Wednesday 27 November 2013

Awak tetap Suami Saya ~bab 10~

     
      “Hello, Assalamualaikum.Abang Fiq dah sampai ke?” Elysha terus bersuara apabila panggilannya dijawab.Syafiq tersenyum kecil mendengar keterujaan suara si gadis itu.

       “Waalaikumussalam.Dah sampai dah ni.Sya kat mana tu?” Mata Syafiq memandang tubuh genit seorang gadis yang berbaju kurung.Gadis itu melintasi Syafiq dengan langkah yang laju. Dirinya kelihatan tergesa-gesa. Bibir Syafiq mengukirkan senyuman.

       “Entahlah, kedai apa entah nama dia,” Ada sedikit tawa di hujung katanya.

       “Tak perlu rushing sangat, dear. Cuba pusing,” Syafiq tersengih apabila melihat muka terkejut Elysha.Elysha sedikit terlopong. Jantungnya seakan-akan sedang berlari pecut. Elysha, calm down. Abang Fiq je pun. Elysha menarik nafas yang panjang. Dia tersenyum manis.

       “Assalamualaikum,” Elysha masih lagi tersenyum.Tas tangan diletakkan di atas kerusi sebelah manakala punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di hadapan Syafiq. Syafiq tersenyum manis.

       “Order dear?” Mata Syafiq masih lagi menatap wajah gadis molek itu. Senyumannya yang manis masih sama seperti dahulu. Tapi, wajahnya nampak bahagia kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang dahulu.Elysha berdehem perlahan.

       “Abang…Jangan pandang Sya macam itu please,” Suara Elysha kedengaran sedikit merayu. Dia tidak mahu jika ada orang tersalah tafsir dengan pandangan Syafiq itu. Syafiq tersenyum kecil.
      
       “Why? Didn’t you love it before?” Syafiq sedikit-sedikit mahu mengenang kenangan lama. Elysha mengeluh perlahan.Tapi cukup untuk didengar oleh Syafiq. Kening Syafiq sedikit bertaut.

        “Abang, that’s before. Masa Sya budak-budak lagi.Now, I’m different,” Perlahan sahaja bibir itu mengungkap kata-kata itu.Syafiq mengangkat bahunya.

         “Apa yang jauh sangat berbeza tu?” Tangannya disilangkan ke dada. Matanya jatuh pada wajah yang jelas kelihatan serba salah itu.

         “Abang, I just don’t know how to tell you.Ermm, result Sya okay?” Segera Elysha menukar topik. Syafiq mengeluh perlahan.

         “Sya, you know that I hate when people ignore my question right?” Elysha mengangkat sedikit mukanya. Dia mengetap bibir.

         “Sya dah jawab tadi,” Suaranya sedikit tegas. Syafiq menggelengkan kepalanya.

         “Abang tak nak jawapan tu Sya,” Elysha menyilangkan tangannya di atas meja.

         “Abang, itu pilihan abang.Whether you want to accept it or not, it’s your choice. Sya dah jawab soalan abang. Now, where’s my slip paper?” Elysha menjungkitkan sedikit keningnya. Lagak mereka seperti beberapa tahun lalu ketika mereka bergaduh.

          “I’m not gonna give you if you don’t give me the right answer,” Syafiq membuat taruhan. Elysha menyandarkan tubuhnya ke belakang. Waiter yang tadi menghampiri meja mereka sambil membawa pesanan Elysha. Juice orange disedut sedikit. Matanya merenung mata Syafiq.Lama.

           “I miss you,” Syafiq menuturkan kata-kata romantis itu apabila Elysha hanya merenung matanya. Elysha sedikit tersentak.Matanya segera dilarikan.

           “Sya..Sya pun rindukan abang,” sebagai abang. Tapi ayat itu hanya terlafaz di dalam hatinya sahaja. Elysha mengangkat sedikit wajahnya.

           “I thought you don’t miss me? Woah, relieve,” Syafiq tergelak perlahan.Elysha pula tersenyum hambar.

           “Here, your result. Dear, I’m so proud of you,” Bibir merah Syafiq mengoyak senyuman manis. Manis sangat. Lebih manis daripada gula-gula.

           “It is that good?” Tangan Elysha sedikit terketar-ketar. Syafiq menganggukkan kepalanya.

           “Yes dear. Now, open that envelope,” Syafiq hanya memandang riak Elysha yang ketakutan. Tangan Elysha statik. Seperti tidak mahu membukanya.

           “Don’t worry, abang dah tengok. You got so many A’s,” Syafiq menyisip teh’o panasnya.

           “Betul ini? Tak tipu?” Ya Allah, benarkah apa yang dituturkan oleh abang Fiq ni? Getus hati Elysha. Syafiq mengangkat kedua-dua bahunya.Dia menjungkit 
kening.

           “Tadi macam yakin, sekarang angkat bahu pula. Mana satu ini bang? Eishh..Tak sukalah,” Elysha merungut sambil mencebikkan bibirnya. Syafiq tergelak lucu. Sudah lama dia tidak melihat Elysha merajuk.

           “Both,” Elysha mengetap bibirnya geram. “Buka jelah sayang oii. Bukannya apa pun,” Syafiq menyambung kata-katanya. Jantung Elysha sedikit berdebar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

           “Kalau ada apa-apa?” Elysha cuba bergurau. Dia tersengih.

           “Well, memang ada something dalam itu. Scary gila…Lebih menakutkan daripada muka pocong..Abang letak gambar hantu dalam itu,” Syafiq membuat muka seram. Elysha menelan liurnya. Surat di tangan dicampak semula kepada Syafiq. Syafiq tergelak lucu. Muka Elysha sedikit pucat.

            “Abang…Eishh,” Elysha menarik muka apabila mendapati dirinya terkena dengan gurauan Syafiq. Dia arif benar dengan Syafiq. Kalau nak takutkan dia, mesti cakap pasal pocong. Dah tak ada modal lain ke? Geram sungguh rasanya.Tangan Syafiq segera membuka sampul surat tersebut.

            “Here!!” Tangannya mengibarkan kertas slip peperiksaan itu dihadapan Elysha. Mata Elysha bergerak mengikut kertas. Lagi laju tangan Syafiq mengibarkan kertas itu. Syafiq tergelak lucu melihat wajah curious Elysha.

            “Abang Fiq! Janganlah main-main,” Elysha merampas slip di tangan Syafiq. Syafiq tergelak lagi. Dia menyerahkan slip itu kepada tuannya. Mata Elysha disepetkan. Cuba untuk mempercayai bait-bait perkataan yang tertulis di atas kertas itu.Perlahan-lahan, wajahnya bertukar ceria.

             “Alhamdulillah,” Senyuman di bibir semakin melebar. Syafiq yang melihat pun turut mengukir senyum gembira.

            “Tahniah Elysha.Finally sayang, you did it!” Mahu sahaja tangan Elysha digenggam namun imannya masih ada. Mata Elysha sedikit berkaca-kaca. Senyuman masih tidak lekang dari bibir munggilnya.

           “Thanks Abang Fiq, thank you so much!” Syafiq menganggukkan kepalanya. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.

           “Jom,” Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Muka Elysha terpinga-pinga.

           “Ke mana?” Syafiq mengenyitkan matanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar.

           “These!” Syafiq melayang-layangkan tikat wayang ditangannya. Muka 
Elysha sedikit teruja. Dia menganggukkan kepalanya laju sebelum tersedar. Alamak, aku kan dah kahwin, minta izin kat abang dululah, getus Elysha.

            “Kejap ye bang, nak call someone.Wait here tau!” Elysha terus berjalan meninggalkan Syafiq di restoran yang terpinga-pinga.Syafiq hanya menangkat kedua-dua bahunya apabila Elysha semakin menjauh.

             “Hello, assalamualaikum. Abang, erm..nak minta izin boleh?” Elysha kedengaran seperti teragak-agak. Razif pelik.

            “Waalaikumussalam sayang. Nak minta izin apa ni?” Lembut sahaja suaranya. Walaupun tertekan dengan kerja-kerjanya di pejabat, dia cuba untuk meluangkan sedikit masa berbual dengan isterinya. Suara dilembutkan sehabis boleh.

            “Kawan Isya ajak tengok wayang. Boleh tak abang?” Elysha menarik nafas lega apabila berjaya juga sampaikan hasratnya.

           “Wait sayang, kawan Isya itu lelaki ke perempuan?” Elysha terkedu. Mati aku. Abang, apa Isya nak jawab? Aduhh.

          “Lelaki….Erkk, abang jangan marah eh? Dia yang pegang result Isya..Isya takkan tengok wayang dengan dia kalau abang tak izinkan,” Elysha bersuara perlahan. Razif terdiam. Kalau izinkan, dayus tak aku? Kalau tak izinkan, mesti Isya sedih. Apa nak buat ni?

          “Sayang…” Elysha menanti penuh debar. Razif mengeluh. “Sayang nak pergi ke?” Dia mahu dengar isi hati isterinya. Walaupun dia cemburu, tak mahulah kalau-kalau cemburu itu nanti akan merosakkan hubungannya dengan isteri tersayang. Biarlah isterinya yang putuskan sama ada mahu terima pelawaan itu ataupun tidak.

         “Isya tak kisah sangat. Tapi, kalau abang izinkan insyaAllah Isya terima pelawaan dia. Tapi kalau tak, Isya buatlah alasan. Kata Isya sibuk, ada kerja part time ke, apa-apalah. Boleh bang?” Razif mengetap bibirnya. Entah kenapa dia macam terasa hati dengan isterinya itu. Kenapa tak nak cakap je Isya dah kahwin? Hmm.. Lama Razif berdiam diri.

         “Isya tak payahlah pergi. Wayang kan gelap. Isya tak suka wayang. Isya nak ke tengok wayang dengan dia?” Suara Rzif sedikit berubah. Elysha tepuk dahinya. Sebenarnya, dia tidaklah takut sangat dengan panggung wayang yg gelap itu. Entah kenapa dia tidak mahu menerima pelawaan suaminya untuk menonton wayang dahulu dengan alasan takut gelap. Sekarang sendiri yang lupa. Adoii.

          “Eh Isya lupa pula wayang gelap. Hihi, Isya tolak pelawaan dia eh abang?” Razif hanya diam. Elysha terus memberi salam dan meletakkan panggilan. Seperti tergesa-gesa.

          Isya. Why are you acting like this when I’m start falling in love with you? Why Isha, why? Razif merintih dalam hatinya. Kepala diletakkan di atas meja. Bau harum kopi menyedarkannya. Kepala didongakkan.

         “What are you doing here?” Suaranya sedikit keras. Wanita dihadapannya itu tersenyum manis. Razif mengeluh.

         “You, tak baik mengeluh. Here, coffee for you. Special tau I buat, mesti you penatkan?” Razif hanya memandang kosong wajah wanita itu yang sedang menghulurkan secawan kopi kepadanya.

          “Okay now you dah tak nak sambut huluran I kan? Siapalah I pada you,” Suezana mencebikkan bibirnya. Semangat yang baru dia dapat setelah berhari-hari dia terperap di dalam biliknya memikirkan hala tuju hubungannya bersama Razif. Dia kini sudah bertekad mahu meneruskan hubungan ini walau apa pun yang dia perlu hadapi.

           “You buat apa kat sini?” Kali ini Razif tanya pula dalam versi melayu. Suezana mencebikkan bibirnya. Lalu tersenyum pula. Haishh, apa tak kena dengan perempuan ni? Aku nak layan perasaan pun tak senang.

           “Suka hati I lah nak lawat you. You tak suka ke I datang jenguk you? At least, adalah juga teman berbual. You kata dah kahwin? Kenapa I tak jumpa lagi dengan wife you? Ke you tipu I? Zif, I takkan percaya yang you tu dah kahwin melainkan I nampak you dengan “wife” you tu dengan mata kepala I sendiri!” Tegas Suezana membalas. Razif menggelengkan kepalanya.

             “Lantaklah. I malas nak layan perempuan kurang waras macam you ni. Now I’ve got something to do. You may go out,” Razif mengetukkan pen ditangannya di atas meja. Matanya tajam menikam wanita di hadapannya itu.

             “Sampai hati you kan? Lepas apa yang kita dah lalui selama 3 tahun ni, ini yang I dapat? Sampai hati you!” Suezana mula buat drama air mata. Razif mendengus kuat. Matanya mencerlung memandang mata Suezana.

             “You! Shut up! Biar I yang cakap. Oh now you nak kata I yang curang? What the hell are you talking about?! Kau tahu tak siapa yang sepatutnya cakap macam tu? Aku tau tak?! Aku!! Bukan perempuan tak guna macam kau! Siapa yang tinggalkan siapa sekarang? Siapa?! Selepas 3 tahun, siapa yang tinggalkan siapa Suezana?! Kalau bukan sebab kau tinggalkan aku dulu, aku takkan kahwin dengan wife aku kau faham?! Sekarang, salahkan diri kau! Bukan aku, bukan wife aku!” Razif menghentak mejanya kuat. Dia berdiri. Suezana angkat wajahnya. Cuba memandang mata Razif dengan matanya yang sayu. Tubuhnya sedikit menggeletar melihat wajah Razif yang kemerahan menahan amarah.

            “Razif please..I dah minta maaf kan? Kalau you tak boleh terima I, kenapa 2-3 bulan lepas you layan je I? Kenapa baru sekarang you nak tolak I ? Mentah-mentah pula itu?” Air mata dibiarkan membasahi pipinya. Bibirnya diketap. Razif terkelu. Keluhan yang besar akhirnya terluah juga. Tangannya dibelai oleh Suezana. Dia cuba menepis namun semakin kuat dia tepis, semakin kuat pula wanita itu menggenggam lengannya.

            “Sue, I beg you. Please, I want to end up with you. I sedar I salah waktu I terima you beberapa bulan lepas. I dah sedar daripada kesilapan I Sue. Can you just please let me go?” Razif merayu.  Suezana terkedu. Sejak bila Razif sanggup merayu? Hello, masa mama dia tak nak terima aku dulu pun dia tak merayu dengan mama dia. Masa aku tinggalkan dia dulu pun dia tak merayu supaya aku terus setia dengan dia. Dia hanya pandang aku dengan mata yang penug dengan kekecewaan. Kenapa sekarang dia merayu? Kenapa dia sanggup merayu demi isteri dia? Kenapa tak kerana aku? Ahh! Suezana memeluk tubuh Razif.


            “I’m sorry darling. I can’t let you go. You’re mine forever. Hear that? Forever sayang,” Satu kucupan hinggap di pipinya. Razif terpempan. Baru sahaja mahu memaki segala bagai dah ni, Suezana sudah pun keluar dari biliknya. Pipinya dikesat kasar. Kakinya terus melangkah ke tandas, mahu segera bersihkan lipstick yang melekat di pipinya. Arggh! Rimas! 

Thursday 21 November 2013

Awak Tetap Suami Saya ~Bab 9~

    “Papa? Kita kat mana ni? Papa nak bawa Elysha ke mana?” Elysha memecahkan kesunyian malam.
    “Papa kata tutup mulut kan? Banyak tanya pula, orang kata diam, diam!” Suara papa sedikit menengking.Badan Elysha terhinjut sedikit. Dia gerun dengan papanya.
    “Tapi pa, mama kata tak elok gadis keluar malam-malam,” Elysha tetap bersuara.Papanya mendengus kuat.Stereng kereta dihentak kuat. Elysha mengetap bibirnya kuat.
    “Mak kau dah seminggu mati! Kau faham tak?! Semak lah perempuan ni!” Papanya menjerit lantang. Badan Elysha menggigil menahan tangis. Dia takut. Mama, Sya takut! Tolong Sya ma, tolong.. Elysha merintih dalam jatinya.
    “Papa, jangan cakap mama macam tu..” Elysha mula menangis. Papanya pula tergelak sinis di tempat duduk pemandu. Mata Elysha memerhati tempat yang baru sahaja mereka lalui. Belakang kedai? Papa nak buat apa? Ramainya akak seksi kat sini? Apa ni? Elysha mula terasa lain macam. Muka papanya dijeling sekilas. Bajunya pula ditelek semula.
    Sehelai t-shirt tanpa lengan bersama jeans tiga suku. Pakaian yang tidak pernah dia pakai jika keluar dari rumah. Arahan papanya bagaikan diulang semula.
     “Kau pakai baju ni! Kalau kau tak pakai, kau siap!” Arahan papanya sebelum mereka keluar sebentar tadi dimainkan semula. Elysha menggenggam kedua-dua tangannya.
    “Pa, kita buat apa kat sini? Elysha takut pa,” Papanya menjelingnya lalu tergelak sinis. Dia memberhentikan kereta.
    “Ikut aku cepat! Keluar!” Pintu kereta dihempas kuat. Elysha melangkah keluar dengan penuh ketakutan.
    “Jalanlah.Itu pun aku nak kena suruh?” Bisik papanya sambil menggenggam lengan Elysha. Elysha mengaduh perlahan.
    “Sakit pa,” Elysha cuba melepaskan genggaman namun malang baginya kerana tenaga seorang gadis mana sama dengan tenaga genggaman seorang lelaki dewasa seperti papanya.
    “Diam!” Papanya sedikit menjerit pada telinganya. Elysha menahan sakit. Matanya melilau melihat sekeliling. Lelaki-lelaki bersama dengan perempuan-perempuan seksi atau lebih senang dipanggil pelacur itu memenuhi lorong yang kotor dan gelap itu. Skirt pendek, baju tanpa lengan, dada yang terdedah menakutkan Elysha. Rambutnya lembut ditiup angin. Selalunya, dia akan menutup aurat jika melangkah sahaja keluar dari rumah. Dia berasa sungguh kekok apabila lelaki ajnabinya melihat auratnya. Dia menundukkan kepala sambil berjalan. Hatinya terasa bersalah sangat kerana mendedahkan auratnya.
    Tiba-tiba, dirinya ditolak kepada seorang lelaki cina, yang berbadan besar dan tegap. Kakinya menggigil ketakutan melihat bengisnya wajah lelaki cina itu.
    “Berapa harga ini budak bos?” Suara papa menampar gegendang telinga Elysha.
    “Oh, ini budak gua boleh kasi lu itu RM30 000,” Tangannya membelai rambut dan pipi mulus Elysha. Elysha menepis tangan lelaki tua itu. Air matanya meleleh. Dia menahan esakan.
    “Bos, kasi up sikit lah. Ini budak masih fresh. Masih dara ma..Lu boleh kasi try,” Papa Elysha cuba berunding. Ya Allah, kau bantulah aku ya Allah, aku takut. Seru Elysha.
    “Bolehlah, bolehlah. Gua kasi lu RM50 000..Amacam? Boleh gua try dulu,” Tangan lelaki tua itu mula merayap pada pinggang dan dada Elysha. Elysha sedaya upaya menepis tangan lelaki tua itu. Taknak! Aku muda lagi ya Allah. Jangan..Jangan lah orang tua! Takut..Ma, Elysha takut. Elysha menangis disitu. Papanya tergelak sinis melihat keadaan anak tirinya itu.
    “Alahh amoi, kasi gua rasa sikit lah..Jangan ini macam. Gua kasi bapa kau duit, lu kasi gua body you lah amoi,” Elysha rasa hendak pengsan sahaja disitu. Lututnya menggigil ketakutan. Matanya gelap. Jangan pengsan Elysha! Jangan! Nanti tak pasal-pasal hilang dara, Sya. Elysha mengingatkan dirinya. Dia cuba memandang papanya meminta belas kasihan. Lelaki cina itu pula memandang tubuh Elysya dengan penuh nafsu.
    “Pa..tolong Elysha pa. Jangan buat Elysha macam ni,” Elysha melutut di hadapan ayah tirinya.Air matanya merembes keluar.Esakannya mula kedengaran. Lelaki tua itu meramas rambutnya. Dia memandang papa Elysha tajam.
    “Hey, Lu kasi angkat ini amoi, balik! Gua nak you kasi dia sini balik lagi 2 tahun. Masa itu nanti dia sudah 17 tahun, baru mantap badan dia..Sekarang you kasi bawa ini amoi balik! 2 tahun lagi, gua up RM70 000. Now, lu chow!” Lelaki cina tua itu menghalau mereka berdua. Papa Elysha tersenyum sinis.
    “RM70 000 eh bos.Okay, gua chow dulu,” Tangannya mengheret Elysha pergi. Kaki Elysha yang lembik terheret sepanjang jalan. Darah yang meleleh tidak dipedulikannya. Elysha mengaduh perlahan. Dia melihat luka di kakinya. Sakit..Getus hati Elysha perlahan.
   Wanita-wanita disitu melihatnya dengan rasa simpati yang melangit. Mungkin itulah mereka 2-3 tahun dahulu. Dijual oleh ahli keluarga sendiri ditempat syaitan ini. Hati mereka merintih kasihan melihat gadis yang berumur 15 tahun itu.
    “Masuk sekarang, masuk!” Pang! Bunyi pintu terhempas memeranjatkan Elysha. Dia masuk ke dalam kereta lalu saat matanya terpandangkan luka dikakinya yang dipenuhi darah, dia pitam.
    “Elysha? Elysha? Kenapa ini?” Bahu Elysha ditolak lembut. Air mata Elysha pula disapu lembut. Kening Elysha yang berkerut-kerut itu seperti menahan sakit yang teramat. Sekali lagi bahu Elysha ditolak lembut. Razif mengusap lembut rambut Elysha. Tangannya mengusap-usap kepala Elysha. Mahu memberi ketenangan. Dahi Elysha dicium lama. Elysha mengaduh perlahan.
    “Sakit….Sakit…” Tangannya seperti mengusap kakinya. Razif hanya memerhati. Dia kemudiannya membasahkan tangannya lalu mengusap wajah Elysha dengan tangan yang basah. Elysha yang terkejut terus terbangun. Air matanya masih lagi mengalir seperti paip air. Saat terpandangkan wajah Si Suami, Elysha mula teresak-esak.Razif menarik tubuh Elysha ke dalam pelukannya. Pinggang Elysha ditarik mendekati tubuhnya. Belakang Elysha diusap penuh kasih.
    “Abang..Isya takut…Takut sangat. Jangan..Jangan tinggalkan Isya abang..Jangan..” Elysha merayu. Tangannya memeluk erat tubuh Razif.
    “Shhhh, abang tak akan tinggalkan sayang. Kenapa cakap macam ini? Dah-dah, tak nak nangis-nangis lagi,” Razif menolak tubuh Elysha lalu mengesat air mata yang masih jatuh membasahi pipi mulus isterinya. Hidung Elysha merah. Begitu juga dengan pipinya. Tangan Razif mengusap lembut pipi Elysha.
    “Mimpi apa tadi sampai takut sangat ni? Kongsi dengan abang ye sayang?” Elysha menggelengkan kepalanya. Razif tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah isterinya yang sungguh manja itu.
    “The worst mimpi ever abang,” Elysha membalas perlahan. Tangannya mengesat air mata yang masih bergenang di tubir matanya.
    “Sayang, share with me please. Mana tau abang boleh tolong hilangkan takut sayang itu?” Razif masih memujuk. Mata Elysha yang penuh dengan ketakutan merenung wajah Razif yang penuh kasih itu. Dia menarik nafas panjang.
    “Isya mimpi masa Isya hampir di..di..jual oleh papa. Dijual di tempat pelacur kat lorong itu, harga diri Isya RM70 000 je abang? Isya boleh dijual beli je abang…Murahnya Isya kan?” Razif terdiam. Tangannya mengenggam erat tangan isterinya. Matanya mula tepat memandang ke dalam mata Elysha.
    “Siapa kata sayang? Sayang, bagi abang, sayanglah insan termahal dalam hidup abang, jangan cakap macam ini please?” Razif memujuk. Elysha tersenyum kecil. Dia tahu suaminya itu hanya berkata sebegitu hanya untuk memujuk dirinya. Sedikit pun kata-kata itu tidak menyentuh hatinya. Hatinya seperti sudah tidak mampu mempercayai kata-kata manis suaminya.Razif ikhlas berkata sebegitu kerana dia yakin dia sudah mula mencintai isterinya yang kecil molek ini.Namun apakan daya, hati tidak boleh dibaca dan ditebak sesuka hati.
    “Abang, Isya nak tidur. Temankan  boleh?”Sayu sahaja suaranya tika itu. Razif menganggukkan kepalanya. Selama ini memang abang tidur sini kan sayang? Desis hati Razif di dalam hati. Tangannya meramas rambut Elysha lembut. Jam menunjukkan sudah pukul 3.50 minit pagi. Razif memejamkan matanya. Razif memeluk Elysha semakin erat. Elysha tersneyum kecil. Dia terasa lebih selamat di dalam pelukan suaminya yang tersayang.
    Papa Elysha akan tuntut sesuatu ke daripada aku? Aku bayar mas kahwin haritu baru RM30 000…Dia nak jual Isya RM70 000… Did something wrong with him? Jual anak sendiri? Gila ke? Razif mengetap giginya geram. Dia melepaskan keluhan berat. Pipi Elysha dibelai. Satu ciuman hinggap dipipinya. Razif tersenyum melihat isterinya yang sedang tidur itu.
*******
    “Abang, hari ini abang tak boleh cuti eh? Kan hari ini hari Ahad?” Elysha berkata perlahan. Tangannya ligat menyediakan french toast buat suami tercinta. Razif memeluk pinggang Elysha erat.
    “Sorry honey, abang kena bincang dengan team pasal projek baru ini. Sayang tahu kan ini kerja abang?” Dagunya dijatuhkan di atas bahu Elysha. Elysha tersenyum manis sambil menutup api gas. Tangannya membawa pinggan ke meja. Pelukan di pinggang dilepaskan. Razif duduk di hadapan Elysha. Elysha tersenyum manis sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan Razif.
    “Tak apalah abang. Saja je Isya tanya. Sebenarnya..abang tau tak keputusan SPM Isya dah keluar?” Razif yang sedang menghirup kopi panas Elysha tersedak. Elysha kalut. Dia terus mengusap belakang Razif dari tempat duduknya. Razif menelan liurnya apabila dada Elysha benar-benar dihadapannya. Dia berdehem perlahan. Elysha baru tersedar apa yang sedang dilakukannya. Dia mengetap bibir malu. Pipinya bertukar merah.
    “Hee…” Elysha hanya mampu tersengih. Razif tergelak kecil.Kepalanya digaru perlahan.
    “Sorry Isya..Abang tak tahu pun bila result sayang keluar..Bulan ini abang sibuk sangatkan? Projek kat office abang, lepas satu, satu lagi datang yang,” Razif cuba menjelaskan keadaan dirinya.
    “Abang, it’s okay. Isya faham tanggungjawab abang kat office itu.Isya tak jauh hati pun. Rezeki abang, takkan abang nak tolak pula projek itu kan?” Elysha cuba memahami karier suaminya sebagai ketua arkitek di ViRa Design Company itu. Lagipun, dia juga berbangga mempunyai suami yang komited terhadap kerjanya.
    “So sayang, result sayang dah keluar bila?” Dengan perasaan bersalah, Razif menyoal. Elysha tersenyum manis.
    “Selasa lepas,” Tenang sahaja Elysha menjawab. Mulutnya pula sibuk mengunyah french toast itu.Razif mencapai tangan Elysha yang berada di atas meja. Razif mengoyak senyuman manis.
    “Sorry again sayang? Sayang dah tahu keputusan? Online?” Elysha menggeleng perlahan. Matanya tepat memandang Razif.
    “It’s okaylah abang. Isya maafkan abang. Isya okay.. Ermm, tak tengok online pun.Tak syok lah tengok online bang. Tak ada feel. Hehe.. Kertas slip Isya ada kat kawan Isya..Isya ingat nak jumpa dia harini dengan abang. Kalau abang kerja, tak apalah. Isya pergi sendiri. Boleh bang?”
    “Isya…Abang nak ikut. Tapi, wait,” Razif mencapai telefonnya lalu menjawab segera. Elysha menyambung suapan.
    “Isya sayang, sorry again.Abang ingat nak batalkan meeting itu tapi Din call abang kata ada problem kat projek. I need to go now. Sorry again ya sayang,” Razif beriya-iya memegang tangan Elysha. Elysha tergelak perlahan. Dia mengusap pipi Razif lembut. Dia menganggukkan kepalanya.
    “Abang, Isya pergi jumpa kawan Isya sendiri je boleh? Abang pergi kerja okay? Malam ini kita dinner together, abang belanja! Hihi,” Razif tergelak kecil mendengar cadangan isterinya. Lega melihat wajah tenang suaminya. Elysha menolak tangan Razif.
    “Dahlah abang..Kata projek ada problem.Abang pergilah dulu eh,” Tangan Razif dikucup lembut. Dahi Elysha pula dikucup Razif lama.
    “Isya nak jumpa dia kat mana?”
    “Kat AEON..Boleh bang?” Razif menganggukkan kepala.Kini, Elysha sudah pun memperoleh lesen memandu kereta. Kereta pun sudah sedia untuk isterinya. Kereta perodua Myvi merah jambu yang dibelinya dua minggu lalu khas buat si isteri.
    “Nah sayang. Buat belanja,” Razif menghulurkan sejumlah wang.
    “Terima kasih abang,” Elysha tersenyum manis. Ketika dia ingin menutup pintu, Razif tiba-tiba menghalang pintu lalu, Cup!  Bibir Razif mencium bibir Elysha sekejap. Erkk. Elysha terpana. Razif tersenyum manis. Dia mengenyitkan matanya. Elysha tersenyum malu. Bibirnya diketap.

    “Bye sayang, wait for me for dinner,” Razif melambaikan tangannya. Hati Elysha berbunga riang.

Wednesday 13 November 2013

Awak Tetap Suami Saya ~ bab 8 ~

      


     “Assalamualaikum.” Razif menapak masuk ke dalam rumah.Lampu rumah semuanya bernyala.Razif pelik.Jarum jam menunjukkan pukul 8 malam. ‘Tak pernah-pernah dia buka semua lampu.Biasa bukan main jimat.’ Razif tersengih.Dia berjalan ke dapur.
           “Assalamualaikum sayang,” Razif memeluk pinggang Elysha.Elysha yang sedang termenung langsung tidak bergerak. Air paip pula terus mengalir.Elysha hanya meletakkan tangannya di dalam air yang sedang memenuhi sinki. Razif pelik.
           “Elysha? Hello?? Buat apa ni?” Razif terus menutup paip air.Tangannya yang basah diraupkan ke muka Elysha. Ketika tangannya menyentuh pipi Elysha, air mata Elysha jatuh membasahi pipi. Razif terpana. Elysha pula jatuh terduduk namun sempat disambut oleh Razif. Elysha teresak-esak di dalam pelukan Razif.
           “Elysha? Kenapa ini? Abang tak faham lah,” Razif menepuk belakang badan Elysha perlahan-lahan.Elysha mengesat air matanya.Kepalanya disandarkan pada dada Razif.
           “Tak ada apa-apalah.Entahlah, kebelakangan ini Ely macam ada rasa tak sedap hati. It just like, you want to leave me..one day,” Suara Elysha mengendur.Razif terpana. Hatinya tidak keruan mendengar ayat itu.
           “Tak ada apalah itu sayang.Tak perlu kisahkan lah,” Elysha mengeluh perlahan.
           “Dahlah abang.Sorry baju basah,” Dada Razif ditolak segera.Dia pasti Razif takkan dapat faham akan dirinya.Dia mula rasakan perbezaan umur mereka memberikan sebuah jurang yang besar kepada mereka. Dia juga sedar bahawa Razif terlalu matang untuk melayan perasaan dang keinginannya sebagai seorang remaja.
            “It’s okay.Now dah better?” Razif bangun lalu mengambil segelas air masak.Dia meneguknya perlahan-lahan.
             “Hmm,” Elysha hanya menyambung membasuh pinggan.Razif berjalan ke arah Elysha.Dia mengeluh perlahan.Tangannya diletakkan di atas bahu isterinya.
             “Macam tak puas menangis lagi je?” Razif meletakkab kepalanya di atas bahu Elysha.Pipinya menyentuh pipi Elysha.Elysha menggelengkan kepala.Dia menolak perlahan badan Razif yang terlalu hampir dengannya.
              “Abang tepilah.Ely nak berjalan pun susah,” Razif mengundur.Dia tersenyum.Dia tahu Elysha malu dengannya.
              “Abang naik dululah.Nak mandi.Berlengas badan,” Elysha mengangguk lemah.Dia masih terfikirkan adegan romantis suaminya bersama dengan Suezana sebentar tadi.Hatinya tidak boleh terima layanan suaminya yang dirasakan sama dengan layanan yang Suezana peroleh. Kesan gincu beberapa hari lalu membuatkan hatinya bertambah terluka. Elysha termenung sejenak. Deringan tekefon bimbitnya mematikan lamunan.
              “Pap…papa? Dia nak apa?” Tangan Elysha terketar-ketar mahu menjawab panggilan itu.
              “He..Helo..” Elysha memulakan bicara.Dia terdengar ketawa sinis di hujung talian.
              “Weh perempuan..Aku nak bagitahu kau sesuatu ni.Haa, sekarang aman tak hidup kau kahwin dengan mamat kaya tu? Ohh, suka sangat lah kau sampai tak pernah jenguk aku sejak kau kahwin dulu? Hah?!” Jerkah papanya.
             “Papa..Sorry..Ely tak bermaksud macam tu, papa nak apa c..call Ely?” Elysha sedikit tergagap.Dia ketakutan. Dia memerhati sekeliling. Dia melepaskan keluhan lega apabila suaminya masih di dalam bilik di atas.
             “Aku tak boleh call kau ke? Hahaha.. Yelah orang dah bersuami.Kacang lupakan kulit betul kau eh!” Jerkah lelaki tua itu lagi.Elysha menarik nafas sedalam-dalamnya.
             “Papa..May I ask you something? Ermm..”
             “Huh, kau nak tahu apa? Oh ya, aku call kau ni pun sebab aku nak bagitahu kau yang sekarang ni kau dah bertunang dengan si pakwe lama kau dulu.Haa, biar musnah perkahwinan kau dengan jantan poyo itu.Dia ingat dia siapa nak beli kau daripada aku? Aku akan sengsarakan hidup kau lah betina!!” Elysha terkedu.Bibirnya sedikit menggigil.
              “Kenapa? Kau dah tangkap cintan dengan jantan tu? Ohh..Itu lagi senang kerja aku! Biar musnah hati kau itu aku kerjakan. Ah, si Syafiq itu rajin benar dia jenguk aku kat sini.Dia tak tahu yang kau itu dah berlaki! Aku takkan bagitahu dia sebab aku nak tengok kau sengsara.Lepas dua-dua dah tinggalkan kau nanti, bolehlah aku jual kau dekat si Ah Chong balik! Baru masyukk,” sambung lelaki tua itu. Dia ketawa sinis.Elysha terpana sekali lagi.Dia mengucap dalam hatinya.
             “Pa… can you just let me go? Please..” Elysha cuba merayu.Matanya bergenang.Dia cuba menahan air matanya daripada terjatuh.
             “No! I’ll never ! Faham?!!” Jerkah lelaki itu lagi.
             “Tapi kenapa? What have I done to you? Ely tak buat salah pun kan?” Elysha cuba mengorek rahsia. Papanya tergelak sinis.
            “Aku takkan bagitahu kau! Kalau kau nak tau, kau pergi gali kubur bapak kau! Pergi tanya jantan sial itu apa yang dia dah buat!! Kau ingat aku akan sayangkan kau?! Pergi mampus! Aku benci benih jantan tak guna itu!”
           “Tapi sekurang-kurangnya dia tak berperangai macam binatang,” Suara Elysha perlahan namun tegas.Walaupun dia takut akan lelaki itu namun dia tidak akan biarkan lelaki itu menghina ayah kandungnya sendiri.
           “Oh sekarang dah berani?! Dulu siapa yang bagi kau makan? Kurang ajar kau kan?!! Eh perempuan, kau dengar sini. Bapak kau dah rampas tunang aku lepas itu pergi kahwin dengan betina sundal itu! Kau nak tau siapa tunang aku tu? Betina itu mama kau! Yang kau sanjung itulah yang cipta masalah ini! Kau tahu kenapa aku kahwin dengan janda sial tu? Sebab aku nak balas dendam aku! Aku tahu kau nampak aku sepak terajang mama kau kan? Sebab aku memang nak tunjuk kat kau apa yang betina itu berhak dapat!! Aku dah balas dendam dekat jantan itu! Kau tau apa aku buat kat dia, sayang? Haha , Aku langgar kereta dia. Aku langgar guna treiler. Kau nak rasa? Kalau kau tak nak rasa, aku rasa baik kau teruskan pertunangan ni. Kalau kau tak nak rasa dan tak nak teruskan pertunangan itu, aku boleh bagi Syafiq atau laki kau rasa. Kau pilih,” Sinis sungguh suara lelaki durjana itu.
              “Jangan! Jangan cederakan diorang..Tolong,” Elysha sudah tersendu mendengar sejarah kematian ayah kandungnya.
             “Fine! Ikut arahan aku dan kau selamat. Hantar RM 100,000 kat aku, then I’ll keep my mouth shut.Takkan ganggu kau lagi,” Lelaki itu tergelak besar. Elysha terdiam. Dia buntu.
            “Bila nak? Sebelum hujung bulan depan.Aku nak bayar Along.Kalau tak, aku cari kau, aku jual kau,” Talian terus dimatikan. Jantung Elysha bagai mahu tercabut mendengar ugutan itu. Dia takut.
            “Elysha? Buat apa dalam gelap itu?” Razif menekan suis lampu ruang tamu.
            “Hah?” Elysha terkejut. Razif tergelak. Dia berjalan mendekati Elysha.Elysha pula duduk di atas sofa di ruang tamu itu.
            “Kenapa ? Bukan main terperanjat lagi?” Elysha menggelengkan kepala.
            “Entah lah. Saje duduk dalam gelap. Macam best je, hihi,” Elysha ketawa untuk menutup keresahannya.Dia mengetap bibirnya. ‘Apa aku nak buat ni? Mana pula aku nak cekau duit banyak macam itu? Gila ke apa orang tua nyanyuk tu? Arghh!’ Elysha melepaskan keluhan berat.
            “Oklah, abang nak tengok bola. Sayang dah siap masak ke?”
           “Hmm, dah. Abang nak makan dulu?”
           “Jomlah,” Razif memimpin Elysha ke dapur. Selesai menghidangkan makanan buat suami, Elysha terus berjalan ingin meninggalkan Razif namun lengannya ditarik.
           “Yes?” Elysha bersuara lembut.
           “Tak makan ke? Temanlah abang,” Razif bersuara sambil matanya memandang ke dalam mata Elysha. Degupan Elysha tiba-tiba menjadi tidak sekata. Dia menggeleng perlahan sambil tersenyum.
            “Isya nak mandi,” ‘lol.Isya? Mana datang pula Isya ni?’ Elysha tersengih.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Razif tersenyum manis.
            “So, abang boleh panggil you Isya lah,” Elysha terdiam seketika.
           “Nope,”
             “Why?”
             “Because it’s Isya not Isyalah, hehe,” Elysha tergelak.Dia terus berlari ke bilik kerana malu.Razif tergelak sendiri di meja makan. Hatinya tercuit dengan tingkah laku isterinya yang keanak-anakkan itu.
*******
              Syafiq Izwan memerhatikan langit malam yang gelap tanpa bintang.Dia tersenyum seketika ketika membelek slip keputusan SPM Elysha. Matanya membayangkan keindahan dan manisnya seraut wajah gadis bertuah itu. Ingatannya kembali semula kepada peristiwa 3 tahun yang lalu.
             “Sya! Dah puas abang cari satu sekolah, kat sini rupanya Sya menyorok,” Syafiq mengetap bibirnya geram. Kulitnya yang putih menjadi merah disebabkan cuaca di luar yang panas terik. Elysha menutup buku yang sedang dibacanya.
            “Abang, senyaplah. Kita dalam library, bukan kat padang abang nak jerit kuat-kuat. Apalah,” Elysha menggelengkan kepalanya. Beberapa orang murid yang terganggu pembacaannya, mula mengendahkan mereka berdua. Syafiq tersengih. Dia duduk di hadapan Elysha.
            “Buku apa itu Sya?”
           “Hmm,” Elysha bersuara malas. Syafiq mengeluh.
           “Alahh, sorrylah Sya. Abang bukannya nak rahsiakan hal ini daripada Sya ke apa. Memang abang nak bagitau Sya, but not now. Abang nak bagitau Sya masa .. ermm masa,”
          “Your last day here? Why? Kenapa bukan sekarang? Kenapa nak bagitau nanti?” Elysha menutup buku Harry Potter itu. Buku tersebut dihentakkan sedikit di atas meja. Cukup untuk memberitahu Syafiq bahawa dia bukan dalam mood yang baik. Mukanya pula masam mencuka.
          “ Yup. Abang nak bagitau Sya masa hari terakhir abang kat sekolah ni. Abang tak nak Sya sedih,” Elysha menggelengkan kepalanya. Dia malas mahu berfikir. ‘ Buat semak kepala otak aku je, lantak dialah,’ Elysha merungut dalam hati.
          “Habis, abang tak ambil STPM?  Kan lagi sebulan je nak STPM, suruh lah aunty abang tangguhkan,” Elysha memandang wajah Syafiq yang kusut.
           “Abang tak nak susahkan hati makcik abang lagilah Sya,” Syafiq meraup mukanya. Elysha mengangkat bahu. Dia bangun lalu bergerak ke pintu keluar perpustakaan. Syafiq membuntutinya.
           “Sya,”
           “Hm?”
           “Can you promise me something?”
           “What?”
          “Promise that you’ll love me till your last breath,” Elysha terpaku. Langkahnya terus mati. Dia berpaling dan mendongak sedikit untuk memandang wajah Syafiq. Syukurlah sekarang sudah bukan waktu persekolahan.Kalau tidak, pasti ramai pelajar yang akan melihat drama mereka berdua ini.
          “Ehem.. Abang? What’s wrong?” Elysha membuka mulut.
          “Today is my last day. My last day to meet you.My last day in everything in Malaysia,” Sekali lagi Elysha terkedu.
          “What?! Are you kidding me?”
          “Nope .. I’m so sorry,dear” Elysha mencebik.
          “Jadi dah tercapai lah hasrat Mr. Syafiq Izwan nak bagitau Sya masa your last day in Malaysia?”
           “Yes,” Syafiq tergelak kecil. Dia mengangkat sebelah keningnya. Elysha mendengus kecil.
           “Apa akan jadi kalau Sya janji will love you till my last breath?”
           “Then, I’ll love you till Jannah,” Syafiq menghadiahkan Elysha senyumannya yang paling manis. Lesung pipitnya yang dalam mula kelihatan. Apa lagi, berlari tak cukup tanahlah hati Elysha.
           “Erkk, okay. I promise to love you till my last breath,”
            “Thanks dear! I promise to love you till Jannah. Lepas abang balik Malaysia, kita kahwin tau!” Syafiq tersenyum manis. Seutas gelang tangan dihadiahkan kepada Elysha.
            “Apa ni?”
           “Lol. Itu gelang. Tak mahal pun, beli kat pasar malam je, hahaha,” Elysha tergelak.
            “Kalau kita jumpa nanti, Sya pakai gelang itu tau. Kalau Sya tak pakai, maksudnya Sya dah tak sayang abang. Abang faham sendirilah nanti,” Muka Syafiq berubah kelat.
           “Abang, kalau masa berubah,.. no wonder people change too right? So, kalau abang tak balik-balik after 5 years, Sya will find another. But if my heart is still yours, then maknanya jodoh kita ada,” Elysha tersenyum manis. Syafiq menganggukkan kepalanya.
            “Thanks,” Syafiq terus berjalan meninggalkan Elysha. Dia melambai Elysha perlahan. Elysha tersenyum manis.
           ‘Mampukah aku setia padanya sampai akhir hayat? Mampukah aku?’ Elysha berkata-kata sendirian.
           ‘Elysha, abang akan tuntut janji abang Sya. No worries,’ Syafiq tersenyum bahagia.
           “Fiq? Weh Fiq? Handphone kau itu tak habis-habis berbunyi. Tak reti nak senyap ke?” Reza kawan Syafiq menegur. ‘Eh mamat ni, pekak dah ke?’
           “Woi bro!!” Serentak itu bahu Syafiq ditepuk kuat.
           “Mak kau! Woi, lu pahal? Haishh, sakit jantung aku,” Syafiq mengusap dadanya. Reza menggelengkan kepalanya.
            “Aku ingat tadi aku cakap dengan orang yang dah takde pancaindera. Aku panggil tak dengar, tepuk bahu tak sedar, entah apalah dalam kepala besar kau itu,” Reza masuk semula ke dalam rumah.
            “Ni phone kau, nak aku campak masuk longkang ke? Memekak tak sudah. Nak tengok bola pun tak senang,”
            Papa Sya? Nak apa? Hati Syafiq masih berteka-teki.Sekali lagi Reza menjerit.
            “Angkat lah orang itu call dah banyak kali sengal! Memekak je kerja,” Syafiq menggigit bibirnya.
           “Sabarlah! Aku nak angkat lah ni,” Syafiq terus menjawab panggilan tersebut.
           “Assalamualaikum Fiq, buat apa itu?” Syafiq mengerutkan dahinya. Rajinnya dia call aku malam-malam buta ni. Aku mesti calon menantu yang baik ni.
          “Waalaikumussalam uncle. Fiq tengah lepak-lepak kat rumah ni, kenapa ya uncle call?”
          “Uncle ingat nak cepatkan majlis Fiq dengan Elysha lah. Boleh ke tak?” Syafiq tersenyum.
            “Boleh je uncle. Fiq pun memang dah lama bersedia. Tapi, Fiq belum jumpa lagi dengan Elysha. Rumah mama angkat dia yang uncle cakap itu kat mana ye?” Papa Elysha tergelak kecil.
            “Uncle tak ingat pula, tapi nanti Elysha datanglah itu jumpa kamu, jangan risau,” Syafiq tersenyum.
            “Yelah kan uncle. Bila uncle nak buat majlis itu? Syafiq nak kena jumpa dulu dengan makcik Syafiq yang dekat Melaka itu,”
           “Uncle ingat hujung bulan ini boleh? Means, dua minggu lagi,” Syafiq pelik.
           “Kenapa macam tergesa-gesa je? Takut tak sempat pula nanti. Hujung bulan depan tak boleh ke  uncle? Persiapan belum buat apa pun lagi,” Syafiq mula risau makciknya akan tertekan kalau dipercepatkan majlisnya.
            “Okaylah itu. Kalau dah pengantin minta macam itukan?” papa Elysha tergelak kecil lagi. Syafiq tersenyum.
            “Terima kasih uncle, Assalamualaikum,” Setelah salam dijawab, Syafiq mematikan panggilan itu. Dia tersenyum manis.
           “Bro,” Reza berdiri di sebelah Syafiq. Dia ada terdengar perbualan Syafiq dengan bakal mertuanya tadi.
           “What? Kau bukan tengah tengok bola ke?” Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Syafiq menjeling Reza yang berdiri disebelahnya.
           “Kau nak cepatkan majlis? Elysha dah setuju ke belum?”
           “Kata papanya, dia dah setuju.Tapi aku macam ragu-ragu je,”
           “Elysha macam nak tak nak je layan kau  kan?” Syafiq mengeluh perlahan. Dia mengangkat kedua-dua bahunya.
           “Aku tak fahamlah dengan dia sekarang. She sounds a little weird,”
           “Kau tak rasa dia dah ada orang lain ke?”
           “Tapi baru 3 tahun bro, dia janji dia akan cari orang lain kalau aku tak balik dalam masa 5 tahun. I know her well. Dia takkan mungkir janji,” Syafiq terdiam seketika apabila dia teringat kata-kata Elysha.

          ‘ Kalau time change, no wonder people change too, right?’