“Zif, jangan
tinggalkan I please….Noo, please. Why you sanggup kahwin dengan dia? Why??”
Suara Suezana mendayu-dayu diselangi dengan esak tangis. Tangannya cuba
menggapai tangan Razif.
“Sue? Sue? Hey Sue, wake up,” Bahu
Suezana ditepuk agak kuat. Cuba menyedarkan Suezana dari mimpi buruk. Thirah
menolak bahu Suezana kuat. Akibat daripada sentakan itu, mata Suezana
perlahan-lahan terbuka. Matanya digosok. Basah? Apa ni?
“Apa ni Thirah? Aku nak tidur sat
please..Tak naklah main simbah-simbah air. Eishh, aku tahulah hang tu tak dapat
tidur sebab sat lagi nak pergi club, kerja tapi agak-agaklah weh, aku nak tidur
kot.Dengki betullah,” Thirah mengetap bibirnya. Eeeii, sedapnya makcik sekor ni
menuduh aku ye? Haihh, sabar jelah.
“Untuk pengetahuan makcik Suezana, saya
tak simbah air pun tapi makcik itu yang bukak paip air kat mata makcik tu. Awat
hang nangis? Agak-agaklah kalau angau pun, aku nak make-up pun boleh comot
make=up aku tau! Aku ni kalau nak make-up kena tenang. Ini tak, kalau hang dok
meracau malam-malam ni, apa yang aku nak make-up kan? Weh, sejak bila Razif
kahwin? Kau kalau nak mimpi pun, biar logik,” Thirah menyisir rambutnya yang
sedikit kusut. Rambutnya yang cecah pinggang itu sungguh cantik apabila hujung
rambutnya diikalkan sedikit. Tapi sayang, dah berkarat.
“Erkk? Aku meracau apa?” Air mata yang
masih ada di pipi dikesat laju. Apalah pula yang aku merepek ni? Hermm. Nasib
badan. Suezana menarik sedikit hujung singletnya yang sedikit terangkat. Kalau
dah tidur, memang kusut habis.
“Kau kata apa? Jangan tinggalkan I,
why you sanggup kahwin dengan dia? Hahh, lebih kurang macam tulah aku dengar.
Kau ada problem ke dengan mamat handsome tu?” Thirah membetulkan skirt pendek
yang dipakainya. Dia duduk di sebelah Suezana.
“Kau tak faham Thi, Aku..aku sakit
sangat..”
“Kau sakit kat mana? Dah pergi ke
klinik belum? Hishh kau ni, tulah aku kata, kalau sakit pergi klinik, ni tak,
degil tahap cipan. Kan dah teruk sakit ka….,” Suezana menutup mulut Thirah.
“I’m not done yet. Aku sakit hati lah!
Dia dah kahwin lain kau tau! Erghh, gila ke kalau aku tak sakit hati dengan
dia? Agaklah, aku pergi tak lama tapi dia curang dengan aku! Eishh, bodoh punya
jantan!” Thirah terdiam. Matanya merenung tajam ke dalam mata Suezana. Bibir
diketap geram. Nafas turun naik. Suezana mula merasakan seperti ada sesuatu
yang tak kena. Oh mann, aku salah habaq ke tadi? Mampuss.
“You’re the stupid one! Not him! Asal
kau kata dia stupid? Hey girl, he’s innocent okay? Kau yang menggatal dengan
jantan lain and what?! Sekejap kau kata? Hello, tiga tahun tu sekejap ke? Are
you stupid enough sampai tak boleh fikir apa yang kau tengah cakapkan?” Suezana
terkelu. Wow, minah ni kawan siapa? Herghh, tak guna punya kawan. Aku, kau kata
bodoh? Sabar, sabar.
“Wait girl, kau ni bela siapa? Kau
kawan siapa? Agak-agaklah kau nak cari gaduh dengan aku pun, not like this lah
girl!” Thirah tergelak sinis. Matanya masih lagi tajam merenung Suezana.
“So macam mana? Nak tunggu bila lagi
baru aku boleh gaduh dengan kau? Alang-alang dah masuk topik yang memang dari
dulu lagi aku nak bahaskan, nak tunggu apa lagi? Sampai kau sakitkan hati
jantan lain? Hahh? Macam tu?”
“Kau ni dah kenapa? Melenting tak tentu
pasal? Aku tak faham lahh!” Suezana mula berang. Thirah mula sedar silapnya.
Sabarlah dulu Thirah oii kalau nak masak perempuan ni pun. Tenang, tenang.
“Sorry, my bad. Kau terangkan apa yang
berlaku. Aku nak tahu cerita sebenar,” Suaranya mula kendur.
“Hehh. Sebenarnya aku baru tahu yang
Razif tu dah kahwin. Wehh, sampai hati dia kahwin dengan perempuan lain? Aku ni
dia buat macam sampah! Dia buang aku macam tu je? Dia ingat aku tak ada
perasaan ke? Heyy, I’m still have my own feeling. Dia buat aku macam patung
mainan. Dia nak main, dia main. Tak nak main, buang macam tu je? Kejam tau
tak?” Air mata mula bergenang. Thirah mengeluh. Karang aku sembur kata aku
mengarut pula. Okay, guna cara dalam.
“So, kau nak buat apa?” Thirah memandang
ke dalam anak mata Suezana.
“Tolong aku?”
“What? Tolong apa?” kening Thirah
hampir bertemu.
“Destroy their marriage. Please?”
Puppy face dah tertayang. Thirah mengetap bibir geram. Rambut yang berkarat itu
diramas kasar. Kusut terus jadinya.
“And what?! Destroy their marriage?
Are you fu**ing kidding me? Kau dah hilang akal ke? Kau tau tak, berdosa
runtuhkan masjid orang? Kau memang gila, Sue.”
“Aku cintakan Razif more than that
girl do! Dia tak berhak dapat Razif! Tak ada orang boleh dapat Razif selain
aku, Thi!” Thirah gelak sinis.
“Siapa kau nak cakap macam tu? Sue,
dalam hal ni, bukan wife dia perampas tapi kau! And kau tau tak apa yang aku
paling benci? Perampas! I hate them! And kau, best friend aku nak jadi
perampas? Eh, kalau pakwe orang kau nak rampas, aku tak berapa nak kisah sebab
diorang tu pun bukan official but this is a marriage! You can’t destroy it!”
“But I love him! Perempuan itu siapa
nak ambil Razif daripada aku?” Thirah menggelengkan kepala laju.
“No! Kau dah lupa? Mak aku bercerai
sebab apa? Kau tak ada ayah sebab apa? Sebab perampas! Suezana, kau dah lupa
apa janji kau dekat aku? Bahawa kau, Erni Suezana bt Rizman takkan jadi
perampas! Kau dah lupa?!” Thirah memegang bahu Suezana erat. Suezana
menggelengkan kepalanya lalu menolak tangan Thirah dari bahunya. Senyuman sinis
ditarik.
“Kisah diorang tak sama dengan kisah
aku! Kes aku ni, perempuan tu yang perampas! Aku hanya nak balik hak aku!
Thirah…Please, bagi aku semangat dan sokongan kau,”
“Beza? Apa yang beza sangat? Kau nak rampas
suami orang Sue! Aku sokong kau selama ni sebab aku tahu kau buat benda yang
betul. Tapi kau dah lupa ke? Siapa yang mulakan masalah ni? Tiga tahun kau
tinggalkan Razif seorang diri kat sini tanpa kata apa-apa. Weh, kalau kau pergi
sebab alasan yang munasabah mungkin Razif akan setia dengan kau tapi apa yang
kau dah buat? Kau tak ingat?
Kau kata nak jumpa dengan dia kat
KLIA and then bila dah terserempak, kau kata kau dah tak nak hubungan tu. Kau
nak putuskan tapi Razif tak nak. Dia tak merayu tapi dia tanya kau kenapa kau
dah tak nak ada hubungan dengan dia lagi. Kau jawab apa? Kau kata kau dah tak
cintakan dia, kau dah ada hidup baru, kau dah cukup dengan hidup kau sekarang
and yang paling kejam is kau kata kau dah ada orang lain! Kau siap bawa Razif
jumpa dengan mamat pengedar tu and what? Kau ikut mamat tu ke Vietnam tanpa
kata sorry pun. Kau ingat dia tu tak ada perasaan? Eh, berbanding dengan apa
yang kau dah buat tiga tahun lepas, balasan yang kau dapat daripada Razif tak sama
dengan apa yang kau dah buat dulu!” Muka Thirah sedikit merah.
“Thi, aku tahu kau marah apa yang aku
dah buat dulu tapi aku dah insaf! Aku menyesal! Yang aku nak sekarang ialah
hidup semula denga dia Thi, aku dah tak nak benda lain,” Suezana memegang
pergelangan tangan rakannya itu.
“Tapi this is not the way! Kau dah
tak ada jalan lagi Sue. You must give up! Aku tak nak tolong runtuhkan masjid
orang. Berdosa besar, Sue. Yeahh, I know I’m not the right person to talk about
this but I know that destroy someone marriage is a huge sin. Aku takut nanti
rumah tangga aku juga akan musnah Sue,” Thirah mengusap tangan Suezana.
“What? Give up? Aku bukan orang yang
macam tu! Even masa aku dah bersama dengan Zubir yang pengedar tu lepas itu dia
lari dengan betina lain pun aku masih boleh berdiri depan kau ni ,sebab apa?
Sebab aku tau yang aku dah ada Razif and he can help me with this baby!!”
Suezana menarik tangannya kuat. Thirah tersentap.
“You? Zubir? … Baby? I don’t get it,”
Thirah cuba memandang ke dalam mata Suezana. Suezana terkelu. Oh damn! Macam
mana aku boleh terlepas cakap?
“It just…ermm nothing,” Thirah
berdiri tegak.Suezana melepaskan keluhan berat. Terlajak perahu boleh
diundurkan lagi tapi kalau dah terlajak kata? Mati lah jawabnya.
“You better be honest to me, Erni
Suezana!” Suezana menggelengkan kepalanya.
“I don’t know why but I’m pregnant.
Dah tiga bulan..” Suaranya perlahan.
“You don’t know why? Of course lah
sebab kau dah terlanjur Sue! Apa bodoh sangat reason kau? Hey, aku mati-mati
ingat kau balik ni sebab kau itu dah insaf sebab mamat itu dah tinggalkan kau!
Pengedar dadah tu tak peduli ke dengan baby kau? Sebab itu dia lari dengan
perempuan lain? Hah itulah, balasan Allah kat kau! Aku tak sangka kau itu dah
tak ada dara, Sue!” Thirah menggelengkan kepala. Suezana jadi sakit hati pula
tiba-tiba.
“Eh, kau itu jangan nak berlagak
sucilah! Dah kerja dekat club, memang sah-sah lah kau itu pun sama je dengan
aku! Skirt pendek, baju sendat nampak body ni kau ingat baik sangatlah? Pergi
mampuslah!!” Suezana berang tiba-tiba. Thirah tersentap.
“Aku tau status diri aku Sue. Kau tak
payah cakap. Aku sedar diri tu. Tapi at least, I’m still virgin! Not like you!”
Thirah meninggalkan rakannya itu sendirian. Sakitnya hati tidak dapat
disorokkan. Kecewa kerana rakannya itu sanggup gadaikan maruah pada lelaki tak
guna itu! Memanglah aku ni perempuan club, tapi aku cuba jaga dara aku. I’m
gonna stop this but I don’t know how. God, help me. Thirah mengesat air mata
yang jatuh membasahi pipi.
Nombor telefon Rain didail. “Rain, I
tak sihat malam ni. Sorry, can’t go to the club today. Cari orang ganti shift I
ye?” Rain hanya menurut. Apa lagi nak kata? Hati dah berkenan.
“Thirah, no matter what you’ve said to
me, I’m still with my decision. Razif will be mine. Soon,” Senyuman ditarik.
Perut diusap perlahan.
*******
“Assalamualaikum, Isya here!” Ceria
sungguh suara Elysha tatkala si suami menjawab panggilannya.
“Waalaikumussalam. Hmm, kenapa call
abang ni? I’m busy,” Elysha ketap bibir.
“Sorry ganggu. Bye…” Bibir berkata
begitu namun Elysha masih lagi tidak matikan panggilan. Razif menarik nafas
perlahan.
“I’m sorry, abang balik lambat sikit
harini. I’m gonna late. So, have your dinner first and then go to sleep okay?
Projek masuk lagi lepas itu projek sebelum ni pun banyak yang abang kena semak,”
Elysha mengeluh.
“Abang, it has been a week since the
last time we had dinner together. Abang sibuk sangat ke sampai langsung tak ada
masa untuk Isya? Hermm? I know you are busy but could you please have some chit
chat with me here? Dalam phone je bang, I know we can’t have dinner together
today but some chit chat will be fine,” senyuman cuba diukirkan walaupun sudah
pasti suaminya tak nampak senyuman itu. Razif terdiam. Sayu hatinya
mengenangkan si isteri yang pasti bosan menunggunya di rumah saban hari namun
apakan daya, hatinya masih tidak tenteram. Pasal Suezana, pasal kawan lelaki
Elysha. Cemburu. Itu yang pasti namun cinta? Hatinya masih belum pasti.
“Bukan macam tu. Abang tak ada apa nak
cakap. Isya cakaplah apa nak cakap, abang dengar,” Lemah sahaja suara Razif.
Haihh, macam mana hubungan itu nak berkembang, langsung tak berani nak berterus
terang. Razif menggaru kepalanya. Apa aku nak buat ni? Nak cakap apa pun aku
tak selesa. Kedengaran seperti Elysha mengeluh.
“Abang..Isya lupalah nak cakap apa
tadi. Hihi, nanti kita borak lagi eh? Assalamualaikum,” Razif menjawab salam
lalu mematikan panggilan. Kerja yang tertangguh segera disambung.
“Abang, Isya nak cakap abang dah
berubah tapi apa yang berubah? I don’t even know you well to judge you like
that. Sorry to say but I’m feel like giving up on this. I’m sorry, semua ni
terlalu berat untuk Isya yang baru mahu kenal alam perkahwinan. Perkahwinan
kita ini hambar bang, kosong je rasanya,” Air mata yang jatuh dikesat.
Tiba-tiba, ayat yang diungkapkan oleh adik iparnya, bermain di minda.
‘Cemburu? Adalah sikit. Abang Zif memang
kuat cemburu sikit tapi dia macam alahh, kalau dah sayang mesti ada cemburu
kan? Kuat cemburu tapi tak adalah pula sampai pukul bini. Maybe dia takkan
bercakap dengan kau dalam seminggu dua or sampai korang dah terus terang sesama
sendirilah. So, if he acts like everything is wrong, kau faham-faham sendirilah
Ely. Just try to being honest okay? Bawa berbincang mesti boleh aman rumah
tangga korang. Btw, kenapa kau tanya aku pasal dia cemburu ke apa ni? Korang
ada problem?’ Kata Reez dalam panggilan telefon dua hari lepas. Elysha menarik
nafas sedalam-dalamnya.
Elysha! Mesti kau ada buat silap ni,
so cari kat mana silap kau and pujuk dia okay? Kau dah bersabar terlalu lama
takkan lah benda kecil macam ni je kau nak give up? Erghh, kalau lah aku boleh
luahkan semuanya kat seseorang. Tapi masalah rumah tangga haram diceritakan
pada orang lain kan? Istighfarlah diri ini, Elysha . Elysha bangun lalu menuju
ke bilik air. Wudhuk diambil lalu dia duduk di atas sejadah bersama dengan
kitab suci. Suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.
“Ya Allah, kau titipkanlan
kebahagiaan ke dalam rumah tangga ku ini ya Allah. Kau tunjukkanlah aku di mana
salah dan silapku kepada suamiku ya Allah, Ampunkan aku ya Allah. Amin ya
Rabbal Alamin,” Tangannya diraupkan ke muka. Senyuman ditarik. Bersabarlah wahai
hati, you can do it!
1st....akhirnya dah update! <3
ReplyDeletenak lagiiii,, update lagi lahhh...
ReplyDeleteBila nk update ni...dh lama Benar nihh
ReplyDeleterindu...Elysha mana dia ni?
ReplyDelete