh ya, aku
call kau ni pun sebab aku nak bagitahu kau yang sekarang ni kau dah bertunang
dengan si pakwe lama kau dulu.Haa, biar musnah perkahwinan kau dengan jantan
poyo itu.Dia ingat dia siapa nak beli kau daripada aku? Aku akan sengsarakan
hidup kau lah betina!!” Elysha terkedu.Bibirnya sedikit menggigil.
“Kenapa? Kau dah tangkap cintan
dengan jantan tu? Ohh..Itu lagi senang kerja aku! Biar musnah hati kau itu aku
kerjakan. Ah, si Syafiq itu rajin benar dia jenguk aku kat sini.Dia tak tahu
yang kau itu dah berlaki! Aku takkan bagitahu dia sebab aku nak tengok kau
sengsara.Lepas dua-dua dah tinggalkan kau nanti, bolehlah aku jual kau dekat si
Ah Chong balik! Baru masyukk,” sambung lelaki tua itu. Dia ketawa sinis.Elysha
terpana sekali lagi.Dia mengucap dalam hatinya.
“Pa… can you just let me go?
Please..” Elysha cuba merayu.Matanya bergenang.Dia cuba menahan air matanya
daripada terjatuh.
“No! I’ll never ! Faham?!!” Jerkah
lelaki itu lagi.
“Tapi kenapa? What have I done to
you? Ely tak buat salah pun kan?” Elysha cuba mengorek rahsia. Papanya tergelak
sinis.
“Aku takkan bagitahu kau! Kalau kau
nak tau, kau pergi gali kubur bapak kau! Pergi tanya jantan sial itu apa yang
dia dah buat!! Kau ingat aku akan sayangkan kau?! Pergi mampus! Aku benci benih
jantan tak guna itu!”
“Tapi sekurang-kurangnya dia tak
berperangai macam binatang,” Suara Elysha perlahan namun tegas.Walaupun dia
takut akan lelaki itu namun dia tidak akan biarkan lelaki itu menghina ayah kandungnya
sendiri.
“Oh sekarang dah berani?! Dulu siapa
yang bagi kau makan? Kurang ajar kau kan?!! Eh perempuan, kau dengar sini.
Bapak kau dah rampas tunang aku lepas itu pergi kahwin dengan betina sundal
itu! Kau nak tau siapa tunang aku tu? Betina itu mama kau! Yang kau sanjung
itulah yang cipta masalah ini! Kau tahu kenapa aku kahwin dengan janda sial tu?
Sebab aku nak balas dendam aku! Aku tahu kau nampak aku sepak terajang mama kau
kan? Sebab aku memang nak tunjuk kat kau apa yang betina itu berhak dapat!! Aku
dah balas dendam dekat jantan itu! Kau tau apa aku buat kat dia, sayang? Haha ,
Aku langgar kereta dia. Aku langgar guna treiler. Kau nak rasa? Kalau kau tak
nak rasa, aku rasa baik kau teruskan pertunangan ni. Kalau kau tak nak rasa dan
tak nak teruskan pertunangan itu, aku boleh bagi Syafiq atau laki kau rasa. Kau
pilih,” Sinis sungguh suara lelaki durjana itu.
“Jangan! Jangan cederakan
diorang..Tolong,” Elysha sudah tersendu mendengar sejarah kematian ayah
kandungnya.
“Fine! Ikut arahan aku dan kau selamat. Hantar RM 100,000 kat aku, then
I’ll keep my mouth shut.Takkan ganggu kau lagi,” Lelaki itu tergelak besar.
Elysha terdiam. Dia buntu.
“Bila nak? Sebelum hujung bulan
depan.Aku nak bayar Along.Kalau tak, aku cari kau, aku jual kau,” Talian terus
dimatikan. Jantung Elysha bagai mahu tercabut mendengar ugutan itu. Dia takut.
“Elysha? Buat apa dalam gelap itu?”
Razif menekan suis lampu ruang tamu.
“Hah?” Elysha terkejut. Razif
tergelak. Dia berjalan mendekati Elysha.Elysha pula duduk di atas sofa di ruang
tamu itu.
“Kenapa ? Bukan main terperanjat
lagi?” Elysha menggelengkan kepala.
“Entah lah. Saje duduk dalam gelap.
Macam best je, hihi,” Elysha ketawa untuk menutup keresahannya.Dia mengetap
bibirnya. ‘Apa aku nak buat ni? Mana pula aku nak cekau duit banyak macam itu?
Gila ke apa orang tua nyanyuk tu? Arghh!’ Elysha melepaskan keluhan berat.
“Oklah, abang nak tengok bola.
Sayang dah siap masak ke?”
“Hmm, dah. Abang nak makan dulu?”
“Jomlah,” Razif memimpin Elysha ke
dapur. Selesai menghidangkan makanan buat suami, Elysha terus berjalan ingin
meninggalkan Razif namun lengannya ditarik.
“Yes?” Elysha bersuara lembut.
“Tak makan ke? Temanlah abang,”
Razif bersuara sambil matanya memandang ke dalam mata Elysha. Degupan Elysha
tiba-tiba menjadi tidak sekata. Dia menggeleng perlahan sambil tersenyum.
“Isya nak mandi,” ‘lol.Isya? Mana
datang pula Isya ni?’ Elysha tersengih.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Razif tersenyum manis.
“So, abang boleh panggil you Isya
lah,” Elysha terdiam seketika.
“Nope,”
“Why?”
“Because it’s Isya not Isyalah,
hehe,” Elysha tergelak.Dia terus berlari ke bilik kerana malu.Razif tergelak
sendiri di meja makan. Hatinya tercuit dengan tingkah laku isterinya yang
keanak-anakkan itu.
*******
Syafiq Izwan memerhatikan langit
malam yang gelap tanpa bintang.Dia tersenyum seketika ketika membelek slip
keputusan SPM Elysha. Matanya membayangkan keindahan dan manisnya seraut wajah
gadis bertuah itu. Ingatannya kembali semula kepada peristiwa 3 tahun yang
lalu.
“Sya! Dah puas abang cari satu
sekolah, kat sini rupanya Sya menyorok,” Syafiq mengetap bibirnya geram.
Kulitnya yang putih menjadi merah disebabkan cuaca di luar yang panas terik.
Elysha menutup buku yang sedang dibacanya.
“Abang, senyaplah. Kita dalam
library, bukan kat padang abang nak jerit kuat-kuat. Apalah,” Elysha menggelengkan
kepalanya. Beberapa orang murid yang terganggu pembacaannya, mula mengendahkan
mereka berdua. Syafiq tersengih. Dia duduk di hadapan Elysha.
“Buku apa itu Sya?”
“Hmm,” Elysha bersuara malas. Syafiq
mengeluh.
“Alahh, sorrylah Sya. Abang bukannya nak
rahsiakan hal ini daripada Sya ke apa. Memang abang nak bagitau Sya, but not
now. Abang nak bagitau Sya masa .. ermm masa,”
“Your last day here? Why? Kenapa
bukan sekarang? Kenapa nak bagitau nanti?” Elysha menutup buku Harry Potter
itu. Buku tersebut dihentakkan sedikit di atas meja. Cukup untuk memberitahu
Syafiq bahawa dia bukan dalam mood yang baik. Mukanya pula masam mencuka.
“ Yup. Abang nak bagitau Sya masa
hari terakhir abang kat sekolah ni. Abang tak nak Sya sedih,” Elysha
menggelengkan kepalanya. Dia malas mahu berfikir. ‘ Buat semak kepala otak aku
je, lantak dialah,’ Elysha merungut dalam hati.
“Habis, abang tak ambil STPM? Kan lagi sebulan je nak STPM, suruh lah aunty
abang tangguhkan,” Elysha memandang wajah Syafiq yang kusut.
“Abang tak nak susahkan hati makcik
abang lagilah Sya,” Syafiq meraup mukanya. Elysha mengangkat bahu. Dia bangun
lalu bergerak ke pintu keluar perpustakaan. Syafiq membuntutinya.
“Sya,”
“Hm?”
“Can you promise me something?”
“What?”
“Promise that you’ll love me till
your last breath,” Elysha terpaku. Langkahnya terus mati. Dia berpaling dan
mendongak sedikit untuk memandang wajah Syafiq. Syukurlah sekarang sudah bukan
waktu persekolahan.Kalau tidak, pasti ramai pelajar yang akan melihat drama
mereka berdua ini.
“Ehem.. Abang? What’s wrong?” Elysha
membuka mulut.
“Today is my last day. My last day to
meet you.My last day in everything in Malaysia,” Sekali lagi Elysha terkedu.
“What?! Are you kidding me?”
“Nope .. I’m so sorry,dear” Elysha
mencebik.
“Jadi dah tercapai lah hasrat Mr.
Syafiq Izwan nak bagitau Sya masa your last day in Malaysia?”
“Yes,” Syafiq tergelak kecil. Dia
mengangkat sebelah keningnya. Elysha mendengus kecil.
“Apa akan jadi kalau Sya janji will
love you till my last breath?”
“Then, I’ll love you till Jannah,”
Syafiq menghadiahkan Elysha senyumannya yang paling manis. Lesung pipitnya yang
dalam mula kelihatan. Apa lagi, berlari tak cukup tanahlah hati Elysha.
“Erkk, okay. I promise to love you
till my last breath,”
“Thanks dear! I promise to love you
till Jannah. Lepas abang balik Malaysia, kita kahwin tau!” Syafiq tersenyum
manis. Seutas gelang tangan dihadiahkan kepada Elysha.
“Apa ni?”
“Lol. Itu gelang. Tak mahal pun,
beli kat pasar malam je, hahaha,” Elysha tergelak.
“Kalau kita jumpa nanti, Sya pakai
gelang itu tau. Kalau Sya tak pakai, maksudnya Sya dah tak sayang abang. Abang
faham sendirilah nanti,” Muka Syafiq berubah kelat.
“Abang, kalau masa berubah,.. no
wonder people change too right? So, kalau abang tak balik-balik after 5 years,
Sya will find another. But if my heart is still yours, then maknanya jodoh kita
ada,” Elysha tersenyum manis. Syafiq menganggukkan kepalanya.
“Thanks,” Syafiq terus berjalan
meninggalkan Elysha. Dia melambai Elysha perlahan. Elysha tersenyum manis.
‘Mampukah aku setia padanya sampai
akhir hayat? Mampukah aku?’ Elysha berkata-kata sendirian.
‘Elysha, abang akan tuntut janji
abang Sya. No worries,’ Syafiq tersenyum bahagia.
“Fiq? Weh Fiq? Handphone kau itu tak
habis-habis berbunyi. Tak reti nak senyap ke?” Reza kawan Syafiq menegur. ‘Eh
mamat ni, pekak dah ke?’
“Woi bro!!” Serentak itu bahu Syafiq
ditepuk kuat.
“Mak kau! Woi, lu pahal? Haishh,
sakit jantung aku,” Syafiq mengusap dadanya. Reza menggelengkan kepalanya.
“Aku ingat tadi aku cakap dengan
orang yang dah takde pancaindera. Aku panggil tak dengar, tepuk bahu tak sedar,
entah apalah dalam kepala besar kau itu,” Reza masuk semula ke dalam rumah.
“Ni phone kau, nak aku campak masuk
longkang ke? Memekak tak sudah. Nak tengok bola pun tak senang,”
Papa Sya? Nak apa? Hati Syafiq
masih berteka-teki.Sekali lagi Reza menjerit.
“Angkat lah orang itu call dah
banyak kali sengal! Memekak je kerja,” Syafiq menggigit bibirnya.
“Sabarlah! Aku nak angkat lah ni,” Syafiq
terus menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum
Fiq, buat apa itu?” Syafiq mengerutkan dahinya. Rajinnya dia call aku
malam-malam buta ni. Aku mesti calon menantu yang baik ni.
“Waalaikumussalam uncle. Fiq tengah
lepak-lepak kat rumah ni, kenapa ya uncle call?”
“Uncle ingat nak cepatkan majlis Fiq
dengan Elysha lah. Boleh ke tak?” Syafiq tersenyum.
“Boleh je uncle. Fiq pun memang dah
lama bersedia. Tapi, Fiq belum jumpa lagi dengan Elysha. Rumah mama angkat dia
yang uncle cakap itu kat mana ye?” Papa Elysha tergelak kecil.
“Uncle tak ingat pula, tapi nanti
Elysha datanglah itu jumpa kamu, jangan risau,” Syafiq tersenyum.
“Yelah kan uncle. Bila uncle nak
buat majlis itu? Syafiq nak kena jumpa dulu dengan makcik Syafiq yang dekat
Melaka itu,”
“Uncle ingat hujung bulan ini boleh?
Means, dua minggu lagi,” Syafiq pelik.
“Kenapa macam tergesa-gesa je? Takut
tak sempat pula nanti. Hujung bulan depan tak boleh ke uncle? Persiapan belum buat apa pun lagi,”
Syafiq mula risau makciknya akan tertekan kalau dipercepatkan majlisnya.
“Okaylah itu. Kalau dah pengantin
minta macam itukan?” papa Elysha tergelak kecil lagi. Syafiq tersenyum.
“Terima kasih uncle,
Assalamualaikum,” Setelah salam dijawab, Syafiq mematikan panggilan itu. Dia
tersenyum manis.
“Bro,” Reza berdiri di sebelah
Syafiq. Dia ada terdengar perbualan Syafiq dengan bakal mertuanya tadi.
“What? Kau bukan tengah tengok bola
ke?” Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Syafiq menjeling Reza yang
berdiri disebelahnya.
“Kau nak cepatkan majlis? Elysha dah
setuju ke belum?”
“Kata papanya, dia dah setuju.Tapi
aku macam ragu-ragu je,”
“Elysha macam nak tak nak je layan
kau kan?” Syafiq mengeluh perlahan. Dia
mengangkat kedua-dua bahunya.
“Aku tak fahamlah dengan dia
sekarang. She sounds a little weird,”
“Kau tak rasa dia dah ada orang lain
ke?”
“Tapi baru 3 tahun bro, dia janji
dia akan cari orang lain kalau aku tak balik dalam masa 5 tahun. I know her
well. Dia takkan mungkir janji,” Syafiq terdiam seketika apabila dia teringat
kata-kata Elysha.
‘ Kalau time change, no wonder people
change too, right?’
hope syafiq seorang yg gentleman bila dia dapat tahu elysha dah berkahwin...
ReplyDeletehehe .. InsyaAllah Syafiq tak menghampakan XD
Delete