Thursday 19 December 2013

Awak tetap Suami Saya ~bab 11~

“Zif, jangan tinggalkan I please….Noo, please. Why you sanggup kahwin dengan dia? Why??” Suara Suezana mendayu-dayu diselangi dengan esak tangis. Tangannya cuba menggapai tangan Razif.
        
      “Sue? Sue? Hey Sue, wake up,” Bahu Suezana ditepuk agak kuat. Cuba menyedarkan Suezana dari mimpi buruk. Thirah menolak bahu Suezana kuat. Akibat daripada sentakan itu, mata Suezana perlahan-lahan terbuka. Matanya digosok. Basah? Apa ni?

        “Apa ni Thirah? Aku nak tidur sat please..Tak naklah main simbah-simbah air. Eishh, aku tahulah hang tu tak dapat tidur sebab sat lagi nak pergi club, kerja tapi agak-agaklah weh, aku nak tidur kot.Dengki betullah,” Thirah mengetap bibirnya. Eeeii, sedapnya makcik sekor ni menuduh aku ye? Haihh, sabar jelah.

        “Untuk pengetahuan makcik Suezana, saya tak simbah air pun tapi makcik itu yang bukak paip air kat mata makcik tu. Awat hang nangis? Agak-agaklah kalau angau pun, aku nak make-up pun boleh comot make=up aku tau! Aku ni kalau nak make-up kena tenang. Ini tak, kalau hang dok meracau malam-malam ni, apa yang aku nak make-up kan? Weh, sejak bila Razif kahwin? Kau kalau nak mimpi pun, biar logik,” Thirah menyisir rambutnya yang sedikit kusut. Rambutnya yang cecah pinggang itu sungguh cantik apabila hujung rambutnya diikalkan sedikit. Tapi sayang, dah berkarat.

         “Erkk? Aku meracau apa?” Air mata yang masih ada di pipi dikesat laju. Apalah pula yang aku merepek ni? Hermm. Nasib badan. Suezana menarik sedikit hujung singletnya yang sedikit terangkat. Kalau dah tidur, memang kusut habis.
         “Kau kata apa? Jangan tinggalkan I, why you sanggup kahwin dengan dia? Hahh, lebih kurang macam tulah aku dengar. Kau ada problem ke dengan mamat handsome tu?” Thirah membetulkan skirt pendek yang dipakainya. Dia duduk di sebelah Suezana.

         “Kau tak faham Thi, Aku..aku sakit sangat..”

        “Kau sakit kat mana? Dah pergi ke klinik belum? Hishh kau ni, tulah aku kata, kalau sakit pergi klinik, ni tak, degil tahap cipan. Kan dah teruk sakit ka….,” Suezana menutup mulut Thirah.

        “I’m not done yet. Aku sakit hati lah! Dia dah kahwin lain kau tau! Erghh, gila ke kalau aku tak sakit hati dengan dia? Agaklah, aku pergi tak lama tapi dia curang dengan aku! Eishh, bodoh punya jantan!” Thirah terdiam. Matanya merenung tajam ke dalam mata Suezana. Bibir diketap geram. Nafas turun naik. Suezana mula merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Oh mann, aku salah habaq ke tadi? Mampuss.



        “You’re the stupid one! Not him! Asal kau kata dia stupid? Hey girl, he’s innocent okay? Kau yang menggatal dengan jantan lain and what?! Sekejap kau kata? Hello, tiga tahun tu sekejap ke? Are you stupid enough sampai tak boleh fikir apa yang kau tengah cakapkan?” Suezana terkelu. Wow, minah ni kawan siapa? Herghh, tak guna punya kawan. Aku, kau kata bodoh? Sabar, sabar.

        “Wait girl, kau ni bela siapa? Kau kawan siapa? Agak-agaklah kau nak cari gaduh dengan aku pun, not like this lah girl!” Thirah tergelak sinis. Matanya masih lagi tajam merenung Suezana.

       “So macam mana? Nak tunggu bila lagi baru aku boleh gaduh dengan kau? Alang-alang dah masuk topik yang memang dari dulu lagi aku nak bahaskan, nak tunggu apa lagi? Sampai kau sakitkan hati jantan lain? Hahh? Macam tu?”

        “Kau ni dah kenapa? Melenting tak tentu pasal? Aku tak faham lahh!” Suezana mula berang. Thirah mula sedar silapnya. Sabarlah dulu Thirah oii kalau nak masak perempuan ni pun. Tenang, tenang.

         “Sorry, my bad. Kau terangkan apa yang berlaku. Aku nak tahu cerita sebenar,” Suaranya mula kendur.

         “Hehh. Sebenarnya aku baru tahu yang Razif tu dah kahwin. Wehh, sampai hati dia kahwin dengan perempuan lain? Aku ni dia buat macam sampah! Dia buang aku macam tu je? Dia ingat aku tak ada perasaan ke? Heyy, I’m still have my own feeling. Dia buat aku macam patung mainan. Dia nak main, dia main. Tak nak main, buang macam tu je? Kejam tau tak?” Air mata mula bergenang. Thirah mengeluh. Karang aku sembur kata aku mengarut pula. Okay, guna cara dalam.

          “So, kau nak buat apa?” Thirah memandang ke dalam anak mata Suezana.

          “Tolong aku?”

          “What? Tolong apa?” kening Thirah hampir bertemu.

         “Destroy their marriage. Please?” Puppy face dah tertayang. Thirah mengetap bibir geram. Rambut yang berkarat itu diramas kasar. Kusut terus jadinya.

         “And what?! Destroy their marriage? Are you fu**ing kidding me? Kau dah hilang akal ke? Kau tau tak, berdosa runtuhkan masjid orang? Kau memang gila, Sue.”

          “Aku cintakan Razif more than that girl do! Dia tak berhak dapat Razif! Tak ada orang boleh dapat Razif selain aku, Thi!” Thirah gelak sinis.

           “Siapa kau nak cakap macam tu? Sue, dalam hal ni, bukan wife dia perampas tapi kau! And kau tau tak apa yang aku paling benci? Perampas! I hate them! And kau, best friend aku nak jadi perampas? Eh, kalau pakwe orang kau nak rampas, aku tak berapa nak kisah sebab diorang tu pun bukan official but this is a marriage! You can’t destroy it!”

         “But I love him! Perempuan itu siapa nak ambil Razif daripada aku?” Thirah menggelengkan kepala laju.

         “No! Kau dah lupa? Mak aku bercerai sebab apa? Kau tak ada ayah sebab apa? Sebab perampas! Suezana, kau dah lupa apa janji kau dekat aku? Bahawa kau, Erni Suezana bt Rizman takkan jadi perampas! Kau dah lupa?!” Thirah memegang bahu Suezana erat. Suezana menggelengkan kepalanya lalu menolak tangan Thirah dari bahunya. Senyuman sinis ditarik.

         “Kisah diorang tak sama dengan kisah aku! Kes aku ni, perempuan tu yang perampas! Aku hanya nak balik hak aku! Thirah…Please, bagi aku semangat dan sokongan kau,”

         “Beza? Apa yang beza sangat? Kau nak rampas suami orang Sue! Aku sokong kau selama ni sebab aku tahu kau buat benda yang betul. Tapi kau dah lupa ke? Siapa yang mulakan masalah ni? Tiga tahun kau tinggalkan Razif seorang diri kat sini tanpa kata apa-apa. Weh, kalau kau pergi sebab alasan yang munasabah mungkin Razif akan setia dengan kau tapi apa yang kau dah buat? Kau tak ingat?

          Kau kata nak jumpa dengan dia kat KLIA and then bila dah terserempak, kau kata kau dah tak nak hubungan tu. Kau nak putuskan tapi Razif tak nak. Dia tak merayu tapi dia tanya kau kenapa kau dah tak nak ada hubungan dengan dia lagi. Kau jawab apa? Kau kata kau dah tak cintakan dia, kau dah ada hidup baru, kau dah cukup dengan hidup kau sekarang and yang paling kejam is kau kata kau dah ada orang lain! Kau siap bawa Razif jumpa dengan mamat pengedar tu and what? Kau ikut mamat tu ke Vietnam tanpa kata sorry pun. Kau ingat dia tu tak ada perasaan? Eh, berbanding dengan apa yang kau dah buat tiga tahun lepas, balasan yang kau dapat daripada Razif tak sama dengan apa yang kau dah buat dulu!” Muka Thirah sedikit merah.

         “Thi, aku tahu kau marah apa yang aku dah buat dulu tapi aku dah insaf! Aku menyesal! Yang aku nak sekarang ialah hidup semula denga dia Thi, aku dah tak nak benda lain,” Suezana memegang pergelangan tangan rakannya itu.

          “Tapi this is not the way! Kau dah tak ada jalan lagi Sue. You must give up! Aku tak nak tolong runtuhkan masjid orang. Berdosa besar, Sue. Yeahh, I know I’m not the right person to talk about this but I know that destroy someone marriage is a huge sin. Aku takut nanti rumah tangga aku juga akan musnah Sue,” Thirah mengusap tangan Suezana.

         “What? Give up? Aku bukan orang yang macam tu! Even masa aku dah bersama dengan Zubir yang pengedar tu lepas itu dia lari dengan betina lain pun aku masih boleh berdiri depan kau ni ,sebab apa? Sebab aku tau yang aku dah ada Razif and he can help me with this baby!!” Suezana menarik tangannya kuat. Thirah tersentap.

         “You? Zubir? … Baby? I don’t get it,” Thirah cuba memandang ke dalam mata Suezana. Suezana terkelu. Oh damn! Macam mana aku boleh terlepas cakap?

          “It just…ermm nothing,” Thirah berdiri tegak.Suezana melepaskan keluhan berat. Terlajak perahu boleh diundurkan lagi tapi kalau dah terlajak kata? Mati lah jawabnya.

          “You better be honest to me, Erni Suezana!” Suezana menggelengkan kepalanya.

         “I don’t know why but I’m pregnant. Dah tiga bulan..” Suaranya perlahan.

         “You don’t know why? Of course lah sebab kau dah terlanjur Sue! Apa bodoh sangat reason kau? Hey, aku mati-mati ingat kau balik ni sebab kau itu dah insaf sebab mamat itu dah tinggalkan kau! Pengedar dadah tu tak peduli ke dengan baby kau? Sebab itu dia lari dengan perempuan lain? Hah itulah, balasan Allah kat kau! Aku tak sangka kau itu dah tak ada dara, Sue!” Thirah menggelengkan kepala. Suezana jadi sakit hati pula tiba-tiba.

        “Eh, kau itu jangan nak berlagak sucilah! Dah kerja dekat club, memang sah-sah lah kau itu pun sama je dengan aku! Skirt pendek, baju sendat nampak body ni kau ingat baik sangatlah? Pergi mampuslah!!” Suezana berang tiba-tiba. Thirah tersentap.

        “Aku tau status diri aku Sue. Kau tak payah cakap. Aku sedar diri tu. Tapi at least, I’m still virgin! Not like you!” Thirah meninggalkan rakannya itu sendirian. Sakitnya hati tidak dapat disorokkan. Kecewa kerana rakannya itu sanggup gadaikan maruah pada lelaki tak guna itu! Memanglah aku ni perempuan club, tapi aku cuba jaga dara aku. I’m gonna stop this but I don’t know how. God, help me. Thirah mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi.

         Nombor telefon Rain didail. “Rain, I tak sihat malam ni. Sorry, can’t go to the club today. Cari orang ganti shift I ye?” Rain hanya menurut. Apa lagi nak kata? Hati dah berkenan.

         “Thirah, no matter what you’ve said to me, I’m still with my decision. Razif will be mine. Soon,” Senyuman ditarik. Perut diusap perlahan.

*******



         “Assalamualaikum, Isya here!” Ceria sungguh suara Elysha tatkala si suami menjawab panggilannya.

        “Waalaikumussalam. Hmm, kenapa call abang ni? I’m busy,” Elysha ketap bibir.

       “Sorry ganggu. Bye…” Bibir berkata begitu namun Elysha masih lagi tidak matikan panggilan. Razif menarik nafas perlahan.

       “I’m sorry, abang balik lambat sikit harini. I’m gonna late. So, have your dinner first and then go to sleep okay? Projek masuk lagi lepas itu projek sebelum ni pun banyak yang abang kena semak,” Elysha mengeluh.

        “Abang, it has been a week since the last time we had dinner together. Abang sibuk sangat ke sampai langsung tak ada masa untuk Isya? Hermm? I know you are busy but could you please have some chit chat with me here? Dalam phone je bang, I know we can’t have dinner together today but some chit chat will be fine,” senyuman cuba diukirkan walaupun sudah pasti suaminya tak nampak senyuman itu. Razif terdiam. Sayu hatinya mengenangkan si isteri yang pasti bosan menunggunya di rumah saban hari namun apakan daya, hatinya masih tidak tenteram. Pasal Suezana, pasal kawan lelaki Elysha. Cemburu. Itu yang pasti namun cinta? Hatinya masih belum pasti.

       “Bukan macam tu. Abang tak ada apa nak cakap. Isya cakaplah apa nak cakap, abang dengar,” Lemah sahaja suara Razif. Haihh, macam mana hubungan itu nak berkembang, langsung tak berani nak berterus terang. Razif menggaru kepalanya. Apa aku nak buat ni? Nak cakap apa pun aku tak selesa. Kedengaran seperti Elysha mengeluh.

         “Abang..Isya lupalah nak cakap apa tadi. Hihi, nanti kita borak lagi eh? Assalamualaikum,” Razif menjawab salam lalu mematikan panggilan. Kerja yang tertangguh segera disambung.

          “Abang, Isya nak cakap abang dah berubah tapi apa yang berubah? I don’t even know you well to judge you like that. Sorry to say but I’m feel like giving up on this. I’m sorry, semua ni terlalu berat untuk Isya yang baru mahu kenal alam perkahwinan. Perkahwinan kita ini hambar bang, kosong je rasanya,” Air mata yang jatuh dikesat. Tiba-tiba, ayat yang diungkapkan oleh adik iparnya, bermain di minda.

         ‘Cemburu? Adalah sikit. Abang Zif memang kuat cemburu sikit tapi dia macam alahh, kalau dah sayang mesti ada cemburu kan? Kuat cemburu tapi tak adalah pula sampai pukul bini. Maybe dia takkan bercakap dengan kau dalam seminggu dua or sampai korang dah terus terang sesama sendirilah. So, if he acts like everything is wrong, kau faham-faham sendirilah Ely. Just try to being honest okay? Bawa berbincang mesti boleh aman rumah tangga korang. Btw, kenapa kau tanya aku pasal dia cemburu ke apa ni? Korang ada problem?’ Kata Reez dalam panggilan telefon dua hari lepas. Elysha menarik nafas sedalam-dalamnya.

         Elysha! Mesti kau ada buat silap ni, so cari kat mana silap kau and pujuk dia okay? Kau dah bersabar terlalu lama takkan lah benda kecil macam ni je kau nak give up? Erghh, kalau lah aku boleh luahkan semuanya kat seseorang. Tapi masalah rumah tangga haram diceritakan pada orang lain kan? Istighfarlah diri ini, Elysha . Elysha bangun lalu menuju ke bilik air. Wudhuk diambil lalu dia duduk di atas sejadah bersama dengan kitab suci. Suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.


          “Ya Allah, kau titipkanlan kebahagiaan ke dalam rumah tangga ku ini ya Allah. Kau tunjukkanlah aku di mana salah dan silapku kepada suamiku ya Allah, Ampunkan aku ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin,” Tangannya diraupkan ke muka. Senyuman ditarik. Bersabarlah wahai hati, you can do it!