“Hello, Assalamualaikum.Abang Fiq dah
sampai ke?” Elysha terus bersuara apabila panggilannya dijawab.Syafiq tersenyum
kecil mendengar keterujaan suara si gadis itu.
“Waalaikumussalam.Dah sampai dah ni.Sya
kat mana tu?” Mata Syafiq memandang tubuh genit seorang gadis yang berbaju
kurung.Gadis itu melintasi Syafiq dengan langkah yang laju. Dirinya kelihatan
tergesa-gesa. Bibir Syafiq mengukirkan senyuman.
“Entahlah, kedai apa entah nama dia,”
Ada sedikit tawa di hujung katanya.
“Tak perlu rushing sangat, dear. Cuba
pusing,” Syafiq tersengih apabila melihat muka terkejut Elysha.Elysha sedikit
terlopong. Jantungnya seakan-akan sedang berlari pecut. Elysha, calm down.
Abang Fiq je pun. Elysha menarik nafas yang panjang. Dia tersenyum manis.
“Assalamualaikum,” Elysha masih lagi
tersenyum.Tas tangan diletakkan di atas kerusi sebelah manakala punggungnya
dilabuhkan di atas kerusi di hadapan Syafiq. Syafiq tersenyum manis.
“Order dear?” Mata Syafiq masih lagi
menatap wajah gadis molek itu. Senyumannya yang manis masih sama seperti
dahulu. Tapi, wajahnya nampak bahagia kalau nak dibandingkan dengan dirinya
yang dahulu.Elysha berdehem perlahan.
“Abang…Jangan pandang Sya macam itu
please,” Suara Elysha kedengaran sedikit merayu. Dia tidak mahu jika ada orang
tersalah tafsir dengan pandangan Syafiq itu. Syafiq tersenyum kecil.
“Why? Didn’t you love it before?” Syafiq
sedikit-sedikit mahu mengenang kenangan lama. Elysha mengeluh perlahan.Tapi
cukup untuk didengar oleh Syafiq. Kening Syafiq sedikit bertaut.
“Abang, that’s before. Masa Sya budak-budak
lagi.Now, I’m different,” Perlahan sahaja bibir itu mengungkap kata-kata
itu.Syafiq mengangkat bahunya.
“Apa yang jauh sangat berbeza tu?”
Tangannya disilangkan ke dada. Matanya jatuh pada wajah yang jelas kelihatan
serba salah itu.
“Abang, I just don’t know how to tell
you.Ermm, result Sya okay?” Segera Elysha menukar topik. Syafiq mengeluh
perlahan.
“Sya, you know that I hate when people
ignore my question right?” Elysha mengangkat sedikit mukanya. Dia mengetap
bibir.
“Sya dah jawab tadi,” Suaranya sedikit
tegas. Syafiq menggelengkan kepalanya.
“Abang tak nak jawapan tu Sya,” Elysha
menyilangkan tangannya di atas meja.
“Abang, itu pilihan abang.Whether you want
to accept it or not, it’s your choice. Sya dah jawab soalan abang. Now, where’s
my slip paper?” Elysha menjungkitkan sedikit keningnya. Lagak mereka seperti
beberapa tahun lalu ketika mereka bergaduh.
“I’m not gonna give you if you don’t
give me the right answer,” Syafiq membuat taruhan. Elysha menyandarkan tubuhnya
ke belakang. Waiter yang tadi menghampiri meja mereka sambil membawa pesanan
Elysha. Juice orange disedut sedikit. Matanya merenung mata Syafiq.Lama.
“I miss you,” Syafiq menuturkan
kata-kata romantis itu apabila Elysha hanya merenung matanya. Elysha sedikit
tersentak.Matanya segera dilarikan.
“Sya..Sya pun rindukan abang,”
sebagai abang. Tapi ayat itu hanya terlafaz di dalam hatinya sahaja. Elysha
mengangkat sedikit wajahnya.
“I thought you don’t miss me? Woah,
relieve,” Syafiq tergelak perlahan.Elysha pula tersenyum hambar.
“Here, your result. Dear, I’m so
proud of you,” Bibir merah Syafiq mengoyak senyuman manis. Manis sangat. Lebih
manis daripada gula-gula.
“It is that good?” Tangan Elysha
sedikit terketar-ketar. Syafiq menganggukkan kepalanya.
“Yes dear. Now, open that envelope,”
Syafiq hanya memandang riak Elysha yang ketakutan. Tangan Elysha statik.
Seperti tidak mahu membukanya.
“Don’t worry, abang dah tengok. You
got so many A’s,” Syafiq menyisip teh’o panasnya.
“Betul ini? Tak tipu?” Ya Allah,
benarkah apa yang dituturkan oleh abang Fiq ni? Getus hati Elysha. Syafiq
mengangkat kedua-dua bahunya.Dia menjungkit
kening.
“Tadi macam yakin, sekarang angkat
bahu pula. Mana satu ini bang? Eishh..Tak sukalah,” Elysha merungut sambil
mencebikkan bibirnya. Syafiq tergelak lucu. Sudah lama dia tidak melihat Elysha
merajuk.
“Both,” Elysha mengetap bibirnya
geram. “Buka jelah sayang oii. Bukannya apa pun,” Syafiq menyambung
kata-katanya. Jantung Elysha sedikit berdebar. Dia menarik nafas
sedalam-dalamnya.
“Kalau ada apa-apa?” Elysha cuba
bergurau. Dia tersengih.
“Well, memang ada something dalam itu.
Scary gila…Lebih menakutkan daripada muka pocong..Abang letak gambar hantu dalam
itu,” Syafiq membuat muka seram. Elysha menelan liurnya. Surat di tangan
dicampak semula kepada Syafiq. Syafiq tergelak lucu. Muka Elysha sedikit pucat.
“Abang…Eishh,” Elysha menarik muka
apabila mendapati dirinya terkena dengan gurauan Syafiq. Dia arif benar dengan
Syafiq. Kalau nak takutkan dia, mesti cakap pasal pocong. Dah tak ada modal
lain ke? Geram sungguh rasanya.Tangan Syafiq segera membuka sampul surat
tersebut.
“Here!!” Tangannya mengibarkan
kertas slip peperiksaan itu dihadapan Elysha. Mata Elysha bergerak mengikut
kertas. Lagi laju tangan Syafiq mengibarkan kertas itu. Syafiq tergelak lucu
melihat wajah curious Elysha.
“Abang Fiq! Janganlah main-main,”
Elysha merampas slip di tangan Syafiq. Syafiq tergelak lagi. Dia menyerahkan
slip itu kepada tuannya. Mata Elysha disepetkan. Cuba untuk mempercayai
bait-bait perkataan yang tertulis di atas kertas itu.Perlahan-lahan, wajahnya
bertukar ceria.
“Alhamdulillah,” Senyuman di bibir
semakin melebar. Syafiq yang melihat pun turut mengukir senyum gembira.
“Tahniah Elysha.Finally sayang, you
did it!” Mahu sahaja tangan Elysha digenggam namun imannya masih ada. Mata
Elysha sedikit berkaca-kaca. Senyuman masih tidak lekang dari bibir munggilnya.
“Thanks Abang Fiq, thank you so
much!” Syafiq menganggukkan kepalanya. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.
“Jom,” Hanya itu yang terkeluar dari
mulutnya. Muka Elysha terpinga-pinga.
“Ke mana?” Syafiq mengenyitkan
matanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar.
“These!” Syafiq melayang-layangkan
tikat wayang ditangannya. Muka
Elysha sedikit teruja. Dia menganggukkan
kepalanya laju sebelum tersedar. Alamak, aku kan dah kahwin, minta izin kat
abang dululah, getus Elysha.
“Kejap ye bang, nak call
someone.Wait here tau!” Elysha terus berjalan meninggalkan Syafiq di restoran
yang terpinga-pinga.Syafiq hanya menangkat kedua-dua bahunya apabila Elysha
semakin menjauh.
“Hello, assalamualaikum. Abang,
erm..nak minta izin boleh?” Elysha kedengaran seperti teragak-agak. Razif
pelik.
“Waalaikumussalam sayang. Nak minta
izin apa ni?” Lembut sahaja suaranya. Walaupun tertekan dengan kerja-kerjanya
di pejabat, dia cuba untuk meluangkan sedikit masa berbual dengan isterinya.
Suara dilembutkan sehabis boleh.
“Kawan Isya ajak tengok wayang.
Boleh tak abang?” Elysha menarik nafas lega apabila berjaya juga sampaikan
hasratnya.
“Wait sayang, kawan Isya itu lelaki
ke perempuan?” Elysha terkedu. Mati aku. Abang, apa Isya nak jawab? Aduhh.
“Lelaki….Erkk, abang jangan marah eh?
Dia yang pegang result Isya..Isya takkan tengok wayang dengan dia kalau abang
tak izinkan,” Elysha bersuara perlahan. Razif terdiam. Kalau izinkan, dayus tak
aku? Kalau tak izinkan, mesti Isya sedih. Apa nak buat ni?
“Sayang…” Elysha menanti penuh debar.
Razif mengeluh. “Sayang nak pergi ke?” Dia mahu dengar isi hati isterinya.
Walaupun dia cemburu, tak mahulah kalau-kalau cemburu itu nanti akan merosakkan
hubungannya dengan isteri tersayang. Biarlah isterinya yang putuskan sama ada
mahu terima pelawaan itu ataupun tidak.
“Isya tak kisah sangat. Tapi, kalau
abang izinkan insyaAllah Isya terima pelawaan dia. Tapi kalau tak, Isya buatlah
alasan. Kata Isya sibuk, ada kerja part time ke, apa-apalah. Boleh bang?” Razif
mengetap bibirnya. Entah kenapa dia macam terasa hati dengan isterinya itu.
Kenapa tak nak cakap je Isya dah kahwin? Hmm.. Lama Razif berdiam diri.
“Isya
tak payahlah pergi. Wayang kan gelap. Isya tak suka wayang. Isya nak ke tengok
wayang dengan dia?” Suara Rzif sedikit berubah. Elysha tepuk dahinya.
Sebenarnya, dia tidaklah takut sangat dengan panggung wayang yg gelap itu.
Entah kenapa dia tidak mahu menerima pelawaan suaminya untuk menonton wayang
dahulu dengan alasan takut gelap. Sekarang sendiri yang lupa. Adoii.
“Eh Isya lupa pula wayang gelap.
Hihi, Isya tolak pelawaan dia eh abang?” Razif hanya diam. Elysha terus memberi
salam dan meletakkan panggilan. Seperti tergesa-gesa.
Isya. Why are you acting like this
when I’m start falling in love with you? Why Isha, why? Razif merintih dalam
hatinya. Kepala diletakkan di atas meja. Bau harum kopi menyedarkannya. Kepala
didongakkan.
“What are you doing here?” Suaranya
sedikit keras. Wanita dihadapannya itu tersenyum manis. Razif mengeluh.
“You, tak baik mengeluh. Here, coffee
for you. Special tau I buat, mesti you penatkan?” Razif hanya memandang kosong
wajah wanita itu yang sedang menghulurkan secawan kopi kepadanya.
“Okay now you dah tak nak sambut
huluran I kan? Siapalah I pada you,” Suezana mencebikkan bibirnya. Semangat
yang baru dia dapat setelah berhari-hari dia terperap di dalam biliknya
memikirkan hala tuju hubungannya bersama Razif. Dia kini sudah bertekad mahu
meneruskan hubungan ini walau apa pun yang dia perlu hadapi.
“You buat apa kat sini?” Kali ini
Razif tanya pula dalam versi melayu. Suezana mencebikkan bibirnya. Lalu
tersenyum pula. Haishh, apa tak kena dengan perempuan ni? Aku nak layan
perasaan pun tak senang.
“Suka hati I lah nak lawat you. You
tak suka ke I datang jenguk you? At least, adalah juga teman berbual. You kata
dah kahwin? Kenapa I tak jumpa lagi dengan wife you? Ke you tipu I? Zif, I takkan
percaya yang you tu dah kahwin melainkan I nampak you dengan “wife” you tu
dengan mata kepala I sendiri!” Tegas Suezana membalas. Razif menggelengkan
kepalanya.
“Lantaklah. I malas nak layan
perempuan kurang waras macam you ni. Now I’ve got something to do. You may go
out,” Razif mengetukkan pen ditangannya di atas meja. Matanya tajam menikam
wanita di hadapannya itu.
“Sampai hati you kan? Lepas apa
yang kita dah lalui selama 3 tahun ni, ini yang I dapat? Sampai hati you!”
Suezana mula buat drama air mata. Razif mendengus kuat. Matanya mencerlung
memandang mata Suezana.
“You! Shut up! Biar I yang cakap.
Oh now you nak kata I yang curang? What the hell are you talking about?! Kau
tahu tak siapa yang sepatutnya cakap macam tu? Aku tau tak?! Aku!! Bukan
perempuan tak guna macam kau! Siapa yang tinggalkan siapa sekarang? Siapa?!
Selepas 3 tahun, siapa yang tinggalkan siapa Suezana?! Kalau bukan sebab kau
tinggalkan aku dulu, aku takkan kahwin dengan wife aku kau faham?! Sekarang,
salahkan diri kau! Bukan aku, bukan wife aku!” Razif menghentak mejanya kuat.
Dia berdiri. Suezana angkat wajahnya. Cuba memandang mata Razif dengan matanya
yang sayu. Tubuhnya sedikit menggeletar melihat wajah Razif yang kemerahan menahan
amarah.
“Razif
please..I dah minta maaf kan? Kalau you tak boleh terima I, kenapa 2-3 bulan
lepas you layan je I? Kenapa baru sekarang you nak tolak I ? Mentah-mentah pula
itu?” Air mata dibiarkan membasahi pipinya. Bibirnya diketap. Razif terkelu.
Keluhan yang besar akhirnya terluah juga. Tangannya dibelai oleh Suezana. Dia
cuba menepis namun semakin kuat dia tepis, semakin kuat pula wanita itu
menggenggam lengannya.
“Sue, I beg you. Please, I want to end up with
you. I sedar I salah waktu I terima you beberapa bulan lepas. I dah sedar
daripada kesilapan I Sue. Can you just please let me go?” Razif merayu. Suezana terkedu. Sejak bila Razif sanggup
merayu? Hello, masa mama dia tak nak terima aku dulu pun dia tak merayu dengan
mama dia. Masa aku tinggalkan dia dulu pun dia tak merayu supaya aku terus
setia dengan dia. Dia hanya pandang aku dengan mata yang penug dengan
kekecewaan. Kenapa sekarang dia merayu? Kenapa dia sanggup merayu demi isteri
dia? Kenapa tak kerana aku? Ahh! Suezana memeluk tubuh Razif.
“I’m sorry darling. I can’t let you
go. You’re mine forever. Hear that? Forever sayang,” Satu kucupan hinggap di
pipinya. Razif terpempan. Baru sahaja mahu memaki segala bagai dah ni, Suezana
sudah pun keluar dari biliknya. Pipinya dikesat kasar. Kakinya terus melangkah
ke tandas, mahu segera bersihkan lipstick yang melekat di pipinya. Arggh!
Rimas!
Best sangat....:)
ReplyDeleteterima kasih sudi baca :)
Deletemenarik! :D
ReplyDelete