Sunday 16 June 2013

Cerpen : Abang beca ? Akak Becalah !         
       “Along , malam ni kerja juga ke?” pertanyaan Izzati, adikku hanya kubalas dengan anggukan. “ Lah , angah kerja, mama kerja….”

               “Kalau kami tidak kerja, siapa yang nak bagi kau orang semua makan? Belanja harian?” aku terus memotong keluhannya.Aku mengeluh perlahan.Suaraku sedikit tegas.
               “Masalahnya along , Zati kesian tengok along macam ni.Terkejar sana, terkejar sini. Zati kesian long,” suaranya berubah sayu.Aku hanya memekakkan telinga.
              “Sudah, along pergi dulu.Siapkan makan malam adik-adik lepas itu , suruh masuk tidur,” aku memberi arahan. “ Ye lah ,” jawabnya sambil bergerak ke dapur.
                Masuk tahun ini, sudah 2 tahun aku bekerja sebagai juruwang di SevenEleven dan pembawa beca.Penat? Memang tidak dapat diungkapkan rasa penat itu tapi, siapalah aku ingin menolak takdir Allah Yang Maha Esa? Aku redha dengan segala ujian yang menimpa keluargaku.
*****
         “Uit , masam lagi akak kita ni,” Farid menyapaku.Aku terus mengukirkan senyuman untuknya.Topi di kepalaku kubuka dan mengibaskan tudungku.Panas! Aku mengelap peluh yang mula menitik di dahiku.
          “Masam ke?” aku bertanya selepas mula menggerakkan beca yang akan ku bawa mengelilingi bandar Melaka malam ini.Lagu-lagu rancak mula berkumandang.
         “Masam sangat tau!” bersungguh dia meyakinkan aku.
         “Alah, habislah pelanggan aku macam ni,” aku mula risau.Aku membetulkan tudungku yang mula senget-benget akibat ditiup angin ketika menunggang motosikal tadi.
         “Hahahhaha,” aku menumbuk perlahan tangannya.Aku sudah agak yang dia mesti kenakan aku lagi! Masuk malam ini, sudah seminggu aku terkena dengannya.Apalah nasib.
          Farid tersengih macam kerang busuk.Dia menolak anak rambut yang terjuntai di dahinya.Farid seorang lelaki yang baik,rajin,hormat orang, tampan dan aset paling mahal yang ada pada dirinya ialah , jeng jeng jeng , hehe, lesung pipitnya.Aku akan terpegun setiap kali melihat lesung pipitnya tatkala dia tersenyum ataupun tergelak.
         “Hah! Dah puas telek muka aku? Aku tahu kau dah mula terpikat dengan aku,”
         “Eeeee. Memang taklah,” aku menjelirkan lidahku dan dia tersenyum lagi.
          “Assalamualaikum,bang beca sekali naik berapa ye?” Farid terus membawa pelanggannya mengelilingi bandar Melaka dengan becanya yang ceria itu dan meninggalkan aku di situ keseorangan.
          Aku berdiri di situ sambil menunggu pelanggan.Tempat ini memang ramai pengunjung lebih-lebih lagi pada malam minggu seperti malam ini.Aku memakai semula topiku dan mahu bergerak memandangkan aku sudah kepanasan menunggu disitu.
 *****
          “Eh,bang!” aku memberhentikan becaku apabila ada orang menjerit menyuruhku berhenti.Aku tidak kisah apabila orang memanggilku ABANG kerana aku sudah terbiasa ialah, mana tidaknya hanya aku sahaja perempuan yang membawa beca disini.
           “I tak nak naik! You faham ke tak?!” aku terkejut mendengar suara seorang wanita menjerit lantang.Aku berpaling melihat empunya suara itu.
           “Kalau you tak nak naik, I nak naik seorang,”sahut seorang jejaka dengan tenang.
            “Yang you nak sangat naik beca buruk ini kenapa? Dah tak ada benda lain ke you nak naik?Huh,”
            “I nak naik beca ke, apa ke, suka hati I lah.You nak ikut ke tak nak? Kalau tak nak, I naik seorang je,”
             Wanita itu menghentakkan kakinya.Aku memandang tempat lain.Malas mahu mengambil tahu hal orang lain.
            “Panas tau tak? Khai, jomlah balik.Please,” aku sudah berura-ura hendak pergi apabila mendengar rayuan wanita itu.Aku pasti yang lelaki itu pasti akan beredar membawa teman wanitanya itu pulang.
             “Panas? I tak panas pun.You nak naik ke tak?”lelaki itu menyoalnya lembut.
             “Ehh, bang, saya nak naik beca ini!” lelaki tadi menjerit ke arahku apabila aku sudah berada agak jauh daripada mereka. Aduh, dia ingat aku ini pekak ke? Sampai nak menjerit macam itu punya kuat,aku bukannya dah pergi jauh pun. Aku berpaling mengahadap lelaki itu.
               “Ye bang? Jadi ke nak naik? Nak pusing jauh ke dekat?”aku menyoalnya sambil tersenyum bersahaja.
               “Lah, perempuan rupanya.Ingatkan lelaki tadi.Hah,dik, abang ni baru pertama kali nak naik beca, adik bawak jelah mana-mana ek, abang bayar je,” aku menganggukkan kepalaku.
               “Naiklah bang, pelawa teman abang itu sekali,” aku berkata sambil tersenyum ke arah wanita yang memakai dress itu.
               Wanita itu menjeling tajam ke arahku. “Abang, abang. Huh , mengada,” aku hanya memekakkan telingaku.
               “Shhh, tak baiklah you cakap macam tu, sekurang-kurangnya, dia ni reti hormat orang, you?”
               “You jangan nak kutuk I pula okey?”wajah wanita itu sudah bertukar masam.
                “Okey, okey. I’m sorry.Dah, tak nak masam-masam lagi okey?” aku tersenyum melihat gelagat kekasih itu.
*****
                 “Dik , berhenti sekejap.Saya nak beli aiskrim di sana itu,”aku memberhentikan becaku di tepi jalan sebentar dan lelaki itu terus berjalan ke arah Mc’Donalds untuk membeli aiskrim.
                  “Umur berapa?” dingin suara wanita itu bertanya.
                   “Erk ,20 kak,”
                  “Owh, patutlah. Sekolah habis tak?”
                   “Alhamdulillah habis,”aku senyum padanya.
                    “Dah lama bawa beca di kawasan sini?” dia mengibas-ngibaskan rambutnya.Aku menghulurkan tisu kepadanya.
                   Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.Aku menyimpan semula tisu itu.
                    “Lama itu tak jugalah, masuk tahun ini, sudah 2 tahun saya bawa beca di kawasan sini,”
                    “Sorry lambat, ramai tadi,” lelaki tadi kembali semula ke becaku dan kami meneruskan perjalanan yang tergendala sebentar tadi.Aku memainkan lagu-lagu inggeris kesukaanku.
                    “Faham ke dengar lagu Inggeris ni?” sinis sahaja suara itu.Aku hanya diam dan meneruskan kayuhan.Lelaki tadi terdiam sekejap sebelum meneruskan pertanyaannya tentang tempat-tempat yang kami lalui itu.
******
                  “Along, lambat balik harini?” mama menyapaku tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah.
                  “Mama! Terkejut along,” aku mengusap perlahan dadaku dan menggantung kunci rumah di tempat gantung di tepi tangga.
                 Aku mengerling jam yang berada di atas televisyen. Jarum pendeknya sudah menyentuh nombor 3.Aku menguap dan duduk di sebelah sofa yang diduduki mama.
                 “Kenapa mama belum tidur lagi?” aku bertanya kepada mama.
                 “Ramai ke pelanggan kamu tadi?”
                 “Banyakkah tempahan baju mama hari ini?”
                 “Kenapa kamu tak jawab soalan mama?”
                  “Kenapa mama tak jawab soalan along? Hehehe.Ramai juga lah tadi, ada lah dalam RM200 dapat harini,” aku menghulurkan duit itu kepada mama.Mama mencubit perlahan pahaku.
                 “Simpanlah duit itu, long.Mama ada duit lagi ini,” mama menolak tanganku.Aku meletakkan duit tersebut di atas meja di depan mama sebelum kembali baring di sofa itu.
                 “Banyakkah baju yang nak kena jahit, ma?”aku menguap perlahan.
                  “Dah tak banyak sayang,ada lagi satu ni sahaja,”mama tersenyum kepadaku.Terserlah kedua-dua lesung pipitnya.Aku bangun lalu memeluk mama.Aku menangis di bahu mama.Aku sendiri tidak tahu mengapa.Dadaku sebak melihat mama bersengkang mata semata-mata untuk menyara kami adik-beradik.Dua tahun lepas,ayah pergi meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya.Aku dan mama menlakukan pelbagai kerja untuk mencari wang bagi menampung persekolahan adik-adikku.
                 “Sudahlah, jangan menangis lagi,”mama mengusap bahuku sambil menahan air mata yang mula bergenang di tubir matanya.Aku melepaskan pelukan dan mengesat air mata mama yang mula mengalir.
                  “Along minta maaf,” bahuku terhinjut-hinjut menahan esakkan.Tangan mama memelukku erat.Aku terus melepaskan segala rasa sedihku pada malam itu,di bahu mama.
*****
                “Abang,nak naik beca boleh?” aku terus berpaling apabila satu suara menegurku dari arah belakang.
               Dia tersengih memandangku.Masuk malam ini,sudah 2 minggu berturut-turut dia menjadi pelangganku.
              “Boleh je, akak tu mana?” aku terus menyoalnya dan melihat sekelilingnya.
               “Dia tak nak ikut.Eh, awak nak bawa ke tak nak ni?”
               “Er, marilah,”aku terus mengayuh perlahan-lahan.
                “Dik, sekejap eh, berhenti dekat gerai itu sekejap,” aku memberhentikan beca sebentar.
                  “Nah,” aku mengambil hulurannya.
                   “Apa ini?” aku terus membuka plastik bungkusan itu.Kipas?
                   “Ambillah, awak panas kan?” dia tersenyum lalu kami pun bergerak mengelilingi bandar Melaka yang indah lagi tenang itu bersama.
*****
                “Nama awak siapa eh? Dah lama saya jadi pelanggan awak tapi tak tau nama lagi,” dia menghadiahkan aku sebuah senyuman yang cukup menawan.
                 “Panggil je saya Kai,”
                 “Kai? Sama macam nama saya, Khai. Macam ada jodoh je,” aku berpaling menghadapnya kerana suaranya amat perlahan ketika menuturkan ayat-ayat terakhir itu.
                   “Apa dia, encik? Suara encik tu perlahan sangatlah,”
                  “Tak ada apa-apa,” dia membuang pandangan ke arah bangunan-bangunan yang meriah disinari lampu-lampu jalan.Ada senyuman terukir di bibir merahnya.Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.
*****
                   Aku gelisah menunggu mama yang belum pulang.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Angah yang bekerja sebagai mekanik di bengkel Pak Abu pun masih belum pulang.Kilat dan petir sabung menyabung.Adik-adik lelakiku sudah lama masuk tidur.Hanya aku dan Izzati yang masih sabar menunggu kepulangan mama dan angah.
                  Tok! Tok! Tok! Aku terus membuka pintu rumah.
                  “Ya Allah, angah! Kenapa berdarah-darah badan ni?” tanganku menggigil mengelap darah yang melekat di baju dan di mukanya.
                   “Mama,” bahunya terhinjut-hinjut menahan esakkan barangkali.Aku terpana.
                   “Kenapa dengan mama,angah?” Izzati yang bergegas ke pintu depan tatkala mendengar jeritan aku tadi mula menyoal.
                    “Mama dah tak ada,” aku terpana.Tidak ada setitik pun air mata yang tumpah.
                      “Mama kenapa?!” aku menggoncang-goncangkan badannya.Setitik dan akhirnya aku teresak-esak di dalam pelukan kedua-dua orang adikku.
                       “Along, mama kemalangan, mama..mama.. dah tak ada,” adikku menggigil-gigil ketakutan.Mukanya lencun dengan air mata.Kilat dan guruh turut menemani kami malam ini.
                       “Ya Allah!” aku teresak-esak tatkala mendengar berita itu.Aku merasakan suatu kehilangan yang teramat besar dalam diriku.Tiba-tiba bahuku terasa berat dengan tanggungjawab dalam membesarkan adik-adikku.
 *****
                       Sudah 2 bulan mama meninggalkan kami adik-beradik.Sedih? Aku tidak mampu lagi melihat air mata yang mengalir dari mata adik-adikku.
                       “Along, malam ini along kerja tak?” pertanyaan Izzati memecahkan lamunanku.
                       “Tak.Kenapa?”
                      “Along tak sihatkah? Sudah lama along tak pergi bawa beca,” aku menggeleng perlahan padahal kepalaku sering berdenyut-denyut sejak kepemergian mama.
                      “Along ingat along nak cari kerja lain,” aku menyuarakan pendapatku.
                       “Along nak kerja apa?Zati ingat Zati nak berhenti sekolah, nak tolong along dengan angah,” dia menundukkan kepalanya selepas menyatakan hasrat hatinya.
                        “Apa?! Zati ingat Zati berhenti sekolah Zati boleh tolong along? Zati silap, Zati hanya akan lebih membebankan along nanti,” aku mengeluh perlahan.
                         “Along, Zati boleh bawa beca,”aku terus memandangnya. Aku memegang kedua-dua bahunya.
                         “Bahaya Zati. Keadaan kat luar sana tu bahaya,” aku mengelap air mata yang mengalir di pipi mulusnya.
                          “Tapi Zati kesian tengok along.Along penat kan?”
                          “Mana ada along penat.Along kan dah tak kerja malam,along okey lah,” aku cuba tersenyum tapi ternyata senyumanku itu tidak seceria dulu.
                          “Gaji along takkan mampu nak sara kita semua long.Kami semua perlukan duit.Lagi-lagi apabila masuk tahun depan.5 bulan je lagi nak masuk tahun baru long.Zati nak SPM,dak Kira nak PMR lepas itu, Fairuz pula nak UPSR.Nanti kami nak guna banyak duit long,” dia memujukku lagi.
                          “Sebab itu along nak cari kerja baru.Setakat gaji RM250 sebulan, apalah sangat Zati.Tapi masalahnya syarikat mana pula yang nak terima along? Setakat sijil SPM ni, memang tak lah,” aku memandang ke luar tingkap bilik.     
                          Dia memegang perlahan bahuku. “Izinkan Zati tolong along eh,” aku terus menggelengkan kepalaku.
                          “Zati kena sekolah.Selepas itu, sambung belajar. Dapatkan kerja yang bagus dan lepas itu baru tolong along,” aku memandangnya sambil mengusap perlahan kepalanya.
                           Zati menganggukkan kepalanya lemah sebelum belalu meninggalkan aku seorang diri di dalam kamar arwah mama.
*****
                           “Kaisara, kamu betul-betul ke nak berhenti kerja?” tanya Puan Maizah,bosku.
                           “Saya belum pasti lah, puan.Saya bingung.Adik-adik saya setiap hari perlukan duit.Gaji saya ni pun belum cukup untuk kegunaan hari-hari kami,” aku menguis-nguis makanan yang ada di dalam pingganku.
                           “Kamu nak tak kerja di syarikat anak buah saya? Sekejap eh, saya call anak buah saya itu,” dia segera menelefon anak buahnya.
                           “Hello,Assalamualaikum.Haa, ni Makngah lah.Amboi, dah lama tak jumpa, sampai lupa kamu ye.Eh,Khairul ni makngah nak tanya, kerja kosong yang kamu pernah cakap dengan makngah tu masih available lagi ke? Hah? Dah tak ada? Alah, bukan apa, makngah ada seorang pekerja ni, dia nak berhenti kerja sebab masalah kewangan.Kamu ada tak kerja kosong yang gaji banyak sikit? Lebih RM1500 macam itulah.Pelajaran dia sampai tahap SPM je, tapi dia dapat Straight A’s.Erm, dia ada ambil mata pelajaran akaun tak silap makngah.Betul ni? Okey lah, terima kasih lah ye Khai.Kirim salam dekat mak ayah kamu,Assalamualaikum,” 
                            Aku memandangnya penuh kesabaran. “Apa anak buah puan kata?” aku terus menyoalnya setelah dia meletakkan gagang.
                            “Hamboi, tak sabar-sabar nampak,” Puan Maizah tersenyum.Aku tersipu-sipu.
                           “Alhamdulillah.Katanya, akauntan syarikatnya mahu berhenti kerja sebulan sebelum bersalin nanti.Kebetulan sekarang ni dia memang tengah cari pengganti untuk jawatan itu.Dia mahu kamu ke Syarikat Mega holding di bandar sana itu untuk temuduga,” dia menghabiskan ayatnya sebelum menulis alamat pejabat itu di atas sehelai kertas lalu menghulurnya kepadaku.
*****
                      Aku memandang kertas itu berpuluh-puluh kali. Fuhhh. Aku meghela nafas sambil membetulkan baju kurung yang elok tersarung di tubuhku.Bismillahirrahmanirrahim.Aku berjalan menuju ke meja kerani berdekatan dengan pintu syarikat itu tadi.
                        “Assalamualaikum, cik saya ada temu duga untuk jawatan pembantu akauntan, ke mana saya perlu tunggu ye?” aku terus menyoalnya sambil menghulurkan senyuman manis.
                    “Sebentar ya cik,” dia mengangkat gagang telefon sebelum berbicara bersama pemanggil di sana buat seketika.
                    “Mari saya tunjukkan biliknya,” dia tersenyum sebelum mengiringiku ke bilik yang disebut tadi.
*****
                    “Kaisara! Ya Allah, lamanya tak jumpa kau,” si Farid menjerit ke arahku selepas ternampak kelibat aku di celah-celah beca yang sarat dengan hiasan dan lampu itu.
                  “Weh, 8 bulan kau menghilang, mana pergi?” dia menyoalku sambil mengelap peluh di dahi.
                 “Aku mungkin akan jarang bawa beca kat sini.Aku sibuk lah.Kesian adik-adik aku, dah tak ada siapa nak tengok-tengokkan.Lepas itu ,nak kena tanggung adik lelaki aku yang nak masuk akademi pilot itu.Banyak duit nak kena guna,so aku berhenti kerja kat sana and guess what?! Aku dapat kerja sebagai pembantu akauntan!” aku sungguh ceria ketika memberitahunya berita itu.
                   “Maksud kau?Mama kau mana?” muka aku berubah ketika mendengar kalimat itu. MAMA!
                  “OMG! Kau tak tahu ke yang mama aku dah tak ada?Aku berhenti bawa beca masa itu pun sebab keadaan aku tak berapa stabil lagi,” aku mengeluh perlahan.Air mata mula bergenang apabila terkenangkan arwah mama.
                   “Weh, Kai , sorry lah. Aku memang tak tahu.Oh, jadi sebab tu lah dah lama gila aku tak nampak kau?” dia memandangku simpati
                “Hermm, ye lah,” aku melihat sekeliling.
                 “Farid,jom makan!” tiba-tiba aku menjerit ke arahnya ceria apabila melihat kedai Asam Pedas Opah masih dibuka.
                    “Hoi. Kau ingat aku pekak ke? Sampai nak menjerit-jerit kat aku?” aku tersengih sebelum kami berjalan beriringan ke kedai itu.
                     Macam kekasih? Hahaha.Dah ramai yang cakap tapi sorry to say lah, aku memang tidak ada hati dekat mamat tiga suku itu.Aku dah anggap dia itu macam abang aku dah.Memang sebelum ini, ramai orang ingat kita-orang couple.Tapi macam yang aku cakap, kita-orang ini dah macam adik-beradik dah.
*****
                         “Sayang, ingat apa itu?” tiba-tiba si Dia datang memelukku dari belakang.Aku menghadiahkannya sebuah senyuman yang teramat manis bak madu lebah katanya.
                        “Tak ada apalah, abang.Yana teringatkan masa awal-awal kita jumpa dulu,” dia terus tersenyum dan mengucup pipiku.Pipiku merah.Dia tergelak perlahan lalu kami beriringan ke ruang tamu di bawah.
*****
                       “Ehh, awak ini akak yang bawa beca tu kan?” aku terus tubuhku berpusing 360 darjah apabila suara itu menegurku.
                       “Eh, encik ini yang bawa awek seksi naik beca saya itu kan?” aku tersengih ketika dia membuntangkan matanya.
                       “Yang itu je yang awak ingat ya? Yang saya belikan awak kipas letak dekat beca itu awak tak ingat?” dia pura-pura memasamkan wajahnya.Aku tergelak halus.
                       “Saya ingatlah, saja je nak kenakan awak.Eh, awak buat apa dekat sini?” aku menyoal pelik.
                      “Saya kerja dekat sinilah,”dia melonggarkan ikatan tali lehernya.Sekali lagi jantung aku berdegup kencang melihat perlakuannya itu.Peluh di dahinya dilap dengan sehelai tisu.Lengan kemejanya dilipat hingga siku. Auchh ! Handsome-nya!  
                      “Dah habis tenung saya?” aku terus memalingkan wajahku.Aku mengerling jam di tangan, 5 minit aku tenung dia? OMG! Malunya.Muka aku tiba-tiba berubah merah.Panas kurasakan tika ini.
                       “Erkk,”
                       “Jom ikut saya sekejap,” dia melihat sekeliling sebentar.
                       “Eh, nak pergi mana? Saya nak kena balik rumah ini, adik-adik saya mesti dah tunggu,” aku cuba menolak pelawaannya meskipun hati ini tiba-tiba saja beriya-iya mahu mengikutnya.
                      “Alahh, sekejap je,” dia cuba memujukku lagi.
                      “Nak pergi mana?Lagipun, dah lewat petang dah ni.Dah pukul 5.50 petang dah,” aku teragak-agak.
                      “Okaylah, saya ambil awak dekat rumah malam ini,suruh adik-adik awak siap sekali,” dia ingin berjalan meninggalkan aku. What?! Dia nak ambil aku sekali dengan adik-adik aku?! What thee…  
                      “Ehh, copp copp! Mana awak tau rumah saya dekat mana?” aku menarik lengan bajunya       
                        Dia tersenyum lalu berjalan meninggalkan aku sendirian yang dalam kekeliruan.
*****
                      “Along! Ada orang datang,” suara Izzati memecahkan kesunyian.
                     Aku terkedu, Takkanlah?  Aku menjenguk melalui tingkap.Aku menyarungkan tudung lalu turun ke bawah.Aku masih belum bersiap dan masih belum memberitahu mereka yang kami akan keluar sebentar lagi.
                      “Lah, awak tak siap lagi?” dia mengeluh perlahan melihat aku keluar hanya memakai T-shirt biasa.
                      “Saya ingatkan awak main-main saja,” aku menunduk ke lantai.
                     “Dah, takpe lah, saya tunggu awak siap,”dia tersenyum lalu bermain dengan Faiz dan Firaz, adikku.
                    “Erm, Zati bawa adik-adik semua pergi bersiap.Kita nak keluar sekejap lagi,” aku menyuruhnya bersiap ketika ingin mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
                    “Esok sekolah lah long.Kerja Zati tak siap lagi.Faiz dengan Firaz nak kena tidur awal, nak pergi sekolah esok. Kami tak nak pergilah,” dia terus menghadap buku-buku sekolahnya.Kira pun turut melakukan perkara yang sama.
                    “Along, pergi je keluar dengan abang tu,”Kira tersenyum nakal.Dia mengenyitkan matanya kepadaku.Merah pipiku sebentar.Tiba-tiba aku terdengar suara halus mentertawakanku. Hishh, makin merah pipiku apabila Si Khai itu yang menggelakkan aku.
*****
                     “Kaisara kan nama awak?” dia memecah kebisuan  yang   kami bina sejak dari rumah lagi.
                   “Yup, Kaisara Diyana,” aku tersenyum. “Awak?”
                   “Khairul Adam,” kepalaku terangguk-angguk mendengar namanya.Ehh, kejap.
                   “Awak, nama bos saya kan, samalah dengan nama awak.Tapi itulah, saya tak pernah jumpa dia. Dah dekat 8 bulan saya kerja di sana, belum pernah sekali pun kami terserempak,”
                  “Memanglah, saya kerja dekat tingkat 10, awak dekat tingkat 6,” dia tersenyum ke arahku lantas tertawa kecil melihat kebingunganku.
                   “Awak ke bos saya itu?” aku tak percaya.
                  “Ye cik adik manis,” dia melipat lengan kemejanya ke siku.
                   Aku terkedu.Wow !
                 “Awak tak nak turun ke?” dia sudah membukakan pintu untukku.Aku terus meluru keluar.
                  Kami berjalan di persisiran pantai sebelum aku mula berasa tidak selesa.Persoalanku, dimana tunangnya?Tunangnya tak marah ke kami keluar begini?Aku melihat sekeliling.Mana tau tunangnya yang anggun lagi seksi itu datang bawa parang. Huhuh.
                  “Kenapa? Berpusing-pusing kepala awak tengok kiri kanan,” dia turut melakukan perkara itu.Aku tergelak kecil.
                  “Tak ada apalah.Tunang awak tak marah ke saya keluar dengan awak?” aku akhirnya berjaya menyoalnya tentang hal itu.
                   “Awak takut tunang saya nampak? Ingatkan apalah tadi.Kami dah putuslah.Dia hanya nak duit saya je, malaslah saya nak layan.Jom balik,” dia tertawa perlahan sambil menggelengkan kepalanya.Aku pelik, apa pasal dia ketawa? Hermmm.
                   “Kenapa kita tak pernah berjumpa dekat office  eh?” dia berpaling melihatku.Kami berhenti berjalan buat seketika.
                   “Sebab saya baru balik dari Itali semalam sejak 8 bulan lalu,” dia menguis-nguis pasir pantai itu.Mukanya berubah seketika tetapi kembali seperti tiada apa yang berlaku.Tenang sahaja.
                  “Ohh,” hanya itu yang dibalasku.
 *****
                  “Jom lunch,” dia mengajakku. ‘Hai, baru semalam jumpa, hari ini dah ajak pergi lunch pulak?Bersyukur lah baru semalam aku jumpa kau,kalau tak, habislah aku kena dengan budak-budak gedik itu.’   Hatiku terdetik kecil.Aku menggelengkan kepala.Pagi tadi bukan main riuh lagi mereka bercerita pasal Khairul.Pelik sungguh, pagi-pagi dah mula bergosip.
                  “Tak apalah, saya dah pesan makanan dekat Kak Ita di bawah,” aku meneruskan kerjaku tanpa menghiraukannya.Tiba-tiba wangian yang dipakainya menyengat hidungku. ‘Mak aii, berapa tong dia sembur minyak wangi ini?’ Aku mengangkat wajahku. ‘Erk,dekatnya!’ Merah lagi pipiku ini. Dia membongkokkan badannya dan mendekatkan wajahnya dengan wajahku.Aku terus mengambil beg tangan lalu menarik lengan bajunya keluar.
                   “Tahu pun takut,” dia tersenyum sinis.Aku melepaskan lengan bajunya segera.
                  “Apa yang awak nak buat hah?” aku menarik muka masam. “Saya ada banyak lagi kerja nak buat tahu,”
                 “Alah, chill lah.Saya ajak awak lunch je,” dia menjelirkan lidahnya dan menarik lenganku yang berlapik. “Saya suka tengok awak berbaju kurung macam ini, cute!” dia mengenyitkan matanya.Pipiku dah macam tomato! Merah!
 *****
                   “Nah, aiskrim,” aku mengambilnya lantas kami berjalan ke arah beberapa buah beca yang diletakkan di bahu jalan itu.
                  “Pakcik, saya nak bawa beca ini boleh?” aku terkejut mendengar soalannya.Aku menyikunya perlahan.
                    “Awak pandai bawak ke?” aku tersengih melihat dia menjegilkan matanya. ‘Tahulah itu.’
                    “Jom!” kami bersama-sama mengelilingi bandar itu dengan beca sekali lagi.Tetapi kali ini, dia pula yang membawa beca itu manakala aku menjadi penumpangnya.
                     “Sara, berat ye awak ini,” dia tersengih selepas mengutukku.Aku terkedu sekejap.
                     “Ehh, masa saya bawa awak dulu, lagi berat tau tak,” aku pura-pura menjegilkan mataku.
                     “Cik adik, kalau mata itu dah sepet, tak payah nak jegil-jegilkan,” dia tergelak kuat.Aku berpaling daripada melihatnya.
                     “Alololo, tak nak lah merajuk,” dia memberhentikan beca itu di bahu jalan.
                      “Awak, nak burger,” aku tersengih.Dia tergelak halus dan membelikanku burger M’c Chicken di Mc Donald’s.
           Kami makan burger di atas beca itu.Angin pada waktu petang sememangnya mendamaikan.Tiba-tiba aku terasa seperti pipiku dikesat dengan tisu.Aku memandang Khairul.Dia terus berpaling ke arah bangunan MP.
                     “Awak ini,” aku bersuara perlahan.Dia memandangku sambil tersengih.Dia menghulurkan tisu yang lain untukku.Aku mengambilnya lalu mengelap pipiku yang terasa seperti ada sos dan tekaanku benar, dia mencalit sedikit sos di pipiku dengan tisu.
                    Dia tiba-tiba tergelak lagi.Aku memegang pipiku dan, makin banyak sos yang ada di situ.
                     “Khairul!!” aku menjerit kegeraman.Aku mencubit lengannya sekuat hati.Dia sengaja memberiku tisu yang telah ada sos.Huhh!                         
                     “Hahhaa, sorry okay sorry,” aku memasamkan muka.Aku mengelap muka dengan tisu yang bersih.
                    “Kaisara kan?” aku berpaling melihat empunya suara garau itu.Macam suara Farid.
                    “Eh, Farid.Kau dah tak kenal aku ke sampai tanya macam tu?” aku tergelak kecil.
                    “Tak adalah, kau mana pernah pakai baju kurung bila bawa beca dekat sini.Lain gila muka kau sampai aku tak perasan pun.Aku nak bagi tahu kau something, ikut jap,” aku mengikutnya selepas meminta diri daripada Khairul sebentar.Dia hanya melihat kami berdua pergi.
                   “Kenapa Farid?” setelah agak jauh, dia memberhentikan langkah dan memandangku.
                    “Aku suka kau!” aku terpana.Aku tak pernah bayang ini akan terjadi!
                     “Aku minta maaf! Aku tak boleh terima,” aku terus menjawab tanpa ragu-ragu.
                     “Kau tak perlu kan masa ke?” mukanya keruh.
                     “Aku minta maaf tapi aku memang tak ada hati kat kau.Aku anggap kau macam kawan dan seorang abang saja.Tak pernah lebih dari itu,” aku terus menghilangkan diri.Perasaan bersalah mula terbit.
                     “Boleh kita terus berkawan?” dia menjerit sedikit.Aku berpaling dan tersenyum.Dia tersenyum kelat.                  
                      Aku dan Khairul terus pulang selepas memberikan beca itu kepada empunyanya.
*****
                    “Nur Kaisara Diyana,sudikah engkau menjadi suri hatiku?” aku terpana.Dia lamar aku! Jantungku berdegup kencang, tidak pernah kurasakan begini.Walaupun ketika Farid meluahkan perasaanya 4 bulan lalu.
                    Muka aku merah.Aku menganggukkan kepalaku.Mungkin dia jodohku.Dia tersenyum manis lalu meletakkan bekas cincin di atas tapak tanganku.Aku membukanya lalu menyarungkan cincin itu di jari manisku.Aku perlahan-lahan mengukirkan senyuman manis untuknya.
                        “Terima kasih awak!” pasti adik-adikku gembira dengan berita ini.Khairul sudah berjaya menambat hati kami sekeluarga.Dia telah memberikan kasih sayang seorang ayah kepada adik-adikku yang masih kecil.Aku terharu dengan sifatnya itu.
                          Di atas sebuah beca yang dihiasi dengan lampu-lampu berbentuk hati, seorang lelaki tampan berjaya melamar seorang gadis bertuah yang telah mencuri kesemua hatinya tanpa meninggalkan walau sekecil zahrah pun.Dan dia ialah, Nur Kaisara Diyana.
******
                         “Sayang, abang mengantuklah.Jom naik bilik,” dia memeluk pinggangku.
                        “Tak nak, abang temanlah.Lagi 30 minit je cerita ni nak habis,” aku membuat muka simpati.Dia mencubit hidungku lalu aku berbaring di atas pahanya.5 minit kemudian,aku tertidur di atas pahanya tanpa sedar.Dia memegang mukaku apabila terdengar dengkuran halus.
                        “Aik, dia yang nak tengok tv, dia yang lelap dulu,” dia tergelak perlahan lalu mengucup kedua pipiku.
                     “I love you, sayang,” dia mengangkatku ke bilik.Apabila tubuhku berada di atas katil,aku terus mengucup pipinya pula.
                     “I love you too,” aku tersengih.
                     “Ohh, dia tipu abang ye,” dia menggeletek tubuhku.Kami berhenti ketawa apabila mendengar suara bayi menangis.Dia bangun lalu mengangkat Muhd Darwish, anak sulung kami ke atas katil.
                     Dia mengucup dahiku sebelum menutup lampu bilik. “Night, honey,”