Saturday 25 January 2014

Cappuchino & Camellia



  Keysha Zaynah mematikan enjin keretanya. Alahh, orang tua mana yang parking kat tempat aku ni? Kalau nak park pun betul-betullah. Ini tak, dua kotak dia sambar. Getus hati Keysha. Kaki melangkah keluar.
    “Kak Jam, mana pemilik kereta kat depan tu?” Keysha bertanya sebaik sahaja nampak kelibat kak Jam di kaunter. Kak Jam atau nama penuhnya Jammilah hanya menggeleng. Kerjanya disambung semula.
     “Best lunch dik oi?” Kak Jam berbasa-basi. Tangan masih lincah mengira duit. Keysha mencebik bibir.
     “Hilang mood lepas tengok perangai hantu mamat mana entah parking kereta kat depan itu kak,” Kak Jam tergelak perlahan.
     “Sabar jelah Key, kejap lagi adalah itu pemilik keretanya,” Keysha angguk lalu keluar dari kedai itu semula. Daisy and Flowers, kedai bunga mamanya dipandang lama sementara menyandarkan tubuh pada kereta mewah yang mempunyai tuan yang tak berapa nak bijak itu.
     “Ehem! Sedap sandar nampak,” Seorang lelaki yang bersuara garau menegur. Cermin keretanya diketuk. Keysha terkejut. Matanya membulat. Terkebil-kebil.
     “Cik adik, saya nak ambil barang ni. Can you please move aside?” Lelaki tadi menyambung bicara apabila Keysha masih kaku.
      “Ehh. Boleh-boleh. Tapi encik, lain kali kalau nak parking itu betul-betul. Inikan ada dua kotak, kereta awak itu bukannya panjang macam treiler nak ambil sampai kena guna dua kotak. Get it? Cepat sikit, saya nak park kereta saya,” Keysha yang ingin masuk ke dalam keretanya yang sedikit senget di hadapan kereta mewah itu terbantut niatnya.
      “Suka hati sayalah nak park macam mana pun. Ini park saya, awak ni siapa? Park depan ni bukannya ada orang guna pun sebelum ni,” Selamba lelaki itu membalas sambil berpeluk tubuh. Keysha mengetap bibir. Mata dipejam seketika. Mengucap dalam hati. Matahari terik di atas dipandang. Peluh di hidung dikesat dengan tisu.
     “Encik, itu sebelum ini. Sekarang, saya nak guna park ni, so please betulkan kereta encik,” Lelaki itu tergelak sinis.
     “Inikan perk reserve. Hanya untuk pemilik-pemilik kedai area sini. And you? You are not one of the owner of these shops right? Satu pun bukan kan?” Keysha tersenyum sinis.
     “Oh, you ni pemilik kedai kat sinilah ye? Hmm, kedai mana pula ye? Tak tau pula saya ada kedai yang bertuankan encik yang sangat bijak ni,” Perli Keysha. Iyalah, dia bukan kenal sangat dengan pemilik-pemilik kat sini, lagi-lagi kedai di sebelah kedainya. Kedai bunga itupun dia baru sahaja ambil alih minggu lepas. Tak mustahil dia boleh tak kenal dengan pemilik-pemilik kedai di sini kan?
     “You cakap I bijak? Oh thanks,” Lelaki itu membuka pintu keretanya lalu mengambil beberapa dokumen dan menarik tie yang terasa seperti menjerut lehernya. Tie itu dicampak ke dalam kereta sebelum pintu ditutup. Keysha hanya merenung perbuatan lelaki itu.
      “Ehh, betulkan lah kereta awak itu! Saya nak parking kat sinilah!” Katanya sedikit menjerit. Lelaki itu merengus. Matanya yang garang merenung jauh ke dalam mata gadis di hadapannya itu.
      “Miss, I nak cepat. Can you find another park?” Langkah disambung. Keysha berlari ke kereta lelaki itu sebelum kakinya menendang sedikit hadapan kereta itu. Bibir tersenyum puas. Lelaki itu menjegilkan matanya. Langkah diatur semula ke kereta. Tubuh Keysha ditolak kuat. Terundur si Keysha yang bertubuh kecil itu.
      “How dare you, pendek! Arghh!” Keretanya yang sedikit berpasir dibersihkan dengan tangan. Ya Allah, dahlah aku baru basuh pagi tadi. Dia selamba badak je sepak kereta aku? Nak kena budak ni.
       “Pendek? Eii, ingat awak tu tinggi sangat ke? Eh dahlah, alihkan kereta awak itu cepat. Mana ada park lain, panas ni! Hishh, lagipun…”
       “Fine! You just shut your mouth!” Lelaki itu masuk ke dalam keretanya lalu mengundurkan keretanya sedikit. Memberi ruang untuk kereta gadis di hadapannya itu. Setelah itu dia bergegas masuk ke dalam cafenya. Keysha masuk ke dalam keretanya lalu membetulkan posisi keretanya. Cahaya matahari terasa seperti membakar kulitnya. Peluh dikesat dengan tisu.
       “Key, kenapa bising-bising tadi? Bukan main lagi dia sepak kereta itu akak nampak. Mentang-mentang dah lama tak dapat sepak bola, Key sepak kereta orang pula ye?” Kak Jam menggelengkan kepalanya. Dari tadi dia merenung pergaduhan dua umat manusia di hadapan kedainya. Dapat pula tengok buah hati yang memang dah berbulan tak nampak. Itu yang leka. Lagi-lagi muka jejaka pujaannya yang merah akibat tak tahan panas itu. Matanya yang garang, bulat itu. Aduhh, memang tak tahan.
       “Kak Jam ni, orang cakap tak nak dengar. Senyum macam kerang busuk seorang-seorang. Malaslah nak cakap,” Keysha meneguk segelas air. Dia melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi di hadapan kaunter.Tangannya pula melakar-lakar sesuatu di atas meja.
       “Hehh. Sorry. Hah, Key tadi Datin Umairah kata nak cepatkan majlis tunang anaknya itu minggu depan. Dia tanya sempat ke kita nak gubah bunga-bunga itu?” Mata Keysha terbeliak. Alamak! Mati aku. Bunga dia haritu order pun tak sampai lagi. Keysha terus berdiri.
       “Key nak masuk bilik kejap. Nak tengok senarai order. Takut ada yang tertinggal. Akak layanlah pelanggan eh,” Keysha berlari untuk ke biliknya. Kedai ini sebenarnya milik mamanya tapi sekarang ni dia pula yang usahakan. Dah habis degree dalam business itu yang terus ambil alih syarikat ni. Dia bukannya minat dengan bunga-bunga plastik yang mamanya usahakan jadi dia mengambil keputusan untuk menambah bilangan bunga segar di dalam kedai ini. Itu yang dia sibuk sikit.Iyalah baru minggu lepas dia masuk kerja. Idea pula dah melimpah ruah nak ubah suai perniagaan mamanya ini.
     “Key, dah pukul 6.30 ni, Key tak nak balik?” Keysha yang leka dengan kerjanya terhenti. 6.30? Cepatnya masa berjalan. Sedar tak sedar dah dekat 4 jam dia tak bergerak dari atas kerusi ini.
     “Key dah siap dah ni. Kejap. Akak kunci pintu kan?” Keysha menyambar tas tangannya yang berada di dalam laci. Muka ditelek di depan cermin seketika. Bibirnya mengoyak senyum.
      “Dah cantik dah itu Key. Ha’ah akak nak kunci pintu. Jom balik,” Keysha beriringan dengan Kak Jam ke pintu kedai. Harini Kak Jam tak bawa kereta, kereta rosak. Jadi Keysha lah yang akan hantar dia balik harini.
 ****
       “Keysha, mama kata jangan itu janganlah. Ei budak bertuah ni,” Keysha tergelak lucu. Adiknya turut tergelak. Mereka berdua galak mengusik mama mereka, Puan Sophia. Adiknya, Syed Qais Rezwan mengambil lagi beberapa pasu bunga mamanya lalu membentuk perkataan Love. Keysha masih ligat menabur bunga di sepanjang jalan dari pintu rumah ke dapur.
        “Key, Qais dah siap!” Jerit Qais di ruang makan. Mereka tergelak lagi melihat muka cemberut Puan Sophia.
        “Korang ni, malulah mama kalau papa nampak,” Keysha memeluk bahu mamanya.
        “Ma, papakan penat balik kerja. So sekali-sekala mama kenalah buat macam ni. Baru sweet kan Qais?” Qais memeluk bahu kakaknya juga.
       “Ha’ah. Macam kita berdua kan? Qais love Key!” Keysha tersengih.
       “Love you too naughty boy,” Kepalanya disandarkan pada bahu adiknya yang lagi tinggi daripada dia.
       “Hahh ma. Itu papa dah sampai. Pergi diri kat depan pintu itu. Good luck ma! Fighting!” Keysha dan Qais berlari naik tangga. Lampu semuanya ditutup. Lilin dah siap nyala. Candle light dinner for mama dan papa!
       “Key, Key tengok tu. Hehehe, bilalah Qais dapat peluk dia macam tu kan?” Kepala Qais diluku perlahan. Keysha mencebikkan bibirnya.
       “Qais, study pun belum habis dah nak menggatal,” Qais memeluk bahu kakaknya.
       “Alahh, Qais dah 23 kot. Satu sem je tinggal,” Keysha tersengih. Iyalah, dia dengan Qais bukan jauh pun beza. Setahun je. Diorang berdua pun rapat sangat sebab adik beradik pun diorang berdua je.
       “Qais, dahlah. Key tak sanggup nak tengok mama and papa sweet-sweet macam tu. Haha, jealous tau!” Tangan Qais ditarik ke bilik. Qais membawa laptopnya sekali.
       “Key, nak tengok muka awek Qais tak?” Keysha sengih. Wahh, bukan senang nak tengok muka awek budak ni.
       “Nak,nak!” Keysha meniarap di sebelah Qais yang bersila di atas katil. Tangan ligat membuka folder. Nama folder pun bukan main pelik. ‘Selenga’
       “Apa benda yang selenga nya Qais oi?” Qais tayang muka tak ada perasaan.
      “Key jangan cakap apa-apa tau!” Keysha angguk. Yakin sungguh. Satu gambar diklik.
      “Ya Allah! Qais!!!!” Mulut Keysha segera ditekup. Matanya membulat. Keysha menolak kuat tangan adiknya. Qais sengih tak bersalah. Muka Keysha merah. Daripada baring, terus bersila. Tangan memegang bahu adiknya.
      “Qais, ya Allah. Key tak sangka yang Qais gay!!” Keysha menumbuk bahu Qais kuat. Tapi dia yang mengaduh sakit. Qais tergelak. Tangan Keysha dicapai lalu digosok lembut.
       “Ngarutlah Key ni. Mamat handsome macam kitorang mana ada gay. Ini bakal abang ipar Qais. Key berkenan tak?” Ceitt, budak ni mainkan aku rupanya. Keysha meluku kepala Qais.
       “Qais ni, sakit jantung Key tau! Eii, ingatkan mamat handsome ni..Eh? Handsome ke? Mana? Nak tengok sikit,” Tangan Keysha menolak tangan Qais yang masih menggenggam tangannya. Mata dihala pada skrin laptop.
        “Macam pernah tengok lah Qais. Tapi tak ingat kat mana,” Keysha memegang dagunya. “Siapa ni? Bolehlah handsome dia,” Keysha masih menilik gambar tersebut.
        “My prof. Muda lagi, baru 30,” Keysha ternganga.
       “Qais, muda? 30 tu dah terlajak lah,” Keysha tersengih memandang adiknya.
       “Key, lelaki lagi tua lagi banyak orang kejar tau! Lagi banyak aset maa,” Qais menepuk belakang Keysha. Keysha tergelak.
       “Well, dia menepati cita rasa Key but you know what?”
       “What?”
       “Your prof tak reti park kereta,” Qais memandang Keysha pelik.
       “Kejadahnya? Qais tak faham?” Keysha mencebikkan bibirnya.
      “Tadi Key jumpa dia depan kedai. Kan park Key kat situ tapi dia parking kereta dia sekali dua kotak tau! Setengah-setengah. Angin lah Key. Key baru balik lunch tengah happy, happy then dia rosakkan mood Key. Lepas itu buat tak bersalah pula tu. Eii, geram tau tak,” Keysha memintal hujung bantal.
       “Eicehh…Jangan benci sangat Key, nanti jadi sayang. Kalau macam itu lagi senang kerja Qais kan? Haha,” Qais menyiku badan Keysha. Keysha menjeling tajam.
        “Mana gambar awek Qais? Key nak tengok. Cepatlah,” Desak Keysha.
        “Lol. Qais mana ada awek. Key ni mengarut je,” Qais berdalih.
        “Suka hati Qais lah,” Keysha baring.
        “Key, Qais nak tidur dululah. Ngantuk pula. Esok awal-awal pagi dah ada class so goodnight dear, muah muah,” Keysha angguk. Matanya pun dah layu. Qais tekan kunci pintu dahulu sebelum menutup pintu. Keysha membetulkan posisi dirinya sebelum lena.
******
        “Keysha, esok Key nak teman akak pergi makan tak? Akak dah lama tak rasa makanan korean ni. Uishh, cakap je pun dah terliur,” Kak Jam memejamkan matanya. Menghayati lah katakan.Kak Jam yang dah berumur 27 tahun ni pun masih gila dengan k-pop. Keysha? Bolehlah. Jangkitan masa masuk U awal-awal dulu.
        “Kat mana kak? Boleh juga, dah lama Key tak makan korean food,” Keysha membelai sekuntum bunga Daisy. Daisy means Innocent.
        “Key, you are just like that Daisy. Cantik plus innocent,” Kak Jam beri komen apabila melihat keasyikkan Keysha pada bunga itu.
        “Haha, mengarut je akak ni. Key innocent? Mana ada. Kat mana kedai tu kak? Jauh tak?” Keysha balik pada topik asal.
        “Jauh mendanya? Sebelah kedai kita ni je Key oi,” Keysha mengerutkan dahi.
        “Bukan sebelah ni Italian Restaurant ke kak? Bila tukar?”
        “Dah 2 tahun jugalah owner ni buat pembaharuan. Every Saturday, Sunday and Wednesday dia buat Asian food. Like chinese, japanese and korean food. Itulah hari yang akak wajib ke sebelah. Hihi,” Keysha menganggukkan kepalanya. Dia ini memang malas ke sini semenjak belajar kat Australia dulu. Qais itu ambil engineering so dia study kat sini je. Tak nak jauh dengan mama and papa.
         “Owner dia girl ke kak? Cantik café dia,” Kak Jam tergelak kecil.
         “Lelaki lah Key. Handsome tau!” Kak Jam mula tersengih-sengih seorang diri.
         “Ohh, selama ni akak tunggu dia ke? Haha, dah confess belum?” Keysha mengusik.
        “Tak naklah akak confess. Nanti dia reject, malu je akak.Lagipun siapalah akak nak berganding dengan dia kan? He’s an owner akak pula kuli awak je. Key sesuai lah dengan dia,” Kak Jam senyum segaris. Keysha menggelengkan kepala.
        “Apalah akak ni. Kalau dia reject, akak cari orang lain. Simple lah kak,”
        “Awak cakap senanglah Key,” Kak Jam bangun lalu melayan pelanggan yang baru masuk.
        “Yeahh, kaya mesti nak yang kaya. They never look at people like us,” Keysha bercakap sendirian. Kejadian tiga tahun lepas kembali menerjah kotak fikiran.
*****
        “Awak, I’m sorry. We can’t continue our relay. My parents tak izinkan,” Keysha mengangkat kepalanya. Dari tadi dia hanya menunduk. Air mata ditahan agar tidak meleleh. Senyum cuba ditarik.
         “But..why?” Perlahan sahaja suaranya.
         “Kita tak sama,” Lelaki itu balas perlahan. Keysha tergelak sinis. Hatinya bagai ditoreh dengan belati. Tak sama? Memanglah, kau lelaki aku pula perempuan.
         “Apa yang tak sama? I don’t get it,” Keysha cuba memandang ke dalam mata teman lelakinya, Rizqi Aiman.
        “Status. Kekayaan. My parents pandang semua itu,” Keysha tergelak lagi. Pasal itu je?
        “Okay then.For your information, I pun tak suka lelaki yang bajet kaya gila macam you. Ingat you seorang je ke ada duit? Hell please. Lagipun baguslah you ikut kata parents you kan? Good boy. Kirim salam sayang I kat mama you, Puan Sri Mariani hmm?” Keysha menyambar tas tangannya lalu terus keluar dari restaurant itu.Rizqi mengetap bibirnya. Satu keluhan yang berat dilepaskan.
         “I love you, Keysha Zaynah. But I can’t help it. Syurga I di bawah tapak kaki mama I,” Rizqi mengesat tubir matanya yang basah.
        Keysha duduk di hentian bas. Dia memandang kereta yang lalu lalang di hadapannya. Air mata yang menitis dikesat.
         “Miss? Here, take it. Remember this, God test you because He wants to give you something better, ” Seorang lelaki menghulur sehelai kain. Keysha menyambut lalu berterima kasih. Apabila dia angkat kepalanya, tiada orang. Keysha memandang keliling. Seorang lelaki sedang berjalan membelakanginya tidak jauh dari bus stop itu. Keysha beristighfar dalam hati. Betul kata jejaka itu, mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini, getus hati Keysha.
******
         “Kak, cantiknya café ni. First time Key masuk café ni kak,” Kak Jam tergelak.
         “Memanglah. Pemilik café ni pun handsome macam kedai dia,” Keysha mencebik.
         “Akak ni teruk betul angau dia. Haha,” Kak Jam menyiku perut Keysha. Mereka berdua tergelak.
         “Akak order dululah. Pilih meja. Key nak ke toilet. Rambut macam terkeluar sikit,” Kak Jam angguk kepala. Langkah Keysha laju menuju ke toilet.
         “Hah, dah okay sikit,” Keysha membelek mukanya di cermin. Dia melangkah keluar sambil tangan mencari handphone yang berbunyi. Qais call?
         “Hello, waalaikumussalam. Hah, Key tengah makan dengan kak Jam.Jangan nak mengarut lah Qais. Apa? Bakal suami?” Qais tergelak mendengar soalan kakaknya.
         “Yup, bakal suami. Mana dia Key? Tak sabar Qais nak jumpa,” Qais bergurau. Keysha tersenyum. Nilah masanya nak kenakan si Qais, detik hati kecilnya.
          “Well, he’s now in front of me. My future imam,” Keysha terhenti apabila terasa seperti air tertumpah di atas bahunya. Hidung pantas ditutup.
          “Key are you alright?” Pelik betul. Tiba-tiba senyap je kakak aku ni.
          “Qais, call you later,” Penggilan terus dimatikan. Mata memandang bahu.
          “Aishh! Cappuchino! Erghh,” Tisu dikeluarkan dari dalam beg. Tangan segera mengesat cappuchino yang tertumpah sedikit di atas bahu manakala tangan sebelah lagi masih menekup hidung.
         “Ermm, sorry miss. Tak nampak tadi,” Mata Keysha memandang ke atas. Again? Mamat ni?
         “Takpelah, benda nak jadi. Sorry juga sebab tak nampak awak kat depan saya tadi,” Keysha malas nak bergaduh. Langkah diaturkan semula ke toilet. Basuh sikit lah. Eii, tak tahan lah dengan bau cappuchino ni. Getus Keysha.
         “Sorry again,” Pintanya sedikit menjerit apabila pintu toilet ditutup. Muhd Faiq Wazif tersenyum kecil.


         “One fact yang I baru tahu besides you are cute is you hate Cappuchino,” Faiq tersenyum manis sambil berjalan masuk ke dalam officenya. Nak ambil kertas assignment. Kejap lagi students dia datang nak ambil.
          “Lah Key, kenapa muka cemberut macam tu?” Kak Jam menegur apabila Keysha kembali ke meja mereka.
          “Somebody tumpahkan cappuchino atas bahu Key. Tak sukalah bau dia,” Keysha menekup hidung. Kak Jam serba salah.
          “Kita baliklah. Keysha tukar baju. Lain kali kita datang lagi,” Kak Jam nak bangun tapi dihalang oleh Keysha. Kak Jam tahu dia memang benci Cappuchino. Keysha menggelengkan kepala sambil senyum segaris.
          “Membazirlah kalau tak makan kak. Key dah lah tak ada banyak duit. Kita makan dulu eh,” Keysha senyum manis. Kak Jam angguk kepala. Bibirnya juga ukir senyuman manis.
          “Eh Key, itu Qais.”
         “Mana?”
         “Itu. Kat pintu masuk itu,” Keysha berpaling. Matanya dikecilkan.
         “Qais!” Keysha jerit sedikit sambil melambai adiknya. Mata Qais sedikit bulat apabila nampak bayang kakaknya di dalam café itu.
        “Key buat apa kat sini?” Qais bediri di sebelah meja Keysha.
        “Makanlah. Qais buat apa pula kat sini? Kalau nak makan, joinlah Key sekali,” Qais menggelengkan kepalanya.
        “Sorrylah Key, tapi Qais dah janji dengan member nak makan kat sini sambil ulang kaji. Itu ha, semua itu kawan Qais. Hahh, yang baru masuk itu pun sama. But Key, why you smell like Cappuchino? Key minum Cappuchino ke tadi?” Jari telunjuknya diarahkan kepada sekumpulan lelaki dan 3 orang perempuan. Keysha senyum.
         “It’s okay. Key faham. Taklah, tadi ada orang tertumpahkan Cappuchino atas bahu Key,” Key buat muka geram. Qais tergelak sebelum kembali ke meja rakan-rakannya.
         “Siapa tu weh?” Kawan Qais terus bertanya sebaik Qais menghenyakkan punggung di atas kerusi. Qais mengangkat keningnya.
         “Keysha Zaynah, why?”
        “Erkk, siapa tu? Awek kau ke?” Qais tergelak.
        “Takdelah. Dia itu kakak aku. Kejadahnya awek. Tak sama ke muka kitorang?” Qais membelek wajahnya.
        “Sikit pun tak bro,” Qais tergelak. Dia terdiam apabila Raudhah duduk di hadapannya. Raudhah senyum sedikit dan terus menundukkan kepalanya. Qais mengetap bibir. Kak Jam dan Keysha pula hanya memerhatikan Qais sambil makan.
        “Key, tengok Qais itu. Tak pernah akak tengok muka dia malu macam itu. Itu mesti awek dia kan?” Keysha mengetap bibirnya.
        “Eii, geram betul Key dengan Qais ni. Awek dia punya cantik, sekali pun dia tak nak tunjuk kat Key. Siap dia lepas ni,” Kak Jam tergelak. Keysha pula sudah tersenyum jahat. Siap kau Qais, getus Keysha.
         Seorang lelaki berkemeja lengan panjang berwarna hitam mendekati meja Qais. Kak Jam berhenti makan. Matanya menyoroti derap langkah lelaki itu. Keysha pula tidak sedar dengan perbuatan kak Jam. Dia hanya makan dengan penuh berselera. Faiq lipat lengan kemejanya hingga ke siku. Rambutnya yang sedikit tercacak menarik perhatian Kak Jam.
        “Hye guys,” Faiq menarik sebuah kerusi di sebelah Aisyah. Gadis yang berambut perang itu hanya memakai dress paras betis. Aisyah tersenyum manis. Rambutnya diselak sedikit.
         “Prof, you look gorgeous today,” Aisyah tersenyum lagi. Faiq tergelak.
         “Thanks. But don’t you know that I’m gorgeous for every single day huh?” Mereka semua tergelak. Keysha menjeling meja itu. Haishh, nak belajar ke apa itu? Gelak semacam saja.
         “Prof, wanna be my date?” Aisyah tiba-tiba mencuba nasib. Faiq tergelak kecil. Sopan gila.
        “Cannot lah girl. Sorry. Ermm, ni pun I tak boleh duduk lama. Nanti my future wife jealous pula,” Mata Qais terbeliak. Wait, prof bukan single ke? Minggu lepas cakap dengan aku single.
       “Siapa that lucky girl prof?” Amir, rakan Qais bertanya. Faiq menjeling Keysha yang sedang enak menjamu selera.
        “Itu, yang pakai tudung biru cair itu. With the black and pink floral blouse,” Qais terdiam. Amir mengerutkan kening.
        “Itu kan kakak Q..” Qais menekup mulut Amir. Perghh, nasib baik suara dia perlahan. Qais meletakkan jarinya di mulut.
        “Dah berapa lama prof dengan dia?” Aisyah bersuara lirih. Kecewa lah itu.
        “Ermm, entah. Saya tak kira,” Faiq tersenyum bahagia. Raudhah senyum mendengar kata-kata profnya.
        “Prof, nama dia siapa?” Erk, Qais pandang Amir. Amir tersengih.
         “I call her, Camellia,”
         “Camellia? Apa itu?” serentak mereka bertanya.
         “Sejenis bunga yang membawa maksud graciousness. Anggun,” Faiq merenung Keysha. Kak Jam menyepak kaki Keysha di bawah meja perlahan. Keysha pandang muka kak Jam tak puas hati.
         “Apasal main tendang-tendang ni kak?” Keysha letak chopstick yang dia gunakan untung makan. Hilang mood tau!
        “Itu, tengok itu. They all are looking at us,” Keysha tergelak.
        “Kak, kita bukan artis lah. Mana tau diorang tengah pandang orang belakang,” Keysha tergelak lagi.
        “Kita je yang ada kat sini Keysha. Belakang Key, belakang akak kosong,” Keysha berpaling. Serentak itu, matanya terpaku dengan renungan Faiq. Mereka berdua saling merenung sebelum Keysha mengalihkan pandangan. Pipinya merah. Qais sudah tersengih panjang. This is gonna be more interesting.
         “Prof, pergilah bawak Cappuchino ni kat dia,” Qais menghulurkan secawan Cappuchino. Sengaja nak menguji. Faiq menggelengkan kepala.
          “She don’t have Cappuchino,” Qais sedikit ternganga. Wahh, tak semua orang tau Keysha tak suka Cappuchino. Only her family and kak Jam saja yang tau.
          “So, air apa yang dia suka prof?” Raudhah bersuara. Semua mata memandangnya. Raudhah kembali tunduk. Qais tersenyum memandang perbuatan Raudhah.
         “Ermm, Rose,” Semua mata sekali lagi memandang Keysha dan Faiq.
         “Ada ke air Rose?” Semua mata memandang Qais. Qais mengangkat bahu. Asal tanya aku? Getusnya tidak puas hati.
         “She loves to have it. Letak Rose dalam air sirap, sedap tau!” Qais hampir ternganga. Okay, mana dia tau? Dia betul-betul dengan Key ke ni? Siap Key, Qais belasah Key kat rumah nanti. Sampai hati tak bagitau pasal relay Key dengan prof Qais.
          “Weirdo. Ada ke orang letak Rose dalam sirap?” Aisyah pelik. Qais menjeling Aisyah. Hey, kakak aku itu kreatif. Sebab itu korang tak pernah dengar orang minum sirap + Rose.
          “Apa nak pelik, sirap itu datangnya dari Rose juga,” Qais memandang Faiq. Wow! Bravo prof! Memang itu pun jawapan Keysha kalau Qais mempersoalkan air kegemaran Keysha. Dan yang paling penting, kakak dia itu mula suka Rose + sirap selepas pulang dari Australia.
          “Prof, buatkanlah sirap Rose untuk bakal wife you itu. Then you give her, kitorang nak tengok,” Amir mengangkat keningnya. Faiq angguk.
         “Wait here,” Faiq bangun lalu menuju ke dapur. Tidak sampai 10 minit, dia kembali dengan segelas Sirap Rose di tangan. Sekuntum bunga Rose di dalam Sirap dan beberapa kelopak bunga Rose di taburkan di atas dulang. Semuanya tekun memerhati tingkah laku Faiq.
        “Assalamualaikum. This is for you, miss Camellia,” Faiq tersenyum manis pada Keysha. Keysha terpana.
        “Tapi saya tak order. Sirap Rose? Wow! But, ehem.. Saya rasa saya tak nampak pula dalam senarai menu tadi. Menu baru ke?” Keysha memandang gelas air di hadapannya. Air liur ditelan. Huwaaa, dah lama den tak minum sirap Rose ni!
        “This is special made for you from someone,” Faiq mengenyitkan matanya lalu bergerak ke dapur semula. Setelah meletakkan dulang di dapur, dia kembali ke meja students nya.
        “Got to go. Bye-bye guys. Assalamualaikum,” Faiq menepuk bahu Qais. Mereka semua bersorak.
        “How sweet you are, Prof,” Faiq tergelak sebelum meninggalkan mereka semua. Qais menjeling Keysha. Gadis itu nampak bingung. Qais menaip mesej.
       + dah berapa lama? –Qais-
-         Apa? –Keysha-
       + You and prof? Future wife? Need an explanation.
-         Don’t get it.
+ Sis, you je yang tahu the situation.
-         Oh, haha. Maybe prof you itu salah faham. Tadikan masa Key tengah usik Qais, Key cakap my future husband is right in front of me, right? At that time, your prof terlanggar bahu Key and tumpahkan Cappuchino atas bahu Key. Perasan lah itu. Hoho.
+ And how did he knows that you hate Cappuchino and love Sirap Rose so much?
       Keysha ternganga. Kak Jam pandang pelik.
      “Key, dahlah. Jom balik. Ke Key belum habis makan?” Kak Jam memecah lamunan Keysha. Keysha tersengih.
       “Jomlah balik kak,” Kak Jam senyum segaris. Sebenarnya dia kecewa. Dia seperti dapat rasakan yang jejaka pujaannya dah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan bos dia pula tu! Itu yang terasa rendah dirinya dengan Keysha.
-         Qais, mana dia dapat tau? :O
+ Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Manalah Qais tau, Key ni sengal lah.
-         What? Sampai hati Qais panggil Key sengal? Okay fine. Bye.
+ Haha, kita sambung kat rumah. Bye.
*****
        “Riz, kau putus dengan awek kau sebab apa?” Faiq mengetuk meja dengan pennya. Rizqi ini sepupu dia yang paling rapat. Sepanjang dia di Australia untuk pengajian masternya, Rizqilah tempat dia meluahkan rasa. Tempat dia menumpang rumah. Hihih.
        “Aku..Aku tak nak putus tapi kau tahulah. Mama aku itu kalau dah kata tak maka taklah. Aku peninglah. Mana nak jaga hati aku, hati dia, hati mama. And at last, aku ikut juga kata mama aku. Aku tahu dia sedih tapi aku nak buat macam mana, syurga aku di bawah tapak kaki mama aku,” Rizqi melepaskan keluhan berat. Faiq simpati.
        “Apa sebab mak kau tak suka dia?”
       “Dia tak kaya,”
       “Wow! Pasal itu je? I bet that girl mesti tak dapat terima hakikat,” Faiq tergelak lucu. Lucu dengan alasan sepupunya dan makngahnya.
        “Bro, aku sayangkan dia. Apa aku nak buat?”
        “Aku balik Malaysia lagi 4 bulan,” Tiba-tiba Faiq menukar topik perbualan mereka. Rizqi panggung kepala. Kening dikerutkan.
        “Aku tak tanya pun. Aku tanya kau benda lain,” Faiq bangun lalu menuju ke tangga.
        “Jangan tanya aku macam mana sebab aku sendiri tak pernah bercinta,” Faiq tersengih. Rizqi mengeluh lagi. Faiq yang simpati turun semula. Dah sepupu rapat, mestilah kesian sikit. Adalah sikit kesiannya daripada langsung takda? Hah.
        “Alah bro, kau ni. Buat aku tak senang nak tidur tau. Okay-okay, cuba cerita kat aku apa yang kau nak cerita,” Faiq duduk semula di hadapan Rizqi.
        “Aku cerita semua pasal dia boleh?” Faiq angguk. Hentam sajalah.
        “Key, dia baik, lembut, cantik macam bunga. She loves flower so much. Kalau dia happy, dia akan senyum sepanjang hari. Tapi kalau dia sedih, dia akan duduk diam sambil belek bunga sepanjang hari. She’s creative. Banyak benda dia buat di luar jangkaan aku. But yeah, dia tak kaya and sebab itu je aku putus dengan dia. I’m stupid right? Lepaskan seorang gadis yang perfect pada pandangan akulah, hanya sebab dia tak kaya,” Faiq terdiam.
        “Faiq, kau tau tak? Kalau dia menangis kan, pipi dia, hidung dia, mata dia semuanya jadi merah. Merah macam saga. Comel sangat. Bila dia kesat air mata dia, bila dia gelak untuk tahan air mata dia daripada jatuh, dia comel sangat. Aku..Aku teringin nak kesat air mata dia tapi kau tau? Aku yang buatkan dia menangis. Menangis sampai macam itu sekali,” Tanpa Faiq jangka, air mata Rizqi jatuh mencurah-curah. Suaranya jadi sebak.
        “Riz, mengucap bro,” Rizqi menarik nafas. Bibirnya terkumat-kamit mengucap. Faiq terbayangkan gadis yang dia jumpa tempoh hari. Berkulit cerah, hidung merah, pipi yang merah. Dia yakin wanita itu sedang menangis.
        “Faiq, berbaloi tak pengorbanan aku ni untuk masuk ke Syurga? Aku harap mama akan pilih kan seseorang untuk aku supaya aku dapat turutkan semua permintaan dia. Aku nak masuk Syurga, Faiq,” Ya Allah, tersentuh hati Faiq mendengar tutur kata sepupunya.
        “Riz, insyaAllah bro. InsyaAllah. Aku nak tanya kau somethinglah. Ehem.. Kalau kau dapat tau yang suatu hari nanti ex kau itu kaya, kau nak rujuk balik?” Soalan Faiq membuatkan Rizqi mengesat air matanya.
        “Maksud kau?”
       “Tak adalah. Instict aku ni kuat mengatakan yang dia itu macam berduit. Tak adalah miskin. Tapi kenapa mama kau tak nak perempuan yang tak kaya? Tak ada beza pun kaya tak kaya, janji hati baik, suci,”
       “Kalaulah mama aku macam mummy kau kan Faiq, mesti aku dah lamar dia jadi isteri aku. Senang kan dapat mummy hati lembut macam mummy kau. Entahlah bro, aku pun tak tau kenapa mama aku pandang harta benda. Biarlah mama aku nak apa pun, janji dia happy..”
        “Even kau tak bahagia?”
        “Kalau aku tetap dengan ex aku, tapi mama aku tak restu, bahagia itu tak akan kekal. Jadi biarlah hubungan yang aku buat itu direstui,” Rizqi berkata begitu meski hati tak ikhlas. Biarlah tiada siapa yang tahu gelodak hatinya.
        “Aku nak cakap lebih-lebih pun aku tak tau nak cakap apa. Be strong bro, insyaAllah ada yang lebih baik menanti kau,” Faiq menepuk bahu Rizqi lalu naik ke bilik. Rizqi pula kembali termenung.
******
         “Miss, someone give you this,” Seorang wanita berambut perang menghulurkan segelas air kepada Keysha. Keysha mengerutkan dahinya. Wanita itu kemudiannya berlalu. Seorang lelaki yang ditunjukkan oleh wanita berambut perang itu menghampiri Keysha. Keysha mengerutkan dahinya. Buku nota yang diconteng-conteng di tolak ke tepi.
         “Thanks, but is this halal?” Lelaki yang memakai mask muka itu menganggukkan kepalanya. Matanya cantik sungguh! Kulitnya putih. Rambut yang sedikit tercacak itu menarik perhatian Keysha.
         “I’m a muslim and a Malaysian. Jangan risau,” Keysha tersenyum mendengar kata lelaki itu.
          “Air apa ini awak?” Keysha memandang wajah lelaki di hadapannya. Dia mendongak ke atas kerana lelaki itu sungguh tinggi. Lelaki itu tidak langsung memandang wajahnya. Dari tadi pandang ke tempat lain.
          “Sirap yang dicampur dengan bunga Rose. I bet you will love it so much,” Lelaki itu tersenyum lalu duduk di sebelah Keysha. Tetapi agak jauhlah. Adalah dalam 50cm dari tempat duduk Keysha.


          “Macam pelik je,” Keysha berkata perlahan. Dia menghirup sedikit. Matanya bercahaya.
          “Apa nak pelik, kan sirap dibuat daripada esen bunga mawar? Sama saja konsep dia,” Keysha tergelak mendengar kata lelaki itu.
          “Saya pasti sirap Rose ni akan jadi air kegemaran saya, thanks awak,” Lelaki itu angguk lalu berlalu dari di situ. Dari belakang, Keysha ternganga. Ehh ni mamat yang hari itu! Alahh, tak dapat tanya nama. Hmm, takpelah, kalau ada jodoh nanti boleh jumpa lagi. Keysha berkata dalam hati.
******
          “Key! Explanation please,” Qais bercekak pinggang di hadapan Keysha. Puan Sophia mengerutkan dahinya.
         “Apa pula kali ini kamu berdua ni?” Qais mendapatkan mamanya.
        “Ma! Key ni dah ada future husband, prof Qais pula itu!” Qais memeluk lengan mamanya. Keysha mengetap bibir.
        “Eii Qais! Key tak tahulah apa yang dah jadi tapi Key tetap dengan jawapan Key! Key tak ada apa-apa dengan prof Qais itu!” Qais geram.
        “Habis itu, mana dia tau pasal sirap Rose, favourite Key itu? Kan family kita je tau selain kak Jam,” Qais menggaru kepalanya. Keysha lagi teruk. Ulang alik dari tadi. Puan Sophia menggelengkan kepala lalu keluar dan duduk di hadapan Kak Jam. Borak dengan si Jam ni lagi bagus daripada layan budak berdua itu. Dia ke sini pun sebab anaknya, Qais itu yang paksa. Kalau tak, malas dia nak ke sini lagi. Duduk rumah layan sinetron lagi best.
         “Key pun tak tau. Eii Qais ni bukan nak membantu, lagi buat orang pening adalah. Hah, dah susah sangat, pergi je tanya prof Qais itu sendiri,” Keysha duduk di atas kerusinya. Tiba-tiba dia teringat akan lelaki yang telah memberikannya sirap Rose itu setahun yang lalu.
          “Takkanlah,” Keysha berkata perlahan. Qais terus duduk di hadapan Keysha.
          “Kenapa, kenapa?” Keysha mencucuk lengan adiknya perlahan.
        “Sibuklah,” Keysha mengetap bibirnya. “Key tak pasti tapi sebenarnya Key start suka air itu sejak ada seorang lelaki bagi Key, beberapa tahun lepas kat Australia,”
       “Itu prof kot! Key tak ingat muka dia?” Keysha menggeleng.
       “He wore a face mask,” Qais mengeluh.
        “Alahh. Takpelah, nanti Qais tanya prof Qais, dia pernah ke Australia tak tahun-tahun lepas,”
        “Baguslah, Qais tak ada kelas ke harini?” Qais geleng lagi. Tiba-tiba kak Jam ketuk pintu.
        “Keysha, budak sebelah hantar,” Segelas cawan kertas diletakkan di hadapan mereka berdua.
         “Thanks kak,” Kak Jam keluar. Mamanya pula masuk.
        “Hamboi, dah ada peminat sekarang ke?” Mamanya mengusik. Puan Sophia tergelak melihat pipi anaknya merah. Setelah itu, dia keluar dari bilik itu dan mengambil angin di luar.
         “Eh aunty! Assalamualaikum, lamanya tak nampak aunty kat sini. Sejak saya balik dari Australia, jarang dah nampak Aunty kat sini,” Faiq menegur Puan Sophia yang sedang berdiri di hadapan kedai. Puan Sophia tersenyum manis.
         “Waalaikumussalam, kamu apa khabar? Itulah, lama aunty tak jumpa ni, dah berpunya ke?” Puan Sophia sempat mengusik.
          “Haha, belum lagilah aunty. Siapalah nak kat saya ni kan? Eh, aunty dah tak uruskan kedai bunga ni lagi ke?” Ramah sungguh Si Faiq ni.
          “Adalah orang yang nak kat Faiq. Entah-entah, Faiq yang jual mahal sangat,” Faiq tergelak kecil. Puan Sophia menyambung kata, “Anak aunty yang uruskan kedai ini sekarang, baru seminggu lebih. Aunty pula dah penatlah. Biar anak dara aunty itu yang uruskan,” Faiq mengangguk.
          “Aunty ada anak dara? Saya ingat Qais itu seorang je anak aunty. Tak pernah nampak pula anak aunty, Kak Jam itu ke?” Puan Sophia tergelak.
          “Jam? Dia itu PA anak aunty. Anak aunty itu memang malas ikut aunty ke kedai ini, tak macam Qais itu. Anak aunty itu dulu belajar dekat Australia, itu yang kamu tak pernah jumpa kot,” Faiq angguk. Qais tiba-tiba keluar dari kedai bersama Keysha.
          “Ma, Key nak belanja,” Keysha yang sedang minum itu tersedak. Minum sirap special itu.
          “Qais ni sengaja tau!” Qais tergelak.
         “Eh, prof pun ada?” Sengaja Qais menyebut ‘prof’ itu kuat-kuat. Sekali lagi, Keysha tersedak.
          “Apa?” Keysha cuba berlagak selamba apabila semua mata memandangnya. Pipi dah merah.
          “Hah, ni lah anak dara aunty itu, Keysha Zaynah namanya,” Faiq senyum segaris. Keysha berpaling ke tempat lain. Jantung dah berlari laju dah ni!
          “Keysha,nak belanja kat mana?” Puan Sophia sengaja mengusik anak daranya. Keysha mengetap bibir.
          “Kedai sebelah ni jelah. Key ambil duit jap,” Keysha malas nak ke kedai yang jauh. Sebelah ni pun okaylah.
         “Tak perlu, saya belanja,” Faiq tersengih memandang Puan Sophia. Qais dah senyum semacam.
         “Eh, tak payah susah-susah awak. Saya boleh belanja,” Keysha terus masuk ke dalam kedai lalu mencari beg duitnya. Mana ni? Detik hatinya. Handbag ada, beg duit tak ada.
          “Ma, lain kalilah eh? Beg duit Key hilang,” Mukanya sedih sahaja. Qais menyimpan tawa.
         “Itulah, orang nak belanja sombong,” Keysha menyiku perut Qais. Faiq hanya merenung gadis di hadapannya itu.
        “Takpe aunty, saya pun tengah free sekarang. Jom masuk ke café saya,” Keysha terkelu. Opss, ni kedai dia ke? Aduhh, apa lagi bala ni? Qais menarik tangan Keysha masuk ke dalam café.
        “Key nak makan apa?” Tanya Puan Sophia apabila soalan Faiq tadi tak berjawab. Keysha angkat kepala.
        “Hah? Apa ma?” Puan Sophia menggelengkan kepala.
        “Apa kena kamu ni? Berangan tak sudah?” Keysha garu kepala. Kenapa dengan aku ni?
        “Apa-apa jelah ma,” Faiq ketap bibir.
        “Miss Camellia, kat sini banyak menu. Mana lah saya tau awak nak makan apa,” Keysha hanya menjeling Faiq.
         “Awak kan tau semua pasal saya. Air kegemaran saya yang pelik itu pun awak boleh tau, takkan favourite food saya awak tak tau?” Keysha menjongketkan sebelah kening. Faiq ketap bibir lagi kuat. Eii, budak ni. Sabar jelah.
         “Okay, saya orderkan. But you must finish it all. Okay?” Keysha mengangkat kedua-dua bahunya.
         “Key, tak payahlah jual mahal sangat,” Qais bisik di telinga Keysha perlahan.
         “Mana ada,” Keysha membalas sambil tangan mencubit lengan Qais yang duduk di sebelahnya.
         “Eicehh, haha,” Kali ini, cubitannya makin kuat. Qais menggigit bibir kuat supaya dia tidak menjerit. Kalau dia jerit, buat malu je.
         “Okay,okay. Surrender,” Baru Keysha melepaskan cubitan. Bibirnya tersenyum puas.
         “Ma, nak tengok tak muka bakal menantu mama?” Keysha senyum manis. Puan Sophia tergelak.
          “Siapa?” Tiba-tiba Faiq rasa tidak sedap hati. Qais tergelak.


Faiq

         “Tu, sebelah mama je,” Qais menjawab pantas. Faiq terkejut. Matanya bulat. Keysha ternganga.
         “Watch your mouth young boy,” Keysha menyiku lagi perut Qais. Qais tersengih.
         “Ni haa,” Handphonenya diserahkan kepada mamanya. Mata Puan Sophia nampak terkejut. Tetapi bibirnya pula mengukirkan senyuman. Faiq dah tak senang duduk.
         “Lawa budaknya, siapa nama?” Keysha sengih.
        “Raudhah. Rasanya macam tulah,” Qais ternganga. Dia pandang muka Keysha tajam. Handphone kakaknya dirampas. Puan Sophia bermain dengan keningnya. Muka Qais pula dah pucat. Faiq? Tarik nafas legalah.
        “Key!! Bila masa capture ni?” Gambar Qais yang tersenyum dan Raudhah yang sedang curi-curi pandang Qais. Pipi Qais merah.
        “Entah lah, tak ingat,” Keysha menyedut Sirapnya sedikit. Faiq yang duduk berhadapan dengannya merenung setiap tingkah lakunya.
        “Silakan cik,” Semua makanan siap dihidangkan. Keysha memandang semua menu di atas meja. Faiq membahagikan makanan mereka. Tinggal satu je, Keysha ketap bibir. Rasa nak menitis air mata. Faiq masih belum makan. Dia turut merenung makanan Keysha.
        “Makanlah,” Perlahan dan macho sungguh suaranya. Keysha angkat kepala dengan mata yang bersinar. Faiq anggukkan kepala.Gnocci! Lamanya tak dapat makan.
       “I love it,” Qais pandang muka Keysha. Lepas itu beralih pula pada pinggan Keysha.
       “Apa itu Key?” Keysha terus makan selepas membaca Bismillah. Soalan Qais tidak dihiraukannya.
       “Key?” Keysha menangkat kepalanya.
       “Apa? Eii, orang nak makan pun tak senang,” Qais pelik. Setahunya. Keysha tak layan Italian Food.
       “Sejak bila?” Keysha terdiam. And oh, dulu masa kat Australia, setiap hujung minggu akan ada orang letak tupperware yang penuh dengan Gnocci ini depan bilik hostel dia. Mula-mula takut juga nak makan, tapi bila baca tulisan itu orang melayu yang tulis, terus ngap je. Tapi sebulan jelah, lepas itu, hilang macam itu je.
      “Dua tahun lepas kot,” Keysha masih leka menjamu selera. Faiq turut leka melihat keasyikan Keysha makan.
     “Rasa dia sama macam.. Erm, sedap,” Keysha tersenyum sendirian.
     “Alhamdulillah,” Keysha tersenyum girang. Huwaa, bestnya! Dah lama rindu kan Gnocci kesayangan ni!
      “You love it? Then marry me,” Keysha terbatuk kuat. Qais dan Puan Sophia terkejut. Semua mata memandang Faiq. Faiq yang baru tersedar ketelanjuran kata menggaru kepala. Qais tergelak lucu. Macam ni pun ada ke?
       “Apa kaitannya?” Faiq terdiam. Bibir terkunci rapat. Keysha mengeluh kecil. Qais mengenyitkan mata kepada mamanya lalu dia dan Puan Sophia perlahan-lahan bangun meninggalkan mereka berdua.
       “Because..Erm..Erm,” Keysha mengetuk sedikit meja. Faiq tersentak. Faiq, apa kau nak buat sekarang? Getus hatinya.
       “Jangan main-mainlah awak,” Keysha terus memandang tempat lain apabila pandangan mereka bertamu. Jantungnya berdegup laju.
       “Kalau saya serious?” Keysha pandang muka Faiq. Cuba mencari keikhlasan dalam setiap katanya.
       “Then apa saya nak buat?” Keysha menyoal perlahan.
      “Marry me kalau awak dah bersedia,” Faiq bangun lalu meninggalkan Keysha sendirian. Keysha bangun lalu berdiri di hadapan Faiq. Nalurinya kuat mengatakan Faiqlah lelaki itu. Lelaki dua tahun lalu yang dia jumpa di Australia.   
      “Ehem, tutup mulut awak guna tangan sekejap,” Faiq mengerutkan dahinya.
     “Untuk apa?” Cakapnya. Dia mendekati Keysha. Keysha melangkah sedikit ke belakang.
      “Please, sekejap je,” Faiq geleng kepala. Keningnya di angkat.
      “Saya akan buat kalau awak setuju nak jumpa saya lagi lain kali. Waktu itu baru saya akan ikut cakap awak,” Matanya dikenyitkan. Kesyah mencebik.
      “Suka hati awaklah,” Beg tangannya diangkat. Ketika dia mahu melangkah keluar, Faiq membisikkan sesuatu di telinganya. ‘I will wait for you for every single day’ .Keysha menelan liurnya.Bahunya yang dipegang Faiq dilepaskan lalu dia terus berlalu keluar.
*****
       “Hello, Faiq. Hah, aku dah ada kat rumah kau. Tengah lepak dalam bilik kau ni, bila kau nak sampai? Aku dah rindu tahap petala nak jumpa kau ni,” Faiq tergelak. Keretanya diparkirkan di garaj.
        “Dah sampai dah. Tunggu nak masuk rumah je,” Barang-barangnya dicapai lalu dibawa keluar. Entah kenapa rasa semacam apabila kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Macam ada something bad akan terjadi.
       “Assalamualaikum, mummy? Buat apa itu?” Mummynya, Datin Sri Umairah berpaling ke pintu. Tangannya yang sedang mengubah bunga terhenti. Bibirnya mengukir senyum.
       “Waalaikumussalam, hah sampai pun kamu. Itu si Rizqi dah lama tunggu kamu kat atas,” Tangan mummynya dikucup lembut. Dia mengangguk.
       “Faiq naik dulu ye my?” Datin Sri hanya angguk. Dia kembali leka dengan gubahan bunganya.
        “Assalamualaikum,” Rizqi yang sedang baring sambil pejam mata terus bangun. Dia tersengih.
        “Sorry baring atas katil kau,” Rizqi menyalami tangan Faiq. Even diorang itu rapat, hormat tetap hormat. Faiq geleng kepala.
        “Aku tak kisahlah. No worries,” Faiq membuka butang kemejanya.
        “Bro, mama aku bagi aku pilih jodoh sendiri. Dia kata tak kisah kaya atau miskin, janji aku bahagia,” Faiq tersentak.
        “Tiba-tiba?” Rizqi tergelak sebelum menggelengkan kepala.
        “Dah setahun aku buat macam tak minat dengan perempuan. Mama aku risau, itu yang dia buat keputusan macam tu,” Faiq tergelak. Macam-macamlah makngah aku ni.
        “So, kau nak cari siapa? Patutlah happy semacam. Kau tak nak kerja dulu ke?” Rizqi tersengih.
        “Aku nak cari ex aku. Aku nak cuba bina balik hubungan kitorang. Kerja? Aku cari awek dulu kot. Nanti aku jadi macam kau pula, kerja 24 jam,” Faiq meluku kepala Rizqi. Eh budak ni, mengata aku pula.
         “Aduhh, betullah aku kata,” Rizqi menggamit Faiq supaya duduk di sebelahnya. Faiq hanya menurut. Tangannya mengurut belakang leher. Stress mungkin.
       “Nak tengok tak muka dia? Aku buat wallpaper dah bertahun,” Rizqi membuka kunci telefonnya. Terpapar wajah Keysha Zaynah yang sedang tersenyum manis sambil memegang kertas yang tertulis “Rizqi’s”
       Faiq terkelu. Air liur ditelan. Namun semuanya terasa berpasir. Hatinya terluka. Rizqi tersenyum melihat gambar itu. Faiq menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangan memegang bahu Rizqi.
       “Bro, aku mandi dulu. Berlengas dah badan ni,”
       “Okay, kejap lagi kita sambung,” Faiq terus menuju ke bilik mandi. Dia sedaya upaya untuk mandi lebih lama namun bila difikirkan balik, membazir air je. Redha jelah apa yang akan berlaku nanti.
        “Lamanya mandi? Dulu kau mandi macam mandi kerbau je,” Rizqi tersengih. Faiq hanya mengangkat bahunya.
        “Aku kalau dah terlampau penat memang mandi lama sikit. Baru segar rasanya,” Faiq terpaksa berbohong. Rizqi angguk sahaja.
        “Kau nak cari dia kat mana?” Faiq mulakan bicara. Rizqi terdiam.
        “Dulu dia ada cakap dia duduk area sini sebab tulah aku nak tumpang rumah kau. Lepas aku jumpa dia semula, aku balik Australia dulu, nak bagitau mama and papa,”  Faiq mengeluh. Dia tahu rumah Keysha tapi takkan nak bagitau pesaing? Tapi kalau tak bagitau, si Rizqi ni dah bertahun simpan rasa bersalah dan perasaan rindu itu seorang diri. Faiq, berkorban lah. Sekali sekala untuk sepupu kesayangan kau ini apa salahnya?
        “Aku tahu tempat dia bekerja. Aku rasa aku terserempak dengan dia minggu lepas,” Sebenarnya dah sebulan dia mengenali Keysha. Semakin hari, semakin dia jatuh cinta. Semakin dia jatuh sayang. Tapi Keysha sedikit pun tidak menunjukkan apa-apa klu semenjak dia minggu lepas. Hari dia meluahkan perasaan.
         “Kau bawakkan aku esok boleh? Kalau kau salah orang pun aku tak kisah, lagipun kau bukannya tau macam mana muka dia sebelum ni kan?” Faiq tersenyum segaris.
******
      “Dah sampai, kau turunlah. Aku nak ke U dulu, itu café aku. Kalau salah orang ke apa, kau tunggu kat café aku. Nanti aku datang balik,” Rizqi angguk lalu terus keluar.
       Faiq memandang tubuh Keysha yang baru sahaja keluar dari dalam keretanya. Choose the best dear, Faiq berkata dalam hati sebelum keretanya menderum laju. Keysha menjeling kereta Faiq yang laju menderum. Apasal mamat tu? Buang tebiat ke apa? Keysha tersenyum lalu menyanyi kecil. Kak Jam dah tunggu di dalam kedai. Harini sengaja Keysha datang awal, nak sarapan Gnocci yang Faiq selalu hantar ke kedainya. Free? Memang pun. Pernah juga dia halang niat baik lelaki itu, namun semuanya sia-sia. Dia pun apa lagi, dah orang bagi kan? Makan jelah. Hihi.
       “Assalamualaikum, erm .. Key?” Setelah yakin bahawa gadis di hadapannya ini Keysha, Razif memberi salam.
       “Waalaikumussalam,” Keysha terdiam setelah dia berpusing menghadap pemilik suara garau itu. Bibirnya diketap perlahan.
       “Ye encik? Nak cari saya ke?” Keysha cuba maniskan muka. Walhal, hatinya sudah menyumpah seranah jejaka di hadapannya itu. Bengang dengan kemunculan lelaki itu.
       “Key tak ingat Riz ke?” Keysha terdiam seketika. Kemudian dia membuka mulutnya sedikit sebelum menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.
       “Owh Riz. Sorry, Key tak ingat,” Keysha membuka pintu kedainya. Rizqi membuntuti langkah Keysha. Kak Jam pelik memandang muka Keysha yang sedang berkerut-kerut memaki hamun lelaki itu di dalam hati.
       “Eh, encik? Ermm, nak beli bunga ke?” Keysha terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Meninggalkan Rizqi yang terkapai-kapai seorang diri di depan.
       “Erkk, saya sebenarnya nak jumpa dengan Key. Dia buat apa ke sana?” Kak Jam terdiam. Oh, kawan Key. Detik hatinya.
       “Owh, dia tu macam bad mood je. Akak rasa baik encik balik dulu, nanti datang lagi ye?” Rizqi tak puas hati. Asal pula bad mood? Sebab aku ke?
       “Ermm, dia kerja sebagai apa kat sini ek?” Baru sahaja kak Jam ingin membuka mulut. Keysha menghempaskan pintunya. Matanya mencerlung memandang Rizqi.
       “Riz, kita cakap kat luar,” Keysha terus berjalan melepasi Rizqi. Rizqi terdiam. Tak pernah dia nampak Keysha sebengis ini.
       “Key, are you alright?” Keysha tergelak sinis.
       “Of course I’m okay. Why? You nak I menangis kat sini? Sebab terharu jumpa You? Memang taklah,” Keysha masuk ke dalam keretanya. Rizqi terkelu. Cermin tingkap diturunkan sedikit.
       “Naik and kita pergi ke tempat lain. I’m not gonna talk about this here,” Keysha terus menaikkan tingkap semula. Rizqi pula terus masuk ke dalam kereta Keysha tanpa banyak suara.
        “Key, I’m sorry.”
        “Shh. I don’t wanna hear any voice now,” Keysha masih fokus dengan pemanduannya. Rizqi mengeluh.
        “And now, cakap.” Mereka tiba di sebuah taman permainan. Keysha sudah bersandar pada badan keretanya. Rizqi hanya berdiri merenung Keysha.
        “I’m sorry for what I’ve said to you,” Keysha senyum hambar.
        “After two years, baru awak datang nak minta maaf? Saya bukan nak mengungkit tapi yelah, dua tahun kita kat sana, hari-hari kita terserempak. And you? Buat-buat tak nampak je. You tahu? I fikir mungkin you akan ubah fikiran tapi dua tahun, nothing have change. And awak nak tahu apa saya rasa sekarang? Saya bersyukur sebab awak tak datang jumpa saya dalam tempoh dua tahun itu. Saya bersyukur awak tak pernah sekali pun minta maaf dengan saya semasa tempoh dua tahun itu. Sebab apa? Awak nak tau?” Rizqi terdiam. Matanya memandang mata Keysha yang penuh keyakinan. Air liur terasa kesat.
         “Sebab..saya dah jatuh cinta. Jatuh cinta with a stranger yang saya benci pada mulanya,” Keysha tersenyum sedikit. “ Saya tak cintakan awak lagi, sorry,” Bibir Rizqi sedikit bergetar.
         “Key, saya minta maaf. Saya nak betulkan segala kesilapan saya, boleh awak bagi
saya satu lagi peluang?” Keysha geleng kepala.
         “Saya harap awak faham. Saya takkan ulang lagi apa yang saya katakan sebab saya tahu awak terluka dengan apa yang saya katakan,” Rizqi tergelak kecil untuk menutup kecewa di hati.
         “Keysha, siapa dia?” Perlahan sangat suara Rizqi bertanya. Sayu hati Keysha mendengarnya.
        “I’m sorry. Saya..awak tak kenal,” Keysha mengeluh perlahan. Memang dia marah dengan Rizqi tapi untuk buatkan lelaki itu terluka, dia tidak sanggup. Air matanya bergenang.
        “Keysha, please tell me. Please,” Rizqi merayu. Air mata lelakinya tumpah. Air mata Keysha turut menitis melihat kekecewaan lelaki di hadapannya.
        “Saya cuba nak ikut kata mama saya untuk cari orang yang lagi kaya.. Sebab saya putuskan hubungan kita dua tahun lalu adalah untuk penuhkan permintaan mama saya. Tapi dua tahun mama saya masih dengan keputusannya. Saya sendiri tak kuat untuk tegur awak. Minta maaf dengan awak. Sebab apa? Sebab saya dah tekad untuk minta maaf selepas mama saya restu hubungan kita.
         Saya nak hubungan kita mendapat restu awak. Restu daripada semua di sekeliling kita supaya rumah tangga kita tenang. Awak tahu kenapa? Sebab saya nak awak gembira sepanjang menjadi isteri saya. Saya tak nak mama saya memusuhi awak, sampai jadi macam drama Mak Mertua pula. Tapi mama saya stick with that ridicoulus reason.
         But yeah, akhirnya Allah makbulkan doa saya. Mama saya bagi saya pilih siapa bakal isteri saya sendiri. Tak kira siapa pun dia. But you know what? She’s late. Too late sebab awak dah tak cintakan saya. Sekelumit pun cinta awak tak ada untuk saya kan? Huhh, I don’t know what I’m gonna do. Keysha…can you please accept my apologise? I really hope that you will accept me. Key, tak salahkan saya cintakan awak? I really love you, really honey,” Keysha terduduk. Dia menangis teresak-esak. Rizqi mengesat air matanya.
       “Riz, maafkan saya… Tapi, boleh awak bagi saya masa? I can’t think right now,” Rizqi tersenyum sedikit. Kepalanya di angguk kecil. Keysha mengesat air matanya dengan hujung tudung. Bibirnya mengukir senyum untuk Rizqi. Tapi Keysha… Jangan buat keputusan dulu Key! Take your time! Keysha menarik nafas dalam-dalam. Terbayang wajah Faiq seketika. Wajah Faiq yang sedang memandangnya sayu. Sayu sekali. Dia perasan ada air mata yang menitis di pipi lelaki itu. Air liur ditelan. Perasaannya bergelora. Tak tau apa yang perlu dia lakukan.
        “Dahlah. Jangan nangis lagi. Tak comel dah dia ni. Kita balik eh? Key, awak hantar saya ke café tadi ye?” Keysha angguk. Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. Setibanya mereka di café, Keysha menahan Rizqi daripada melangkah keluar.
        “Erm, awak nak buat apa kat café tu?” Keysha memandang wajah Rizqi. Rizqi tersenyum.
        “Tu cousin I punya. Key nak makan? Riz belanja,” Keysha pantas menggeleng.
        “It’s okay. Key kenyang,” Rizqi angguk sebelum menapak keluar. Keysha meraup mukanya. Nafas ditarik panjang. Dia keluar dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam kedai.
         “Key? Sini-sini! Cepat!” Kak Jam menarik tangan Keysha supaya duduk di hadapan komputer ribanya. Tiba-tiba,Qais menelefonnya.  Keysha memberi isyarat kepada kak Jam supaya tunggu sebentar.
          “Erm?”
         “Key dah tengok belum? Kak Jam dah tunjuk? Kenapa Qais call tadi tak dapat?” Keysha pelik.
         “Belum tengok. Sorry, tadi ada emergency. Nanti Key call balik, Erm..Assalamualaikum.” Kak Jam menekan butang ‘play’ . Keysha menongkat dagu sambil menonton video di YouTube itu. Tajuknya ‘Sesal’.
          Lagu itu! Keysha membulatkan matanya. Suara itu! Ya Allah! Air matanya menitis. Kak Jam terdiam. Video itu diupload seminggu yang lepas.

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
          
        “Kak..Kenapa? Kenapa baru sekarang?” Kak Jam menepuk belakang Keysha perlahan. Keysha menangis teresak-esak.
         “Sabar Key..Itu, Key dengar sampai habis ye?” Kak Jam mengusap belakang Keysha perlahan.
          “Dear Keysha, Riz minta maaf atas segala perlakuan Riz selama ini. Selama ni Riz banyak buat Key memangis. Entah-entah, sekarang ni Key masih menangis. Sayang, mama dah restu kita. Kita kahwin? Haha, kalau lah Riz dah pujuk mama bertahun dulu, mesti kita dah kahwin. Mesti Key dah dilamar Riz. Tapi sayang, Allah lebih tahu. Allah pisahkan kita buat seketika. InsyaAllah, Riz akan cari Key! Tunggu Riz kat Malaysia ya? Riz sayang Key! Uhibbuki fillah Lillahi Taala, sayang! Psst, happy belated birthday. Riz nak jadi orang pertama yang sambut birthday Key macam biasa. Wait for another 1 month and Riz akan bagi Key hadiah. Birthday sayang lagi sebulan je, wait for me okay?” Rizqi tersenyum kecil sebelum air mata lelakinya tumpah.
      Video itu berakhir begitu. Keysha semakin sayu. Ya Allah, kejamkah aku? Kejamkah aku untuk tidak mengambil tahu soal hati dan perasaannya dulu? Niat baiknya dulu? Apakah yang harus aku lakukan ya Allah? Keysha menangis teresak-esak di dalam pelukan Kak Jam. Air mata Kak Jam turut menitis. Berebut budak nak dia, aku ni tak ada siapa pun nak pandang. Huhuhh.
         Qais yang sedang duduk di café sambil menonton video itu sesekali menjeling telefonnya. Aduh Key, jawablah call! Mana ni? Are you okay? Risau sungguh hatinya. Dia tahu siapa Rizqi and ni semua Amir punya pasal! Kenapalah dia tunjuk kat aku video ni? Mentang-mentanglah dah kenal kakak aku.
         “Assalamualaikum, Qais. Buat apa seorang diri kat sini?” Faiq duduk di sebelah Qais. Qais segera menutup laptopnya. No! Prof tak boleh tau! Nanti dia tinggalkan Key macam mana? Aduh, what I’m gonna do know? Qais tiba-tiba meraup kasar mukanya. Faiq pelik.
         “Why? Something bad happen ke? You look awful,” Qais sengih. Kepala digelengkan. Faiq perasan laptop Qais yang sedikit terbuka. Tangannya pantas menyambar laptop itu. Qais tak terkata. Sekelip mata, Faiq sudah menekan butang play pada video itu.
         “Erm… so, Camellia saya dah tengok ke video ni?” Suara Faiq maintain macho. Tak naklah tunjuk kekecewaan di hadapan bakal-adik-ipar-macam-tak-jadi ni. Qais mengangkat bahu.
         “Rasanya baru lepas tengok,” Lirih sahaja suara Qais. Bunyi macam dia pula yang putus cinta.
         “Got to go! Bye,” Faiq terus berlalu dengan segera. Sesekali dia berlari-lari anak. Qais hanya memandang tubuh profnya berlari.
*******
         “Key, buka pintu ini. Janganlah macam ini, Key banyak-banyak bersabar ye?” Keysha mengesat air matanya yang jatuh lagi sekali. Kak Jam mengeluh perlahan.
          “Ya Allah, menyesal kah aku? Tergamakkah aku untuk lukakan hati aku sekali lagi? Hati siapa lagi yang akan terluka jika itu keputusan aku Ya Allah?” Keysha baring di atas sofanya. Dia kembali tersedu-sedu sendirian. Kak Jam berputus asa apabila pintu kedai terbuka. Dia kembali ke ruang hadapan. Muka Faiq yang cemas mengejutkan Kak Jam.
          “Erm, awak nak beli bunga?” soal kak Jam kekok. Faiq menggeleng. Matanya meliar mencari Keysha.
          “Camellia mana? Erk, I mean.. Keysha.” Kak Jam mengetap bibir. Dia mengeluh kecil.
          “Dia dalam bilik. Dah 30 minit dia duk menangis seorang-seorang kat dalam sana. Saya tak tahu nak buat apa dah,” Tiba-tiba pintu bilik Keysha dibuka dari dalam. Keysha memandang ke arah kak Jam sebelum pandangannya teralih pada wajah Faiq yang jelas tampak risau. Dia memalingkan muka. Nafas panjang ditarik.
         “Kak, saya okay. Jangan risau hm?” Keysha ingin menutup semula pintu biliknya namun Faiq pantas menarik lengan Keysha yang berlapik. Tapi keadaan Keysha yang tidak seimbang menyebabkan Keysha berpusing lalu terpeluk Faiq untuk seimbangkan dirinya.
          “Feel my heartbeats? I love you, camellia. Awak, tolong, saya merayu awak, jangan buat keputusan terburu-buru. Please, use your heart not your sympathize. I beg you,” Faiq melepaskan Keysha. Nafas Keysha tak teratur. Bahu Keysha dipegang lembut. Faiq menundukkan sedikit badannya. Kak Jam memandang ke tempat lain untuk menutup kekecewaan di dalam hati.
        “Keysha Zaynah, I know I don’t have any right to force you to choose me but I beg you. Saya nak tengok awak bahagia, gembira. Erm? Jangan pilih dia berdasarkan simpati semata-mata kerana tiada cinta dalam simpati. Yang ada hanya kasih sayang. Awak, those two words nampak macam sama tapi hakikatnya berbeza. Lain sangat,” Faiq menghembuskan nafasnya lemah. Matanya merenung wajah gadis idamannya tajam. Pipi Keysha merah kerana ditenung sebegitu rupa.
       Faiq melepaskan bahu Keysha. Tangannya mengeluarkan mask muka yang sentiasa dibawa dari dalam poket seluarnya. Mask itu digantung di telinga. Keysha terkelu melihat perbuatan lelaki di hadapannya.
        “Awak..jangan..” Faiq menggelengkan kepalanya. Bibir mengukir senyum sambil berkata,
        “I hope you fall in love since the first time I met you. I hope you melt with me since the first time I gave you my handkerchief. Your tears make me hurts. I love you since the first time we met in Australia,” Keysha menelan liurnya. Matanya memandang mata Faiq. Lama. Faiq tersenyum kecil.
          “Awak… Sirap Rose .. Gnocci…Semuanya awakkan?” Faiq menganggukkan kepala.
         “Yes dear, he’s me. I’m him,” Faiq tergelak kecil. Tangannya mengusap kepala Keysha lembut sebelum berpaling untuk meninggalkan Keysha sendirian di dalam kedai. Memberinya masa bersendirian. Apabila dia berpaling, Rizqi sedang berdiri di sebelah kak Jam. Memerhatikan perbuatan mereka berdua sedari tadi.
*****
        “Camellia, awak rehat dulu okay?” Faiq menolak tubuh Keysha ke dalam bilik. Keysha hanya menurut. Kepalanya pening. Dia tidak mampu untuk menapis setiap patah perkataan yang akan dia dengari.
        “Riz, let’s go. Kita settle kat luar,” Rizqi menganggukkan kepala.
        “Sorry,” Sepatah sahaja yang keluar dari bibir Faiq. Rizqi tergelak sinis.
        “So, dah berapa lama dengan dia?” Rizqi menahan sabar. Faiq tersenyum sedikit.
        “Aku jatuh cinta dengan dia dua tahun lepas. Dia cintakan aku? Jujur aku cakap, aku tak tahu pun sama ada dia cintakan aku atau tak,” Faiq mengeluh perlahan. Rizqi terdiam.
        Faiq? Dah lapan tahun dia hidup dengan dunianya sendiri. Bercinta? Pernah tapi break up sebab perempuan itu tinggalkan dia. Dia memang dah give up dengan perempuan sejak case itu. And now, sepupu dia jatuh cinta dengan perempuan yang dia cinta? Kau nak buat apa Riz? Rizqi mengusap belakang tengkuknya.
        “Faiq, aku rasa aku kena give up. Dua tahun aku dah biarkan dia tanpa maaf atau apa-apa kata pun. And kau nak tau? Dia cakap dia cintakan orang lain, bukan aku lagi. I bet, the damn lucky person is you, bro! I’m jealous,” Rizqi menepuk bahu Faiq. Faiq tergelak perlahan.
        “Kau biar betul? Give up? Kalau dia pilih kau?” Faiq memandang Rizqi. Rizqi menarik senyum.
         “Kalau dia pilih aku, melepaslah kau,” Faiq menumbuk bahu Rizqi kasar. Mereka berdua tergelak.
         “Aku berserah pada takdir. Semua keputusan dia aku terima dengan redha. Dia yang berhak nak pilih siapa suami dia kan?” Rizqi menganggukkan kepalanya. Mereka berdua terdiam. Merenung jalan yang sesak dengan kenderaan.
         Keysha yang sedang mengintai dua jejaka itu dari sudut kedai hanya tersenyum. Ingatkan diorang nak bergaduh, rupanya siap boleh tergelak-gelak lagi. Kak Jam dipeluk dari belakang. Keysha menarik nafas lega. Kak Jam memandang Keysha pelik.
         “Key dah okay?” Keysha menganggukkan kepala.
        “Alhamdulillah kak,” Kak Jam tersengih nakal.
        “Kena peluk dengan abang hot, terus baik ye?” Keysha tersengih malu. Pipinya bertukar merah.
        “Akak ni, kenapa tak marah dia tadi? Malulah Key,” Kak Jam memeluk bahu Keysha erat.
        “Keysha sendiri tak menolak, takkan akak nak teriak marah dia tiba-tiba? Nanti dia kata akak jealous pula,” Keysha tergelak. Kak Jam tersenyum.
        “Thanks kak. Tapi mana dia tau?” Kak Jam angkat bahu. Tiba-tiba telefon kedai berbunyi. Keysha masih berdiri di sebelah kak Jam.
         “Qais,” Telefon dihulurkan kepada Keysha. Keysha menjawab.
        “Key!! Are you alright? Qais tunggu call Key dari tadi! Ada apa-apa jadi ke Key?” Suara Qais mengendur. Terbit perasaan bersalah dalam hati Keysha.
        “Sorry Qais. Key emosional sekejap tadi. Sekarang dah okay, no worries. Erm, did you tell your prof about this?” Qais mengerutkan keningnya.
       “Oh, dia jumpa Key lah eh? Qais tak cakap tapi dia yang tengok video itu kat laptop Qais. Instinct lah Key,” Keysha tergelak.
       “Pandailah Qais,” Qais turut tergelak. Dia sangkakan kakaknya itu akan berkurung tidak bercakap seminggu macam masa dia broke up dengan Rizqi. Tapi suara kakaknya jelas tampak yang dia tu tenang saja. Qais menarik nafas lega.
        “Okaylah Key, Qais nak masuk kelas. Assalamualaikum,” Keysha meletakkan gagang telefon setelah salam dijawab.
        “Qais bagitau?” Keysha geleng.
        “Qais tak kata apa-apa pun. Dia yang gatal tengok laptop Qais then tiba-tiba blah macam tu je,” Kak Jam angguk. Keysha meminta diri. Dia nak berehat di rumah. Penat lah duduk kat kedai. Satu pun tak boleh fikir.
         Saat dia keluar, dua-dua lelaki itu menoleh memandang dirinya.Faiq menganggukkan kepalanya sedikit dan senyum segaris. Rizqi juga begitu. Dia tiba-tiba berasa malu. Keysha bergegas masuk ke dalam keretanya. Jantung berdetak laju apabila terkenangkan perbuatan Faiq dan renungan Faiq.
         Rizqi? Entah, mungkin betul kata Faiq, itu hanya simpati. Simpati dan sayang. Bukannya cinta. Debaran hanya wujud apabila dia bersama Faiq. Apabila dia merenung Faiq dan hanya ternampak kelibat Faiq. Debaran itu sentiasa wujud.
******
         “Keysha! Turun sekejap! Ini ada orang hantar barang,” Keysha bergegas turun ke bawah apabila mamanya menjerit memanggil nama nya. Dah seminggu dia tidak keluar dari rumah. Bermakna dah seminggu jugalah dia tidak berjumpa dengan kedua-dua lelaki itu.
         “Nak tengok, nak tengok,” Qais cuba merampas kotak di tangan Keysha. Keysha menepis tangan Qais kuat.
        “Sibuk je,” Qais mencebik. Keysha tersenyum kecil. Huu, dah lama tak dapat hadiah. Dia berlari semula naik ke biliknya. Qais dan Puan Sophia hanya menggelengkan kepala.
        Keysha merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk. Pintu dah siap kunci. Iyalah, nanti mesti Qais menyibuk kalau dia tak kunci pintu. Kotak dipeluk kejap. Tangannya membuka balutan kotak itu dengan penuh berhati-hati.
        “ Buat Miss Camellia. Ini panas dari kuali. Hehe, enjoy your lunch Love! Please miss me much hurm? I’m going to LA for almost 3 weeks. Saya ingat nak jumpa dengan awak, but yeahh, awak dah seminggu tak ke kedai. Saya tunggu punya tunggu and my flight pukul 4.50 petang ni. I’m on my way to KLIA .. I already miss you. Big Love from me, Faiq Wazif. XOXO ” Keysha mengesat air matanya yang tiba-tiba menitis.
        “Flight dia pukul berapa tadi? Pukul 4.50? Now baru pukul 1.40. Tak sempat? Sempat? Tak? Sempat? Alahhh, drive jelah!” Keysha terus menuju ke bilik mandi untuk mandi sekejap. Nasib baik dia dah solat. Jeans hitam dicapai lalu dipakai dengan sehelai kemeja plain berwarna biru cair. Shawl bercorak hati dan perkataan Love dibelitkan dengan kemas. Setelah siap berdandan, Keysha berlari ke bawah sambil memegang bekas tupperware yang Faiq berikan. Qais sudah menunggu di hadapan pintu.
       “Qais drive. Key tunggu kejap, Qais ambil kunci kereta,” Qais yang ingin membuka langkah masuk ke dalam bilik ditolak oleh Keysha perlahan.
        “Use my car,” Kunci kereta Myvi-nya diberikan kepada Qais. Keysha pelik macam mana adiknya tau yang dia ingin keluar. Setelah keretanya meluncur laju di atas jalan raya, Keysha mengeluarkan bekas Tupperware itu daripada dalam beg plastik. Tangannya ligat membuka penutup tupperware itu.
         “Makan? Faiq bagi ke?” Suara Qais memecah kesunyian. Keysha yang sedang makan Gnocci kegemarannya hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba Keysha teringat sesuatu. Bekas tupperware ditutup semula. Erm, dah habis sebenarnya. Hikhik.
         “Qais, mana Qais tau Key nak ke airpot? Key tak cakap apa-apa pun tiba-tiba Qais masuk highway,” Qais pandang Keysha sambil membulatkan matanya.
         “Oh..nak ke airpot? Okay,” Keysha mengetap bibirnya geram. Lengan Qais dicubit kuat. Qais tergelak besar.
        “Sorry, sorry. Tak adalah, Key punya suara masa dalam bilik itu boleh dengar sampai ke luar. Qais masa itu tengah lintas depan bilik Key, itu yang dengar,” Keysha angguk perlahan.
         “Okay,” Telefon dikeluarkan. Nombor Rizqi didail. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
         “Hello, erm Assalamualaikum,” Keysha terdiam menunggu salamnya dijawab. Takkan tak reti nak bercakap pula sekarang? Keysha merungut dalam hatinya.
         “Riz, Key dah buat keputusan. Key rasa..Key.. Ermm..macam mana nak cakap ye? We should just g..” Seingatnya, dia mahu membuat Rizqi tertanya-tanya. Namun masih tiada sahutan. Keysha bengang. Baru sahaja ingin memekan butang end call, satu suara mengejutkan Keysha.
          “Awak pasti dengan keputusan awak?” Suara Faiq kedengaran tegang. Keysha menelan liurnya. Kenapa dia yang jawab?
         “Rizqi mana?” Soalan dibalas soalan. Kedengaran seperti Faiq mengeluh. Talian terus dimatikan. Keysha terkedu. Qais dijelingnya.
         “Berapa lama lagi nak sampai?” Keysha kedengaran seperti tidak sabar. Qais tersengih.
         “Hamboii, gelojoh,” Keysha tersentak. Mukanya berubah merah.
         “Bukan gelojoh, takut melepas. Heee,” Keysha tersengih. Qais pula sudah bantai tergelak. Dia tiba-tiba teringatkan profnya yang angau dengan kakaknya sejak sebulan yang lalu. Setiap hari, dia pasti akan berjumpa dengan Qais untuk berborak pasal Keysha. Qais pula tak banyak cakap pasal Keysha kerana dia ingin Faiq tahu sendiri sikap Keysha dengan mengenalinya. Bukan daripada cerita Qais.
        “Sabar Key. Cinta Key berbalas. Bukan macam Qais. Entah bendera hijau ke merah, Qais tak tahu,” Keysha pandang muka Qais. Hehh, ni baru syok nak kenakan dia.
        “Raudhah itu dah berpunya ke?” Keysha memusingkan tubuhnya sedikit supaya dapat memandang wajah adiknya yang sedang memandu. Qais menggelengkan kepala.
        “Dia itu pemalu. Tak tahulah Qais macam mana nak tackle dia. Qais taknaklah nampak macam terhegeh-hegeh pula,” Keysha menggelengkan kepala.
        “Qais, dia tu dahlah pemalu. Qais nak expect apa? Dia yang ngorat Qais? Memang berzamanlah. Qais lah yang kena mulakan langkah. Key nampak cinta dia untuk Qais. Masa kat café tu, cara dia tenung Qais. Semuanya Key nampak,” Qais mengetap bibir. Malu lah itu.
        “Sedap kan lagu ini?” Qais menukar topik. Keysha tergelak perlahan.
        “Sengaja kan?” Qais pula yang tergelak.
******
        “Mana diorang ni?” Keysha melepaskan lelah di atas sebuah kerusi. Qais berdiri di hadapan Keysha. Keningnya bertaut.
        “Apa maksud Key? Diorang? Siapa?” Qais duduk di sebelah Keysha.
       “Faiq ada dengan Rizqi. Ni surat dia,” Surat itu dihulurkan kepada Qais. Qais meneliti surat itu sekejap.
        “Tak ada pun tulis nama Rizqi kat sini,” Surat itu dilambai-lambaikan di hadapan Keysha. Keysha mengeluh perlahan.
        “Apa hubungan diorang berdua itu eh? Pelik betullah,” Qais tiba-tiba menepuk paha Keysha kuat. Bertalu-talu pula itu. Keysha menolak tangan Qais kuat.
       “Hishh apa ni? Sakitlah!” Qais menolak kepala Keysha ke kanan. Mata Keysha bulat. Dia terus berdiri tegak. Memandang langkah panjang Faiq menuju ke pintu masuk dengan sebuah luggage. Jam sekarang dah pukul 3.15. Keysha mahu menjerit namun segera di tahan Qais.
        “Teruk perangai. Kejap eh,” Qais mendail nombor telefon Faiq. Faiq menghentikan langkahnya. Segala perbuatan Faiq diperhati oleh Keysha.
        “Prof, hurmm.. Ini ada girl nak jumpa prof. Hah, betullah itu. Kitorang ada kat KLIA sekarang ni. Okay,okay. Prof pusing eh? Alright, kitorang tunggu,” Qais menekan butang ‘End Call’. Keysha menjongket keningnya.
        “Dia cakap apa?” Keysha meneliti riak Qais. Qais hanya mengangkat bahunya. Keysha mencebik. Tak guna punya adik. Bahu adiknya ditumbuk.
        “Assalamualaikum. Ehemm,” Keysha berpaling. Erkk. Macam mana dia boleh ada kat sini? Bukan tadi dia kat pintu balai berlepas ke?
        “Wa..Waalaikumussalam. Awak..Erkk,” Qais perlahan-lahan berjalan meninggalkan Keysha seorang diri. Keysha yang sedang tunduk menekur lantai langsung tidak sedar akan kepemergian adiknya.
        “Iya? Awak nak cakap apa? Saya dengar,” Keysa semakin malu. Faiq pula tersenyum manis memandang perlakuan Keysha.
        “Awak..Ermm…Saya..Awak..” Faiq tergelak kecil.
        “Sayang, I don’t understand ayat awak yang tunggang-terbalik tu. Give me a full sentences, can?” Keysha mengetap bibirnya.
        “Apa hubungan awak dengan Rizqi ek?” Keysha mula mengangkat wajahnya. Faiq mengeluh perlahan. Ingatkan budak comel ni nak confess.
        “Saya nak cepat ni. Itu je ke yang awak nak tau?” Keysha terkelu. Kenapa dia ni? Tiba-tiba je tegang muka itu? Alahh, Qais mana pula kau pergi?  Key takut ni.
        “Ada banyak lagi. Kalau awak nak tau apa yang saya nak bagitau awak, awak jawab dulu soalan saya,” Takut-takut Keysha bersuara. Faiq meraup wajahnya.
        “He’s my cousin. Saya pernah tinggal serumah dengan dia dekat Australia,” Keysha mengangguk perlahan.
        “So, awak kenal saya melalui dia ke?” Faiq menggeleng kepala laju.
        “Okay now, saya bagitau awak semua persoalan awak. Saya jumpa awak untuk pertama kalinya dekat depan Bus stop. I guess masa itu awak baru clash dengan Riz. Awak menangis dan tiba-tiba ada orang bagi awak handkerchief kan? At that time, saya memang tengah duduk kat sebelah itu. Tapi saya rasa awak tak perasan langsung saya. Masa saya bagi awak handkerchief tu pun, awak ambil je. Tak ada angkat muka atau apa pun. Tapi saya perasan wajah awak sebelum awak duduk lagi. Dari jauh saya dah nampak awak nangis.
         Second, masa saya bagi awak air Sirap Rose itu. Masa itu, saya tengah minum air tu and then nampak awak. Bila saya nampak awak pakai dress labuh berbunga rose itu, saya anggap awak suka bunga. Dengan muka awak yang merah itu, memang saya terpikat habis. Saya bukannya suka-suka tutup muka saya. Dah masa itu saya selsema teruk sangat, itu yang cakap dengan awak pun suara macam nak tak nak je keluar.
         And ketiga, masa saya tengah jalan dengan kawan-kawan saya, saya nampak awak masuk ke kawasan perumahan dekat area situ. Saya pun follow lah awak dari belakang. Bila saya tau rumah awak, everyday saya suruh jiran saya hantarkan Gnocci itu. Jiran saya itu kerja dia posmen.. macam tu lah. Sebab itu dia pun tak kisah tolong saya. Another explanation?” Faiq merenung wajah Keysha sedalam-dalamnya. Keysha menelan liur.
          “Panjangnya.” Sepatah. Faiq tergelak.
          “Itu je yang awak cakap? Dear, saya masuk ke dalam dululah ye? Nanti kita sambung,” Luggage ditarik. Keysha bagaikan baru tersedar dari mimpi. Lengan Faiq yang berlapikkan Suit  itu ditarik. Faiq menghentikan langkahnya. Wajah Keysha dipandang lama. Keysha menarik nafas panjang.
          “Saya suka awak.” Faiq menelan air liurnya. Dia terkejut. Matanya terkelip-kelip. Pipi Keysha yang merah ditenung lama.
          “Saya pun suka awak.” Faiq berkata laju. Keysha pula yang terdiam. Dia berdehem perlahan.
          “Saya suka awak dah lama kot. Saya tak tau bila saya start suka awak tapi yang pasti saya suka awak. Saya cintakan awak. Saya perlukan awak. Awak..? Erm .. Kahwin dengan saya? Mr. Cappuchino, te quiero.” Bibir Keysha mengoyak senyum manis.
          “Yo también te quiero,” Mata kirinya dikenyitkan. Keysha terdiam sekejap.
         “Apa yang awak cakap tu? Saya tak tau pun Spanish sebenarnya,” Keysha tersengih. Faiq tergelak.
         “Cehh, ingatkan dia tau. Dear, I love you too. Love you so much!” Senyuman bahagia terukir pada wajah kedua-dua insan tersebut.
         “Ermm, Riz dah tau?” Faiq memecahkan lamunan Keysha. Keysha terdiam.
         “Belum. Ingatkan nak bagitau dia tapi tak tau macam mana,” Faiq mengeluh kecil. Dia juga serba salah tapi ini soal hati dan perasaan. Takkan dia nak mengalah macam tu je?
         “Tak payahlah Keysha. Riz dah dengar semuanya. Riz sedar khilaf Riz selama ini. Maafkan Riz sebab dah lukakan hati Key. Riz doakan kebahagiaan Keysha, InsyaAllah. Bro, kau jaga dia baik-baik tau. Kalau sekali dia nangis sebab kau, siap kau aku kerjakan. Aku actually kesian kat kau. Kalau kau sebaya aku, aku nak juga compete dapatkan Key. Tapi bila fikirkan kau ni dah lama membujang, umur pun dah terlajak. Kau kahwin lah dulu ek? Hahaha,” Bahu Faiq ditumbuk perlahan. Faiq tergelak. Air mata Keysha menitis perlahan. Bibirnya turut diukirkan senyuman hambar.
         “Thanks Riz. Key pun minta maaf sebab tak dapat balas perasaan Riz. Sorry,” Perlahan sahaja suaranya berkata-kata. Faiq mendekati Keysha. Bahu Keysha ditepuk perlahan.
         “I’ve got to go honey. Take care hurm? Wait for me, Miss Camellia. I’ll marry you. Soon,” Kepala Keysha diusap perlahan. Langkahnya diatur perlahan menuju ke balai berlepas. Dia memusingkan sedikit tubuhnya. Dia melayangkan Flying kiss kepada Keysha. Keysha tertunduk malu namun bibirnya tetap tersenyum manis. Rizqi menganggukkan kepalanya kepada Faiq.
         “Key, jom balik.” Qais memeluk bahu Keysha. Keysha mengangat kepalanya. Air matanya jatuh setitik. Senyuman diukir buat adiknya.
         “I’ve did it! Alhamdulillah,” Wajahnya diraup perlahan. Rizqi berjalan meninggalkan mereka berdua. Qais menganggukkan kepala.
         “Yes dear, you’ve did it! Good girl,” Tangannya mengusap kepala Keysha lembut. Keysha memeluk dada bidang adiknya.
*******
        “Janganlah. Eii, abang ni! Key kata jangan kacau lah. Tepi sikit,” Keysha menolak sikit tubuh Faiq. Faiq hanya mengeraskan tubuhnya. Keysha mengetap bibir geram.
        “Abang? Please, jangan buat Key naik angin,” Faiq menggelengkan kepalanya laju. Matanya turut merenung jauh ke dalam mata Keysha. Tajam. Keysha mengeluh perlahan.
        “Okay,okay. Abang nak apa sebenarnya?” Mangkuk nasi yang dipegang tadi diletakkan semula dia atas cabinet dapur. Faiq mula tersenyum. Renungannya yang tajam bertukar menjadi renungan yang penuh kasih sayang dan cinta. Tangannya memeluk pinggang Keysha lembut. Tubuh Keysha dibawa rapat ke tubuhnya. Keysha membalas pelukan suaminya.
         “Sayang, I love you.” Sebuah ciuman dihadiahkan buat si isteri. Keysha tersenyum manis. Kakinya dijengketkan sedikit. Bibirnya turut meluahkan rasa cinta pada telinga suaminya. Dagu Keysha dipagut lembut. Faiq mengucup bibir Keysha perlahan.
        “Mama! Papa! Adik cry non-stop! Please stop kissing!” Damia Umairah berjalan terkedek-kedek merapati kedua-dua mama dan papanya. Tangan si kecil mencubit lembut lengan papanya.
       “Uhuk!” Keysha menolak tubuh Faiq lembut. Bibirnya diketap kuat. Pipinya merah. Faiq tergelak.    
        “Sayang, dengan anak pun malu ke?” Faiq mencubit lembut hidung Keysha. Keysha menunduk memandang anaknya.
        “Mia, kenapa datang dapur?” Damia yang baru berusia 3 tahun itu mencebik.
        “Ma, Mia said adik crying non-stop. Bising! Mia tengah tengok doraemon then adik suddenly crying,” Keysha mengusap kepala anaknya lembut. Faiq kelihatan sedang membawa turun anak kedua mereka dari dalam bilik. Aiman Firash yang baru berusia setahun itu merengek-rengek di dalam dukungan papanya. Keysha bangun lalu merapati suaminya.
        “Kenapa baby mama menangis ni? Nak susu ke sayang?” Tangannya mencubit lembut pipi anaknya. Tembam! Faiq hanya membiarkan si isteri mengambil Firash daripadanya.
        “Dear, yang nak susu itu abang,” Keysha menjeling suaminya.
        “Hishh abang ni. Tak lawak lah,” Jari Keysha laju mencubit lengan suaminya. Faiq tergelak.
        “Pa, nak dukung.” Damia mula merengek sambil menarik-narik hujung seluar Faiq. Faiq tunduk lalu mencium pipi Damia. Anak kecil itu didukung lalu dipusing-pusing. Damia ketawa mengekek.
         “Abang, come,” Keysha menggamit suaminya supaya hampir dengannya. Faiq mendekati iserinya. Keysha mencium pipi Damia perlahan.
         “Mia, mama and papa love you so much!” Pipi Damia dicium sekali lagi. Damia mencium semula mamanya. Faiq tersenyum manis.
         “But Mia, papa loves mama more.” Pipi Damia dicubit geram. Damia merenung papanya tajam.
         “Mia also love adik more!” Damia mencium adiknya yang sedang mengekek digeletek Keysha.
          “Abang ni, tak usik Mia tak sah kan?” Faiq mencium pipi Keysha pula.
          “Of course! Sayang, abang sayang sayang,” Bibir mengucup bibir Keysha kejap. Keysha menolak semula tubuh suaminya. Damia menjerit sambil menutup matanya. Faiq tergelak lucu melihat perlakuan Damia. Keysha pula mencubit lengan Faiq kuat.
          “Aduh sayang..Sakit..Sakit..Okay, tak buat dah,” Damia diturunkan. Damia segera berlari ke ruang tamu untuk melayan semula kartun doraemonnya.
          “Firash, come to papa. Mama nak buat kerja,” Faiq mengambil Firash daripada dukungan Keysha. Keysha memeluk Faiq dari belakang sejurus selepas Faiq berpaling untuk ke ruang tamu.
          “Abang, thanks for everything. Te amo,” Faiq tersenyum gembira.
          “Sayang, insyaAllah, cinta abang hanya untuk sayang. Till Jannah, dear.” Faiq memalingkan tubuhnya. Dahi Keysha dikucup penuh kasih. Keysha tersenyum bahagia.
          Alhamdulillah, Ya Allah.

This is Gnocchi !
Looks yummy but act i dont know how it taste .. heh :3