Sunday 21 July 2013

Awak tetap Suami Saya ~ bab 3 ~

~ bab 3~

    “Awak, awak, bangun.Kita jemaah Subuh ye?” Elysha mengusap-usap tangan Razif yang masih lena.Razif bergerak sedikit.Elysha menepuk bahu Razif.Razif membuka matanya sedikit.Dia mengusap kedua-dua matanya.Elysha yang sedar Razif telah sedar bangun ingin ke tandas namun Razif memegang erat pergelangan tangannya sehinggakan dia terduduk di atas peha Razif.Elysha cuba hendak bangun tetap Razif memeluk erat pinggangnya.
         “Awak, dah pukul 6.15 tau.Jomlah solat,” Elysha cuba merenggangkan pelukan Razif.Razif meletakkan kepalanya di atas bahu Elysha.Dia mengucup lembut leher Elysha.Razif membisikkan sesuatu di telinganya.Muka Elysha terus membahang.Dia menjeling Razif  lalu suaminya pun tergelak halus.Dia terus  mengangkat ke bilik mandi.Elysha tergelak kecil apabila Razif menggeletek pinggangnya.
         “Awak keluarlah dulu, saya mandi dulu ek,” Elysha cuba menolak Razif keluar dari bilik mandi.Razif tergelak kecil.
        “Yalah little girl,” Razif  keluar juga dari bilik mandi tetapi setelah mencubit dan mengucup kedua-dua pipi isterinya.Elysha lega.Dia tersenyum lebar apabila hubungan mereka suami isteri, Alhamdulillah berjalan lancar.Dia mengucapkan syukur dalam hati.
******
         “Awak tak kerja ke harini?” Elysha mengambil sehelai baju lalu disidainya di atas ampaian .Razif berdiri di pintu pagar memerhatikan pergerakan isterinya.
         “Hari ini kan Ahad, cutilah,” Razif kemudian duduk mencangkung setelah penat berdiri.Dia memegang telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu.Dia tersengih-sengih.Elysha pelik namun dia hanya buat tidak endah sahaja.
          “Awak, kita keluar boleh tak harini? Saya bosanlah, dah dua minggu saya terperap je kat rumah ni,” Elysha mencangkung di hadapan suaminya.Bakul yang sudah kosong diletakkan di sisinya.Razif mengangkat kepalanya lalu kembali menaip.Elysha menggigit bibirnya.
          “Awaaakk,” Elysha memegang lengan sasa suaminya.
           “Nak pergi mana? Hmm?” Razif mencubit pipi Elysha kuat.Elysha mengusap pipinya yang kesakitan lalu mengomel perlahan.Razif hanya memandang wajah isterinya tanpa perasaan.Dia mencubit pipi Elysha lagi.
            “Awak! Sakitlah,” Elysha menampar perlahan lengan Razif.Razif hanya tersengih lalu berjalan ke ruang tamu.Elysha membuntuti suaminya.Razif masih lagi berbalas mesej bersama temannya.Elysha sedikit terasa dengan perlakuan suaminya.Dia mengambil tempat di sebelah Razif.
            “Mesej dengan siapa itu?” Elysha menyoal Razif teragak-agak.
            “Kawan,” ringkas sahaja jawapan yang diberi oleh Razif.
            “Okay,” Elysha bangun dan berura-ura ingin naik ke bilik.
            “Hei, kenapa ni?” Razif menarik tangan Elysha.
            “Tak ada apalah,” Elysha menarik perlahan lengannya dari genggaman Razif.
            “Hei dear, what’s wrong? Huh? I’m just having a small chit-chat with my old friend,” Razif memandang tepat ke dalam mata Elysha.Mata Elysha mula berkaca-kaca.Perasaannya berbaur-baur.
           “Ya Allah, hei, don’t cry.I’m sorry okay?” Razif mengesat air mata Elysha yang mula jatuh perlahan-lahan.Elysha menepis tangan Razif lalu berjalan naik ke bilik.Razif hanya membiarkan isterinya bersendirian.Dia tidak tahu cara apa lagi yang boleh memujuk isterinya itu.Dia kembali duduk ke sofa.Dia mengeluh perlahan.Otaknya ligat memikirkan cara untuk memujuk Elysha semula.
           Elysha menangis di dalam bilik.Dia terasa dirinya dipinggirkan dan dalam masa yang sama dia rasa seperti Razif hanya menganggapnya sebagai seorang adik yang manja dan hanya tahu menyusahkan.Dia sendiri bingung kenapa tanggapan itu yang muncul di mindanya saat Razif mula menjauhkan dirinya sebentar tadi.
             “Elysha, buka pintu ini,” Razif mengetuk pintu bilik mereka.Sudah satu jam Elysha terperap di dalam bilik sampaikan naik risau Razif.Razif pun mengambil kunci spare untuk buka pintu bilik mereka.
            Razif berjalan ke arah sekujur badan yang sedang terbaring di atas katil.Selimut  membaluti sebahagian tubuhnya.Razif mengusap wajah isterinya yang sembab.Kesan air mata masih jelas kelihatan malah bantal yang menjadi alas kepalanya juga masih basah.Razif mengeluh perlahan.
           Razif meninggalkan Elysha lalu masuk ke bilik komputernya.Dia menekan suis lampu dan kipas.Sebuah album berwarna merah hati menarik perhatiannya.Terukir nama Razif dan Suezana.Razif mengusap kulit album itu perlahan-lahan.Dia menyelak sehelai demi sehelai dan akhirnya air mata lelakinya tumpah jua.
         Razif menutup kembali album yang penuh dengan kenangan, janji dan cinta itu.Jauh di sudut hatinya, Razif masih lagi mengharapkan Suezana untuk menjadi suri hatinya dan teman hidupnya sampai hujung nyawa.Namun, amanah kakak kesayangannya tidak boleh dipandang ringan, Razif  cuba memadam angan-angannya untuk bersama dengan Suezana, gadis yang ceria, sopan dan lemah lembut.Dia melepaskan keluhan berat.
******
         “Elysha, siap eh.Kita keluar sekejap lagi,” Razif duduk di sebelah Elysha yang sedang menonton televisyen.Elysha  diam tidak berkutik.Dia mengembungkan pipinya lalu menukar siaran tv sebanyak sepuluh kali sebelum menekan suis off.
         “Nak pergi mana?” Elysha bangun lalu pergi ke dapur untuk mengambil air masak.Dia mengambil semangkuk ais krim lalu duduk di meja makan.Razif mengambil sudu lalu duduk di hadapan Elysha.
         “Pergi JJ, tengok wayang nak?” Razif mengambil sedikit  ais krim Elysha.Elysha menolak mangkuk itu kepada Razif.Dia bangun lalu menuju ke bilik.Riak mukanya selamba.Razif mengeluh perlahan. ‘Apa aku nak buat ni?’ Getus hati Razif.
          “Jomlah,” Elysha tiba-tiba memegang bahu Razif.Dia sudah siap menukar pakaian.Midi dress pink digabungkan dengan bawal ungu menyerlahkan kejelitaan Elysha.Dia menyarung sehelai cardigan ungu di luar.Razif terpaku melihat isterinya.Tiba-tiba dia tergelak.
           “Awak gelak tu kenapa?” Elysha memasamkan mukanya.
          “Tadi ingatkan orang tu tak nak ikut, at last, siap jugakan?”
           “Awak nak saya ikut ke tak nak?”
           “Haha, awak nak ikut ke tak nak?”
            “Awak pergi seorang,”
           “Elysha the little pink girl, hey..listen here.We’re going to cinema and I’m going to treat you for our dinner and a romantic film.So, are you going or not? Or else, I’m gonna hang with any other girl out there,” Razif memegang dagu Elysha.
             “Just do what you want,” Elysha malas mahu melayan.Dia terus membuka pintu kereta dan menghidupkan engine kereta.Dia duduk di tempat memandu.
             “Elysha, let me drive.Awak itu tak ada lesen,” Elysha bergerak ke tempat duduk penumpang.Dia mengembungkan pipinya.Sepanjang perjalanan, kereta mereka diselubungi suara radio sahaja.Elysha memandang ke arah jalan raya.Razif pula terus fokus pada jalan raya di hadapan.
            “Awak, saya tak nak tengok wayang,” suara yang perlahan itu memecah kesunyian.Razif memandang Elysha.
           “Apa dia awak?” Razif memandang Elysha dari ekor matanya.
          “Saya tak nak tengok wayang, saya tak suka tempat gelap.Nanti pening,”
         “Kalau pening nanti saya picitkan kepala awak itu,” Razif tersenyum.
         “Pleaselah awak, saya tak sukalah.Dahlah gelap, sejuk lagi.Eee, tak suka,” Elysha  memandang Razif penuh simpati.
            “Okay, kita tak payah pergi cinema.Kita dinner and then shopping for you, okay ?” Razif mengusap tangan Elysha.Elysha mengangguk laju.Dia mengucup pipi Razif buat kali pertamanya.Merah terus kedua-dua pipinya.Razif tergelak.
            “Amboi, happy ye?” Razif tersenyum kerana dia telah berjaya membuat isterinya yang muram dari pagi lagi, tersenyum manis.Bibirnya mengalunkan lagu-lagu yang berkumandang di radio.
******
            Elysha jalan lebih pantas dari Razif.Razif sudah penat mengejar isterinya itu.Dia pun duduk di atas sebuah bangku setelah menyuruh Elysha berjalan tanpanya.Dia hanya memandang Elysha yang sudah 100 meter jauh darinya.Dia tersenyum melihat kegembiraan Elysha walaupun dia tahu Elysha agak kecewa apabila dia tidak mahu menemaninya terus meronda satu shopping complex ni.
           “Assalamualaikum, sayang!” suara seorang perempuan menyapa telinga Razif.Razif terkedu.
            “S..Sue,” akhirnya terlafaz juga nama bekas tunangnya itu.Suezana tergelak halus.Suaranya yang halus, lembut dan juga menggoda itu membuatkan Razif terpana.Sudah lama dia tidak mendengar gelak tawa bekas tunangnya.
          “Hai, abang ni, lama tak jumpa Sue sampai tergagap yer,” Suezana memeluk lengan Razif.Razif hanya membiarkan.Dia terlupa sebentar dengan isterinya.Razif tersenyum manis.Dia membisikkan sesuatu di telinga Suezana.
           “Abang baru je teringatkan Sue petang tadi.”
           “Haha, dah jodoh kot abang.Kita jumpa kat sini,”Suezana ingin membuka plastik yang berada di tangan Razif namun Razif pantad menghalang.
           “Apa itu bang? Sejak bila abang minat shopping alone ni?” Suezana pelik.
          “Barang private abang, hehe.” Razif tersengih.Suezana tergelak lagi.Dia sungguh gembira apabila dapat berjumpa kekasih hatinya setelah sekian lama terpisah.
          “Jom jalan abang, temankan Sue.” Suezana menarik lengan Razif.Razif hanya menurut sahaja.Dia juga berasa gembira apabila dapat berjumpa dengan bekas tunangnya dan juga merangkap cinta hatinya.
          Telefon yang berdering langsung tidak dihiraukannya.Dia sibuk melayan kerenah Suezana membeli-belah.Elysha sudah tidak senang hati.Sudah satu jam dia mencari suaminya, tetapi masih belum bertemu.Matanya berkaca.Tiba-tiba dia terfikir yang Razif sengaja meninggalkannya sendirian di shopping complex yang besar ini kerana sudah malas mahu melayan kerenahnya.Lututnya menggigil.Elysha ketakutan.Dia keseorangan.
          Elysha melangkah longlai ke arah kedai minyak wangi.Satu-satunya kedai yang berjaya menenangkan dirinya sejak dia berumur 13 tahun.Apabila dia berjalan keluar bersama rakan-rakannya ataupun arwah mamanya, dia pasti akan singgah di kedai minyak wangi dan akan duduk di dalamnya untuk berjam-jam lamanya.
         Sappp!
         Hati Elysha bagai disiat-siat dengan pisau belati.Dua merpati sejoli yang sedang seronok berpegang tangan sedang elok bediri di hadapannya.Beg plastik yang dipegangnya jatuh ke lantai.Seorang wanita yang sedang elok memeluk lengan Razif ditenungnya.Airmatanya jatuh satu persatu.Tangannya menggigil menahan rasa.Muka Razif dilihatnya pucat.Kepala Elysha pusing.Wanita itu membantunya mengangkat plastik-plastiknya yang jatuh.Dia menghulurkan plastik itu kepada Elysha.Elysha menepis tangan wanita itu.
        Suezana pelik. ‘Kenapa dengan budak ni? Tak ada angin, tak ada ribut, mengangis tiba-tiba’ getus hatinya.
        “Dik, kenapa ni? Akak minta maaf sebab terlanggar adik tadi,” Suezana berkata perlahan.Dia gerun juga tengok budak ini tenung je dia macam nak makan.Hishh, siapa tak seram.Suezana tidak pula perasan muka pucat Razif.Dia semakin menguatkan pelukannya.
        Pangg!   
        Pipi Suezana ditampar.Air mata Elysha semakin laju.Pelukan di tangan Razif masih belum dilepaskan.Elysha kecewa dan cemburu.Razif bagai tidak sedar dengan kehadirannya di hadapan.Razif terkedu.Matanya membuntang.
        Suezana memegang pipinya.Matanya bulat memandang budak kecil itu.Elysha mengutip barang-barangnya lalu terus berlari dari situ.Dia menangis teresak-esak.Hatinya sakit! Pedih! Kecewa!
       Suezana masih lagi terkedu.Budak kecil itu menamparnya hanya sebab dia terlanggar bahu sedikit je? ‘Tanpa suara, tiba-tiba nak lempang orang? Eh, kalau aku tampar dia baru tahu’ hati Suezana menahan marah.Razif disebelah di jelingnya.Bukan nak tolong, huh!
         “Sue, Sue okay?” suara Razif sedikit menggigil.Dia terlupa dengan kewujudan isterinya di shopping complex itu.Dia bengang dengan tindakan Elysha.Mata Suezana berair.Dia bagaikan mahu mengungkap kata ‘Sakit’ pada Razif.Razif mengusap pipi Suezana.Merah sungguh pipinya yang gebu itu.Hati Razif mendongkol marah.
          “Abang kenal dia ke?” Suezana menyoal Razif perlahan.Razif menggelengkan kepalanya.
         “Dia itu tak betul kot? Salah orang maybe,” Razif berbohong.Suezana menganggukkan kepalanya.Dia mengesat air mata yang mula bergenang di tubir matanya.First day jumpa bekas tunang,kena tampar pula tiba-tiba.Suezana menyimpan dendam dalam hati. ‘Kalau aku jumpa kau lagi, kau tunggulah nasib kau.’ Suezana tersenyum sinis.Razif  masih bengang, dia campak sahaja plastik baju Elysha ke dalam tong sampah.Suezana memandang Razif pelik.Dia memaut lengan Razif kembali.

Saturday 13 July 2013

Awak Tetap Suami Saya ~ bab 2 ~


~ Bab 2 ~
      
        “Assalamualaikum!” berlari-lari anak Elysha ke pintu hadapan untuk menyambut tetamunya.
      “Waalaikumussalam, eh mama. Jemput masuk, ma.” Elysha menyalami tangan ibu mertuanya, Puan Faizah.Puan Faizah mengusap ubun-ubun menantunya seraya tersenyum manis.
      “Menantu ibu sihat?” Elysha mengangguk.
      “Alhamdulillah,ma.Mama sihat?” Puan Faizah mengangguk pula.Dia berjalan ke arah sofa di ruang tamu dan menghidupkan suis tv.Dia memilih channel astro yang disukainya.
       “Ely buat air sekejap ya, ma,” Puan Faizah hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.Tudung di kepala dicabut lalu  diletakkan di atas sofa.
        “Suami kamu mana Ely?” mama menjerit dari ruang tamu.Elysha kembali ke ruang tamu bersama air untuknya dan ibu mertuanya.
        “Erk, dia pergi office sekejap ma, lunch nanti baliklah dia,” Elysha menghidangkan beberapa keping biskut coklat untuk mereka berdua.Dia pun mengambil tempat disebelah ibu mertuanya.
        “Pergi kerja? Kamu berdua kan baru saja nikah kelmarin? Dah masuk kerja pula budak bertuah ni,” Elysha hanya tersenyum mendengar keluhan Puan Faizah.
       “Tak apalah ma, abang Razif pergi sekejap saja katanya,” Puan Faizah menggelengkan kepalanya.
       “Kalau kamu ada apa-apa yang tak cukup kat rumah ni, kamu bagitahu Razif atau mama yer,” Puan Faizah mengusap tangan menantunya.
       “Eh apa pula mama cakap macam itu.Rumah ini dah cukup semuanya ma.”
        “Kalau macam itu tak apalah tapi kalau barang-barang harian kamu habis, jangan malu pula nak minta kat Razif itu,” Ely tergelak kecil.
         “Yelah mama.Mama lunch kat sini ke? Ely nak masak ini,”
         “Boleh juga.Boleh mama rasa air tangan menantu mama ni,” Puan Faizah tersengih.Dia menepuk-nepuk paha Elysha.Elysha tergelak halus.  
*****
            “Assalamualaikum,” suara Razif memberi salam dari luar rumah disambut oleh Puan Faizah dan Elysha serentak.
            “Ely ke depan sekejap eh ma,” Puan Faizah mengangguk sambil tangannya memotong tauhu-tauhu untuk dibuat rojak.
           Elysha menyambut suaminya di muka pintu.Razif yang sedang membuka kasutnya berhenti seketika.Dia merenung wajah isterinya dalam-dalam.
            “Bukakan stokin saya boleh?” Razif tersengih.
           “Erkk, stokin awak busuk tak? Hihih” Elysha tergelak halus.Dia berjalan mendekati suaminya lalu menyangkung di hadapannya.
             “Hello, I hari-hari tukar stokin okay.” Razif menggoyangkan kakinya.Elysha menangkap kaki Razif lalu menepuknya perlahan.Dia tergelak kecil.
             “Okay, okay.Mari sini, saya bukakan,” Elysha mencabut stokin suaminya.
             “Okay, now let’s go to the kitchen,” Razif menarik tangan Elysha ke dapur.
             “Sedapnya bau!” Razif mengambil tempat di sebelah mamanya.Dia menghulurkan tangan kepada mamanya.Puan Faizah menyambut salam lalu mengusap kepala anak lelakinya itu.
             “Pergi basuh tangan dulu,Zif,” Puan Faizah berkata seraya mencubit peha Razif apabila tangan Razif ingin mencapai sekeping tauhu.Razif tersengih sahaja lalu bergerak ke sinki untuk membasuh tangan.
            ‘Manjanya juga dia ni,’ getus hati Elysha.Bibirnya mengukir senyuman.Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan-pingan untuk mereka bertiga.
******
            “Jom kita tengok tv,” Razif menarik tangan Elysha ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersamanya.
           “Cerita apa?”
          “8 Jam,”
          “Tak naklah, tak best,” Elysha menjuihkan bibirnya.
         “Bini-biniku gangster?”
         “Tak nak juga,”
           “Haa, Sekali Lagi?”
          “Asal semua cerita kat rumah awak ni hero dia Shaheizy Sam? Okaylah, okaylah kita tengok Sekali Lagi,” Elysha terus mengambil bekas CD dari tangan Razif lalu membeleknya perlahan-lahan.
Pap!
          Razif menutup bekas CD itu lalu meletakkannya di atas meja.Dia meletakkan kepalanya di atas riba Elysha.Elysha tergelak lucu.
          “Kenapa gelak?” Razif mencubit pipi gebu Elysha.
          “Bangunlah awak, gelilah.” Elysha menolak kepala Razif.Razif menyandarkan dirinya pada sofa.Dia memasamkan wajahnya.
          “Yelah, yelah.Baring sini,”Elysha menepuk-nepuk pahanya.Dia serba salah apabila melihat wajah masam suaminya.Razif tersengih lalu baring semula di atas riba isterinya.
           Satu jam kemudian, Elysha terdengar dengkuran halus Razif.Dia tersenyum kecil lalu menutup suis televisyen.
           “Awak, awak, bangun.Tidur kat bilik lah,”  Elysha menggoyangkan bahu Razif.
            “Angkat,” lemah sahaja suara Razif.
           “Mana boleh, awak berat sangatlah,”
            “Awak naiklah dulu, nanti saya naik sendiri,”Razif berkata perlahan.Dia bangun daripada riba Elysha. Dia menggosok kedua-dua matanya.
           “Yelah, saya naik dulu,” Elysha berjalan menaiki tangga.Tiba-tiba dia rasa dirinya seperti melayang-layang.
          “Awak lepaslah!!” Elysha menjerit ketakutan.Razif tergelak besar.Terserlah lesung pipit pada pipi kanannya.
           “Kalau tak nak?” Razif membetulkan pegangannya.Gusar juga dia kalau-kalau isterinya terjatuh.Elysha berpaut pada leher suaminya.
           “Sa..sa..saya tarik awak jatuh ke bawah,” Elysha memandang ke bawah.
           “Dah tak payah nak tarik ke bawah, dah sampai bilik dah pun,” Razif tersengih lalu meletakkan Elysha ke atas katil dan dia terus ke suis lampu untuk memadamkan suis.Elysha terus menarik selimut menutupi mukanya.Tidak sampai 5 minit, dia sudah selamat sampai ke alam mimpinya.
******
           “Awak nak makan dulu tak?” Elysha menjerit ke arah tangga.
          “Sekejap, saya turun ni,” Razif berlari ke bawah dengan tali leher di tangan.Dia tersengih melihat Elysha yang sedang menuang air ke dalam cawan.
           “Pakaikan,” Razif menunjukkan tali lehernya kepada Elysha.
           “Tak retilah,” Elysha tidak menghiraukan suaminya,Dia ke mesin basuh untuk memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin.
            “Alah, please.” Razif menarik tangan isterinya.Elysha terus menghadap suaminya.
            “Saya memang tak reti, okay?Tadi awak kata awak dah lambat nak ke office, so awak ikat sendiri, makan n then pergi kerja okay?” Elysha memimpin Razif ke meja makan dan menghulurnya secawan air teh o panas kepadanya.
            “Hermm, yelah puan,” Razif menyenduk nasi goreng untuknya dan  Elysha.Dia menarik tangan Elysha lalu disuruhnya makan sekali bersamanya.Elysha akur dengan permintaan suaminya.
******
             Elysha membuka e-mailnya.Dia terpandangkan nama email kak Hana.Dia pelik, sudah agak lama kak Hana berhenti mengirimkannya email.Elysha membuka email itu.Matanya bulat tatkala membaca email itu.
           Assalamualaikum,
       Elysha macam mana hari ini? Sihat ? Akak sekeluarga sihat. Mama macam mana? Sihat tak?
      Ely, akak minta maaf kalau Ely tak bahagia dengan perkahwinan Ely.Kalau Ely nak tahu, akak tak pernah paksa Razif kahwin dengan Ely.Dia sendiri yang rela hati mahu mengahwini Ely.
        Elysha pelik.Dia tertanya-tanya apa maksud ayat kak Hana.Matanya melirik ke bawah pula.Menyambung ayat yang seterusnya.
      Ely, akak tahu Ely mesti keliru dengan ayat akak.Akak nak Ely bahagia tapi akak tak tahu bila ajal akak jadi akak nak mohon maaf kalau perkahwinan Ely ini tak membahagiakan Ely.Akak tahu Ely mesti kelirukan? Tapi suatu hari nanti, Ely akan faham apa yang akak cuba beritahu Ely.
      P/s : Kalau apa-apa terjadi pada akak dan suami, akak amanahkan Ely untuk jaga kedua-dua anak akak, Daniya dan Darwisy. :)
       Elysha terkedu membaca ayat terakhir yang ditulis oleh kak Hana.Dia tidak faham.Tangannya menggigil membalas email kakak iparnya.
            Waalaikumussalam kak, Alahmdulillah Ely dengan semua sihat di sini.Ely gembira mendegar  yang akak sekeluarga sihat sentiasa.
       Akak, Ely memang tak faham apa yang akak maksudkan secara keseluruhannya.Tapi yelah, bak kata akak, suatu hari nanti Ely akan faham juga jadi Ely akan nantikan hari itu.
        Akak, Ely sayangkan akak.Akak janganlah tinggalkan Ely.Kalau apa-apa jadi kat akak, siapa lagi yang nak kisahkan Ely? Ely tak pasti dengan abang Razif.Tapi Ely akan terima amanah akak.Ely akan anggap anak akak macam anak Ely sendiri.Ely janji akak.
       P/s : Akak jaga kesihatan dan keselamatan akak.Kan lebih elok kalau akak mencegah.Ely berdoa supaya akak selamat dunia dan akhirat kak.Jangan tinggalkan Ely ye kak.

              Elysha menekan butang ‘send’ lalu menekan butang sign out.Dia terus ke ruang tamu untuk mengemas rumah.Hatinya risau dengan kenyataan kak Hana.Berbagai persoalan mula terbit di mindanya.Elysha melepaskan keluhan yang berat.

Wednesday 10 July 2013

Awak Tetap Suami Saya ~ Bab 1 ~




No papa! Jangan buat Ely macam ni, pa,” bahu Nur Elysha terhinjut-hinjut menahan tangisan.Tangannya memegang erat kaki ayah tirinya itu.Arwah mama yang selalu membelanya setiap kali ayah tirinya membuat keputusan yang  akan mempengaruhi masa depannya, sudah 2 tahun meninggalkan dirinya berseorangan menghadapi hari-hari gelapnya.
   “Assalamualaikum,” suara garau seorang lelaki di hadapan pintu mengejutkan kami berdua.
   “Pergi masuk bilik! Sekarang!!” tengking ayah tirinya.Elysha yang terkejut dengan tengkingan itu kaku.Ayah tirinya merentap kakinya sebelum menolak bahu Elysha dan menyuruhnya naik ke bilik.
*****
 Razif menanggalkan kasutnya lalu mengambil tempat di sofa yang terletak di ruang tamu rumah teres berkembar itu.Dia memerhatikan gambar-gambar yang tergantung pada dinding rumah itu.Cantik, getus hatinya.
     “Anak ini siapa ya?” Encik Daud, ayah tiri Elysha memulakan bicara.
     “Saya datang ini untuk meminang anak pakcik, Nur Elysha.” Jawab Razif Iqram tenang.
     “Pakcik minta maaf tapi anak pakcik belum boleh kahwin.Dia masih muda,” Encik Daud senyum sinis pada Razif.Razif meletakkan sekeping  sampul surat yang tebal di atas meja jati itu.Encik Daud mengambilnya lalu meninjau isi sampul itu.
      “RM 30 000.00,” ujar Razif perlahan.Encik Daud menganggukkan kepalanya.
      “Tarikhnya?” Encik Daud menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya.
      “2 minggu lagi, 16 Februari,” Razif melihat sekeliling, masih  mengamati gambar-gambar yang digantung pada dinding rumah itu.
       “Baiklah, pakcik akan buat apa yang …”
       “Eh, pakcik tak perlu susah-susah, keluarga saya dah aturkan semuanya,” Razif pantas memotong ayat orang tua itu.Encik Daud mengangkat sebelah keningnya.Dia tersenyum sinis.
*****
        “Ely tak nak kahwin!!” Elysha menjerit ke arah ayah tirinya.
        “Kau nak ke tak, bukan urusan aku.Kau kena kahwin juga malam esok, kau faham??!” jerkah Encik Daud.
         “Papa tak ada hak nak paksa Ely kahwin!” tangannya menggigil-gigil menahan marah.
         “Sejak bila aku tak ada hak atas diri kau tu? Dari kau kecik sampailah dah besar panjang ini, siapa yang besarkan kau??? Aku kan??!” Encik Daud menjerkah lagi.Elysha menikus.
        “T..tapi, Ely tak akan kahwin dengan lelaki entah siapa-siapa tu!” Elysha menegaskan suaranya.
 Pang !
         Merah pipi Elysha ditampar oleh ayah tirinya.
        “Kalau kau nak rasa lagi tangan aku naik atas pipi kau itu, kau bersuara lagi,” Encik Daud meninggalkan dirinya menangis seorang diri di dalam biliknya itu.Bibirnya yang pecah dilap dengan jarinya.
       Pedih.Sakit.Perit. Elysha tenggelam dalam tangisannya.Tangannya mencapai sekeping gambar dirinya bersama dengan arwah mamanya ketika mereka bercuti di Cameron Highland 5 tahun yang lepas.Selepas kematian mamanya, tiada lagi orang yang berani membelanya.Semuanya meninggalkan dia dengan ayah tirinya yang kejam dan baran itu.
       “Mama, Ely tak nak kahwin.Ely baru habis SPM Khamis lepas ma.Ely tak nak kahwin !!!” tangannya melempar semua bantal di atas katilnya ke arah pintu biliknya.Dia teresak-esak lagi.
*****
        “Aku terima nikahnya  Nur Elysha binti Mohd Kamil dengan mas kahwinnya RM 500  tunai.”
        Tangan Elysha sejuk.Sudah tiada lagi airmata yang boleh megalir pada saat itu.Dia redha dengan segala yang berlaku.Bibirnya yang lebam akibat ditampar oleh ayah tirinya tempoh hari ditutup dengan make-up.Dia tunduk merenung lantai.
       “Nak, salam tangan suami itu,” seorang wanita yang sudah berusia menyentuh bahu Elysha lembut.Elysha menyambut tangan suaminya lalu mengucupnya.Saat itu, airmatanya menitis satu persatu.Suaminya memegang dagunya lalu mengesat air mata yang menitis dengan jari-jarinya.
       “Saya akan bawa awak jauh dari ayah tiri awak,” Elysha terkejut namun turut berasa gembira.Hatinya sebak kerana dia sedar bahawa dia kini sudah bebas daripada cengkaman ayah tirinya. Suaminya mencium ubun-ubunnya lama.Pipi Elysha sudah berubah merah.
      “Saya tak akan biarkan dia sentuh awak lagi,” suaminya membisikkan sesuatu lalu menyentuh lebam di bibirnya.Elysha merintih sakit.Dia menepis tangan suaminya perlahan.
*****
      “Saya nak ucap terima kasih kerana awak sudi selamatkan saya daripada ayah tiri saya,” Elysha duduk di sebelah suaminya lalu ingin mencapai tangan lelaki itu.
      “Saya akan bawa awak jauh tinggal bersama saya di Melaka.Saya tak akan bernarkan dia bawa awak kembali ke sini, ke Kedah ini,” Razif bangun lalu keluar dari bilik.Elysha terpandangkan sepucuk surat berwarna merah jambu lalu dia pun membacanya.Dia menggigil ketika membaca surat itu.

      Elysha menggenggam surat itu kuat.Dia terkejut membaca isi surat itu.Kini, dia pasti bahawa tidak akan ada seorang pun yang akan membantunya dengan ikhlas.

      Saya kahwin dengan awak bukan kerana saya yang inginkannya.Saya harap awak faham.Oh , sebelum saya lupa, Kak Hana kirim salam.Dia tak berkesempatan untuk hadir pada majlis kita sebab dia sedang sarat mengandung.Menunggu hari saja untuk bersalin.
Sincerely,
Razif Iqram .
         Air matanya mengalir lagi.Walau apapun, dia tetap bersyukur kerana Razif telah berjaya membawanya keluar dari kepompong ayah tirinya.
*****
        “Inilah rumah baru kita,” Razif membawa masuk bagasi Elysha lalu terus naik ke bilik atas.
         Elysha memerhatikan dekorasi rumah itu.Dinding ruang tamu itu ditampal dengan english style  wallpaper manakala dinding di dapur berwarna merah jambu dan ungu lembut.Meja makan dan meja di ruang tamu berwarna putih susu.Almari televisyen pula berwarna krim dan dihiaskan dengan gambar-gambar suaminya.Album gambar juda turut disusun di dalam laci almari itu.Sofa pula berwarna hitam dan putih.Cantik! getus hati Elysha.
        “Ely, ini bilik awak.Mari sini,” Razif memanggilnya dari atas.Elysha terus berjalan ke arahnya.Wow! hati Elysha berkata perlahan.Dinding biliknya ditampal dengan conventional floral wallpaper yang sangat menambat hatinya.Katilnya pula berwarna biru lembut.
       “Awak, cantiknya bilik ini,” Elysha berkata sambil tangannya merayap ke meja solek yang berwarna biru lembut.Razif tersenyum kecil.
       “Saya pun tidur kat bilik ni, awak tak kisah kan?”
      “Ehh?” Elysha terkejut. Matanya bulat memandang suami yang baru dinikahinya semalam.Razif tergelak kecil.Dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya.Dia berjalan ke arah Elysha perlahan-lahan.Elysha terundur sedikit.Dia tersenyum manis.Elysha menggigit bibir bawahnya.Dia tertunduk.Razif menolaknya ke arah dinding lalu membisikkan sesuatu di telinganya.
       “Boleh ke tak?” bisik Razif.Elysha mengangguk laju.Mukanya merah diperlakukan seperti itu.Razif memandang tepat dalam anak mata Elysha.Dia memegang dagu Elysha lalu mencium kedua-dua pipinya.Razif tergelak kecik melihat pipi Elysha yang merah itu lalu berjalan keluar bilik.
         Elysha memegang dadanya.Dup dap dup dap ! Jantungnya berdegup kencang.Dia terus berlari ke tandas lalu membasuh mukanya.
*****
       Lagu Young Love ,C-clown  kedengaran di seluruh master bedroom itu.Berlari Elysha mendapatkan telefonnya itu.
       “Hello,Assalamualaikum. Kak Hana! Lamanya tak dengar khabar, akak sihat?” Elysha senyum sampai ke telinga apabila mendengar suara kakak angkatnya merangkap kakak iparnya.
      “Akak sihat, alhamdulillah.Ely sihat? Macam mana sekarang? Okay? Adik akak ada buli Ely tak? Hehe,” Elysha tergelak kecil mendengar soalan kakak iparnya.
      “Alhamdulillah kak, Ely sihat.Baby akak macam mana? Sihat?” dia tersenyum sendirian apabila membayangkan betapa comelnya bayi kak Hana.Pasti comel seperti ummi dan abahnya.
       “Sihat semuanya.Akak dapat baby boy pula kali ini, hihi.Alhamdulillah.Dah sepasang anak akak. Ely nak tau tak muka dia macam mana?? Ely pergi tengok muka suami Ely itu lama-lama lepastu, hah, macam itulah muka baby akak,” Elysha turut tergelak apabila mendengar kak Hana gelak.
       “Haha, okay lah kak.Ely nak masak.Perut dah berbunyi dah ini,”
       “Ha, yelah.Masak sedap-sedap tau! Buat adik akak itu buncit sikit.Jaga makan sangat dia itu,” Elysha tersenyum lalu meminta diri sekali lagi.
****
      Elysha menghidangkan lauk-lauk kampung yang sememangnya menjadi kemaran dirinya sejak kecil lagi.Dia turut menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.
      “Awak, jom makan.” Elysha memegang bahu Razif lembut.Razif menutup televisyen lalu mereka berjalan beriringan ke dapur.
      “Awak masak semua ini?” Razif mengambil tempatnya di hadapan Elysha.Elysha mengaggukkan kepalanya lalu menyendukkan kuah ayam masak lemak cili api ke dalam pinggan Razif.
      “Terima kasih,” mereka berdua makan dengan seleranya.
      “Awak, biar saya yang basuh pinggan itu.Awak pergilah tengok tv kat depan,” Elysha memegang lengan suaminya.Razif tersenyum melihat isterinya mencuci pinggan.Dia menyandarkan tubuhnya di kabinet dapur dan terus merenung Elysha membasuh pinggan.
      “Kenapa awak pandang saya macam tu?” Elysha bertanya perlahan.Dia menggigit bibir bawahnya.
      “Mana ada saya pandang awak.Jangan nak perasan,” dia menjelirkan lidahnya.
       “Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Elysha berpusing menghadap suaminya.Razif membelai rambut Elysha yang terjuntai di dahinya.Razif tersenyum kecil.
     “Apa dia?” Razif memberi respon.
       “Umur awak berapa ye?” Elysha mengeringkan tangannya menggunakan sehelai sapu tangan.
       “Sepuluh tahun tua dari awak,” Razif  metakkan tangannya ke dalam poketnya.
       “Awak kerja apa?”
       “Arkitek.Okay, now my turn. Awak 17 kan?”
       “Yup.”
       “Ada niat nak sambung belajar? Overseas or malaysia?”
       “Saya tak pernah ada niat nak sambung belajar sebab saya tau rancangan ayah tiri saya dulu.But for now, honestly saya cakap, kalau awak izinkan saya pergi sambung belajar, saya akan ikut cakap awak,” Elysha menghadiahkan Razif  senyuman manisnya.
        “Comellah dia ini,” Razif mencubit pipi kanan Elysha kuat.
        “Aduh, lepaslah awak!” Razif tergelak kecil.
        “Sakit ke? Meh sini, meh sini,” Razif mengusap perlahan pipi Elysha sebelum mengucup pipi gebu isterinya.Elysha menampar lengan Razif perlahan lalu tersenyum malu.