Friday 11 October 2013

Awak tetap Suami Saya ~bab 6~

Finally found the heroin :)
Enjoy!



“Assalamualaikum, mama…mama? Mama kat mana?” Razif melangkah masuk ke dalam rumah mamanya.Tangannya mengheret dua buah bagasi ke dalam rumah.
          Rumah mama yang baru ini sungguh cantik rekaannya.Rumah yang terletak berdekatan dengan sawah padi dan rekaan rumah kampung Kedah sungguh menarik hati Elysha yang tidak pernah menetap di kampung.Dia melihat sekeliling rumah.Tanpa dia sedar, seorang gadis sedang memerhatikan perbuatannya.Gadis yang kelihatan sebaya dengannya itu tersenyum lebar apabila mereka bertentangan mata.Tudung hitam dikepalanya lembut ditiup angin.Dia berjalan mendekati Elysha.
         “Assalamualaikum..Ini kak Elysha kan? Saya Reez, Nurul Syareez. Adik abang Razif,” Reez tersenyum mesra.Dia menyalami tangan kakak iparnya.
         “Waalaikumussalam.Hai, Reez.Ini baru first time kita jumpa kan? Masa majlis hari itu, macam tak nampak je,” Elysha berasa sedikit canggung untuk membiasakan dirinya akak.
         “Kak Elysha..Boleh Reez panggil akak? Umur kita macam sebaya sebab itu Reez tanya,”  Reez tersengih.Dia ini memang jenis yang mesra alam.Campaklah kemana sahaja pun, pasti dia boleh hidup.
         “Umur saya baru masuk 18.Reez?”
         “OMG! Seriously? Alamak, apa kita nak buat ini? Reez tahun ini dah masuk 23 tau! Ayoo, apa kita nak panggil ini? Abang Zif!! Mana abang ini?” Reez menarik tangan Elysha ke dalam rumah.Terkial-kial Elysha membuka kasutnya.
          “Abang! Apa Reez nak buat ini? Reez lagi tua dari akak ipar Reez? OMG! Apa abang dah buat? Abang kan dah janji tak nak kahwin dengan girl yang lagi muda dari Reez?” Reez termengah-mengah.Elysha tergelak.
          “Hey Reez, lama abang tak jumpa adik abang ini.Reez sihat?” Razif mengusap kepala adiknya.Reez mengetap bibirnya geram.
          “Reez memang tengah cakap dengan pasu ini kan ma?” Mama gelak geli hati melihat telatah adik-beradik itu.Elysha mengambil tempat di sebelah mama.
          “Yelah-yelah.Abang dengar.Reez ni, huru-hara macam kena kejar hantu.Buat orang cemas je.Rupanya soalan ni yang dia nak tanya.Haihh budak ini..Kenapa abang kahwin dengan Elysha yang lagi muda dari Reez? Sebab jodoh abang dengan dialah.Apalah Reez ni…Ahh, lagi satu, sebab abang nak suruh Reez itu sedar yang Reez itu dah tua dah.Kena kahwin cepat-cepat.Abang dengar Mamat yang duduk kat hujung kampung sana itu memang dah lama nak memperisterikan Reez,”
         “Mamat? Mamat mana pula bang? Tak pernah dengar pun,” Reez terkebil-kebil.
         “Mamat yang kerja kat lombong itu..Reez tak kenal?” Razif tergelak terbahak-bahak.Reez menjeling tajam abangnya itu.Tangannya laju mencubit pinggang lelaki itu.Elysha turut tergelak lucu.
          “Mama, Ely nak kena paggil Reez apa? Reez je or akak or what?” Reez terus mengalihkan pandangannya.Dia tersengih.
          “Macam ini, macam ini.Kamu berdua biasakan diri nama masing-masing je.Nanti anak kamu tetap panggil Reez ni maksu,” Mama tersenyum.Reez tersengih-sengih.Dia memeluk lengan mama.
          “Eh mama ini..Lain topik pula mama masukkan,” Elysha tersenyum malu.Razif mengambil tempat di sebelah Elysha.Dia mengambil cawan Elysha namun cepat-cepat Elysha mengambil semula cawannya.Dia memberikan cawan yang lain kepada suaminya.
           “Mama cakap benda yang betul.Mana tahu perut awak itu dah berisi,”
          “Tak adalah mama,” Elysha membuang pandangannya ke luar rumah.Dia begitu terpikat dengan pemandangan sawah padi.Razif memegang tangannya.Elysha  mengukirkan senyuman.
          “Ma, kitorang masuk bilik dulu yer.Penat lah drive,”
          “Ely, jom jalan-jalan kat sawah.Best!” Elysha terus membulatkan matanya.Dia tersenyum gembira.
          “Jom!” sahut Elysha gembira.
          “Sayang…Temankan,” Razif menarik pergelangan tangan isterinya.Elysha menarik tangannya lalu menggelengkan kepala.
          “Tak nak.Ely nak tengok sawah.Awak masuklah bilik, tidur.Ely nak jalan.Bye!” Elysha berlari mengikut langkah adik iparnya.
          “Ma, apalah menantu mama ni.Reez lagi penting daripada laki dia? Hish budak ini,” Razif menggelengkan kepalanya.
          “Biarlah dia.Budak itu baru sampai sini kamu nak kurung dia dalam bilik.Dia itu mesti suka sangat kat sawah.Itu yang gembira tersangat itu,” Mama bangun lalu bergerak ke dapur.Mahu menyediakan minum petang.Razif mencebikkan bibirnya.Suara gelak tawa Elysha dan adiknya hanya dibiarkan.Dia terlampau penat untuk bersama dengan mereka berdua.
 ******
          Elysha berjalan di atas batas sawah dengan berhati-hati.Dia ingin mengejar langkah Reez namun dia takut dia terjatuh ke dalam air.Reez tersengih-sengih melihat kakak iparnya yang ketakutan.
          “Ceh, tadi semangat sangat nak ke sawah.Ini dah sampai, dia takut pula dah,” Reez tergelak-gelak di pondok yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari Elysha.
          “Eh Reez ini jahat lah.Orang tak pernah ke sawah memanglah excited nak ke bendang.Tapi orang tetap takut dengan pacat ke apa entah nama dia, tau!” Elysha duduk di sebelah Reez.Dia pelik dengan pemakaian Reez.Selalunya anak orang kaya tak pakai baju-baju kampung macam baju kurung kedah kan? Tapi Reez ini macam dah biasa sangat je dengan kampung.Elysha terus memerhatikan Reez.Angin sepoi-sepoi bahasa mendinginkan tubuhnya.Tudung mereka berdua berterbangan mengikut angin.
         “Ely, kita beraku-kau je eh? Tak selesalah nak biasakan diri nama ini,” Reez tersengih.Tangannya memintal hujung tudungnya.
         “Orang okay je,” Elysha mengalihkan pandangannya ke sawah padi yang sedang menguning.
         “Kau orang mana Ely? Ahh, mesti kau pelik tengok aku berpakaian macam ni kan? Kalau nak bandingkan aku dengan abang Razif, memang macam langit dengan bumi.Yelah mana taknya, orang yang mendidik kitorang pun berbeza,”
          “Maksudnya? Aku tak fahamlah,” Elysha duduk bersila.
          “Macam ini, dulu masa aku baby lagi, mama dah hantar aku dekat rumah mak ngah.Mak ngah tak boleh hamil so, mama dengan baik hatinya bagi aku dekat mak ngah.Mak ngah itu kakak mama tapi perangai memang jauh berbeza.Mak ngah ini macam kasar sikit tapi hakikatnya dia baik.Mama pula.. erm.. tak tahulah nak describe macam mana sebab aku tak rapat dengan mama sangat.Mulut mama memang baik dan sopan sentiasa.Mak ngah pula kalau bercakap, kasar memanjang.Sebab itulah aku ini kasar sikit.Belajar pun tak berapa nak pandai…Tak macam kak Hana dengan Abang Razif,” Reez terdiam sebentar.
          “Reez, walaupun kau cakap macam itu, aku rasa kau dengan Abang Razif itu okay je.Nampak rapat je,”
          “Aku ini bukan nak kata apa tapi disebabkan aku ini seorang je dalam hidup mak ngah, aku tak diizinkan langsung nak keluar, tak balik rumah langsung.Even, camping sekolah pun aku tak dapat join.Mak ngah macam tamak..Aku..Aku tak suka.Dia kongkong hidup aku.Aku mula rapat dengan Abang Razif pun dalam, 9 tahun lepas.Masa itu abang Razif baru habis SPM so dia tinggal sini dengan kitorang.Masa itulah aku baru berbual-bual lama dengan dia.Aku tak pernah pun tidur kat rumah mama yang kat Melaka itu.Mak ngah tak pernah izinkan aku duduk lama dengan diorang pun.Entah-entah, kahwin pun aku tak boleh,” Reez mengesat air matanya.Elysha mengusap tangannya perlahan.
          “Reez, mak ngah buat macam itu sebab dia sayangkan kau.Kau tak boleh kata dia macam itu,”
          “Ely, aku tak pernah bagi tahu sesiapa pun dalam dunia ini berkenaan hal ini selain kau.Aku tahu mak ngah sayang aku tapi, dia tak boleh kongkong life aku.Aku berhak hidup macam orang lain.Mama sayang anak-anak dia juga tapi mama tak pernah kongkong hidup abang Razif and kak Hana.Tengoklah, diorang boleh buat keputusan diorang sendiri tapi aku?  Aku tak boleh, Ely..Sekali pun aku tak boleh…” Reez menangis teresak-esak juga akhirnya.
           “Menangislah Reez, kalau itu yang boleh hilangkan rasa beban kau,” Elysha menarik Reez ke dalam pelukan.
          “Ely, beruntung abang Razif dapat kau.Baik, sopan, cantik and a good listener too! Huishh, complete semuanya,” Reez tersenyum pahit.
          “Reez, so..kau belajar setakat mana? Takkan mama tak pujuk mak ngah supaya bagi kau sambung belajar?”
          “Aku sambung belajar? Result pun hampeh! Memang taklah weh,”
          “Tak percayalah…Kau tipu eh?” Elysha menaikkan sebelah keningnya.
          “Aku tipu? Mana ada, memang betul apa aku kata ini… Aku malas nak struggle masa SPM dulu sebab aku tahu, kalau aku study bagai nak rak tapi at last, kat kampung ni juga aku kena duduk.Dari aku form 3 lagi mak ngah kata aku tak boleh sambung belajar.Dia tak nak aku tinggalkan dia nanti so..Hermm,”
          “So, sekarang kau kerja? Kau dah 5 tahun habis SPM kan?” Reez tersengih.
         “Memanglah.Aku ini dari dulu lagi free sentiasa.Kalau nak kerja, aku kerjalah.Kerja kat sawah ni.Ini tanah arwah tok.Mak ngah dapat 1 per 3 so aku lah yang usahakan.Mama punya mama upah orang.Kalau tak nak kerja, aku duduk kat rumah tu ha.Mak ngah dah dekat 4 tahun tak ada kaki, so aku jaga dia kat rumah,”
           “Mak ngah kenapa?”
           “Kencing manis,”
            “Ohh..Kau tidur mana malam ini? Sini or rumah mak ngah?” Elysha melunjurkan kakinya ke hadapan.
            “Mak ngah lah..Memang taklah aku tidur sini malam ini.Mahu tak masuk rumah sebulan aku.Pak ngah itu berganda garangnya tau!” Reez membuntangkan matanya.
           “Serius? Takkanlah..Dahlah esok, abang Razif kata nak ke rumah mak ngah..” Elysha mengetap bibirnya.Reez di sebelah sudah tergelak-gelak.
           “Tak payahlah nak buat muka cute hang kat sini.Pak ngah tak garanglah.Dia baik cuma tegas sikitlah.Alah..bekas tentera, memang tegaslah.Dia dengan mak ngah sama je keras kepalanya tapi alhamdulillah diorang tetap anggap aku macam anak kandung diorang tu,” Reez tersenyum manis.
          “Elysha!! Bukan main lama lagi dating dengan makcik seorang ni..Abang pun dia lupa?” Razif menggelengkan kepalanya.Dia pentas berjalan ke arah mereka berdua.
          “Eh, abang bukan nak tidur ke?” Elysha membetulkan posisi dirinya.
          “Mana abang nak tidur, isteri abang ni kat luar,” Razif tersengih.Dia duduk di sebelah Elysha.Reez sudah tersengih.Matanya menjeling pasangan suami isteri itu.Tiba-tiba dia berdiri.
          “Kira! Tunggu aku.” Reez lekas berlari ke kawannya, Akira.Akira pun terus mengayuh basikalnya pergi dari situ.Reez memegang bahu sahabatnya lalu tersenyum kecil.
         “Weh, nak ke mana?!” Elysha sedikit menjerit.
         “Nak balik rumah Kira.Bye…Selamat dating,” Reez melambaikan tangannya.
         “Weh, duduk diamlah.Kang jatuh,” Akira menstabilkan kedudukan basikalnya.
******
         “Best tak duduk sini?” Razif meletakkan kepalanya di riba Elysha.
         “Apa yang tak best duduk kat sawah? Mestilah best.Angin sejuk je,” Elysha tersenyum gembira.
          “Jom jalan-jalan,” Razif terus bangun lalu menarik tangan Elysha turun dari bangsal.
          “Aduh, sabarlah awak..sakitlah,” Elysha menepuk punggungnya lalu segera membetulkan seliparnya yang tercabut.
          “Sorry..tapi cepatlah,”
          “Ye..ye,” Elysha menarik lengan suaminya.Razif tersenyum,Mereka berjalan perlahan-lahan.
         “Cantiknya..”
        “Cakap Subhanallah, Ely” Razif tersenyum.Elysha tersengih.Dia mengucapkannya dalam hati.Tangan mereka bergerak seiring dengan kaki yang melangkah.
        “Mak..mak,” seorang budak kecil menarik belakang baju Elysha.Elysha yang terkejut terdiam seketika.Razif tergelak melihat mukanya tatkala itu.Dia menepuk bahu Elysha perlahan.Kepala Elysha tergeleng sedikit.
        “Ye dik? Kenapa ni?” Razif menyangkung di hadapan kanak-kanak yang berumur 4 tahun itu.Pipinya tembam dan gebu.Elysha memegang pipinya.Dia mengusap pipi itu lembut.
       “Mak..Alaa..mak mana? Kita tak nampak.Tadi mak ada,” Budak itu mengesat air matanya.Mukanya sedikit merah.
       “Mak adik pakai baju apa?”
        “Tak tahu…mak kata mak ada urusan..kita nak mak,” Dia mula teresak-esak.Elysha mendukung budak itu.Dia mengusap kepala kanak-kanak itu perlahan.
        “Sayang, jom balik. Rumah dekat mana?” budak kecil itu menggelengkan kepalanya.Elysha mencium pipinya.Dia sedikit pun tidak kekok.Razif sedikit tersentuh melihat sifat penyayang Elysha.Dia terus merenung Elysha yang sedang leka melayan anak kecil itu.
        “Janganlah nangis.Tak comel dah ni..Jom ikut akak jalan-jalan dulu nak? Lepas itu, kita cari mak.Janganlah nangis.Kan akak ada? Abang ni pun ada.Nak jalan tak?” Budak itu menganggukkan kepalanya.Elysha tersenyum.Dia mengucup lagi pipi budak itu.
        “Nama sayang siapa? Boleh akak tahu?” Elysha berjalan meninggalkan Razif.Razif menarik tangan Elysha.Elysha sedikit terundur.
        “Aduhh, apa ni awak?” Elysha mengetap bibirnya.Razif menghulurkan tangannya.
         “Nak apa?”
         “Biar abang yang dukung dia..Come sayang,” Razif mengambil budak kecil itu dari pelukan Elysha.Elysha tersenyum.
         “Nama sayang siapa?”
         “Nama kita…Didi..Nama penuh kita tak tahu,” Razif tergelak kecil apabila Didi menggaru kepalanya.
         “Comellah Didi ni,” Elysha mencubit pipi gebu Didi.Tangan kiri Razif memeluk pinggang Elysha perlahan-lahan.Dia membisikkan sesuatu.
         “Anak kita pun mesti comel macam ni.Sabar ye sayang,” Matanya dikenyitkan.Merah pipi Elisya dibuatnya.Elysha tergelak kecil untuk menutup rasa malunya.
         “Didi!! Ya Allah, mana kamu pergi?? Kenapa boleh sampai sini? Kan mak kata duduk kat pondok itu diam-diam..Mak pergi letak baby dekat rumah,” Tiba-tiba seorang wanita datang merampas Didi daripada Razif.Mereka berdua terkejut dengan kehadiran wanita itu.
         “Awak ni siapa? Macam mana Didi boleh ada kat sini?” Razif menarik Elysha dekat dengannya.Elysha terdiam.Dia mengetap bibirnya.Wajah wanita ini sungguh menakutkan dirinya.Dia sendiri tidak tahu mengapa.
        “Macam ni puan..Anak puan, Didi sangkakan isteri saya ni puan.Yelah, baju puan dengan isteri saya ini pun lebih kurang sama warnanya.Jadi kami ingat mahu hantar dia pulang tapi dia tidak tahu rumah di mana.Kami pun bawalah dia bersiar-siar sekejap,” Razif tenang memberi jawapan.
        “Terima kasih la ye dik.Akak minta maaflah kalau akak terkasar sangat tadi.Sebenarnya risau juga akak kalau ada apa-apa jadi kat Didi,” Wanita itu mengukirkan senyuman tawar.
        “Erkk, takpelah kak.Kami faham,” Elysha bersuara perlahan.Wanita itu tadi mengusap kepala Didi.
        “Didi, lain kali dengar cakap mak ye? Jangan lari macam itu je, tahu?” Elysha mencium pipinya Didi sekali lagi.Mereka pun meminta diri kerana hari pun sudah senja.Tangan Razif masih elok melekat di pinggang Elysha.Mereka berdua selesa begitu.
*********

           “Zif, mari makan,” Mama menarik tangan Razif untuk duduk semeja dengan mereka.Razif yang masih leka dengan telefonnya hanya menurut langkah mama.Elysha menyendukkan nasi untuk semua.
          “Bismillah…” Razif membaca doa makan.Elysha menyendukkan lauk untuknya kemudian barulah dia mengambil lauknya sendiri.Razif tersenyum.Mama memerhatikan anak menantunya.
          “Elysha, kamu punya result keluar bila eh?” Mama memulakan bicara.
          “Aduh mama..Apa punya soalan la tu,” Elysha mengetap bibir.
          “Mama ni, nanti-nanti lah tanya…Tengah makan ni,” Razif membela isterinya.
          “Mama bukannya tanya bila nak mengandung ke apa..mama tanya result SPM keluar bila? Haishh budak berdua ni,” Tersedak-sedak Elysha apabila mendengar perkataan mengandung. ‘Tadi anak dia cakap pasal baby, sekarang mak pula? Mampuss,’ desis hatinya.Razif segera menghulurkan air.
          “Thanks..rasa-rasanya result keluar hujung bulan 3.Kot lah ma .. Hihi,” Elysha tersengih.Mama menggelengkan kepalanya.
          “Boleh kot-kot pula ye? Dah makan,” Mereka kembali menikmati makan malam itu.
          “Mama masuk dalam dululah ye..Sekarang ni mama cepat penat, kamu berdua buatlah apa yang patut ye,” Mama masuk ke dalam bilik.Elysha yang sedang menonton tv hanya menganggukkan kepalanya.Razif masih tekun membelek surat khabar.
          “Sayang,” Razif tiba-tiba melompat di sebelah Elysha.
           “Mak!!” Razif terus menekup mulutnya.
           “Shhh” Elysha tersengih.
          “Abang ni dah kenapa? Terkejut oranglah,”
           “Memanglah orang, takkan monyet pula kan?” Razif tersengih.Elysha mencubit lengan Razif kuat.
            “Aduhh, sakitlah” Razif mengusap tangannya.
            “Padan muka,” Elysha menjelirkan lidahnya.
           “Cerita apa ni?” Elysha menyorokkan remote tv di bawah kusyen.Dia buat tak tahu sahaja apabila suaminya meminta remote tv.
            “Cerita I hear your voice.Kenapa?”
            “Cerita apa itu? Hishh, best sangat ke?” Razif menarik tubuh Elysha dekat dengannya.
           “Tak best pun.Abang pergilah masuk sana, sibuklah,” Elysha menolak bahu Razif.Razif menarik semula bahu Elysha.
           “Kalau tak best, tutup tv tu, jom masuk tidur.Abang penat,”
          “Abang masuklah dulu.Nanti Ely masuk.Goodnight,” Razif bangun lalu dia terus menutup suis tv dan berdiri di depan Elysha.Tangannya memegang kedua-dua tangan Elysha.Elysha tercengang.
           “Abang!! Eishh, kenapa tutup suis tu? Orang tengah tengok tv lah,” Elysha mengetap bibirnya geram.Dia memperlahankan suara.
           “Teman abang tidur, dah jom,” Elysha menarik tangannya lalu masuk ke bilik.Razif tergelak kecil.Dia mengejar langkah isterinya.Tangannya mengunci pintu bilik mereka.
          “Sayang…sorrylah.Siapa suruh sayang degil? Tak nak dengar cakap abang,”
         “Dahlah awak, tepi sana,” Elysha membentangkan selimut untuknya.Razif baring di sebelah Elysha.
          “Sayang,” Tangan Razif  melingkari pinggangnya.Elysha terdiam.Razif menarik bahu Elysha supaya baring menghadapnya.Elysha hanya menurut.Dia hanya memandang dada Razif.
          “Hey, senyum lah sikit..tengok abang lagi syok dari tengok mamat tadi kan?” Razif memegang dagu Elysha.Dia tersenyum manis.Elysha tergelak halus.
         “Kalau tengok dia lagi syok? Abang nak buat apa?” Razif membuntangkan matanya.Dia menggeletek pinggang Elysha.Elysha tergelak kegelian.Razif tersenyum gembira melihat tawa isterinya.
          “Sayang…” Razif menaikkan sebelah keningnya.Razif tersenyum penuh makna.Elysha membulatkan matanya.
******
         “Elysha..fikir apa tu?” Razif membuka tali lehernya.Butang baju kemejanya dibuka satu persatu.Dia merebahkan dirinya di sebelah Elysha.Elysha yang sedang termenung di atas katil memandang suaminya.
          “Teringat kat Didi..Abang nak makan ke? Ely pergi panaskan lauk,”
          “Lah, ingatkan tak sihat ke..Nantilah panaskan, duduk sini dulu diam-diam.Ely nak pergi jumpa Didi tak? Dah sebulan kita balik sini, baru hari ni rindu dia? Kalau nak abang bawa Ely balik kampung,”
          “Eh tak naklah balik kampung sebab nak jumpa Didi je, lagipun budak itu nanti bukan ingat kita pun bang,” Elysha bermain dengan hujung rambutnya.
          “Kalau nak balik kampung pun, abang kan tengah busy..Mana lah sempat,” Elysha menyambung.
           “A’ah lah..Abang baru je dapat tender baru.Kena siapkan yang itu pula,” Razif mengurut dahinya.Elysha mengeluh perlahan.Dia memejamkan matanya.Tidak tahu mengapa, dia berasa sungguh letih petang itu.
           “Ely tak sihat ke? Pucat je muka?” Razif berpeling melihat wajah isterinya.Elysha tersenyum.
           “Tak ada apalah bang..Semalam tak cukup tidur.Sibuk habiskan movie korea,” Elysha tersengih.Razif menggelengkan kepalanya.
          “Tulah..abang kan dah kata jangan tunggu abang balik..Abang tengah sibuk, so tidur awal ye?”
          “Ye cik suami,” Razif mencubit hidung Elysha kuat.Elysha pantas menepis tangan suaminya.Dia menggosok hidung kuat.
          “Sakitlah,” Elysha bangun.
          “Orang nak ke dapur, bye-bye”
          “Byee,” Razif tersenyum.Matanya perlahan-lahan tertutup.Dia akhirnya tiba di alam mimpi.
******
          “Hello, abang nak apa call Ely malam-malam ni?” Elysha menjawab panggilan itu perlahan.
          “Lah, dah tak boleh ke? Ely I have a good news for you!” Elysha mengetap bibirnya.Dia khuatir jika suaminya tersedar.Pintu bilik air dikunci perlahan.
          “What’s that?” Elysha bersuara perlahan.Dia mengeluh.
         “Ely mengeluh macam tak nak layan abang je.Ely nak tahu ke tak ni?” Syafiq kedengaran sedikit kecewa.Elysha serba salah.
          “No..I mean, dah lewat malam lah bang Fiq.Ely mengantuk,” Elysha beralasan.
          “Sorry sebab ganggu Ely malam-malam ni but I can’t control myself! I’m so happy! Akhirnya, papa Ely terima juga pinangan abang! Dia call abang semalam!” Elysha terpana.
          “Ber..bertunang? Itu maksud abang?” Elysha tergagap.
          “Yes honey! Kita dah bertunang! Nanti lepas 3 bulan, kita kahwin? Okay? Ely? Ely? Are you there?” Elysha senyap.Matanya berpinar.Akhirnya dia jatuh terjelepok.Syafiq khuatir.
          ‘She’s too happy? Sampai tak dengar apa yang aku cakap?’ Syafiq tersenyum gembira.