Wednesday 14 August 2013

Awak tetap Suami Saya ! ~ bab 5 ~



           “Hello, Assalamualaikum! Ya Allah, Razif. Dah berjuta kali mama call baru nak angkat? Kamu kat mana ni?” Suara petir Puan Faizah bergema.
         
           “Adoii. Sakit telinga orang lah ma,”
        
           “Sakit telinga? Mama punya sakit jari ini kamu tak fikir? Kamu kat mana ni?”
           “Dekat Perak.Orang ada kerja sikit  kat sini.”
          
           “Dah berapa lama?” Razif mengerutkan dahinya. ‘Aik, tak pernah-pernah orang tua ni siasat  aku punya kerja.Asal tiba-tiba pula ni?’ Getus hatinya.
            
         “Baru dua hari.Awat heboh sangat ni mama?”
          
         “Baru dua hari? Habis berapa lama lagi kamu stay sana?”
         
         “Seminggu lah paling sekejap pun.Mama ni, macam tak biasa je orang kalau outstation.Mama rindu eh?”
       
        “Tak adanya aku nak rindukan kamu nak oii.Ini, bini kamu dah pengsan masa mama sampai…”

           “Pengsan?!!”

           “Ha’ah lah. Pengsan.Sebab itulah mama call kamu dari semalam tapi asyik voice mail je,” Puan Faizah mengeluh.

           “Handphone tak ada battery semalam,” Razif terdiam.

           “Kamu nak balik ke tunggu habis kerja baru balik?” Razif memandang ke arah pintu yang terbuka.Hairi, tuan punya rumah menaikkan kedua-dua keningnya. ‘Asal?’ Bibirnya membentuk.Razif menggerakkan bibirnya pula. ‘Sabar jap,’

         “Razif ?”

         “Ah? Ye ma, orang balik lepas habis kerja nanti.Dia dah sedar belum?”

         “Penting lagi ke kerja kamu daripada isteri ni?” Puan Faizah menggelengkan 
kepalanya.

         “Orang bukan tak nak balik ma, Melaka dengan Perak bukan dekat.Lagipun, ni projek besar ma,”

         “Hah, iyalah.Nanti pandai la mama pujuk isteri kamu tu.Kalau kerja kamu dah siap, balik cepat-cepat.Faham?”

         “Hmm.Ma, orang minta diri dulu eh.Nak pergi toilet,”

         “Iyalah.Assalamualaikum,” Razif  terus mematikan perbualan mereka.Dia memandang sahabatnya yang sedang bermain dengan remote control.

         “Tipu mama?” Hairi bersuara setelah lima minit mereka sunyi.

         “Aku bukan sengaja.Kalau aku tak tipu, apa aku nak jawab kalau mama tanya?” Hairi menggelengkan kepalanya.

         “Aku bukan tak nak bagi kau duduk sini tapi kalau kau dah mula tipu mama, aku rasalah baik kau balik.Karang tak pasal-pasal aku kena tanggung dosa kau tipu mama pula, eeii, tak nak aku,” Razif memandang rakannya tidak percaya.

         “Weh bro! Aku susahkan kau ke selama aku tinggal dengan kau?”

        “Kau tak ada susahkan aku pun.Tapi kau ada tanggungjawab Zif, aku tak nak kau abaikan.Tu mama kau call, mesti ada kena mengena dengan wife kau, right? Lagipun dah dekat seminggu kau tinggal sini.Entah apa yang dah jadi kat wife kau sekarang ni,” Razif terdiam.Dia menarik nafas dalam-dalam.

        “Mama kata dia pengsan,”

       “What??!! Lepastu kau masih kata kau nak stay sini..Ehem, ‘Perak’ sampai habis kerja? Lagi lima hari? Agak-agaklah weh.Sampai budak itu pengsan pun kau tak peduli? Otak kau tu ada wayar short ke?” Hairi geram.

       “Aku tak ada mood lah nak tengok muka budak itu.Kalau aku tengok je muka dia, aku macam ternampak-nampak je dia tampar muka Suezana hari itu,”

       “Weh Zif, bukan salah dia masa dia tampar Ex kau itu.Salah kau! Kau bawa dia shopping then you left her alone while you walked happily with your Ex.Siapa tak bengang weh?”

       “Tapi tak payahlah sampai nak tampar orang tak tentu pasal.Grr,”

       “Kalau aku jadi dia, aku tampar Sue, tumbuk kau.Hah, fair and square bro,” Hairi tergelak.

        “Tak lawak bro,” Razif menolak bahu Hairi geram.

        “Kalau kau minta opinion aku kan, aku memang berpihak pada wife kau itu 100% ! Aku tabik spring atas keberanian dia.Alah Zif, she’s still a child. Budak remaja kalau jealous habislah kau.I think she’s trying to be mature.If not, she’ll call you like crazy till u answer  her calls, I think so..” Hairi terdiam apabila melihat wajah tegang Razif.

        “Aku balik sat.Lantaklah mama nak kata apa pun,” Hairi tersengih.

        “Yeahh, that’s my boy.” Hairi tersengih lagi.Razif menunjukkan penumbuk sulungnya kepada rakannya itu.

*****
         “Ma..Mama… Ely nak air,” Puan Faizah menghulurkan air.Tangannya leka membelai rambut menantu kesayangannya.

         “Sayang, dah berapa lama sayang tak makan? Doktor kata tekanan darah sayang rendah, perut masuk angin.Kenapa ini? Razif ada buat hal ke?” Puan Faizah memegang dagu Elysha.Elysha menggelengkan kepalanya.

         “Ely Cuma tak ada seleralah ma.Abang Razif okay je.Buat hal apanya ma?” Elysha tergelak halus.Dia menelan air liurnya.Perit tekaknya akibat kurang minum air.

         “Tak ada apalah,”

         “Mama, hari ini berapa haribulan?”

          “13 sayang,”

          ‘Dah dua hari aku pengsan? Ya Allah,’

         “Hey, kenapa ini? Sabar ye sayang, Razif balik juga nanti.Katanya dia outstation seminggu saja.Dalam lima hari lagi, sampai lah suami kamu itu,” Elysha terdiam.

         “Ma, Ely nak tidur sekejap,” Puan Faizah menganggukkan kepalanya.Dia pun keluar dari bilik tidur Elysha.

         Nada dering telefonnya membingitkan telinga Elysha yang sedang lena diulit mimpi. Elysha menekan butang ‘Accept’.

        “Hello, Assalamualaikum.Siapa ini?” Lemah sungguh suaranya ketika itu.

        “Waalaikumussalam.Sya, sayang kenapa ni? Sya tak sihat ke?”

        “Erk, ni Abang Fiq ? Syafiq Izwan?” Elysha terdengar suara orang sedang tergelak halus.Dia kenal tawa itu.

        “Ya Allah! Abang Fiq! Sya rindu abang sangat-sangat.Abang sihat? Abang dekat mana sekarang? Abang kerja apa? Mana abang hilang masa itu?”

       “Hahaha, Ya Allah sayang.Abang kena jawab yang mana dulu ek? Banyak sangat soalannya.Yang abang dengar dengan jelas kan sayang, Sya rindu abang sangat-sangat.Haaa, yang itu je jelas,” Elysha tergelak.

       “Jahatlah abang ni.Okay-okay, abang sihat?”

       “Macam ini baru abang boleh jawab.Sayang, abang tak sihat.Sakit abang ni kronik sangat-sangat tau!”

        “Abang jangan buat Sya risau bang,” Suara Elysha berubah.

        “Sakit tau! Bertahun abang tahan sakit ni,”

      “Abang sakit apa?”

      “Sakit menahan rindu abang dekat Mrs. Teddy ni! Hehehe,” Elysha turut tergelak.Dia rindu dengan panggilan Mrs. Teddy itu.

       “Bukan dia seorang je yang sakit.Orang sini pun,” Elysha bermain dengan hujung rambutnya.Dia terlupa sebentar yang dia sudah bersuami.

      “Sha sakit? Okay, Sha jangan risau.Abang ada penawarnya.Sha tunggu ye!” Selang beberapa saat, panggilan itu mati serta merta.

      “Hello…hello! Abang?” Elysha menggelengkan kepalanya.Dia kenal sangat dengan perangai Syafiq.

       Elysha teringat kenangan-kenangannya bersama Syafiq Izwan.Jarak umur mereka yang sebanyak 4 tahun sedikit sebanyak melahirkan kemesraan antara mereka berdua. Dia mengaku jarak umur antara dirinya dengan Razif yang jauh juga boleh memberi kemesraan namun sikap dingin Razif mengikis perasaan Elysha.

******

      Razif duduk di sebelah Elysha yang sedang lena diulit  mimpi.Dia meraup wajahnya. Wajah pucat Elysha yang sedang tersenyum dipandang sepi.Saat tangannya mahu mengusap kepala isterinya, Elysha menggerakkan tubuhnya dan meggosokkan kedua-dua matanya.

     “Ehh, awak.Bila  awak balik?” Tangan Elysha menolak telefonnya ke bawah bantal.Dia menghulurkan tangan kepada Razif.

     “Saya baru sampai tadi.Kenapa boleh pengsan? Dah tak ada stok makanan kan? Kenapa tak bagi tahu saya?”

     “Saya call tapi selalu voice mail.What can I do? Hurmm?” Elysha bangun dari katil.Dia menuju ke bilik air.Pintu bilik air ditutup rapat.Tangannya di bawa ke dada. Dup Dap Dup Dap. ‘Kenapa ini?! Hishh, tak sukalah. Elysha! Razif is not yours! His heart was stole by a better woman okay?’ Elysha mengetuk kepalanya berkali-kali.

      “Saya ganggu kerja awak ke?” Elysha bersuara perlahan apabila melihat Razif sedang menutup matanya sambil bersandar pada kepala katil.Razif menggelengkan kepala.Dia melambaikan tangannya lalu menepuk bantal yang berada di sebelahnya.Elysha hanya menurut.

      “Hurm, Elysha.I’m sorry for my behaviour last  few days.I’m really, really sorry.I ‘m really mean it,” Razif mengambil kedua-dua tangan Elysha.Dia mengucup perlahan tangan gebu itu.

      “Awak… saya tak ambil hati pun.Cu..Cuma saya..tak ada apalah,” Elysha meletakkan kepalanya di atas bantal.Razif turut baring di sebelahnya.Elysha yang baring membelakangkan dirinya ditepuk perlahan.

      “Tak elok tidur membelakangkan suami.Come,” Razif menarik bahu Elysha.Elysha terdiam.Bibir bawahnya diketap.

      “Awak, is she very very important to you?” Razif memandang Elysha lama.Elysha mengangkat wajahnya apabila Razif sepi tanpa jawapan.Tidak 
disangka bahawa Razif sedang merenung dirinya.

       “Hey dear, siapa yang awak maksudkan?” Razif pura-pura tak tahu.Dia memegang dahu Elysha, memaksa Elysha untuk terus memandang wajah Razif.

       “Siapa-siapa sajalah,” Elysha putus asa.Dia menarik nafas lalu melepaskan keluhan yang berat. ‘Lantak dialah nak buat apa pun.Dia berhak kalau nak pasang satu lagikan?’ rintih hatinya sayu.Elysha memejamkan matanya rapat.

      “I’m sorry but she’s my heart.I can’t live without her.For the time being, I’ll be by your side till you get your health back,” Razif berbisik di telinganya.

      ‘Sampai aku sihat saja? Then, I’d rather be sick like this till my last breath! Huh!’ Air mata Elysha mengalir.Dia diam tidak berkutik akhirnya dia pun tiba di alam mimpinya.

******

       “Mama…mama? Mama kat mana?” Elysha terjerit-jerit memanggil mamanya.

       “Hishh,apa yang bising-bising ni?” Razif turun dari tangga.

       “Mama mana? Orang nak cakap dengan mama,”

       “Mama dah balik semalam.Lepas mama nampak je saya, terus dia kata dia ada hal dengan papa.Itu yang dia terus balik,” Elysha mencebikkan bibirnya.Dia terus berjalan ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

       “Awak dah sihat ke?” Elysha terus teringatkan bisikan Razif malam tadi.

       “Kalau saya dah sihat awak nak pergi lagi ke?” Elysha bersuara perlahan.Razif terdiam.Dia kaku.

        “Apa yang awak merepek ni?” Razif buat tidak tahu.

        “Tak ada apalah.Awak nak makan apa? Roti je atau nak saya gorengkan nasi? Ada nasi dalam rice cooker tu,”

        “Roti pun cukup,”

        “Awak tak kerja? Semalam awak balik dari mana? Perak ke?”

        “Hermm…” Razif buat tak tahu.Elysha mengetap bibir geram. ‘Eeee, mamat ni.Aku ni cakap dengan tunggul ke?’

        “Saya nak keluar dengan kawan boleh?”

        “Awak itu dah sihat ke?”

        “Bolehlah saya ni merehatkan otak kalau berjalan kat luar.Tension lah duduk seorang kat rumah.Akak Sal tak ada.Pergi KL ambil anak saudara dia.Saya kat sini tak ada kawan nak chit-chat tau! Eshh,”

        “Lorhh, asal emo sangat?” Elysha geram.Dia menggigit roti di tangannya kuat.Razif mengangkat keningnya.Deringan telefon bimbit Razif membuatkan Razif bangun lalu menjawab panggilan itu di luar.Elysha bangun dari meja makan itu lalu memulakan aktiviti paginya.

******

         “Elysha!!” Jeritan Razif dari bilik atas memeranjatkan Elysha.

         “Kenapa itu awak?” Elysha bangun lalu naik ke atas.

        “Siap sekarang.Kita keluar, pergi pantai Pengkalan balak,” Elysha mengerutkan keningnya.

        “Lah pasal itu je ke? Ingatkan apa yang penting sangat tadi.Amboi..Asal jauh sangat? Pantai Klebang je tak boleh ke?”

        “Nak ikut ke tak? Kalau tak saya bawa..”

        “Saya siap sekarang,” Elysha berlari ke almari lalu segera membawa bajunya ke tandas.Razif tersengih.Dia menyemburkan minyak wangi Style,Dashing kegemarannya.

        “Yeahhh, dah sampai!” Elysha menjerit girang apabila ternampak laut yang biru.Bibirnya mengukir senyuman manis.Razif keluar meninggalkan Elysha seorang diri di dalam kereta.Dia membeli pisang goreng dan Coconut Milk Shake lalu duduk di atas sebuah buaian di bawah sebatang pokok yang lebat daunnya.Elysha mencebikkan bibirnya.Saat dia mahu membuka pintu, Razif menekan butang lock dari luar.

        Elysha mengetuk cermin kereta sekuat hatinya.Dia menjerit geram.Huh! Elysha menghempaskan beg di tangannya.Dia memuncungkan bibirnya yang kemerah-merahan.Razif geli hati melihat perlakuan keanak-anakan isterinya itu.Dia menekan butang unlock semula dan membukakan pintu buat si isteri.

       “Asal awak buka? Biar sajalah saya mati dalam kereta ini seorang-seorang,” Elysha memeluk tubuh.

       “Kalau saya biar awak mati, nanti saya kena masuk penjara pula.Dera menantu kesayangan mama? Memang nahas saya.Haha!”

       “Hah, memang awak tak fikir pasal saya.Awak fikir pasal perasaan awak je and akibat yang bakal awak dapat je kan?!” Elysha berjalan keluar.Dia sengaja 
melanggar bahu suaminya.

       “Hey, I’m kidding okay? Don’t take it serious,” Razif menarik pergelangan tangannya.

       “I’m not a child anymore.Sikit-sikit sentap okay? I’m eighteen now!” Razif pandang muka Elysha tidak percaya. ‘Aku kahwin dengan dia baru dua bulan or today is her born day?’

        “Today is your birthday?” Razif berdiri betul-betul di hadapan Elysha.Jarak mereka yang dekat membuatkan jantung Elysha berdegup kencang.Pipi Elysha merona merah.Dia sendiri terlupa hari lahirnya sampailah Abang Fiq yang wish pagi-pagi buta tadi.

       “Awak tak tahu?” Perlahan suara Elysha.

       “I’m sorry.Seriously, I’m truly sorry. Anyway, Happy birthday my wife! May Allah bless you for the rest of your life and live happily ever after!” Semangat Razif memberi ucapan. Dia mencubit hidung Elysha kuat.Elysha mengaduh.Razif turut mengucup kedua-dua pipi Elysha.Elysha termalu sendiri.

       ‘Awak, saya harap Allah akan panjangkan jodoh kita sampai hujung nyawa saya.I don’t want other else,’ rintih hati Elysha.Walaubagaimana pun, Elysha tetap mengukirkan senyuman buat suaminya.

       “Thank you husband,” Elysha memaut lengan Razif.Razif turut menghadiahkan senyuman manis buat isterinya. ‘Biarlah dia bahagia pada hari yang istimewanya ini,’ bisik hati Razif.

        Mereka berjalan di gigi air sambil berpegangan tangan.Sesekali tangan Razif menyuapkan pisang goreng ke dalam mulut Elysha.Elysha tersenyum manis pada hari itu. Dia tidak pernah menyambut hari lahirnya se ‘sweet’ ini semenjak arwah mamanya pergi. Even Abang Fiq pun hanya akan hadiahkannya buku atau teddy bear setiap tahun.Iyalah, mahu menyambut lebih-lebih pun, ketika itu 
mereka masih bergelar pelajar sekolah.

        Elysha tersenyum lebar apabila Razif memaut pinggang rampingnya seraya membisikkan keramat ‘Happy Birthday Pretty!’ Elysha mengucup pipi Razif sebelum berlari ke buaian tempat mereka berteduh tadi.Razif tergelak kecil.   

Sunday 4 August 2013

Awak Tetap Suami Saya ~ bab 4 ~


~Bab 4~
            Air mata Elysha mengalir laju.Dia teresak-esak di dalam teksi yang dinaikinya.Pakcik teksi itu memandangnya pelik.Dia jatuh kasihan pada gadis comel itu.
           “Nak, kenapa menangis ni? Ada masalah apa-apa ke?” Elysha hanya menangis dan terus menangis malah tangisannya makin kuat kedengaran.Pakcik teksi itu serba salah dan makin risau jadinya.
            “Pakcik berhenti kat depan itu jelah,” Elysha bersuara perlahan.Suaranya serak, matanya sembap.Pipinya pula merah-merah.
           “Eh, tak bolehlah macam tu.Sekarang dah pukul 10.30 malam tau.Bahaya kat luar itu,” Pakcik teksi itu teruskan pemanduannya.Elysha terdiam.Dia memandang ke luar tingkap.Hatinya pilu.Perlahan-lahan airmatanya tumpah semula.Dia memegang dadanya yang sakit.Air mata dikesat kasar tetapi semakin dikesat, semakin laju air matanya tumpah.
           “Nak, dah sampai,” Elysha terkejut.Dia memandang muka pakcik itu kosong.Matanya yang sembap dan keadaan dirinya yang tidak terurus menambahkan lagi rasa simpati lelaki tua itu.Dia membukakan pintu untuk Elysha lalu menyuruh anak gadis itu masuk ke dalam rumah.Elysha cuba mencari duit tetapi pakcik itu menggelengkan kepalanya lalu menyuruh dia masuk ke dalam rumah segera.Pakcik itu meletakkan beg-beg pakaian yang dibelinya sebentar tadi di dalam kawasan rumahnya.
            “T..Terima kasih, pakcik.”
            Elysha mengunci pintu rumahnya.Dia melempar semua beg-beg yang dipegangnya.Bantal-bantal sofa semuanya dicampak merata-rata.Air matanya sudah kering.Dia penat.Dia kemudiannya baring di atas sofa.Matanya yang berat terkatup perlahan-lahan.Tudungnya masih tersarung kemas di kepalanya.
           Tidak lama kemudian, Razif Iqram melangkah masuk ke dalam rumahnya.Suis lampu dipetik.Dia terkejut tatkala melihat beg-beg pakaian isterinya berselerak di atas lantai.Dia mengutip bantal-bantal yang turut bersepah.Hatinya mendongkol marah.Dia mengumpul bantal-bantal tersebut di sebuah tempat.
           Razif mencangkung di hadapan Elysha.Dia melepaskan keluhan yang berat.Dia merenung Elysha.Matanya jatuh pada bibir Elysha yang pucat.Jari telunjuknya menari-nari di bibir Elysha.Matanya yang sembap dikucup perlahan.Dia menjadi tenang semula.
            Perasaan Razif berdolak-dalik.Dia yang salah atau isterinya? Razif mengeluh lagi.Razif menepuk bahu isterinya perlahan.Dia tidak mahu isterinya terjaga.Bibir Razif hinggap di pipi Elysha.Tiba-tiba, air mata Elysha mengalir.Dia mengomel perlahan.Razif terkejut namun tangannya pantas menyeka air mata Elysha.Tangannya membuka tudung Elysha dengan perlahan dan lembut.Dia membetulkan postur badan Elysha lalu naik ke bilik tidur sendirian.Dia membiarkan Elysha di bawah.Dia perlu bersendirian.
******
            Elysha terdengar bunyi enjin kereta.Dia terpisat-pisat.Matanya pedih.Dia bangun namun dirinya terasa seperti terapung di udara.Kepalanya berdenyut.Dia pelik.Razif pergi kerja ke? Dia mengerling jam di dinding, ‘baru pukul 6.30, aihhh, pening akulah.’ Getus Elysha.
            Elysha berjalan naik ke bilik.Dia membersihkan diri lalu segera menunaikan solat Subuh.Dia termenung di ruang balkoni bilik itu.Sudah sejam dia termenung.Perutnya mula berkeroncong.Dia berjalan perlahan-lahan.Setiap langkah diselangi dengan keluhan.Pesan mamanya yang mengatakan tidak baik mengeluh diketepikan dahulu buat masa sekarang.Hatinya gelisah namun tiada seorang pun yang mampu menenagkannya.Dia tidak mahu mengadu pada ibu mertuanya kerana dia tidak sanggup melihat ibu mertuanya risau.
          Roti bakar yang disapu dengan peanut butter digigit tanpa selera.Mindanya sering memainkan pita rakaman semalam.Tangan seorang wanita yang cantik, moden dan ayu sedang memeluk lengan suaminya.Memang, memang dia tidak cinta akan suaminya tapi, siapa yang sanggup melihat suami sendiri curang dihadapan biji matanya?! Elysha mendengus perlahan.Air matanya mula bergenang.
          Dia terkenangkan arwah mamanya yang kecewa melihat ayah tirinya bersama dengan ramai wanita lain.Setiap detik mamanya akan menangis.Mungkin mama fikir dia tidak pernah ternampak mama menangis tetapi mama silap besar.Setiap kali mama menangis, setiap kali itulah dia kena pukul dengan ayah tirinya kerana bertanya soalan berkenaan tangisan mama.Air matanya mengalir laju.Roti diletakkan di atas piring lalu dia memanjat tangga ke bilik.
****
         Sudah seminggu hal itu berlalu namun, Elysha masih lagi dibayangi peristiwa hitam itu.Elysha menguatkan semangat dirinya namun tidak semudah yang disangka.Dia kecewa yang teramat.Mindanya tersekat.Dia tidak mampu memikirkan hal lain.
         Kaki Elysha berhenti di hadapan sebuah bilik yang sentiasa tertutup rapat.Bilik yang tertulis ‘No Entry’ . Bilik yang turut membuatkan suaminya menangis pada malam sehari sebelum mereka pergi ke JJ.Elysha kaku di hadapan bilik itu.Tangannnya menari pada tombol pintu bilik itu.Satu gambaran tiba-tiba muncul di kepalanya.
***Flashback***
          Elysha memerhatikan Razif yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik tidur mereka.Dia duduk lalu menyelubungi dirinya di dalam selimut yang tebal itu.Dia terfikir, kenapa suaminya teragak-agak mahu memberitahu siapa gerangan manusia yang sedang berbual dengannya dalam telefon.
         Elysha bangun lalu mengekori suaminya.Razif masuk ke dalam sebuah bilik yang ditulis ‘No Entry’ .Dia bersyukur kerana suaminya hanya merapatkan pintu itu dan dia masih berkesempatan untuk menyiasat suaminya itu.Elysha berdebar-debar.
       Razif membuka suis komputernya.Wallpaper komputernya menyentak tangkai hati Elysha.Seorang wanita sedang memeluk lengan seorang lelaki iaitu suaminya di depan sebuah bangunan yang menyerupai sebuah istana.Elysha terus memerhatikan suaminya yang sedang leka menatap wallpaper itu.
        Razif mengambil sebuah album berwarna merah dan mengusap kulit album itu dengan penuh kasih.Elysha kaku tatkala dia terlihat suaminya menangis. ‘Dia menangis? Biar betul.Impossible! No, no ..this is seriously impossible!’ getus hati Elysha.Kepalanya digeleng berkali-kali.
        Dia terus berlari masuk ke bilik.Siapa perempuan itu? Persoalan yang belum pasti dapat dirungkai olehnya.Elysha menutup mukanya dengan selimut.Dia menangis lagi.Dia tidak tahu sejak bila dia jadi cengeng sebegini. ‘Stop menangis Ely! Stopp!!’ berkali-kali dia menyuruh dirinya berhenti namun semakin dia mahu berhenti semakin sesak dadanya.
*******
        Siapa perempuan itu? Dia pasti bilik ini ada jawapannya.Elysha membuka pintu itu perlahan-lahan.Kakinya lemah.Dinding-dinding bilik dipenuhi dengan gambar suaminya dari kecil sehinggalah dewasa.Beberapa frame gambar menarik perhatian Elysha.Gambar Razif bersama dengan perempuan itu! Sebuah frame yang di atas meja itu membuatkan Elysha menagis teresak-esak.Gambar mama menyarungkan cincin kepada perempuan itu! Razif meletakkan nota di belakang gambar.Elysha membaca nota itu dan air matanya semakin laju mengalir bagai hujan yang tidak turun seminggu!
      Elysha terduduk.Nota di tangannya dibaca sekali lagi.
     ‘Pertunangan antara Razif dan Suezana, si pencuri hati.Semoga pertunangan kita kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga hujung nyawa.Abang sayang Sue forever, till my last breath. ~LOVE~’
      ‘Till my last breath konon! Huhh.Dah tu, asal pula lah kau kahwin dengan aku??!! Urghh, buat sakit hati aku je. Tak guna!’ Elysha bengang dan cemburu! Kalau ikutkan hati, memang nak ditumbuk sahaja muka dua-dua merpati sejoli itu.Tapi yelah, ikut  hati, mati, ikut  rasa pula binasa.Dia menarik nafas dalam-dalam.Satu..dua..tiga! Huhh!!Elysha bangun lalu turun ke bawah.Keadaan bilik itu disusun semula ke bentuk asal.Elysha mahu menyibukkan dirinya.
       Remote control TV dicampaknya ke atas sofa.Rancangan kegemarannya tiada pada hari ini.Dia menyembamkan mukanya ke sofa.Elysha termenung.Dia bangun lalu membawa kedua-dua lututnya ke dada.
      Bosan! Jerit hati Elysha.
      Ada laki macam tak ada laki! Urghh!! Elysha menumbuk bantal yang digenggamnya.
     Dia pergi ke dapur lalu mengambil sehelai kain buruk dan sebaldi air sabun.Dia pergi ke ruang tamu semula dan mulakan misinya.
     Lap almari. Dah! Lap sofa. Dah! Mop lantai? Belum..Dai melepaskan keluhan.Elysha pergi ke dapur semula lalu mengambil mop dan dia pun mop lantai seluruh ruang tamu termasuk dapur.Kemudian, dia berehat sebentar sementara menunggu lantai kering.
     Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.13. ‘Belum masaklah,’ getus hati Elysha.Dia menguap.Tangannya memicit bahu kiri dan kanannya.Dia memandang ke arah tingkap dan teringat yang dia masih belum membersihkan tingkap.Elysha segera menyiapkan tugasnya.Dia melepaskan keluhan yang berat setelah selesai membersihkan rumahnya.Terasa bagai dia menetap di rumah yang baru dan perghh…rumah itu seperti bersinar-sinar.Hehehe.
      Matanya jatuh pada bunga ros merah yang ditanam di keliling rumah itu.Perlahan-lahan dia menyarungkan tudung dan keluar ke laman rumah.Dia duduk bersila di sebelah pasu itu.Tangannya membelai kelopak bunga mawar yang sedang mekar itu.Hidungnya menghidu bau mawar yang sungguh harum itu.
    Setiap hembusan nafas bagaikan membawa pergi segala beban yang terletak pada bahunya.Elysha menjadi tenang dan gembira.
    “Assalamualaikum, dik buat apa tu?”
    “Eh, kak Sal.Tak adalah.Ely tengah bau-bau je bunga ni.Wangi pula tiba-tiba,” Elysha tersengih.
    “Apa yang wangi sangat bunganya?” Kak Sal merenung wajah Elysha dalam-dalam.
   “Kenapa akak pandang macam tu?”
     “Kenapa mata lebam tu? Tak sihat?”
      “Ehh, tak adalah.Saya dah lama tidur lambat.Malam-malam baca novel kak,” Elysha tersengih bak kerang busuk.
     “Eh, tak baik macam tu.Tengok kan dah buruk muka kalau mata macam panda dah.Jaga-jaga, nanti suami cari yang lain,” Elysha sentap.Dia memandang mata Kak Sal.
     “Maksud akak?”
     “Tak adalah.Akak bukan nak kata apa, tapi akak dah lama kahwin dan akak pernah rasa diduakan,” suara Kak Sal berubah.
     “Cerita;ah akak,” Muka kak Sal sedikit berubah. Elysha serba salah.
     “Kalau akak tak nak cerita tak apalah.Jangan paksa diri,” Elysha memandang kakinya.
     “Tak apa.Akak okay.Nak dengar tak?Mari duduk dekat sana.Sakit kaki akak mencangkung lama-lama,” Elysha memandang ke tempat yang ditunjuk oleh Kak Sal.Dia menggeleng.
      “Tak apalah kak, saya takut karang suami saya balik saya tengah borak-borak dengan akak dekat pondok sana pula.Kita story-story dekat sini jelah eh?” Elysha tersengih.Dia malas mahu berjalan ke sana.
       “Hah, kalau macam itu tak apalah.Kat mana-mana pun boleh bercerita.Iya dak?” Kak Sal tersenyum.
       “Sambung kak,” Elysha teruja.
       “Nak sambung apanya, cerita belum start lagi,” Elysha tergelak.
       “Okay kak.Story-story,”
       “3 tahun lepas, akak baru pindah sini.Ikut suami.Dia kena transfer untuk office cawangan baru.Akak pun teruja lah dapat pergi ke negeri orang.Kalau tak, dekat Perak itu jelah yang akak duduk.Tak ke mana,” Elysha terdiam. ‘Perak?’
       “Perak area mana kak?”
       “Ipoh, kenapa?”
      “Oh, tak ada apa.Sambung-sambung,”
       “Anak buah akak duduk dengan akak masa itu.Tahun ni rasanya dia dah 24 tahun.Masa akak pindah dulu dia tengah nak STPM.Akak takut juga kalau dia tak selesa belajar dekat sini.So, akak tanya pendapat dia, nak pindah or stay? Lagipun dia dah besar kan, tapi dia kata dia nak balik dekat parents dia.Akak terkejut juga time tu, parents dia dah lama hilang.Mana dia jumpa parents nya pun akak tak tau.Dia ambil keputusan ke rumah parents dia di Victoria,Australia and sambung study dekat sana.Akak berat hati lah juga tapi dah dia nak balik ke parents dia, akak nak buat macam mana?”
       “Erkk. Akak, dia ada kena mengena ke dengan kecurangan suami akak dulu?”
       Kak Sal tersenyum.
        “Kena mengena? Akak tak pasti tapi yang akak pasti akak kemurungan selepas  sebulan tak jumpa dia.Masa itu pula suami akak tengah struggle nak naikkan syarikat baru.Akak sunyi dekat rumah ni seorang diri.Biasanya dia yang akan teman akak setiap hari.Bayangkanlah, dari umur dia 3 tahun akak dah jaga dia, tiba-tiba dia hilang dari pandangan akak untuk jangka masa yang lama.Akak banyak menangis.Akak tak masak, tak kemas rumah. Akak tak..” Air mata Kak Sal bergenang,
        “Akak, akak okay tak?” Kak Sal menganggukkan kepalanya.
       “Suami akak mula balik lewat lepas apa yang terjadi.Katanya, dia tak selera nak balik rumah dengan keadaan diri akak yang comot, kusut.Rumah pula macam tongkang pecah.Dapur macam setahun tak basuh pinggan.Akak jadi makin sedih lepas akak tahu yang ada perempuan lain dah berdiri di belakang suami akak masa akak tengah kusut. Dia yang banyak meluangkan masa dengan suami akak,”
      “Lepas itu akak buat apa? Erkk, akak tak ada anak?”
      “Anak akak meninggal masa umur dia setahun dan doktor sahkan yang akak dah tak boleh hamil.Sebabkan itulah adik akak serahkan anaknya kepada akak dan menghilangkan dirinya.Selepas akak tahu je yang suami akak ada perempuan lain, akak mula sedar.Tak guna akak kenangkan anak buah akak itu kalau itu yang buatkan suami akak berpaling pada yang lain.Akak mula berubah, akak kemas rumah, make-up dan menghiaskan diri untuk suami akak.Akak hanya cakap suatu perkara je ketika suami akak mahu keluar berjumpa perempuan itu, akak cakap ‘ Kalau abang nak saya, tinggalkan dia.Kalau abang nak dia, tinggalkan saya’.Akak terluka tapi sehari selepas itu, suami akak kata perempuan itu dah berpindah ke cawangan lain dan suami akak gunakan dia untuk menyedarkan akak dari kemurungan akak.Akak sedih tapi dalam masa yang sama akak terharu kerana suami akak masih memilih akak,” Kak Sal memegang pergelangan tangan Elysha yang mula mengalirkan air matanya.
      “Ely minta maaf kalau Ely buat akak sedih.By the way, thank you akak sebab sanggup ceritakan pengalaman akak menghadapi kisah-kisah macam ni,” Elysha  mengesat air matanya.
       “Sama-sama.Akak nak Ely gunakan akal logik Ely bila suami Ely ada masalah nanti.Jangan turutkan hati sangat.Nanti kita yang merana,”Kak Sal menepuk-nepuk bahu Elysha perlahan.
       “Okay akak, tq!”Elysha senang hati kerana dia dapat belajar sesuatu dari jirannya.Dia berazam untuk menjadi lebih matang dan memahami.
       Bunyi enjin kereta suaminya memeranjatkan dia dan kak Sal. ‘Dah seminggu menghilang, baru balik?’ sisi jahatnya mengomel. ‘Kau ni Ely.Ingat , guna akal logik! Jangan ikut perasaan!’ sisi baiknya pula mengomel.Nafasnya ditarik dalam-dalam.
        “Saya masuk dululah kak ye,”
       “Dah masak? Sorry kalau akak ambil masa Ely bercerita tadi,”
      “Eh, jangan risaulah akak.Semuanya dah ready,” Elysha senyum pahit sebelum menggigit bibir bawahnya.
      ‘Mampus aku! Aku tak masak apa pun.’ Elysha berlari anak ke kereta suaminya.
      “Awak, awak nak makan? Saya masakkan, tak sampai setengah jam ek,” Elysha menghulurkan tangannya kepada suaminya.
     Razif menutup pintu kereta lalu berjalan melepasi Elysha.Elysha kecut perut melihat wajah bengis Razif.
      Elysha membuntuti Razif ke dalam rumah.Kakinya menghala ke dapur.Dia segera mengeluarkan bahan-bahan lauk asam pedas dan mula menumis.Sedang dirinya leka memasak, jarum jam sudah menunjukkan pukul dua setengah.Sudah satu jam dia memasak.Lauk semua siap dihidang.Dia berjalan ke ruang tamu untuk memanggil suaminya.
     Bunyi enjin kereta yang baru sahaja meninggalkan perkarangan rumah menyentak tangkai hati Elysha.Dia jatuh terduduk.Air matanya mengalir laju.Selera makannya automatik hilang.Bahunya terhinjut-hinjut menahan esak.
     Lagu C-Clown, ringtone handphone Elysha kedengaran di seluruh rumah.Elysha mengesat air matanya.Dia cuba menahan esak.Nombor asing yang terpapar pada telefon bimbitnya  dipandang sepi.Dia membiarkan panggilan itu berlalu.
     Sekali lagi, nombor yang sama menelefonnya.Elysha menjawab panggilan itu lemah.
     “Hello, Assalamualaikum.Siapa ini?” Air matanya masih lagi mengalir.Dia cuba untuk tidak menangis.

     “Elysha! Ini abang lah! Abang Fiq!” suara ceria di hujung sana membuatkan Elysha terpaku.Matanya gelap.Dia tidak sedar apa yang berlaku tetapi yang dia dengar, nama abang Fiq.