Thursday 19 December 2013

Awak tetap Suami Saya ~bab 11~

“Zif, jangan tinggalkan I please….Noo, please. Why you sanggup kahwin dengan dia? Why??” Suara Suezana mendayu-dayu diselangi dengan esak tangis. Tangannya cuba menggapai tangan Razif.
        
      “Sue? Sue? Hey Sue, wake up,” Bahu Suezana ditepuk agak kuat. Cuba menyedarkan Suezana dari mimpi buruk. Thirah menolak bahu Suezana kuat. Akibat daripada sentakan itu, mata Suezana perlahan-lahan terbuka. Matanya digosok. Basah? Apa ni?

        “Apa ni Thirah? Aku nak tidur sat please..Tak naklah main simbah-simbah air. Eishh, aku tahulah hang tu tak dapat tidur sebab sat lagi nak pergi club, kerja tapi agak-agaklah weh, aku nak tidur kot.Dengki betullah,” Thirah mengetap bibirnya. Eeeii, sedapnya makcik sekor ni menuduh aku ye? Haihh, sabar jelah.

        “Untuk pengetahuan makcik Suezana, saya tak simbah air pun tapi makcik itu yang bukak paip air kat mata makcik tu. Awat hang nangis? Agak-agaklah kalau angau pun, aku nak make-up pun boleh comot make=up aku tau! Aku ni kalau nak make-up kena tenang. Ini tak, kalau hang dok meracau malam-malam ni, apa yang aku nak make-up kan? Weh, sejak bila Razif kahwin? Kau kalau nak mimpi pun, biar logik,” Thirah menyisir rambutnya yang sedikit kusut. Rambutnya yang cecah pinggang itu sungguh cantik apabila hujung rambutnya diikalkan sedikit. Tapi sayang, dah berkarat.

         “Erkk? Aku meracau apa?” Air mata yang masih ada di pipi dikesat laju. Apalah pula yang aku merepek ni? Hermm. Nasib badan. Suezana menarik sedikit hujung singletnya yang sedikit terangkat. Kalau dah tidur, memang kusut habis.
         “Kau kata apa? Jangan tinggalkan I, why you sanggup kahwin dengan dia? Hahh, lebih kurang macam tulah aku dengar. Kau ada problem ke dengan mamat handsome tu?” Thirah membetulkan skirt pendek yang dipakainya. Dia duduk di sebelah Suezana.

         “Kau tak faham Thi, Aku..aku sakit sangat..”

        “Kau sakit kat mana? Dah pergi ke klinik belum? Hishh kau ni, tulah aku kata, kalau sakit pergi klinik, ni tak, degil tahap cipan. Kan dah teruk sakit ka….,” Suezana menutup mulut Thirah.

        “I’m not done yet. Aku sakit hati lah! Dia dah kahwin lain kau tau! Erghh, gila ke kalau aku tak sakit hati dengan dia? Agaklah, aku pergi tak lama tapi dia curang dengan aku! Eishh, bodoh punya jantan!” Thirah terdiam. Matanya merenung tajam ke dalam mata Suezana. Bibir diketap geram. Nafas turun naik. Suezana mula merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Oh mann, aku salah habaq ke tadi? Mampuss.



        “You’re the stupid one! Not him! Asal kau kata dia stupid? Hey girl, he’s innocent okay? Kau yang menggatal dengan jantan lain and what?! Sekejap kau kata? Hello, tiga tahun tu sekejap ke? Are you stupid enough sampai tak boleh fikir apa yang kau tengah cakapkan?” Suezana terkelu. Wow, minah ni kawan siapa? Herghh, tak guna punya kawan. Aku, kau kata bodoh? Sabar, sabar.

        “Wait girl, kau ni bela siapa? Kau kawan siapa? Agak-agaklah kau nak cari gaduh dengan aku pun, not like this lah girl!” Thirah tergelak sinis. Matanya masih lagi tajam merenung Suezana.

       “So macam mana? Nak tunggu bila lagi baru aku boleh gaduh dengan kau? Alang-alang dah masuk topik yang memang dari dulu lagi aku nak bahaskan, nak tunggu apa lagi? Sampai kau sakitkan hati jantan lain? Hahh? Macam tu?”

        “Kau ni dah kenapa? Melenting tak tentu pasal? Aku tak faham lahh!” Suezana mula berang. Thirah mula sedar silapnya. Sabarlah dulu Thirah oii kalau nak masak perempuan ni pun. Tenang, tenang.

         “Sorry, my bad. Kau terangkan apa yang berlaku. Aku nak tahu cerita sebenar,” Suaranya mula kendur.

         “Hehh. Sebenarnya aku baru tahu yang Razif tu dah kahwin. Wehh, sampai hati dia kahwin dengan perempuan lain? Aku ni dia buat macam sampah! Dia buang aku macam tu je? Dia ingat aku tak ada perasaan ke? Heyy, I’m still have my own feeling. Dia buat aku macam patung mainan. Dia nak main, dia main. Tak nak main, buang macam tu je? Kejam tau tak?” Air mata mula bergenang. Thirah mengeluh. Karang aku sembur kata aku mengarut pula. Okay, guna cara dalam.

          “So, kau nak buat apa?” Thirah memandang ke dalam anak mata Suezana.

          “Tolong aku?”

          “What? Tolong apa?” kening Thirah hampir bertemu.

         “Destroy their marriage. Please?” Puppy face dah tertayang. Thirah mengetap bibir geram. Rambut yang berkarat itu diramas kasar. Kusut terus jadinya.

         “And what?! Destroy their marriage? Are you fu**ing kidding me? Kau dah hilang akal ke? Kau tau tak, berdosa runtuhkan masjid orang? Kau memang gila, Sue.”

          “Aku cintakan Razif more than that girl do! Dia tak berhak dapat Razif! Tak ada orang boleh dapat Razif selain aku, Thi!” Thirah gelak sinis.

           “Siapa kau nak cakap macam tu? Sue, dalam hal ni, bukan wife dia perampas tapi kau! And kau tau tak apa yang aku paling benci? Perampas! I hate them! And kau, best friend aku nak jadi perampas? Eh, kalau pakwe orang kau nak rampas, aku tak berapa nak kisah sebab diorang tu pun bukan official but this is a marriage! You can’t destroy it!”

         “But I love him! Perempuan itu siapa nak ambil Razif daripada aku?” Thirah menggelengkan kepala laju.

         “No! Kau dah lupa? Mak aku bercerai sebab apa? Kau tak ada ayah sebab apa? Sebab perampas! Suezana, kau dah lupa apa janji kau dekat aku? Bahawa kau, Erni Suezana bt Rizman takkan jadi perampas! Kau dah lupa?!” Thirah memegang bahu Suezana erat. Suezana menggelengkan kepalanya lalu menolak tangan Thirah dari bahunya. Senyuman sinis ditarik.

         “Kisah diorang tak sama dengan kisah aku! Kes aku ni, perempuan tu yang perampas! Aku hanya nak balik hak aku! Thirah…Please, bagi aku semangat dan sokongan kau,”

         “Beza? Apa yang beza sangat? Kau nak rampas suami orang Sue! Aku sokong kau selama ni sebab aku tahu kau buat benda yang betul. Tapi kau dah lupa ke? Siapa yang mulakan masalah ni? Tiga tahun kau tinggalkan Razif seorang diri kat sini tanpa kata apa-apa. Weh, kalau kau pergi sebab alasan yang munasabah mungkin Razif akan setia dengan kau tapi apa yang kau dah buat? Kau tak ingat?

          Kau kata nak jumpa dengan dia kat KLIA and then bila dah terserempak, kau kata kau dah tak nak hubungan tu. Kau nak putuskan tapi Razif tak nak. Dia tak merayu tapi dia tanya kau kenapa kau dah tak nak ada hubungan dengan dia lagi. Kau jawab apa? Kau kata kau dah tak cintakan dia, kau dah ada hidup baru, kau dah cukup dengan hidup kau sekarang and yang paling kejam is kau kata kau dah ada orang lain! Kau siap bawa Razif jumpa dengan mamat pengedar tu and what? Kau ikut mamat tu ke Vietnam tanpa kata sorry pun. Kau ingat dia tu tak ada perasaan? Eh, berbanding dengan apa yang kau dah buat tiga tahun lepas, balasan yang kau dapat daripada Razif tak sama dengan apa yang kau dah buat dulu!” Muka Thirah sedikit merah.

         “Thi, aku tahu kau marah apa yang aku dah buat dulu tapi aku dah insaf! Aku menyesal! Yang aku nak sekarang ialah hidup semula denga dia Thi, aku dah tak nak benda lain,” Suezana memegang pergelangan tangan rakannya itu.

          “Tapi this is not the way! Kau dah tak ada jalan lagi Sue. You must give up! Aku tak nak tolong runtuhkan masjid orang. Berdosa besar, Sue. Yeahh, I know I’m not the right person to talk about this but I know that destroy someone marriage is a huge sin. Aku takut nanti rumah tangga aku juga akan musnah Sue,” Thirah mengusap tangan Suezana.

         “What? Give up? Aku bukan orang yang macam tu! Even masa aku dah bersama dengan Zubir yang pengedar tu lepas itu dia lari dengan betina lain pun aku masih boleh berdiri depan kau ni ,sebab apa? Sebab aku tau yang aku dah ada Razif and he can help me with this baby!!” Suezana menarik tangannya kuat. Thirah tersentap.

         “You? Zubir? … Baby? I don’t get it,” Thirah cuba memandang ke dalam mata Suezana. Suezana terkelu. Oh damn! Macam mana aku boleh terlepas cakap?

          “It just…ermm nothing,” Thirah berdiri tegak.Suezana melepaskan keluhan berat. Terlajak perahu boleh diundurkan lagi tapi kalau dah terlajak kata? Mati lah jawabnya.

          “You better be honest to me, Erni Suezana!” Suezana menggelengkan kepalanya.

         “I don’t know why but I’m pregnant. Dah tiga bulan..” Suaranya perlahan.

         “You don’t know why? Of course lah sebab kau dah terlanjur Sue! Apa bodoh sangat reason kau? Hey, aku mati-mati ingat kau balik ni sebab kau itu dah insaf sebab mamat itu dah tinggalkan kau! Pengedar dadah tu tak peduli ke dengan baby kau? Sebab itu dia lari dengan perempuan lain? Hah itulah, balasan Allah kat kau! Aku tak sangka kau itu dah tak ada dara, Sue!” Thirah menggelengkan kepala. Suezana jadi sakit hati pula tiba-tiba.

        “Eh, kau itu jangan nak berlagak sucilah! Dah kerja dekat club, memang sah-sah lah kau itu pun sama je dengan aku! Skirt pendek, baju sendat nampak body ni kau ingat baik sangatlah? Pergi mampuslah!!” Suezana berang tiba-tiba. Thirah tersentap.

        “Aku tau status diri aku Sue. Kau tak payah cakap. Aku sedar diri tu. Tapi at least, I’m still virgin! Not like you!” Thirah meninggalkan rakannya itu sendirian. Sakitnya hati tidak dapat disorokkan. Kecewa kerana rakannya itu sanggup gadaikan maruah pada lelaki tak guna itu! Memanglah aku ni perempuan club, tapi aku cuba jaga dara aku. I’m gonna stop this but I don’t know how. God, help me. Thirah mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi.

         Nombor telefon Rain didail. “Rain, I tak sihat malam ni. Sorry, can’t go to the club today. Cari orang ganti shift I ye?” Rain hanya menurut. Apa lagi nak kata? Hati dah berkenan.

         “Thirah, no matter what you’ve said to me, I’m still with my decision. Razif will be mine. Soon,” Senyuman ditarik. Perut diusap perlahan.

*******



         “Assalamualaikum, Isya here!” Ceria sungguh suara Elysha tatkala si suami menjawab panggilannya.

        “Waalaikumussalam. Hmm, kenapa call abang ni? I’m busy,” Elysha ketap bibir.

       “Sorry ganggu. Bye…” Bibir berkata begitu namun Elysha masih lagi tidak matikan panggilan. Razif menarik nafas perlahan.

       “I’m sorry, abang balik lambat sikit harini. I’m gonna late. So, have your dinner first and then go to sleep okay? Projek masuk lagi lepas itu projek sebelum ni pun banyak yang abang kena semak,” Elysha mengeluh.

        “Abang, it has been a week since the last time we had dinner together. Abang sibuk sangat ke sampai langsung tak ada masa untuk Isya? Hermm? I know you are busy but could you please have some chit chat with me here? Dalam phone je bang, I know we can’t have dinner together today but some chit chat will be fine,” senyuman cuba diukirkan walaupun sudah pasti suaminya tak nampak senyuman itu. Razif terdiam. Sayu hatinya mengenangkan si isteri yang pasti bosan menunggunya di rumah saban hari namun apakan daya, hatinya masih tidak tenteram. Pasal Suezana, pasal kawan lelaki Elysha. Cemburu. Itu yang pasti namun cinta? Hatinya masih belum pasti.

       “Bukan macam tu. Abang tak ada apa nak cakap. Isya cakaplah apa nak cakap, abang dengar,” Lemah sahaja suara Razif. Haihh, macam mana hubungan itu nak berkembang, langsung tak berani nak berterus terang. Razif menggaru kepalanya. Apa aku nak buat ni? Nak cakap apa pun aku tak selesa. Kedengaran seperti Elysha mengeluh.

         “Abang..Isya lupalah nak cakap apa tadi. Hihi, nanti kita borak lagi eh? Assalamualaikum,” Razif menjawab salam lalu mematikan panggilan. Kerja yang tertangguh segera disambung.

          “Abang, Isya nak cakap abang dah berubah tapi apa yang berubah? I don’t even know you well to judge you like that. Sorry to say but I’m feel like giving up on this. I’m sorry, semua ni terlalu berat untuk Isya yang baru mahu kenal alam perkahwinan. Perkahwinan kita ini hambar bang, kosong je rasanya,” Air mata yang jatuh dikesat. Tiba-tiba, ayat yang diungkapkan oleh adik iparnya, bermain di minda.

         ‘Cemburu? Adalah sikit. Abang Zif memang kuat cemburu sikit tapi dia macam alahh, kalau dah sayang mesti ada cemburu kan? Kuat cemburu tapi tak adalah pula sampai pukul bini. Maybe dia takkan bercakap dengan kau dalam seminggu dua or sampai korang dah terus terang sesama sendirilah. So, if he acts like everything is wrong, kau faham-faham sendirilah Ely. Just try to being honest okay? Bawa berbincang mesti boleh aman rumah tangga korang. Btw, kenapa kau tanya aku pasal dia cemburu ke apa ni? Korang ada problem?’ Kata Reez dalam panggilan telefon dua hari lepas. Elysha menarik nafas sedalam-dalamnya.

         Elysha! Mesti kau ada buat silap ni, so cari kat mana silap kau and pujuk dia okay? Kau dah bersabar terlalu lama takkan lah benda kecil macam ni je kau nak give up? Erghh, kalau lah aku boleh luahkan semuanya kat seseorang. Tapi masalah rumah tangga haram diceritakan pada orang lain kan? Istighfarlah diri ini, Elysha . Elysha bangun lalu menuju ke bilik air. Wudhuk diambil lalu dia duduk di atas sejadah bersama dengan kitab suci. Suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.


          “Ya Allah, kau titipkanlan kebahagiaan ke dalam rumah tangga ku ini ya Allah. Kau tunjukkanlah aku di mana salah dan silapku kepada suamiku ya Allah, Ampunkan aku ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin,” Tangannya diraupkan ke muka. Senyuman ditarik. Bersabarlah wahai hati, you can do it!

Wednesday 27 November 2013

Awak tetap Suami Saya ~bab 10~

     
      “Hello, Assalamualaikum.Abang Fiq dah sampai ke?” Elysha terus bersuara apabila panggilannya dijawab.Syafiq tersenyum kecil mendengar keterujaan suara si gadis itu.

       “Waalaikumussalam.Dah sampai dah ni.Sya kat mana tu?” Mata Syafiq memandang tubuh genit seorang gadis yang berbaju kurung.Gadis itu melintasi Syafiq dengan langkah yang laju. Dirinya kelihatan tergesa-gesa. Bibir Syafiq mengukirkan senyuman.

       “Entahlah, kedai apa entah nama dia,” Ada sedikit tawa di hujung katanya.

       “Tak perlu rushing sangat, dear. Cuba pusing,” Syafiq tersengih apabila melihat muka terkejut Elysha.Elysha sedikit terlopong. Jantungnya seakan-akan sedang berlari pecut. Elysha, calm down. Abang Fiq je pun. Elysha menarik nafas yang panjang. Dia tersenyum manis.

       “Assalamualaikum,” Elysha masih lagi tersenyum.Tas tangan diletakkan di atas kerusi sebelah manakala punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di hadapan Syafiq. Syafiq tersenyum manis.

       “Order dear?” Mata Syafiq masih lagi menatap wajah gadis molek itu. Senyumannya yang manis masih sama seperti dahulu. Tapi, wajahnya nampak bahagia kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang dahulu.Elysha berdehem perlahan.

       “Abang…Jangan pandang Sya macam itu please,” Suara Elysha kedengaran sedikit merayu. Dia tidak mahu jika ada orang tersalah tafsir dengan pandangan Syafiq itu. Syafiq tersenyum kecil.
      
       “Why? Didn’t you love it before?” Syafiq sedikit-sedikit mahu mengenang kenangan lama. Elysha mengeluh perlahan.Tapi cukup untuk didengar oleh Syafiq. Kening Syafiq sedikit bertaut.

        “Abang, that’s before. Masa Sya budak-budak lagi.Now, I’m different,” Perlahan sahaja bibir itu mengungkap kata-kata itu.Syafiq mengangkat bahunya.

         “Apa yang jauh sangat berbeza tu?” Tangannya disilangkan ke dada. Matanya jatuh pada wajah yang jelas kelihatan serba salah itu.

         “Abang, I just don’t know how to tell you.Ermm, result Sya okay?” Segera Elysha menukar topik. Syafiq mengeluh perlahan.

         “Sya, you know that I hate when people ignore my question right?” Elysha mengangkat sedikit mukanya. Dia mengetap bibir.

         “Sya dah jawab tadi,” Suaranya sedikit tegas. Syafiq menggelengkan kepalanya.

         “Abang tak nak jawapan tu Sya,” Elysha menyilangkan tangannya di atas meja.

         “Abang, itu pilihan abang.Whether you want to accept it or not, it’s your choice. Sya dah jawab soalan abang. Now, where’s my slip paper?” Elysha menjungkitkan sedikit keningnya. Lagak mereka seperti beberapa tahun lalu ketika mereka bergaduh.

          “I’m not gonna give you if you don’t give me the right answer,” Syafiq membuat taruhan. Elysha menyandarkan tubuhnya ke belakang. Waiter yang tadi menghampiri meja mereka sambil membawa pesanan Elysha. Juice orange disedut sedikit. Matanya merenung mata Syafiq.Lama.

           “I miss you,” Syafiq menuturkan kata-kata romantis itu apabila Elysha hanya merenung matanya. Elysha sedikit tersentak.Matanya segera dilarikan.

           “Sya..Sya pun rindukan abang,” sebagai abang. Tapi ayat itu hanya terlafaz di dalam hatinya sahaja. Elysha mengangkat sedikit wajahnya.

           “I thought you don’t miss me? Woah, relieve,” Syafiq tergelak perlahan.Elysha pula tersenyum hambar.

           “Here, your result. Dear, I’m so proud of you,” Bibir merah Syafiq mengoyak senyuman manis. Manis sangat. Lebih manis daripada gula-gula.

           “It is that good?” Tangan Elysha sedikit terketar-ketar. Syafiq menganggukkan kepalanya.

           “Yes dear. Now, open that envelope,” Syafiq hanya memandang riak Elysha yang ketakutan. Tangan Elysha statik. Seperti tidak mahu membukanya.

           “Don’t worry, abang dah tengok. You got so many A’s,” Syafiq menyisip teh’o panasnya.

           “Betul ini? Tak tipu?” Ya Allah, benarkah apa yang dituturkan oleh abang Fiq ni? Getus hati Elysha. Syafiq mengangkat kedua-dua bahunya.Dia menjungkit 
kening.

           “Tadi macam yakin, sekarang angkat bahu pula. Mana satu ini bang? Eishh..Tak sukalah,” Elysha merungut sambil mencebikkan bibirnya. Syafiq tergelak lucu. Sudah lama dia tidak melihat Elysha merajuk.

           “Both,” Elysha mengetap bibirnya geram. “Buka jelah sayang oii. Bukannya apa pun,” Syafiq menyambung kata-katanya. Jantung Elysha sedikit berdebar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

           “Kalau ada apa-apa?” Elysha cuba bergurau. Dia tersengih.

           “Well, memang ada something dalam itu. Scary gila…Lebih menakutkan daripada muka pocong..Abang letak gambar hantu dalam itu,” Syafiq membuat muka seram. Elysha menelan liurnya. Surat di tangan dicampak semula kepada Syafiq. Syafiq tergelak lucu. Muka Elysha sedikit pucat.

            “Abang…Eishh,” Elysha menarik muka apabila mendapati dirinya terkena dengan gurauan Syafiq. Dia arif benar dengan Syafiq. Kalau nak takutkan dia, mesti cakap pasal pocong. Dah tak ada modal lain ke? Geram sungguh rasanya.Tangan Syafiq segera membuka sampul surat tersebut.

            “Here!!” Tangannya mengibarkan kertas slip peperiksaan itu dihadapan Elysha. Mata Elysha bergerak mengikut kertas. Lagi laju tangan Syafiq mengibarkan kertas itu. Syafiq tergelak lucu melihat wajah curious Elysha.

            “Abang Fiq! Janganlah main-main,” Elysha merampas slip di tangan Syafiq. Syafiq tergelak lagi. Dia menyerahkan slip itu kepada tuannya. Mata Elysha disepetkan. Cuba untuk mempercayai bait-bait perkataan yang tertulis di atas kertas itu.Perlahan-lahan, wajahnya bertukar ceria.

             “Alhamdulillah,” Senyuman di bibir semakin melebar. Syafiq yang melihat pun turut mengukir senyum gembira.

            “Tahniah Elysha.Finally sayang, you did it!” Mahu sahaja tangan Elysha digenggam namun imannya masih ada. Mata Elysha sedikit berkaca-kaca. Senyuman masih tidak lekang dari bibir munggilnya.

           “Thanks Abang Fiq, thank you so much!” Syafiq menganggukkan kepalanya. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.

           “Jom,” Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Muka Elysha terpinga-pinga.

           “Ke mana?” Syafiq mengenyitkan matanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar.

           “These!” Syafiq melayang-layangkan tikat wayang ditangannya. Muka 
Elysha sedikit teruja. Dia menganggukkan kepalanya laju sebelum tersedar. Alamak, aku kan dah kahwin, minta izin kat abang dululah, getus Elysha.

            “Kejap ye bang, nak call someone.Wait here tau!” Elysha terus berjalan meninggalkan Syafiq di restoran yang terpinga-pinga.Syafiq hanya menangkat kedua-dua bahunya apabila Elysha semakin menjauh.

             “Hello, assalamualaikum. Abang, erm..nak minta izin boleh?” Elysha kedengaran seperti teragak-agak. Razif pelik.

            “Waalaikumussalam sayang. Nak minta izin apa ni?” Lembut sahaja suaranya. Walaupun tertekan dengan kerja-kerjanya di pejabat, dia cuba untuk meluangkan sedikit masa berbual dengan isterinya. Suara dilembutkan sehabis boleh.

            “Kawan Isya ajak tengok wayang. Boleh tak abang?” Elysha menarik nafas lega apabila berjaya juga sampaikan hasratnya.

           “Wait sayang, kawan Isya itu lelaki ke perempuan?” Elysha terkedu. Mati aku. Abang, apa Isya nak jawab? Aduhh.

          “Lelaki….Erkk, abang jangan marah eh? Dia yang pegang result Isya..Isya takkan tengok wayang dengan dia kalau abang tak izinkan,” Elysha bersuara perlahan. Razif terdiam. Kalau izinkan, dayus tak aku? Kalau tak izinkan, mesti Isya sedih. Apa nak buat ni?

          “Sayang…” Elysha menanti penuh debar. Razif mengeluh. “Sayang nak pergi ke?” Dia mahu dengar isi hati isterinya. Walaupun dia cemburu, tak mahulah kalau-kalau cemburu itu nanti akan merosakkan hubungannya dengan isteri tersayang. Biarlah isterinya yang putuskan sama ada mahu terima pelawaan itu ataupun tidak.

         “Isya tak kisah sangat. Tapi, kalau abang izinkan insyaAllah Isya terima pelawaan dia. Tapi kalau tak, Isya buatlah alasan. Kata Isya sibuk, ada kerja part time ke, apa-apalah. Boleh bang?” Razif mengetap bibirnya. Entah kenapa dia macam terasa hati dengan isterinya itu. Kenapa tak nak cakap je Isya dah kahwin? Hmm.. Lama Razif berdiam diri.

         “Isya tak payahlah pergi. Wayang kan gelap. Isya tak suka wayang. Isya nak ke tengok wayang dengan dia?” Suara Rzif sedikit berubah. Elysha tepuk dahinya. Sebenarnya, dia tidaklah takut sangat dengan panggung wayang yg gelap itu. Entah kenapa dia tidak mahu menerima pelawaan suaminya untuk menonton wayang dahulu dengan alasan takut gelap. Sekarang sendiri yang lupa. Adoii.

          “Eh Isya lupa pula wayang gelap. Hihi, Isya tolak pelawaan dia eh abang?” Razif hanya diam. Elysha terus memberi salam dan meletakkan panggilan. Seperti tergesa-gesa.

          Isya. Why are you acting like this when I’m start falling in love with you? Why Isha, why? Razif merintih dalam hatinya. Kepala diletakkan di atas meja. Bau harum kopi menyedarkannya. Kepala didongakkan.

         “What are you doing here?” Suaranya sedikit keras. Wanita dihadapannya itu tersenyum manis. Razif mengeluh.

         “You, tak baik mengeluh. Here, coffee for you. Special tau I buat, mesti you penatkan?” Razif hanya memandang kosong wajah wanita itu yang sedang menghulurkan secawan kopi kepadanya.

          “Okay now you dah tak nak sambut huluran I kan? Siapalah I pada you,” Suezana mencebikkan bibirnya. Semangat yang baru dia dapat setelah berhari-hari dia terperap di dalam biliknya memikirkan hala tuju hubungannya bersama Razif. Dia kini sudah bertekad mahu meneruskan hubungan ini walau apa pun yang dia perlu hadapi.

           “You buat apa kat sini?” Kali ini Razif tanya pula dalam versi melayu. Suezana mencebikkan bibirnya. Lalu tersenyum pula. Haishh, apa tak kena dengan perempuan ni? Aku nak layan perasaan pun tak senang.

           “Suka hati I lah nak lawat you. You tak suka ke I datang jenguk you? At least, adalah juga teman berbual. You kata dah kahwin? Kenapa I tak jumpa lagi dengan wife you? Ke you tipu I? Zif, I takkan percaya yang you tu dah kahwin melainkan I nampak you dengan “wife” you tu dengan mata kepala I sendiri!” Tegas Suezana membalas. Razif menggelengkan kepalanya.

             “Lantaklah. I malas nak layan perempuan kurang waras macam you ni. Now I’ve got something to do. You may go out,” Razif mengetukkan pen ditangannya di atas meja. Matanya tajam menikam wanita di hadapannya itu.

             “Sampai hati you kan? Lepas apa yang kita dah lalui selama 3 tahun ni, ini yang I dapat? Sampai hati you!” Suezana mula buat drama air mata. Razif mendengus kuat. Matanya mencerlung memandang mata Suezana.

             “You! Shut up! Biar I yang cakap. Oh now you nak kata I yang curang? What the hell are you talking about?! Kau tahu tak siapa yang sepatutnya cakap macam tu? Aku tau tak?! Aku!! Bukan perempuan tak guna macam kau! Siapa yang tinggalkan siapa sekarang? Siapa?! Selepas 3 tahun, siapa yang tinggalkan siapa Suezana?! Kalau bukan sebab kau tinggalkan aku dulu, aku takkan kahwin dengan wife aku kau faham?! Sekarang, salahkan diri kau! Bukan aku, bukan wife aku!” Razif menghentak mejanya kuat. Dia berdiri. Suezana angkat wajahnya. Cuba memandang mata Razif dengan matanya yang sayu. Tubuhnya sedikit menggeletar melihat wajah Razif yang kemerahan menahan amarah.

            “Razif please..I dah minta maaf kan? Kalau you tak boleh terima I, kenapa 2-3 bulan lepas you layan je I? Kenapa baru sekarang you nak tolak I ? Mentah-mentah pula itu?” Air mata dibiarkan membasahi pipinya. Bibirnya diketap. Razif terkelu. Keluhan yang besar akhirnya terluah juga. Tangannya dibelai oleh Suezana. Dia cuba menepis namun semakin kuat dia tepis, semakin kuat pula wanita itu menggenggam lengannya.

            “Sue, I beg you. Please, I want to end up with you. I sedar I salah waktu I terima you beberapa bulan lepas. I dah sedar daripada kesilapan I Sue. Can you just please let me go?” Razif merayu.  Suezana terkedu. Sejak bila Razif sanggup merayu? Hello, masa mama dia tak nak terima aku dulu pun dia tak merayu dengan mama dia. Masa aku tinggalkan dia dulu pun dia tak merayu supaya aku terus setia dengan dia. Dia hanya pandang aku dengan mata yang penug dengan kekecewaan. Kenapa sekarang dia merayu? Kenapa dia sanggup merayu demi isteri dia? Kenapa tak kerana aku? Ahh! Suezana memeluk tubuh Razif.


            “I’m sorry darling. I can’t let you go. You’re mine forever. Hear that? Forever sayang,” Satu kucupan hinggap di pipinya. Razif terpempan. Baru sahaja mahu memaki segala bagai dah ni, Suezana sudah pun keluar dari biliknya. Pipinya dikesat kasar. Kakinya terus melangkah ke tandas, mahu segera bersihkan lipstick yang melekat di pipinya. Arggh! Rimas! 

Thursday 21 November 2013

Awak Tetap Suami Saya ~Bab 9~

    “Papa? Kita kat mana ni? Papa nak bawa Elysha ke mana?” Elysha memecahkan kesunyian malam.
    “Papa kata tutup mulut kan? Banyak tanya pula, orang kata diam, diam!” Suara papa sedikit menengking.Badan Elysha terhinjut sedikit. Dia gerun dengan papanya.
    “Tapi pa, mama kata tak elok gadis keluar malam-malam,” Elysha tetap bersuara.Papanya mendengus kuat.Stereng kereta dihentak kuat. Elysha mengetap bibirnya kuat.
    “Mak kau dah seminggu mati! Kau faham tak?! Semak lah perempuan ni!” Papanya menjerit lantang. Badan Elysha menggigil menahan tangis. Dia takut. Mama, Sya takut! Tolong Sya ma, tolong.. Elysha merintih dalam jatinya.
    “Papa, jangan cakap mama macam tu..” Elysha mula menangis. Papanya pula tergelak sinis di tempat duduk pemandu. Mata Elysha memerhati tempat yang baru sahaja mereka lalui. Belakang kedai? Papa nak buat apa? Ramainya akak seksi kat sini? Apa ni? Elysha mula terasa lain macam. Muka papanya dijeling sekilas. Bajunya pula ditelek semula.
    Sehelai t-shirt tanpa lengan bersama jeans tiga suku. Pakaian yang tidak pernah dia pakai jika keluar dari rumah. Arahan papanya bagaikan diulang semula.
     “Kau pakai baju ni! Kalau kau tak pakai, kau siap!” Arahan papanya sebelum mereka keluar sebentar tadi dimainkan semula. Elysha menggenggam kedua-dua tangannya.
    “Pa, kita buat apa kat sini? Elysha takut pa,” Papanya menjelingnya lalu tergelak sinis. Dia memberhentikan kereta.
    “Ikut aku cepat! Keluar!” Pintu kereta dihempas kuat. Elysha melangkah keluar dengan penuh ketakutan.
    “Jalanlah.Itu pun aku nak kena suruh?” Bisik papanya sambil menggenggam lengan Elysha. Elysha mengaduh perlahan.
    “Sakit pa,” Elysha cuba melepaskan genggaman namun malang baginya kerana tenaga seorang gadis mana sama dengan tenaga genggaman seorang lelaki dewasa seperti papanya.
    “Diam!” Papanya sedikit menjerit pada telinganya. Elysha menahan sakit. Matanya melilau melihat sekeliling. Lelaki-lelaki bersama dengan perempuan-perempuan seksi atau lebih senang dipanggil pelacur itu memenuhi lorong yang kotor dan gelap itu. Skirt pendek, baju tanpa lengan, dada yang terdedah menakutkan Elysha. Rambutnya lembut ditiup angin. Selalunya, dia akan menutup aurat jika melangkah sahaja keluar dari rumah. Dia berasa sungguh kekok apabila lelaki ajnabinya melihat auratnya. Dia menundukkan kepala sambil berjalan. Hatinya terasa bersalah sangat kerana mendedahkan auratnya.
    Tiba-tiba, dirinya ditolak kepada seorang lelaki cina, yang berbadan besar dan tegap. Kakinya menggigil ketakutan melihat bengisnya wajah lelaki cina itu.
    “Berapa harga ini budak bos?” Suara papa menampar gegendang telinga Elysha.
    “Oh, ini budak gua boleh kasi lu itu RM30 000,” Tangannya membelai rambut dan pipi mulus Elysha. Elysha menepis tangan lelaki tua itu. Air matanya meleleh. Dia menahan esakan.
    “Bos, kasi up sikit lah. Ini budak masih fresh. Masih dara ma..Lu boleh kasi try,” Papa Elysha cuba berunding. Ya Allah, kau bantulah aku ya Allah, aku takut. Seru Elysha.
    “Bolehlah, bolehlah. Gua kasi lu RM50 000..Amacam? Boleh gua try dulu,” Tangan lelaki tua itu mula merayap pada pinggang dan dada Elysha. Elysha sedaya upaya menepis tangan lelaki tua itu. Taknak! Aku muda lagi ya Allah. Jangan..Jangan lah orang tua! Takut..Ma, Elysha takut. Elysha menangis disitu. Papanya tergelak sinis melihat keadaan anak tirinya itu.
    “Alahh amoi, kasi gua rasa sikit lah..Jangan ini macam. Gua kasi bapa kau duit, lu kasi gua body you lah amoi,” Elysha rasa hendak pengsan sahaja disitu. Lututnya menggigil ketakutan. Matanya gelap. Jangan pengsan Elysha! Jangan! Nanti tak pasal-pasal hilang dara, Sya. Elysha mengingatkan dirinya. Dia cuba memandang papanya meminta belas kasihan. Lelaki cina itu pula memandang tubuh Elysya dengan penuh nafsu.
    “Pa..tolong Elysha pa. Jangan buat Elysha macam ni,” Elysha melutut di hadapan ayah tirinya.Air matanya merembes keluar.Esakannya mula kedengaran. Lelaki tua itu meramas rambutnya. Dia memandang papa Elysha tajam.
    “Hey, Lu kasi angkat ini amoi, balik! Gua nak you kasi dia sini balik lagi 2 tahun. Masa itu nanti dia sudah 17 tahun, baru mantap badan dia..Sekarang you kasi bawa ini amoi balik! 2 tahun lagi, gua up RM70 000. Now, lu chow!” Lelaki cina tua itu menghalau mereka berdua. Papa Elysha tersenyum sinis.
    “RM70 000 eh bos.Okay, gua chow dulu,” Tangannya mengheret Elysha pergi. Kaki Elysha yang lembik terheret sepanjang jalan. Darah yang meleleh tidak dipedulikannya. Elysha mengaduh perlahan. Dia melihat luka di kakinya. Sakit..Getus hati Elysha perlahan.
   Wanita-wanita disitu melihatnya dengan rasa simpati yang melangit. Mungkin itulah mereka 2-3 tahun dahulu. Dijual oleh ahli keluarga sendiri ditempat syaitan ini. Hati mereka merintih kasihan melihat gadis yang berumur 15 tahun itu.
    “Masuk sekarang, masuk!” Pang! Bunyi pintu terhempas memeranjatkan Elysha. Dia masuk ke dalam kereta lalu saat matanya terpandangkan luka dikakinya yang dipenuhi darah, dia pitam.
    “Elysha? Elysha? Kenapa ini?” Bahu Elysha ditolak lembut. Air mata Elysha pula disapu lembut. Kening Elysha yang berkerut-kerut itu seperti menahan sakit yang teramat. Sekali lagi bahu Elysha ditolak lembut. Razif mengusap lembut rambut Elysha. Tangannya mengusap-usap kepala Elysha. Mahu memberi ketenangan. Dahi Elysha dicium lama. Elysha mengaduh perlahan.
    “Sakit….Sakit…” Tangannya seperti mengusap kakinya. Razif hanya memerhati. Dia kemudiannya membasahkan tangannya lalu mengusap wajah Elysha dengan tangan yang basah. Elysha yang terkejut terus terbangun. Air matanya masih lagi mengalir seperti paip air. Saat terpandangkan wajah Si Suami, Elysha mula teresak-esak.Razif menarik tubuh Elysha ke dalam pelukannya. Pinggang Elysha ditarik mendekati tubuhnya. Belakang Elysha diusap penuh kasih.
    “Abang..Isya takut…Takut sangat. Jangan..Jangan tinggalkan Isya abang..Jangan..” Elysha merayu. Tangannya memeluk erat tubuh Razif.
    “Shhhh, abang tak akan tinggalkan sayang. Kenapa cakap macam ini? Dah-dah, tak nak nangis-nangis lagi,” Razif menolak tubuh Elysha lalu mengesat air mata yang masih jatuh membasahi pipi mulus isterinya. Hidung Elysha merah. Begitu juga dengan pipinya. Tangan Razif mengusap lembut pipi Elysha.
    “Mimpi apa tadi sampai takut sangat ni? Kongsi dengan abang ye sayang?” Elysha menggelengkan kepalanya. Razif tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah isterinya yang sungguh manja itu.
    “The worst mimpi ever abang,” Elysha membalas perlahan. Tangannya mengesat air mata yang masih bergenang di tubir matanya.
    “Sayang, share with me please. Mana tau abang boleh tolong hilangkan takut sayang itu?” Razif masih memujuk. Mata Elysha yang penuh dengan ketakutan merenung wajah Razif yang penuh kasih itu. Dia menarik nafas panjang.
    “Isya mimpi masa Isya hampir di..di..jual oleh papa. Dijual di tempat pelacur kat lorong itu, harga diri Isya RM70 000 je abang? Isya boleh dijual beli je abang…Murahnya Isya kan?” Razif terdiam. Tangannya mengenggam erat tangan isterinya. Matanya mula tepat memandang ke dalam mata Elysha.
    “Siapa kata sayang? Sayang, bagi abang, sayanglah insan termahal dalam hidup abang, jangan cakap macam ini please?” Razif memujuk. Elysha tersenyum kecil. Dia tahu suaminya itu hanya berkata sebegitu hanya untuk memujuk dirinya. Sedikit pun kata-kata itu tidak menyentuh hatinya. Hatinya seperti sudah tidak mampu mempercayai kata-kata manis suaminya.Razif ikhlas berkata sebegitu kerana dia yakin dia sudah mula mencintai isterinya yang kecil molek ini.Namun apakan daya, hati tidak boleh dibaca dan ditebak sesuka hati.
    “Abang, Isya nak tidur. Temankan  boleh?”Sayu sahaja suaranya tika itu. Razif menganggukkan kepalanya. Selama ini memang abang tidur sini kan sayang? Desis hati Razif di dalam hati. Tangannya meramas rambut Elysha lembut. Jam menunjukkan sudah pukul 3.50 minit pagi. Razif memejamkan matanya. Razif memeluk Elysha semakin erat. Elysha tersneyum kecil. Dia terasa lebih selamat di dalam pelukan suaminya yang tersayang.
    Papa Elysha akan tuntut sesuatu ke daripada aku? Aku bayar mas kahwin haritu baru RM30 000…Dia nak jual Isya RM70 000… Did something wrong with him? Jual anak sendiri? Gila ke? Razif mengetap giginya geram. Dia melepaskan keluhan berat. Pipi Elysha dibelai. Satu ciuman hinggap dipipinya. Razif tersenyum melihat isterinya yang sedang tidur itu.
*******
    “Abang, hari ini abang tak boleh cuti eh? Kan hari ini hari Ahad?” Elysha berkata perlahan. Tangannya ligat menyediakan french toast buat suami tercinta. Razif memeluk pinggang Elysha erat.
    “Sorry honey, abang kena bincang dengan team pasal projek baru ini. Sayang tahu kan ini kerja abang?” Dagunya dijatuhkan di atas bahu Elysha. Elysha tersenyum manis sambil menutup api gas. Tangannya membawa pinggan ke meja. Pelukan di pinggang dilepaskan. Razif duduk di hadapan Elysha. Elysha tersenyum manis sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan Razif.
    “Tak apalah abang. Saja je Isya tanya. Sebenarnya..abang tau tak keputusan SPM Isya dah keluar?” Razif yang sedang menghirup kopi panas Elysha tersedak. Elysha kalut. Dia terus mengusap belakang Razif dari tempat duduknya. Razif menelan liurnya apabila dada Elysha benar-benar dihadapannya. Dia berdehem perlahan. Elysha baru tersedar apa yang sedang dilakukannya. Dia mengetap bibir malu. Pipinya bertukar merah.
    “Hee…” Elysha hanya mampu tersengih. Razif tergelak kecil.Kepalanya digaru perlahan.
    “Sorry Isya..Abang tak tahu pun bila result sayang keluar..Bulan ini abang sibuk sangatkan? Projek kat office abang, lepas satu, satu lagi datang yang,” Razif cuba menjelaskan keadaan dirinya.
    “Abang, it’s okay. Isya faham tanggungjawab abang kat office itu.Isya tak jauh hati pun. Rezeki abang, takkan abang nak tolak pula projek itu kan?” Elysha cuba memahami karier suaminya sebagai ketua arkitek di ViRa Design Company itu. Lagipun, dia juga berbangga mempunyai suami yang komited terhadap kerjanya.
    “So sayang, result sayang dah keluar bila?” Dengan perasaan bersalah, Razif menyoal. Elysha tersenyum manis.
    “Selasa lepas,” Tenang sahaja Elysha menjawab. Mulutnya pula sibuk mengunyah french toast itu.Razif mencapai tangan Elysha yang berada di atas meja. Razif mengoyak senyuman manis.
    “Sorry again sayang? Sayang dah tahu keputusan? Online?” Elysha menggeleng perlahan. Matanya tepat memandang Razif.
    “It’s okaylah abang. Isya maafkan abang. Isya okay.. Ermm, tak tengok online pun.Tak syok lah tengok online bang. Tak ada feel. Hehe.. Kertas slip Isya ada kat kawan Isya..Isya ingat nak jumpa dia harini dengan abang. Kalau abang kerja, tak apalah. Isya pergi sendiri. Boleh bang?”
    “Isya…Abang nak ikut. Tapi, wait,” Razif mencapai telefonnya lalu menjawab segera. Elysha menyambung suapan.
    “Isya sayang, sorry again.Abang ingat nak batalkan meeting itu tapi Din call abang kata ada problem kat projek. I need to go now. Sorry again ya sayang,” Razif beriya-iya memegang tangan Elysha. Elysha tergelak perlahan. Dia mengusap pipi Razif lembut. Dia menganggukkan kepalanya.
    “Abang, Isya pergi jumpa kawan Isya sendiri je boleh? Abang pergi kerja okay? Malam ini kita dinner together, abang belanja! Hihi,” Razif tergelak kecil mendengar cadangan isterinya. Lega melihat wajah tenang suaminya. Elysha menolak tangan Razif.
    “Dahlah abang..Kata projek ada problem.Abang pergilah dulu eh,” Tangan Razif dikucup lembut. Dahi Elysha pula dikucup Razif lama.
    “Isya nak jumpa dia kat mana?”
    “Kat AEON..Boleh bang?” Razif menganggukkan kepala.Kini, Elysha sudah pun memperoleh lesen memandu kereta. Kereta pun sudah sedia untuk isterinya. Kereta perodua Myvi merah jambu yang dibelinya dua minggu lalu khas buat si isteri.
    “Nah sayang. Buat belanja,” Razif menghulurkan sejumlah wang.
    “Terima kasih abang,” Elysha tersenyum manis. Ketika dia ingin menutup pintu, Razif tiba-tiba menghalang pintu lalu, Cup!  Bibir Razif mencium bibir Elysha sekejap. Erkk. Elysha terpana. Razif tersenyum manis. Dia mengenyitkan matanya. Elysha tersenyum malu. Bibirnya diketap.

    “Bye sayang, wait for me for dinner,” Razif melambaikan tangannya. Hati Elysha berbunga riang.